Followers

Showing posts with label deepak. Show all posts
Showing posts with label deepak. Show all posts

Monday, April 8, 2013

Musa Hassan Ex- IGP Berpaling Tadah ??



Patut ler beberapa orang kawan ada cakap bekas KPN nampak lebih neutral selepas bersara..
Banyak daa komen beliau berkenaan dengan beberapa kes tertentu lebih tepat wa katakan beliau tidak memihak kepada sesuatu pihak.

Hinggakan ada reporter yang berkata komen tuan seperti pihak sebelah kiri?
Beliau menjawab saya katakan itulah peruntukan undang undang negara Malaysia...
Jika anda tidak melakukan sebarang kesalahan kenapa anda harus takut..
Jika anda melakukan sesuatu dengan jujur dan ikhlas nescaya Allah membantu anda..
(Wa kutip dari ucapan beliau 2 bulan dahulu dalam ceramah BN Kedah, sampai macai macai UmporNO mecebeh mulut dan ada yang mengatakan buat apa pi jemput Tan Sri Musa mai sini, Tan Sri daa bedal bab campur tangan politik dalam PDRM)

Siasatan Akuan Bersumpah kedua PI Bala boleh dilakukan jika terdapat bukti baru,kata bekas KPN

KUALA LUMPUR, 8 April — Kerajaan seharusnya membuka semula penyiasatan terhadap dua akuan bersumpah kontroversi bekas penyiasat persendirian P Balasubramiam, kata Tan Sri Musa Hassan hari ini menyokong pendirian Majlis Peguam selepas terdapat bukti baru muncul.
Bekas penyiasat persendirian, mendiang P Balasubramiam. — Gambar failBekas Ketua Polis Negara (KPN) itu ditanya mengenai tindakan kerajaan yang dilihat enggan untuk membuka semula siasatan berhubung pendedahan oleh Deepak Jaikishan, Balasubramaniam dan peguamnya Americk Sidhu berhubung dengan kenyataan Balasubramaniam yang bercanggah berhubung dengan kes pembunuhan Altantuya Shariibuu pada 2006.

“Kalau ada bukti baru, mereka boleh mulakan siasatan,” kata Musa apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider melalui telefon.

“Dah lama saya cakap tentang benda ini,” tambah beliau lagi mengulangi kenyataannya dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.

Presiden Majlis Peguam Christopher Leong memberitahu pendakwaraya bulan lalu mereka seharusnya memulakan siasatan yang telah menyebabkan dua anggota polis elit dijatuhkan hukuman maut.

“Pendedahan Deepak Jaikishan, Blasubramaniam Perumal dan Americk Singh Sidhu menimbulkan kebimbangan yang mencukupi untuk mewajarkan siasatan lanjut oleh pihak berkuasa.

“Siasatan lanjut seperti ini mungkin atau mungkin tidak membawa kepada apa-apa yang baru, tetapi kita hanya akan tahu jika siasatan tambahan dilaksanakan,” kata beliau dalam satu kenyataan pada 30 Mac.

Leong memberi tindakbalas kepada kenyataan Tan Sri Abdul Gani Patail kepada Majlis Peguam pada 26 Mac, di mana Peguam Negara itu dilaporkan berkata jabatannya hanya boleh membuka semula siasatan jika terdapat bukti baru kerana takut menetapkan contoh tidak baik.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menyokong kenyataan peguam negara dalam isu ini, mengatakan polis tidak akan membuka semula kes ini kecuali jika benar-benar terdapat bukti baru.

“Saya tidak tahu apa beliau maksudkan apabila berkata ‘benda lama dalam cara baru,” kata Musa dipetik dari Malaysiakini memberitahu pemberita hari ini, merujuk kepada kenyataan Ismail mengenai isu tersebut.

“Akan tetapi mengapa tidak?” beliau dilaporkan menambah sebagai respon kepada pihak berkuasa memulakan siasatan baru.
“Terdapat bukti baru.”

Peniaga permaidani Deepak telah mengakui beliau telah mengaturkan Balasubramaniam untuk menafikan akuan bersumpah pertamanya.

Dan Americk yang mewakili Balasubramaniam — sebelum beliau meninggal dunia akibat serangan jantung akhir bulan lalu — mengakui peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham mengakui mendraf akuan bersumpah kedua penyiasat peribadi itu untuk menafikan akuan bersumpah pertama yang dilakukan 24 jam sebelum itu.

