Followers

Friday, November 7, 2014

Zahid Hamidi Please Jangan 'GAGAP'

 

30,000 Bangla kini di Cameron Highlands lapor Utusan 

 

Nampaknya Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (6P), yang dikatakan oleh Zahid Hamidi telah menunjukkan hasil yang positif tahun lalu hanyalah indah khabar dari rupa..

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri pada ketika itu dilaporkan berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah  melancarkan operasi bersepadu secara besar-besaran selepas Hari Raya Aidilfitri tahun lalu bagi mengesan dan menahan pendatang tanpa izin di negara ini.

 

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata operasi melibatkan polis, Jabatan Imigresen dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) itu akan meliputi kawasan perniagaan, perladangan, kilang dan kawasan pembinaan di seluruh negara.

"Gerakan memburu pendatang tanpa izin ini adalah untuk membuktikan bahawa kerajaan serius dalam membendung masalah sosial serta menjamin keselamatan negara," katanya...

Tapi hari ini Lidah Rasmi UMNO sendiri telah mendedahkan terdapat sekurang-kurangnya 15,000 warga Bangladesh di Cameron Highlands adalah Pendatang Tanpa Izin...

Kenapa jadi begini? Itulah persoalan yang wujud apabila kebanjiran warga Bangladesh di kawasan tanah tinggi ini semakin merimaskan dan seolah-olah tidak mampu dikawal lagi.

Mereka bukanlah lagi masuk sebagai pekerja atau buruh di kebun-kebun sayur tetapi sudah menguasai apa sahaja bidang yang boleh memberikan pendapatan.

Cakaplah apa sahaja bekerja kebun di sayur, memiliki kebun sayur, membuka kedai runcit, berniaga di pasar malam dan beberapa aktiviti lain semuanya dikuasai oleh warga Bangladesh.

Ini belum lagi mengambil kira warga-warga asing lain yang bersepah di kawasan peranginan tersebut seolah-olah negara ini terlalu pemurah untuk membenarkan warga asing 'bermaharajalela' di sesuatu daerah.

Hasil siasatan wartawan Mingguan Malaysia selama dua hari di sini mendapati jumlah warga asing khususnya Bangladesh berada di tahap cukup serius dan menimbulkan persoalan tidakkah Jabatan Imigresen menyedari perkara ini atau mengamalkan sikap tutup mata?

Kenapakah tidak ada satu operasi besar-besaran bagi membanteras atau sekurang-kurangnya membuat pemeriksaan bagi memastikan hanya mereka yang mempunyai permit sahaja berada di sini atau memastikan warga asing mematuhi syarat permit yang dimiliki.

Satu sumber mendakwa, jumlah warga asing di tanah tinggi itu sudah mencecah 30,000 yang mana 80 peratus daripadanya terdiri daripada warga Bangladesh dan sebahagian besar mereka tidak mempunyai permit. Sumber rasmi sebelum ini menyatakan terdapat 15,000 pendatang asing tanpa izin di sini.

“Mereka bebas melakukan apa sahaja, segala pekerjaan mereka lakukan seolah-olah negara kita tidak ada undang-undang bagi mengawal pendatang asing ini,” kata sumber tersebut.

Akibat daripada sikap alpa atau lepas tangan agensi penguat kuasa, penduduk tempatan menyifatkan warga asing khususnya warga Bangladesh sudah 'menawan' Came­ron Highlands.

“Semua seolah-olah 'boleh diuruskan' sehinggakan kebanjiran warga asing itu tidak dapat dikawal lagi,” katanya.

Sumber itu juga mendakwa, tiada operasi secara serius dilakukan oleh agensi penguat kuasa terlibat sehingga memungkinkan jumlah warga asing di sini semakin bertambah termasuk dalam kalangan mereka yang tidak mempunyai apa-apa permit.

Apa yang menghairankan, war­tawan Mingguan Malaysia juga mendapati warga Bangladesh begitu bebas menjalankan perniagaan termasuk membuka kedai runcit dan berniaga di pasar malam.

