Followers

Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

Thursday, October 24, 2013

Ferrari Anak VIP Kantoi, Siapa Bro ??



KHAZALI (dua dari kiri) melihat kereta mewah dirampas, semalam

Punyalah syok melaram 

Kuala Lumpur: Sejumlah 22 kereta mewah milik anak orang kenamaan (VIP) dan ahli perniagaan termasuk 15 Ferrari yang didapati tidak membayar cukai dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam beberapa serbuan termasuk menahan 12 kereta itu ketika pemiliknya mahu mengadakan majlis perjumpaan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, 16 Oktober lalu.

Hasil rampasan itu, pihaknya melakukan serbuan kedua di sebuah rumah di Bandar Manjalara, Kepong, jam 9 malam, 18 Oktober dan merampas sebuah Ferrari dan sebuah Lamborghini.

Dalam serbuan ketiga Ahad lalu pula, dua Ferrari, Bentley dan Posche dirampas dalam treler yang menghala ke utara tanah air di Hentian Rehat dan Rawat Tapah, Perak, jam 2 pagi.

Pemandu treler berusia 50 tahun itu kemudian ditahan dan mendakwa diupah membawa empat kereta mewah itu ke Langkawi dipercayai untuk mengelak dirampas kastam kerana melebihi tempoh berada di Kawasan Utama Kastam (KUK).

 Ketua Pengarah Kastam Malaysia Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, dalam serbuan keempat jam 7 pagi hari sama, dua Lamborghini dan sebuah Nissan GTR 35 dirampas di pusat pameran kereta di Cheras dan dalam serbuan terakhir jam 9 malam kelmarin di Manjalara, Kepong, sebuah lagi Ferrari dirampas.

sumber... Raja Noraina Raja Rahim hmetro


Tuesday, October 8, 2013

Kontroversi Airel Dan Wawa Zainal Sehingga Dah Dapat Baby ??




Aeril Zafrel Jawab Kontroversi Nikah Wawa Zainal Jumaat Ini 
  
Aeril akan membuat sidang media khas pada Jumaat ini selepas solat Jumaat bagi meleraikan segala persoalan mengenai hubungannya dengan Wawa. 


KUALA LUMPUR: Kontroversi mengenai perkahwinan rahsia Aeril Zafrel dan Wawa Zainal masih lagi menjadi teka-teki apabila aktor itu enggan mengesahkan mengenai isu tersebut.

Aeril, yang ditemui di set penggambaran telefilem Kecoh Kuih Semperit di Tasik Ampang Hilir di sini pada Selasa berkata, dia akan membuat sidang media khas pada Jumaat ini selepas solat Jumaat bagi meleraikan segala persoalan mengenai hubungannya dengan Wawa.

"Saya tidak boleh komen buat masa ini dan akan membuat sidang media khas pada Jumaat ini bersama Wawa.

"Dan segala persoalan akan dijelaskan pada masa itu, tetapi bukan sekarang. Sidang media dibuat supaya sebarang kenyataan tidak bercanggah," katanya kepada wartawan.

Pada Ahad lalu sebuah akhbar menyiarkan laporan eksklusif kononnya Aeril atau nama sebenarnya Suharil Suhari, 25, sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal, 22, pada 4 Februari lalu secara senyap.

Hasil perkahwinan itu mereka dikatakan telah mendapat anak pada 24 Ogos lalu yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.

Sebelum ini Wawa dikatakan pulang ke negeri kelahirannya di Sabah untuk berubat kononnya akibat terkena buatan orang.

Ketika ditemui media pada Selasa Aeril bersikap terbuka memberi kerjasama untuk berhadapan dengan media selepas gagal dihubungi sebelum ini.

Malah ketika pelbagai persoalan diterjah, Aeril yang ditemani pengurusnya, Shahriman Wahab dan peguam, Zulhasmi Zakaria tetap menjawab soalan dengan tenang.

Aeril memberitahu dia menggunakan khidmat peguam untuk mendapat nasihat mengenai isu tersebut.

Dalam pada itu Shahriman berkata pada sidang media itu nanti pihaknya akan merakam segala sesi soal jawab untuk dijadikan bahan bukti bagi memudahkan pihaknya menjalankan siasatan berhubung kontroversi itu.

“Kami percaya, isu ini ditimbulkan kerana ada pihak lain sengaja mahu mengenakan kami. Jadi, kami akan rakamkan segala yang akan berlaku pada sidang media itu nanti,” katanya.

sumber...