Followers

Showing posts with label DAESH. Show all posts
Showing posts with label DAESH. Show all posts

Tuesday, November 20, 2018

Bekas Model Kacak Mati Sebagai Militan Daesh di Syria



MELBOURNE - Bekas model yang pernah dinobatkan sebagai pemenang pertandingan Most Eligible Bachelor majalah Cleo Malaysia, Amir Millson dilaporkan terbunuh ketika berjuang untuk kumpulan militan Daesh pada 2016.

Amir Millson yang ibunya seorang rakyat Malaysia, dikatakan terbunuh ketika mahu melancarkan serangan di Syria, demikian menurut laporan akhbar Australia, Herald Sun baru-baru ini.

Laporan itu menyatakan, Amir atau nama penuhnya, Amirrudin Hud Rashid Millson yang sudah berumah tangga dan memiliki seorang anak lelaki, didakwa mula berubah menjadi radikal pada tahun 2014.

Pada awal tahun 2015, Amir yang telah dibatalkan pasportnya, memuat naik imej dirinya memegang senjata api di Syria di media sosial.
Sejak itu, tiada sebarang berita mengenai dirinya.

“Kami mendapat tahu bahawa dia meninggal dunia selepas terpijak periuk api ketika memapah seorang militan lain,” kata seorang rakannya kepada Herald Sun.

Pada September lalu, Pertubuhan Perisikan Keselamatan Australia mengesahkan bahawa Amir terbunuh ketika berjuang dengan militan Daesh.

Lelaki yang berasal dari Perth itu mengikuti pengajian dalam bidang komunikasi massa di Universiti Curtin sebelum kembali ke Malaysia dan memenangi pertandingan model kacak tersebut pada tahun 2010.

Pada usia 27 tahun, Amir merupakan seorang model separuh masa dan merancang untuk menjadi penyampai televisyen.

Dalam satu temu bual dengan majalah Cleo, Amir berkata, dia mahu menjadi perdana menteri dan menyifatkan model Australia, Miranda Kerr dan pelakon Orlando Bloom sebagai pasangan ideal.

sumber...Agensi
foto Agensi

Friday, November 9, 2018

Kesan Pembunuhan Khashoggi Pada Dunia



Awal oktober 2018 dunia digemparkan dengan kehilangan wartawan veteran asal Saudi,kehilangan beliau yang didakwa setelah mengunjungi kedutaan Arab Saudi di Turki sangat trajis kerana sehingga kehari ini jenazah beliau belum ditemui.Ada pelbagai dakwaan termasuk beliau telah dibunuh dengan kejam dan bahagian jasad beliau dilupuskan menggunakan sejenis asid.

Jamal Khashoggi berusia 59 tahun. Maknanya beliau pada lewat tahun-tahun 70-an dan awal 80-an adalah dari kalangan generasi yang turut berada di tengah-tengah gelombang kebangkitan anak-anak muda Islam pada zaman itu.

Suatu era yang diwarnai oleh Revolusi Islam di Iran dan gerakan Mujahidin di Afghanistan. Juga berlaku kebangkitan pengaruh fahaman Salafi dan Wahabi sebagai reaksi kepada kesedaran Syiah.

Gelombang kebangkitan Islam berlaku juga di hampir kesemua negara Islam termasuk Arab Saudi, Turki, Yaman dan Palestin. Tetapi ia muncul dalam pelbagai bentuk.
Oleh kerana ia melibatkan Timur Tengah, maka pastinya Amerika Syarikat mengambil perhatian terhadap kebangkitan ini.

Sebabnya ialah di Timur Tengah terdapat dua kepentingan Amerika iaitu Israel dan kawasan telaga minyak di Teluk Parsi. Negara-negara sekutu Amerika di situ ialah Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait, Qatar dan Bahrain.

Ancaman besar kepada telaga minyak mereka ini ialah Iran yang baru mengalami revolusi, menjatuhkan kerajaan pro-Amerika.

Dalam pada itu, musuh utama Amerika masih lagi Soviet Union yang telah meluaskan pengaruhnya apabila kerajaan di Afghanistan digulingkan oleh kumpulan komunis. Ekoran itu kumpulan-kumpulan Islam melancarkan jihad.

Gerakan Mujahidin ini mendapat sokongan dan bantuan dari Amerika dan kebanyakan negara Islam di seluruh dunia khususnya Saudi dan Pakistan.
Khasshogi yang bekerja sebagai wartawan pelbagai akhbar turut membuat liputan dan komentar mengenai Afghanistan. Malah beliau menjadi koresponden di situ.

