Followers

Showing posts with label ahlu sunnah. Show all posts
Showing posts with label ahlu sunnah. Show all posts

Saturday, June 14, 2014

Gambar Pengebom Berani Mati Anggota ISIS Dari Malaysia



Ahmad Tarmimi Maliki, dikatakan rakyat Malaysia pertama menjadi pengebom berani dan bertanggungjawab terhadap serangan di ibu pejabat SWAT di Iraq pada 26 Mei

 PETALING JAYA: Setahun yang lalu, Ahmad Tarmimi Maliki berusia 26 tahun dan merupakan seorang pekerja kilang yang pendiam.


Kini, dia 'diangkat' sebagai pengebom berani mati yang pertama di Malaysia yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Dia mendapat 'penghormatan' itu apabila meletupkan 25 askar elit Iraq di ibu pejabat SWAT Iraq di al-Anbar pada 26 Mei.

Laporan menyatakan bahawa Ahmad Tarmimi, yang menerima latihan militan di Port Dickson pada akhir tahun lepas, memandu kenderaan SUV tentera dipenuhi dengan bertan-tan bahan letupan menuju ke ibu pejabat SWAT dan meletupkan dirinya.

Pengeboman didahului dengan serangan ke atas ibu pejabat komando ISIS.

Pembabitannya telah disiarkan dalam laman web rasmi ISIS dengan tajuk, "Mujahidin Malaysia Terkorban Dalam Operasi Mati syahid" dengan gambarnya juga dipaparkan.

Laporan itu juga menyatakan bahawa militan ISIS telah merampas senjata besar dari tempat persembunyian di ibu pejabat.

Ia menerangkan Ahmad Tarmimi sebagai pengebom berani mati yang pertama di Malaysia di Iraq.

Ahli keluarga Ahmad Tarmimi berkata pertemuan terakhir mereka adalah pada bulan Mac sebelum dia berlepas ke Timur Tengah untuk melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian Islam.

Dia telah bekerja di sebuah kilang di Selangor sejak 2012.

Walaupun tidak menunjukkan reaksi pelik, Ahmad Tarmimi menjadi semakin warak dan lebih berahsia, kata keluarganya.

Dari posting Facebook, diifahamkan Ahmad Tarmimi pertama kali memasuki Syria melalui Turki sebelum berakhir di Iraq, tempat di mana dia menjadi pengebom berani mati.

Sumber berkata rangkaian ISIS mempunyai hubungan tempatan di Asia Tenggara, termasuk Indonesia, dan banyak anak muda telah terjebak untuk berperang dan sanggup mati untuk saudara-saudara Islam mereka di Timur Tengah.

ISIS telah ditubuhkan pada April 2013 dan berkembang daripada kumpulan al-Qaeda di Iraq.

Menurut kajian dan analisis keganasan (http://www.trackingterrorism.org), ISIS mempunyai sumber kewangan yang meluas (kebanyakannya diperolehi daripada aktiviti jenayah terancang yang dikatakan dalam bidang kawalan dan dana diaspora serta penaja kewangan yang tidak dikenali dari negara Teluk) dan juga modal insan yang membolehkan operasi di pelbagai lokasi.

Ini dilihat dalam serangan yang dilaksanakan di kawasan yang dianggap sebagai kawasan utama Syiah di Iraq, seperti Najaf, Karbala, Kut dan Wasit dan juga pengeboman di Baghdad (Iraq).

Sejak itu ISIS telah menjadi salah satu daripada kuasa utama untuk melancarkan serangan terhadap tentera kerajaan di Syria dan Iraq.

Laporan mendedahkan bahawa huruf 'S' yang terakhir dalam singkatan ISIS itu dikaitkan daripada perkataan Arab "al-Sham".

Ia mungkin merujuk kepada Levant, Syria atau Damsyik tetapi dalam konteks jihad global, ia merujuk kepada Levant, kawasan yang kini terdiri daripada Cyprus, Israel, Jordan, Lebanon, Syria, Palestin dan sebahagian daripada selatan Turki.

