Coretan politik,sosial,ekonomi,agama dan lain lain lagi di Malaysia dan seluruh dunia. Sumber dari semua capaian internet. email greenblacks8@gmail.com
Followers
Showing posts with label Pakistan. Show all posts
Showing posts with label Pakistan. Show all posts
Wednesday, December 17, 2014
GILA: Taliban Serang Sekolah,132 Kanak Kanak Terkorban
Ahli keluarga dan pasukan penyelamat bersama sebahagian mayat pelajar yang terbunuh dalam serangan Taliban di sebuah sekolah di Peshawar, Pakistan pada Selasa. Foto AFP
Serangan Taliban di Sekolah Pakistan: 141 Disahkan Terkorban, 132 Daripadanya Pelajar Sekolah
PESHAWAR (Pakistan): Pihak berkuasa tentera Pakistan mengesahkan 141 orang, termasuk 132 pelajar sebuah sekolah awam tentera telah terbunuh dalam serangan kumpulan bersenjata puak Taliban di sini pada Selasa.
Kira-kira 500 pelajar dan guru berada di Sekolah Awam Tentera di Jalan Warsak ketika kejadian itu berlaku.
Tentera Pakistan berkata, kesemua tujuh anggota puak Taliban yang melakukan serangan tersebut turut terkorban.Ada di antara mereka yang meletupkan diri sendiri di hadapan pelajar-pelajar sekolah tersebut yang sedang mengikuti kelas sains sosial ketika itu.
Sekurang-kurangnya seorang tentera Pakistan dilaporkan terbunuh dalam insiden tembak-menembak sehingga merosakkan bangunan sekolah berkenaan.
Seorang jurucakap Taliban berkata, kumpulan militan itu diarahkan untuk menembak pelajar yang lebih dewasa, sambil menambah bahawa serangan itu sebagai balas dendam terhadap serangan tentera secara besar-besaran ke atas kubu mereka di kawasan itu baru-baru ini.
Perdana Menteri Pakistan, Nawaf Sharif secara peribadi telah mengendalikan operasi menyelamat ketenteraan di Peshawar berhubung serangan di sekolah itu.
Kerajaan wilayah mengisytiharkan hari berkabung selama tiga hari berikutan tragedi berkenaan.
Taliban mendakwa mereka bertanggungjawab terhadap serangan itu tetapi berkata ia tidak menyasarkan para pelajar.
"Pengebom berani mati kami memasuki sekolah, dan mereka diarahkan untuk tidak mencederakan kanak-kanak, tetapi menyasarkan anggota tentera," kata jurucakap Taliban, Muhammad Umar Khorasani kepada Reuters.
Bagaimanapun pihak tentera berkata, seorang daripada penyerang itu telah memasuki sebuah kelas yang mengandungi 60 orang murid lalu meletupkan dirinya sendiri - mengorbankan sebahagian besar pelajar-pelajar berkenaan.
Manakala dalam satu kelas yang lain pula seorang guru wanita yang sedang mengajar telah disimbah dengan petrol lalu dibakar oleh penyerang-penyerang ini di hadapan murid-muridnya.
Serangan terbaru ini adalah yang terburuk di Pakistan dan melibatkan jumlah korban kanak-kanak yang terbesar dalam sejarah negara itu yang sentiasa bergolak dengan pertelingkahan etnik dan perbezaan mazhab.
Pada 22 September tahun lalu, puak militan telah melakukan serangan ke atas sebuah gereja di sini mengorbankan 80 orang. Ia disifatkan sebagai serangan terburuk ke atas masyarakat Kristian di Pakistan.
Manakala pada 10 Januari tahun lalu, 120 orang terbunuh apabila tempat berkumpul etnik Hazara yang berfahaman Syiah diserang oleh puak Taliban di bandar Quetta, Pakistan.
sumber...Mstar
Sunday, December 4, 2011
Gambar Bogel Veena Malik Di FHM India ??
Aktres Pakistan nafi bogel untuk majalah FHMLONDON, Britain - Seorang aktres Pakistan terpaksa menafikan dia berbogel untuk majalah FHM edisi India yang turut melihatnya mempamer tatu dengan singkatan ISI pada lengannya, lapor akhbar MailOnline semalam.
Aktres berkenaan, Veena Malik yang beragama Islam tampil tanpa seurat benang untuk kulit majalah FHM isu Disember 2011.
Dianggap melanggar batas agama, tindakan Veena membangkitkan kemarahan dalam kalangan penduduk Pakistan. Mereka turut berang kerana dia menjadikan Agensi Perisikan Pakistan (ISI) sebagai bahan jenaka.
Namun, Veena, 33, menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia bergambar bogel untuk majalah lelaki itu.
Dia sebaliknya mendakwa gambar tersebut palsu dan dihasilkan melalui teknik pertindihan imej.
"Saya tidak pernah bergambar bogel. Saya tidak pernah melakukan perkara seperti itu. Pengurus saya dan pasukan peguam saya sedang meneliti isu ini. Kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka (FHM)," kata Veena dalam wawancara bersama agensi berita PTI.
Pengarang FHM India, Kabeer Sharma bagaimanapun menegaskan bahawa gambar itu adalah tulen. Dia turut mendakwa dapat membuktikan perkara tersebut.
"Kami memiliki klip video sesi fotografi Veena selain e-mel daripada aktres berkenaan menyatakan dia teruja untuk menjadi penghias muka depan FHM," kata Sharma dalam temu bual dengan media Britain.
Imej seksi Veena disiar di laman web FHM India, akaun Facebook dan Twitter majalah berkenaan secara serentak semalam.
Gambar telanjang itu menunjukkan Veena menggunakan tangan dan kaki untuk menutup payu dara dan kemaluannya.
sumber...Agensi
Wednesday, July 27, 2011
Cunnya Wanita Menteri Luar Pakistan

Menteri wanita Pakistan runding konflik 64 tahun
NEW DELHI: Wanita pertama dilantik Menteri Luar Pakistan, Hina Rabbani Khar, 34, menjadi tumpuan apabila tiba di sini semalam untuk mengadakan rundingan hari ini dengan rakan sejawat dari India yang 45 tahun lebih tua daripadanya.Khar dilantik minggu lalu selepas berkhidmat sebagai menteri luar muda sejak Februari, menjadi wajah diplomatik Pakistan ketika tempoh kritikal, lebih-lebih lagi berkaitan hubungan negara itu dengan Washington.
Hina menggesa kedua-dua India dan Pakistan meninggalkan ‘beban’ sejarah.
“Kedua-dua negara harus maju ke hadapan sebagai jiran yang baik yang sudah mempelajari daripada sejarah dan tidak dibebani oleh sejarah”, katanya.
India menggantung rundingan dengan Islamabad selepas serangan pengganas ke atas 2008 Mumbai yang New Delhi meletakkan kesalahan terhadap militan di negara jirannya itu.
Sejak itu, kedua-dua negara mengambil langkah bagi memulihkan hubungan.
Hina yang memakai selendang adalah ibu kepada dua anak perempuan tidak dapat mengelak daripada dibandingkan dengan Benazir Bhutto, Perdana Menteri wanita Pakistan yang dibunuh sejurus pulang dari hidup dalam buangan pada 2007.
sumber...AFP
Label:
dunia,
menteri luar,
Pakistan,
wanita
Subscribe to:
Posts (Atom)