Gelombang kebangkitan Islam berpusar daripada dua konflik ini, iaitu di Iran dan Afghanistan. Hampir semua negara Islam di dunia terlibat dengan gelombang ini.

Saudi, Kuwait dan Qatar turut membantu peningkatan kesedaran ini dengan menyebarkan juga pemikiran Ikhwanul Muslimin melalui badan-badan seperti Liga Muslim Sedunia dan WAMY.

Dalam keadaan itu, pengaruh Salafi dan Wahabi bukan saja mendapat ruang di Saudi tetapi juga melebar ke seluruh dunia Sunni.

Selain daripada Teheran dan Riyadh, satu lagi pusat bagi menggalakkan gelombang ini ialah Libya pimpinan Muammar Gaddafi yang fahaman Islamnya diwarnai oleh pemikiran kiri. Libya dan Iran menjadi seteru Amerika dalam senario ini.

Di Palestin, muncul pula Hamas. Sementara itu Turki, yang merupakan sekutu Amerika, anggota
NATO serta mengiktiraf Israel menghadapi cabaran Parti Milli Salamat (MSP) pimpinan Necmettin Erbakan. Protege beliau ialah Reccep Tayyip Erdogan.

Sementara Khassoggi turut menjadi kawan Erdogan. Pada tahun 2017, kira-kira 50 tahun kemudian, Khassoggi menjadi kolumnis The Washington Post dan mengutarakan pandangan progresif, dengan mendukung demokrasi, kebebasan akhbar dan seperti Erdogan, turut menyokong Arab Spring.

Dalam pada itu, beliau mengkritik Saudi khususnya berkaitan hak asasi manusia. Beliau juga mengkritik perang di Yaman.

Berbanding 50 tahun dahulu, keadaan sudah berubah. Kebangkitan gerakan Islam sudah berpecah. Ada yang menjadi progresif, ada yang konservatif, terdapat juga regresif, malah muncul juga fahaman ektremis dan teroris.

Pengaruh Iran semakin besar dengan berperanan di Iraq, Lubnan, Syria dan Yaman.

Sementara Afghanistan menjadi negara gagal, daripada Mujahidin ke Taliban dan akhirnya tertegak kerajaan dukungan Amerika di Kabul.

Dari Afghanistan muncul Al-Qaeda yang dianggap sebagai musuh utama Amerika selepas peristiwa 9/11. Namun Washington dan sekutu-sekutunya seperti Turki, Saudi, Qatar berada di pihak untuk menjatuhkan kerajaan Syria.

Tetapi di pihak penentang rejim Bashar Assad, terdapat di dalamnya ialah Al-Qaeda.
Perang di Syria itu dahsyat. Tetapi ia gagal menjatuhkan kerajaan Damsyek yang mendapat bantuan Moscow dan Teheran.

Sebaliknya dari kumpulan Al-Qaeda, muncul Daesh yang kekejamannya tidak dapat diterima oleh semua pihak. Akhirnya tumpuan terpaksa diberikan untuk tumpaskan Daesh.

Tetapi lebih dahsyat lagi ialah Perang Yaman. Saudi dengan sokongan Amerika turut terlibat untuk menundukkan kumpulan Houthi yang dibantu Iran. Di Yaman, muncul juga Al-Qaeda dan Daesh yang turut menentang Houthi.

Khassoggi menulis di akhbar Amerika mengkritik perang Yaman. Beliau muncul sebagai golongan progresif yang mendukung demokrasi dan Arab Spring, maknanya sealiran dengan Erdogan.

Arab Spring hanya berjaya di Tunisia. Ia musnahkan Libya yang menjadi negara gagal. Kegagalannya juga kerana muncul terorisme termasuk Daesh.

Kejayaan di Mesir hanya sementara. Sekutu Erdogan iaitu Presiden Mohamed Morsi telah digulingkan. Arab Spring juga kena hijack di Yaman dan Syria. Kebangkitan di Bahrain ditumpaskan begitu saja.

Malah Erdogan sendiri hampir digulingkan. Siapakah kekuatan yang hendak jatuhkan Erdogan? Tentulah Amerika.

Israel mencapai matlamatnya. Libya sudah hancur. Syria sudah lemah. Mesir kembali pada pihak tentera. Kini sasarannya adalah Iran.

