Followers

Showing posts with label anak haram. Show all posts
Showing posts with label anak haram. Show all posts

Thursday, November 3, 2011

Wanita Dakwa Justin Bieber Bapa Bayi 3 Bulan



Penyanyi Pop Remaja hadapi saman jalani ujian darah

LOS ANGELES: Seorang wanita California berusia 20 tahun memfailkan saman terhadap ikon pop remaja terkenal dari Kanada, Justin Bieber menuduhnya adalah bapa kepada bayi lelakinya berusia tiga bulan.
Wanita yang membuat tuduhan sensasi itu mendakwa, Bieber memberitahunya hubungan seks mereka adalah ‘kali pertama’ dia berasmara, lapor majalah Star yang melaporkan perkara itu secara eksklusif.
Mariah Yeater menuntut penyanyi terbabit menjalani satu ujian darah untuk ‘mengesahkan secara saintifik’ beliau bapa kepada kanak-kanak terbabit, kata dokumen mahkamah yang diperoleh Star.

Saman terbabit difailkan pada akhir bulan lalu dan Yeater meminta mahkamah supaya Bieber ‘memberikan nafkah sepatutnya kepada anaknya’.

Dalam satu afidavit ditandatangani bawah nama Yeater, katanya, beliau berusia 19 tahun ketika menjalin hubungan seks dengan bintang di bawah umur terbabit di belakang pentas ketika satu konsert di sini.

Bagaimanapun, wakil Bieber berulang kali menafikan dakwaan itu. Pada masa sama, mahkamah menetapkan satu perbicaraan diadakan yang dijangka akhir tahun ini.
Dalam satu kenyataan kepada laman berita web, wakil Bieber juga menekankan: “Kami belum lagi melihat saman terbabit tetapi amat menyedihkan sekali bahawa seseorang mengada-adakan perkara ini, membuat fitnah dan dakwaan palsu.

“Kami akan berusaha bersungguh-sungguh menggunakan semua penyelesaian dari segi undang-undang untuk mempertahankan dan melindungi Justin terhadap semua tuduhan berkenaan.”

Dalam satu afidavit yang ditandatanganinya, Yeater memberitahu, seorang pengawal keselamatan Bieber mendekatinya dan bertanya jika mahu bertemu Bieber dan seterusnya membawanya ke belakang pentas.

“Jelas sekali kami tertarik antara satu sama lain dan kami mula berciuman.
Sebaik saja selepas itu, Bieber mencadangkan saya mengikutnya ke sebuah tempat lain supaya mereka tidak diganggu,” katanya.

sumbrt... Agensi     

Friday, September 9, 2011

Anak haram akan di Bin kepada bapa, Boleh ke?

Masaelah baru timbul lagi..

Jika anak itu hasil dari Bapa kepada ibunya atau Datuknya sendiri, macam mana nak selesaikan kes itu..pening beb..

Agama dah tetapkan hukum soal anak haram atau anak luar nikah itu , kenapa tak nak ikut?

Bin Bapa (seksyen 13)

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri sudah merumus mekanisme dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membolehkan anak tidak sah taraf didaftarkan dalam sijil kelahiran dengan bin atau binti bapa bagi mengelak kanak-kanak berkenaan menanggung tekanan emosi terutama ketika mula bersekolah.

Nama bapa juga dicadangkan supaya turut dicatatkan dalam kad pengenalan tetapi akan diikuti dengan satu kod rujukan ‘Seksyen 13’ bagi memudahkan jabatan dan agensi kerajaan berkaitan mengetahui status individu berkenaan apabila kanak-kanak itu dewasa terutama untuk proses akad nikah bagi pengantin perempuan.


Mekanisme cadangan itu sudah diumumkan kerajaan negeri dalam mesyuarat khas ketua-ketua jabatan, Isnin lalu membabitkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT), JPN negeri, Jabatan Mufti dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia bagi mengelakkan tekanan emosi terpaksa dilalui anak tidak sah taraf. Berdasarkan prosedur JPN kini, anak yang dilahirkan ibu yang bernikah kurang enam bulan perlu dibinkan Abdullah dan bukan nama bapa. Berikutan mesyuarat itu, JPN sudah bersetuju dengan cadangan itu dan akan membuat beberapa perubahan dalam akta sedia ada di Parlimen untuk dikuatkuasakan. Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat berkata, jika bayi itu dilahirkan dalam usia pernikahan ibu bapanya enam bulan dan kurang, kerajaan negeri mencadangkan supaya nama bapa dikekalkan pada sijil kelahiran dan kad pengenalan, tetapi perlu mencatatkan Seksyen 13.

Beliau berkata, cadangan itu diputuskan dengan mengambil kira kepentingan umum kerana mengikut prosedur semasa pelbagai masalah dan tekanan terpaksa dilalui kanak-kanak tidak sah taraf sedangkan mereka tidak berdosa, walaupun mereka boleh membuat rayuan pindaan bin atau binti bapa dalam kad pengenalan apabila berumur 12 tahun. “Dalam mesyuarat khas yang diadakan Isnin lalu, kita sudah mengemukakan kertas cadangan ini kepada JPN untuk memudahkan mereka membuat pindaan akta yang berkaitan. “Kita di peringkat negeri termasuk Jabatan Mufti dan bahagian pendaftaran nikah kahwin JHEAT sudah setuju dan memperkemas kertas cadangan ini untuk diserahkan kepada Majlis Fatwa Negeri bagi dibincangkan pada mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan dan menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2011 JHEAT, di sini, semalam.


Pada majlis itu, 60 pegawai dan kakitangan JHEAT termasuk Pesuruhjayanya, Rozali Salleh dianugerahkan APC dan mereka menerima hadiah wang tunai RM1,000 dan sijil.


Mengulas lanjut, Khazan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit berkata, tahun lalu saja 623 anak tidak sah taraf didaftarkan dengan JPN negeri.

“Jika proses pendaftaran nama dengan bin atau binti bapa boleh dilakukan, termasuk dicatatkan pada kad pengenalan, masa depan kanak-kanak itu lebih terjamin kerana dapat melalui kehidupan yang selesa apabila tidak perlu melalui tekanan mempunyai bin atau binti yang berlainan dengan bapa mereka,” katanya. Dalam perkembangan lain, beliau berkata, berkuat kuasa serta merta kerajaan negeri memutuskan, sijil nikah yang dikeluarkan di negara lain termasuk Thailand boleh digunakan untuk urusan pendaftaran kelahiran bayi di Terengganu walaupun pernikahan itu tidak didaftar dan disahkan Mahkamah Syariah negeri. Katanya, JPN negeri diminta mengeluarkan sijil kelahiran bayi walaupun ibu bapa anak terbabit mengemukakan sijil nikah dikeluarkan Jabatan Agama negara lain, termasuk Thailand, Brunei, Indonesia dan Singapura.


“Jika sijil perkahwinan dikemukakan ketika proses membuat sijil kelahiran mengelirukan, JPN negeri boleh rujuk JHEAT,” katanya.

sumber...mymetro