Organisasi ini diketuai oleh Abu Bakr al-Baghdadi.Tidak banyak yang diketahui tentang latar belakangnya, tetapi dipercayai dia dilahirkan di Samarra, utara Baghdad, pada tahun 1971.

sumber...Mstar OL




Respon dari Jami'yyat Ulama Ahlusunnah Iraq mengenai serbuan ISIS di Iraq

Jam’iyyat Ulama Irak di Basrah menegaskan bahwa Ahlussunnah Irak bertolak belakang sepenuhnya dengan ISIS serta mendukung integritas Irak.

 Syekh Mohammad Amin, anggota organisasi ulama Sunni Irak tersebut mengatakan, “Irak sekarang menjadi target serangan kaum takfiri sesat. Mereka berusaha merebut sebagian wilayah Irak dan menyebar luaskan terorisme dari ke Irak ke semua negara Arab.”

Ulama Sunni Irak itu menambahkan, “Adalah ilusi belaka anggapan bahwa kelompok teroris ini terkait dengan Ahlussunnah. Bagaimana mungkin kelompok ini dapat dikatakan sebagai Ahlussunnah dan perbuatan mereka disebut sebagai kudeta Ahlussunnah sedangkan di Mosul mereka banyak membunuh dan mengusir orang-orang Sunni.”

Syekh Mohammad Amin menegaskan Ahlussunnah Irak berada di sisi tentara dan aparat keamanan Irak serta akan bangkit melawan siapapun yang hendak mencabik-cabik Irak menjadi beberapa bagian.

“Kapanpun tentara Irak menghendaki kami melepaskan jubah keagamaan kami siap mengenakan baju perang,” pungkas Syekh Mohammad Amin. (mm/ dar-alifta/alhayat/almasryalyoum/alsumaria)

Wednesday, August 21, 2013

Pengikut Syiah Bebas Amalkan Mazhab itu : Jamil Khir



Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) menegaskan penganut ajaran Syiah di negara ini tidak mempunyai halangan mengamalkan mazhab itu.

Bagaimanapun menurut beliau yang menjadi kesalahan apabila pengikut Syiah cuba untuk menyebarkan ajaran tersebut.

"Siapa pun mereka sama ada penganut Buddha, Hindu mereka berhak untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing namun yang menjadi salah apabila mereka cuma mengembangkan ajaran tersebut kepada orang Islam," kata Jamil Khir dalam satu sidang media selepas merasmikan pameran Haji: Pengalaman Malaysia di Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur.

Jamil Khir berkata demikian mengulas mengenai laporan perjanjian "Amman Message " pada tahun 2005 yang ditandatangani bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi dan juga menantunya Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Abdul Hamid Othan dan bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim.

Perjanjian itu merupakan inisiatif dari pemerintah Jordan pada ketika itu dimana ia adalah satu deklarasi bagi tujuan memperjelaskan kepelbagaian mazhab seperti Sunni, Syiah, Ibadi dan Thairi.

"Sesiapa pun yang mengamalkan satu dari empat mazhab sunnah mengikut undang-undang Islam seperti (Hanifi, Maliki, Shaf'i dan Hanbali), dua dari mazhab Syiah (Ja'fari dan Zaydi) serta mazhab Ibadi dan Thahiri adalah muslim. Menggelarkan mereka orang yang ingkar dan sesat adalah sangat mustahil," kata perjanjian tersebut.

Kenyataan Jamil Khir hari ini bercanggah dengan kenyataannya sebelum ini yang menyatakan mana-mana individu yang bersekongkol dengan fahaman Syiah akan didakwa di mahkamah sivil dibawah Enakmen Kawalan Pencegahan Penyebaran Bukan Muslim.

Hukuman juga boleh dijatuhkan dibawah undang-undang Enakmen Pertahanan Jenayah mengikut fatwa.

"Negara ini mengamalkan sunnah wal jamaah, tindakan tegas akan diambil bagi siapa yang mengembangkan ajaran ini, " kata Jamil Khir sebelum ini.

Perjanjian Amman juga mengetengahkan persamaan antara kepelbagaian fahaman mazhab Islam selain dari mengandungi isu dan kekangan dalam fatwa.

"Tidak ada siapa boleh mempersoalkan fatwa tanpa ada kelayakan yang diiktiraf dalam mengikut fahaman mazhab masing-masing. Tidak ada siapa boleh membangkitkan isu berkaitan fatwa tanya merujuk pada kaedah mazhab Islam," kata perjanjian itu lagi. – 20 Ogos, 2013.

 OLEH DIYANA IBRAHIM TMI