Dalam pada itu, Amerika sudah pindahkan kedutaannya ke Baitulmakdis. Sekarang usahanya adalah untuk pengiktirafan dari negara-negara sekutu Amerika.

Kini Saudi pula sedang berubah. Ia mahu maju seperti Dubai dan UAE. Tetapi ia tidak mahu Arab Spring atau demokrasi. Ekonomi bergantung pada minyak sudah berada di penghujung.

Memberi ruang pada fahaman Wahabi sebagai reaksi kepada Revolusi Iran dahulu dirasakan satu kesilapan. Tetapi Iran tetap dilihat sebagai ancaman utama.

Presiden Donald Trump meningkatkan permusuhannya terhadap Iran sementara ia merapatkan hubungannya dengan Israel dan Saudi.

Sementara Israel pula berusaha berbaik dengan sekutu-sekutu Amerika di Teluk Parsi khususnya Bahrain dan UAE.

Namun begitu, sekutu-sekutu Amerika di Teluk ini tidak bersatu. Saudi pula bertelagah dengan Qatar. Maka Turki memihak dan membantu Qatar. Kuwait cuba menjadi orang tengah.

Dalam suasana politik kompleks inilah Khassoggi dibunuh di pejabat konsulat Saudi di Istanbul, Turki.

Erdogan memberi tekanan kepada Amerika dan Eropah. Perang Yaman menarik perhatian mereka. Saudi bertindak melakukan damage control.

Adalah dijangkakan sedang berlaku perubahan yang akan memberi kesan besar kepada dunia. Tidak pasti sama ada ia menuju kebaikan atau menjadikan keadaan bertambah buruk.

oleh: Zin Mahmud
Foto: Time Megazine

Friday, January 15, 2016

Bahrun Naim Disyaki Dalang Serangan Bom Jakarta



Gambar lelaki yang dikatakan Bahrun Naim seperti mana yang disiarkan BBC sebagai dalang serangan bom di Jakarta.

 JAKARTA: Kira-kira tujuh tahun lalu, Bahrun Naim mengusahakan cafe Internet di pekan kecil Solo, Indonesia.

Pada Khamis, dia dikenal pasti polis sebagai dalang di sebalik serangan berdarah di ibu negara ini dimana militan Negara Islam (IS) mengakui bertanggungjawab melakukannya.

Sebelum itu, Bahrun juga pernah ditahan pada 2011 kerana memiliki senjata api secara tidak sah dan menjalani hukuman penjara tiga tahun.

Sejak itu, dia dikatakan terlibat dengan jaringan militan dan  menjadi penggerak utama yang mengendalikan kegiatan itu di sekitar Solo dan Jawa Tengah.

Setahun lalu, dia ke Syria untuk menyertai kegiatan IS dan dipercayai terlibat secara langsung menyelaras serangan pada Khamis yang mengorbankan tujuh nyawa.

Lima militan dan dua awam terbunuh dalam serangan pertama yang dilancarkan militan di Indonesia, negara yang mempunyai populasi umat Islam paling ramai di dunia.

Selepas serangan terancang di Paris pada November, kumpulan militan itu mewujudkan blog yang menjelaskan mengenai jihad menggunakan kaedah guerrila dari kawasan hutan ke bandar di Indonesia.

Reuters pernah menghubungi Bahrun pada 24 November dan dia mengakui mempunyai penyokong yang cukup untuk bertindak di negara kelahirannya itu.

"Hanya menunggu masa yang sesuai untuk bertindak," kata lelaki yang dikenali sebagai Bahrun Naim itu.

Bagaimanapun Bahrun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komennya pada Khamis.
Susulan itu, pihak risikan mulai memperoleh beberapa isyarat berkaitan rancangan serangan di Indonesia.

Pihak berkuasa anti-pengganas di Indonesia percaya ada sekurang-kurangnya 1,000 individu yang menyokong kumpulan radikal di seluruh negara itu.

Tindakan susulan yang dilakukan membawa kepada penahanan lebih 12 lelaki di sekitar kepulauan Jawa yang disyaki merancang serangan ketika sambutan Krismas dan cuti sempena Tahun Baharu 2016.
Bahan membuat bom, jaket dan beberapa lagi berkaitan serangan pengebom berani mati ditemui dalam serbuan yang dilakukan di beberapa lokasi.

Siasatan polis mendapati, kebanyakan yang ditahan memperoleh dana dan sokongan daripada Bahrun yang menganggap Indonesia sepatutnya ditadbir sebagai sebuah negara Islam dengan berlandaskan agama itu.