Persoalannya, apakah agensi-agensi terlibat tidak mengetahui perkara ini? Undang-undang mana yang digunakan bagi menghalalkan warga asing berniaga? Apa peraturan yang membolehkan mereka memiliki kebun dan kediaman?

Terlalu banyak persoalan yang harus dijawab oleh agensi-agensi penguat kuasa termasuklah Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah.
Fenomena yang berlaku di sini bukanlah perkara biasa tetapi luar biasa memandangkan sebuah pusat peranginan yang terkenal di seluruh dunia kini dikuasai oleh warga asing khususnya warga Bangladesh.

Lidah Rasmi UMNO juga melaporkan...


Bukan 'kuli' tapi tuan

CAMERON HIGHLANDs 1 Nov. – Kemasukan pendatang asing khususnya warga Bangladesh di daerah ini atas alasan untuk menangani masalah kekurangan tenaga kerja dalam sektor perladangan dan pertanian dilihat makan diri apabila mereka mula 'mengambil alih' perusahaan kebun sayur, buah-buahan serta bunga di kawasan peranginan itu.

Satu sumber berkata, pada masa ini dianggarkan terdapat sekurang-kurangnya 500 kebun merangkumi pelbagai skala keluasan di kawasan berkenaan yang sedang diusahakan oleh warga Bangladesh dan meraih keuntungan besar daripada aktiviti tersebut.

Kata sumber itu, pendatang asing tersebut menjadi 'tuan' walaupun permit kemasukan mereka pada asalnya adalah sebagai pekerja kerana sanggup membayar kadar sewa kebun sehingga hampir sekali ganda lebih tinggi berbanding harga pasaran kepada pemilik tanah.

“Kadar sewa pasaran semasa adalah kira-kira RM800 untuk 0.4 hektar kebun namun pendatang asing yang mempunyai modal tidak kisah untuk membayar sehingga RM1,500 bagi keluasan sama menyebabkan pemilik tanah menyewakan kebun kepada mereka.

“Apa yang menghairankan ialah seolah-olah tiada pemantauan daripada pihak berkuasa dalam perkara ini sehingga memungkinkan ia berlarutan. Keadaan ini menyebabkan sedikit demi sedikit warga Bangladesh menguasai pengeluaran hasil tanaman seperti sayur, buah dan bunga di tanah tinggi itu,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Sumber itu berkata, sektor pertanian dan perladangan di kawasan ini mendatangkan pulangan lumayan kepada pengusaha dengan menjana kepada ekonomi negara sehingga mencecah RM1 bilion setahun yang sepatutnya membuka peluang kepada penduduk tempatan untuk menikmatinya.

Namun apa yang menyedihkan katanya, pendatang asing diberi ruang dan peluang untuk mengaut keutungan daripada keistimewaan serta kesuburan terdapat kawasan tanah tinggi tersebut.

Lebih mengejutkan, sumber itu mendedahkan bagaimana seorang warga Bangladesh berupaya meng­usahakan 36 hektar kebun yang dise­wa sejak lapan tahun lalu.

“Hasil aktiviti itu, dia dikatakan meraih keuntungan sehingga RM10 juta pada tahun lepas yang dikirim pulang ke negaranya selain hidup mewah termasuk memiliki sebuah rumah agam di Cameron Highlands.

“Malahan dia juga mampu meng­upah kira-kira 60 pendatang Bangladesh yang tidak diketahui sama ada memiliki permit atau tidak untuk bekerja di kebunnya.

“Oleh itu, jangan terkejut jika pendatang asing yang pada asalnya dibawa masuk sebagai pekerja menjadi 'tuan' di dalam sektor perladangan dan pertanian di Cameron Highlands seandainya perkara ini dibiarkan berterusan,” katanya.

Laporan seterusnya silalah baca di SINI

..... Pokoknya salah siapa?.. siapa yang terus membawa masuk mereka ini walaupun peluang pekerjaan semakin terhad?

Yang untungnya ialah kroni yang diberikan hak untuk membawa pendatang ini masuk...

sumber...Anak Sungai Derhaka