Majlis Peguam telah mengatakan mereka akan membuat aduan terhadap tindakan tidak profesional Abraham Lembaga Disiplin Peguamcara dan Peguambela (ASDB).

 Oleh Amin Iskandar
Penolong Pengarang Berita M.I

Wednesday, February 6, 2013

Deepak 90% Yakin Pegawai PM Ada Semasa Altantuya Dibunuh

Deepak 90 peratus yakin pegawai PM ada semasa Altantuya dibunuh

 



(Oleh Ruqayya Rahman)


KUALA LUMPUR 6 Feb: Ahli perniagaan kontroversi, yang mendedahkan kaitan Datuk Seri Najib Razak dan isteri dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Deepak Jaikishan mendakwa hampir 100 peratus yakin ada pegawai Perdana Menteri semasa wanita Mongolia itu dibunuh.

“Saya 90 peratus yakin, pegawai dan pengawal keselamatan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berada di lokasi Altantuya dibunuh,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, bersama pemimpin parti itu, tengahari tadi.

Ditanya lanjut berkenaan dakwaannya itu, beliau menjelaskan keyakinan tersebut berasas hubungan baik dengan Rosmah yang dianggap sebagai kakak.



“Memang saya tidak ada di tempat kejadian tetapi berdasarkan hubungan rapat saya dengan keluarga Perdana Menteri, saya yakin saya kenal mereka yang terlibat,” kata Deepak.
Ditanya lagi bagaimana beliau mengenali pegawai terlibat sedangkan beliau tiada di tempat kejadian, Deepak sekali lagi menegaskannya.

“Walaupun saya tiada di situ, saya pasti 90 peratus,” katanya.

Beliau turut mempersoal kehadiran pegawai terbabit di tempat Altantuya dibunuh.

“Jika dilihat secara logik, apakah tujuan pegawai-pegawai perdana menteri dan isteri berada di lokasi pembunuhan seorang warga asing jika ia tidak berkaitan tugasan mereka,” kata Deepak.
Altantuya dibunuh secara kejam pada 2006 di kawasan hutan di Puncak Alam. Kepalanya ditembak dan selepas itu badannya diletupkan dengan bom C4 yang biasa digunakan anggota tentera dalam operasi mereka.

Dua pegawai polis yang menjadi pengawal pengiring Perdana Menteri dibicarakan dan didapati bersalah dalam kejadian itu dan dijatuhkan hukuman bunuh.

Beberapa bulan lalu, Deepak dalam siri pendedahannya mendakwa beliau terlibat dalam membantu Najib dan Rosmah dalam menyiapkan akuan bersumpah kedua P Balasubramaniam (PI Bala) yang menafikan pengakuan dalam SD 1 dibuat penyiasat persendirian itu.



Kematian Altantuya terus dikaitkan dengan skandal pembelian kapal selam Scorpene melibatkan komisen lebih RM500 juta dibayar kepada syarikat milik rakan baik Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda.

Dalam pertemuan bersama Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar itu, Deepak turut membawa bukti-bukti penglibatan Perdana Menteri dan isteri dalam beberapa penyelewengan khazanah dan harta negara.

Antara isu ditimbulkan Deepak adalah bukti campur tangan Najib dalam pengambilalihan secara paksa Astacanggih Sdn Bhd, syarikat miliknya oleh Boustead Holdings Berhad dan penjualan lapangan terbang di Sungai Besi oleh Lembaga Tabung Angkatan Malaysia (LTAT).

Selain itu, beliau menyentuh salah guna kuasa tentera oleh Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi dan mendakwa didalangi oleh Perdana Menteri.

“Saya ada surat-surat dan semua dokumen Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang sah, mereka tak boleh lawan kebenaran,” tegas usahawan permaidani itu.

Menurutnya, selepas siri pendedahan ‘top-secret’ olehnya, beliau berkali-kali ditekan memaksanya mendapat jaminan imuniti bagi membolehkan lebih banyak pendedahan membabitkan pemimpin nombor satu negara.

Beliau hari ini berjaya mendapatkan sokongan daripada PAS dan peguamnya bagi tujuan itu selepas pertemuan kira-kira satu jam.

Pertemuan itu turut dihadiri Penolong Setiausaha PAS, Dr Syed Azman Syed Nawawi, Ahli Jawatankuasa PAS, Dr Dzulkefly Ahmad dan Asmuni Awi yang juga peguam.

Asmuni menyatakan kesediaan menulis surat kepada Peguam Negara bagi membolehkan Deepak mendapat imuniti di bawah Seksyen 2 (b) yang memberi perlindungan kepada saksi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44494