Ketua Polis Jakarta, Tito Karnavian berkata, Bahrun telah lama merancang untuk menyerang ibu negara Indonesia itu.

Malahan, pakar militan Islam yang berpangkalan di Indonesia, Sidney Jones mendedahkan Bahrun pernah mengesa penyokongnya supaya meneliti perancangan, sasaran, tempoh masa sesuai, penyelarasan, kawalan keselamatan dan keberanian pengganas dalam kejadian di Paris menerusi posting sebuah blog.

Bagaimanapun, kurangnya jumlah mangsa dalam tragedi pada Khamis kerana militan terlibat masih kurang pengalaman daripada segi latihan dan senjata.

sumber...Mstar Online

Letupan di Jakarta, 5 Suspek Pengganas, 2 Orang Awam Maut


Letupan di Jakarta, 5 suspek pengganas, 2 orang awam maut

Tujuh orang disahkan maut dalam kejadian serangan bom di luar kawasan Gedung Sarinah di Jakarta, hari ini.

Menteri Koodinator Politik, Hukum dan Keamanan Luhut Pandjaitan berkata daripada 7 mangsa itu, 5 adalah penjenayah yang terbabit menyerang dan mengebom pondok polis di Jalan MH Thamrin itu manakala 2 lagi orang awam termasuk seorang warga asing.

Pihak berkuasa mengesahkan warga asing itu adalah rakyat Kanada dan terkorban ketika berada di dalam restoran Starbucks.

Tiga belas orang lagi dilaporkan parah termasuk 5 anggota polis.

Luhut berkata daripada 5 suspek penjenayah yang mati itu, 3 ditembak polis manakala 2 lagi membunuh diri di dalam dan di depan restoran Starbucks di bangunan Gedung Cakerawala yang terletak di seberang jalan Gedung Sarinah.

"Masyarakat awam yang meninggal dunia ialah seorang warga Indonesia dan seorang warga asing, ramai yang luka dan sekarang dimasukkan ke hospital," katanya ketika melawat tempat kejadian.

Dalam kejadian 10.50 pagi, sekumpulan lelaki memakai baju putih dan berseluar 'kargo' membawa bom dan senjata api menyerang pondok polis di Jalan MH Thamrin.

Polis kemudiannya membalas tembakan dan berjaya menembak 3 daripada mereka manakala 2 lagi yang cuba melarikan diri kemudiannya membunuh diri.

Setakat ini polis masih belum mengesahkan sama ada kumpulan penyerang terbabit adalah kumpulan pengganas atau kumpulan ajaran sesat.

Presiden Indonesia Joko Widodo turut meluangkan masa melawat tempat kejadian jam 4 petang tadi dan menggesa polis menyiasat kes itu secara mendalam bagi membanteras segala kegiatan pengganas di negara itu.

Tinjauan mendapati keadaan di Gedung Sarinah kembali aman dan laluan di depan gedung itu mula dibuka kepada kenderaan awam.

Walaupun masih terdapat pasukan khas polis mengawal sekitar kawasan kejadian namun orang ramai dibenarkan melalui kawasan jalan utama di pusat bandar itu.

Bagaimanapun masih terdapat pasar raya, kedai dan restoran terus menutup kedai masing-masing atas alasan keselamatan.

Seorang pekerja restoran yang hanya mahu dikenali sebagai Deena berkata majikannya membenarkan mereka pulang setelah perniagaan ditutup sejak 11 pagi ekoran kejadian serangan bom berkenaan. – Bernama, 14 Januari, 2016.

sumber...TMi

Wednesday, January 13, 2016

ISIS: Pendedahan Kajian Sebab Utama ke Syria


Kajian tentang Isis dedahkan alasan peribadi penyebab ke Syria

Keinginan untuk membantu rakyat Syria yang menderita di tangan pemerintah mereka sendiri dan mencuci dosa merupakan pendorong utama kepada sekumpulan 30 orang Melayu beragama Islam ditahan polis Malaysia kerana terbabit dengan Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

Tiga puluh individu yang kini ditahan di penjara Sungai Buloh, mengambil bahagian dalam kajian dilakukan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Profesor Madya Dr Maszlee Malik.

Dalam temuramahnya dengan mereka, ahli akademik itu mendapati kebanyakannya kecewa dengan kerajaan Malaysia yang mereka dakwa mengamalkan rasuah dan tidak cekap.

Bagi mereka, Putrajaya merupakan satu lagi contoh bagaimana demokrasi Islam di seluruh dunia gagal membantu umat Islam yang ditindas, seperti rakyat Syria dan masyarakat Rohingya di Myanmar, menurut hasil kajian beliau.

Penemuan menunjukkan tentang apa yang mendorong orang Melayu Islam menyertai atau menyokong kumpulan militan di Syria ketika pihak berkuasa Malaysia terus mencegah keganasan.

Semua 30 yang terbabit dalam kaji selidik itu adalah sebahagian daripada lebih 100 individu ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 sejak 2014 kerana disyaki terbabit dengan kegiatan militan.

Penemuan Maszlee ini berbeza daripada dakwaan sebelum ini, ramai ditahan kerana cuba untuk menyertai perang di Syria selepas terpedaya dengan seks, wang dan kuasa.

"Gambar dan video kanak-kanak dibunuh dengan senjata kimia digunakan pemerintah (Presiden Syria Bashar Al-Asad), dan pembunuhan orang awam menjadikan mereka merasakan terdapat seruan Allah kepada mereka melakukan apa yang perlu.

"Isis dan kumpulan mujahidin di Syria, bagi tahanan, adalah harapan dihantar Allah kepada rakyat Syria untuk menyelamatkan mereka," tulis Maszlee dalam kajian beliau bertajuk Isis di Malaysia: Satu Kajian Kes yang diperoleh The Malaysian Insider.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Profesor Madya Dr Maszlee Malik dalam kajiannya mendapati kebanyakan individu ditahan kerana menyertai Isis berbuat demikian kerana kecewa dengan kerajaan Malaysia yang dikatakan mengamalkan rasuah dan tidak cekap.

Maszlee yang juga felo kanan di Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) juga mendapati 30 tahanan itu daripada pelbagai latar belakang dan tidak semua menyokong ideologi ganas Isis.

Empat daripada mereka merupakan bekas ahli PAS, yang mengatakan mereka tidak menyokong Isis dan tidak berkongsi ideologinya.

"Sekurang-kurangnya lebih 5 daripada mereka tidak tahu kumpulan mana perlu disertai, kerana tujuan utama mereka hanya pergi ke Syria untuk membantu orang awam yang dibunuh dengan kejam oleh rejim Assad.

"Sekurang-kurangnya 4 daripada mereka pada mulanya ke Syria dengan NGO kemanusiaan tetapi kemudian memutuskan menyertai perang supaya dapat pergi lebih dekat ke tengah-tengah zon perang.

"Difahamkan pilihan mereka ialah untuk menjadi sebahagian daripada perjuangan rakyat Syria yang berjihad ke jalan Allah, dan tidak didorong motivasi ideologi."

Kajian dilakukan Maszlee bagaimanapun tidak memberikan pecahan jumlah tepat 30 individu berkenaan sama ada menyokong Isis atau tidak.

Penemuannya hanya memberi tumpuan kepada motivasi peribadi dan bukannya ideologi, didedahkan selepas berita dua rakyat Malaysia yang didakwa menjadi pengebom berani mati untuk Isis di Syria dan Iraq baru-baru ini.

Di Sungai Petani, Kedah, polis menahan seorang lelaki yang mengacukan pisau terhadap seorang wanita di sebuah pasar raya kerana kononnya mahu "menunjukkan" beliau adalah seorang ahli Isis dan mampu menjalankan arahan kumpulan itu.

Menebus dosa peribadi

Kajian ini dibahagikan kepada 5 kumpulan; aktivis pulang dari Syria dan didakwa mengambil bahagian dalam perang; mereka yang dituduh kerana dikaitkan dengan rangkaian pengganas global al-Qaeda; mereka menyertai Negara Islam Indonesia (NII) dan kemudiannya menyertai Isis.

Terdapat juga mereka yang dituduh sangat bersimpati dengan Isis dan menghadiri mesyuarat melibatkan penyokong kumpulan militan itu atau sekutu mereka melalui media sosial.

"Beberapa tahanan, terutamanya daripada kumpulan gabungan NII, memutuskan untuk ke Syria bagi memulakan hidup baharu selepas bertaubat," menurut kajian itu.

Individu ini meninggalkan gaya hidup mereka sebelum ini yang melibatkan penyalahgunaan alkohol dan dadah, dan menjadikan Isis di Syria sebagai pedoman kehidupan Islam ideal, menurut kajian tersebut.

"Sesetengah daripada tahanan (berpendapat) Malaysia terlalu sarat dengan perkara berdosa yang tidak akan membolehkan mereka untuk mengalami kehidupan Islam kecuali dengan kesukaran."

Walaupun pandangan popular sekolah agama seperti pondok dan madrasah menjadi tempat lahirnya kumpulan pengganas ini, namun kajian mendapati hanya 3 daripada 30 yang terbabit berasal dari institusi itu.

"Selebihnya individu yang ditahan datang dari sekolah arus perdana, termasuk beberapa pelajar tercicir."

Kebanyakannya mempunyai sedikit atau tiada pendedahan kepada pendidikan formal agama termasuk pengajian kelas agama yang perlu diikuti semua umat Islam Malaysia di sekolah kebangsaan.

"Sesetengah daripada mereka (daripada kumpulan berkaitan NII) tidak mengikuti ajaran Islam sebelum mereka didedahkan dengan idea jihad di Syria."

Hanya seorang daripada 30 tahanan itu merupakan graduan universiti.

"Kekurangan pendidikan formal agama menjadikan mereka terdedah kepada doktrin agama radikal dan ekstrem yang dijanjikan kepada mereka sebagai jalan pintas ke syurga atau cara lebih idealistik dalam mengamalkan Islam di luar arus perdana amalan biasa.

"Di sebalik kelemahan, mereka benar-benar percaya yang pemahaman mereka terhadap Islam adalah jauh lebih baik daripada orang lain,” katanya. – 13 Januari, 2016.

sumber...TMi
Keinginan untuk membantu rakyat Syria yang menderita di tangan pemerintah mereka sendiri dan mencuci dosa merupakan pendorong utama kepada sekumpulan 30 orang Melayu beragama Islam ditahan polis Malaysia kerana terbabit dengan Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).
Tiga puluh individu yang kini ditahan di penjara Sungai Buloh, mengambil bahagian dalam kajian dilakukan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Profesor Madya Dr Maszlee Malik.
Dalam temuramahnya dengan mereka, ahli akademik itu mendapati kebanyakannya kecewa dengan kerajaan Malaysia yang mereka dakwa mengamalkan rasuah dan tidak cekap.

Bagi mereka, Putrajaya merupakan satu lagi contoh bagaimana demokrasi Islam di seluruh dunia gagal membantu umat Islam yang ditindas, seperti rakyat Syria dan masyarakat Rohingya di Myanmar, menurut hasil kajian beliau. Penemuan menunjukkan tentang apa yang mendorong orang Melayu Islam menyertai atau menyokong kumpulan militan di Syria ketika pihak berkuasa Malaysia terus mencegah keganasan.
Semua 30 yang terbabit dalam kaji selidik itu adalah sebahagian daripada lebih 100 individu ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 sejak 2014 kerana disyaki terbabit dengan kegiatan militan.
Penemuan Maszlee ini berbeza daripada dakwaan sebelum ini, ramai ditahan kerana cuba untuk menyertai perang di Syria selepas terpedaya dengan seks, wang dan kuasa.
"Gambar dan video kanak-kanak dibunuh dengan senjata kimia digunakan pemerintah (Presiden Syria Bashar Al-Asad), dan pembunuhan orang awam menjadikan mereka merasakan terdapat seruan Allah kepada mereka melakukan apa yang perlu.
"Isis dan kumpulan mujahidin di Syria, bagi tahanan, adalah harapan dihantar Allah kepada rakyat Syria untuk menyelamatkan mereka," tulis Maszlee dalam kajian beliau bertajuk Isis di Malaysia: Satu Kajian Kes yang diperoleh The Malaysian Insider.
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Profesor Madya Dr Maszlee Malik dalam kajiannya mendapati kebanyakan individu ditahan kerana menyertai Isis berbuat demikian kerana kecewa dengan kerajaan Malaysia yang dikatakan mengamalkan rasuah dan tidak cekap. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Januari, 2016.Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Profesor Madya Dr Maszlee Malik dalam kajiannya mendapati kebanyakan individu ditahan kerana menyertai Isis berbuat demikian kerana kecewa dengan kerajaan Malaysia yang dikatakan mengamalkan rasuah dan tidak cekap. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Januari, 2016.Maszlee yang juga felo kanan di Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas)
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kajian-tentang-isis-dedahkan-alasan-peribadi-penyebab-ke-syria#sthash.MEcm1f4C.dpuf