Followers

Showing posts with label hanipa maideen. Show all posts
Showing posts with label hanipa maideen. Show all posts

Thursday, June 11, 2015

Inilah 'Benda' Yang Betul Betul Menghina Pemimpin Pas UG



Kaedah menyingkirkan pemimpin Pas dari kalangan profesional amatlah menjijikkan,apalagi bila dilakukan oleh puak yang konon kuat agama dalam Pas.

Beberapa pemimpin PAS dari kumpulan bukan ulama yang kalah dengan kaedah tidak demokratik dalam pemilihan baru-baru ini tidak berminat untuk dilantik memegang jawatan dalam Jawatankuasa PAS Pusat.

Hanipa Maidin berkata sudah tiba masanya untuk kepimpinan baharu yang didominasi oleh kumpulan pro-ulama membuktikan kemampuannya tanpa perlu berdepan sebarang bentuk 'gangguan'.

"Saya tidak akan menerima tawaran (untuk jawatan tertentu) kerana saya mahu memberi peluang kepada barisan baharu untuk membuktikannya kemampuan mereka sendiri. Kami tidak mahu kacau mereka," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Khamis.

Ahli Parlimen Sepang itu yang juga bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata beliau tidak berpuas hati terhadap cara di mana pemimpin dari kumpulan progresif 'ditendang keluar' dari jawatan mereka semasa pemilihan parti baru-baru ini.

"Ia benar-benar menghina. Dengan adanya 'chai', anda tahu, saya tidak fikir ia adil untuk mana-mana parti menendang keluar mana-mana pemimpin tanpa mengambil kira prestasi dan pengalaman, " katanya.


Beliau merujuk kepada 'chai', atau senarai calon pro-ulama dan bukan ulama-yang diedarkan kepada para perwakilan sebelum pemilihan parti pada 4 Jun.

Datuk Dr Mujahid Yusof juga menunjukkan bahawa beliau akan menolak sebarang tawaran jawatan dalam Jawatankuasa PAS pusat.

"Saya belum lagi diberitahu tentang hal itu, dan saya tidak tahu jika saya telah dilantik. Tetapi jika saya dilantik, saya akan menolak, " kata Ahli Parlimen Parit Buntar.

Dr Hatta Ramli, yang telah berulang kali dituduh oleh puak pro-ulama sebagai punca di sebalik plot untuk menggulingkan Presiden parti hanya ketawa apabila diminta mengulas.

"Soalan ini membuatkan saya kelihatan 'perasan'. Tetapi tidak ada tawaran seperti itu dan kita tidak mengharapkan apa-apa.

"Kecuali jika mereka mahu menawarkan saya jawatan presiden, maka saya tidak akan menolak yang itu," katanya berjenaka, sambil menambah beliau akan mengumumkan keputusannya apabila jawatan itu benar-benar ditawarkan.

Bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan bekas Timbalan Ketua Muslimat PAS Dr Siti Mariah Mahmud tidak terfikir bahawa beliau akan ditawarkan sebarang jawatan.

"Jika mereka melantik saya, saya memilih untuk menumpukan perhatian kepada kawasan saya," kata Ahli Parlimen Kota Raja itu.

Bekas Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar bagaimanapun, memilih untuk tidak mengulas lanjut terhadap perkara yang belum jelas.

"Tidak, saya tidak menerima sebarang surat," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Kepimpinan baharu PAS telah berkata bahawa beberapa pemimpin yang kalah akan ditawarkan enam jawatan dalam Jawatankuasa PAS pusat.

Jawatan yang akan dilantik termasuklah setiausaha agung dan ketua penerangan.

oleh: Rahmah Ghazali Mstar

#Mahfuz Omar sudah mengesahkan beliau tidak akan menerima sebarang jawatan lantikan.

Monday, October 6, 2014

Siapa Pulak Tibai Nik Abduh Ni ?


Nik Abduh masih merengek seperti budak budak..

Hahaha...Woit... sudah sudah la..

Teori konspirasi ni siapa pulak yang bikin? Nik Zawawi jentik lagi ke? ...hahaha

Baik lu jaga kawasan parlimen lu lagi baik dari lu membebel tak ketahuan arah !

Konspirasi antarabangsa jatuhkan Hadi, Ulama mengarut, kata pemimpin PAS

AJK PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin (gambar) dan Khalid Samad kedua-duanya menyangkal teori Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tentang konspirasi antarabangsa terhadap PAS.

Dakwaan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengatakan wujud konspirasi antarabangsa untuk menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama disangkal hari ini oleh dua rakan sejawatnya yang mengatakan ia mengarut dan tidak berasas.

Bagaimanapun, seorang pemimpin Majlis Syura mengatakan gerakan untuk menekan kebangkitan Islam memang wujud di peringkat antarabangsa, dan PAS sebagai salah satu pertubuhan Islam tidak terlepas dari menjadi sasaran.

Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin ketika dihubungi The Malaysian Insider, menepis dakwaan rakan sejawatnya Nik Abduh, dan menganggapnya sebagai pandangan peribadi semata-mata.

"Bagi saya itu teori mengarut. Tidak ada konspirasi. Adakah dengan melantik Hadi sebagai Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia juga merupakan satu konspirasi antarabangsa?" kata ahli Parlimen Sepang itu.

Katanya, walaupun pihaknya mengakui sayap ulama parti itu sering menerima 'serangan' dan kritikan sejak kebelakangan ini, itu tidak bermakna ia didalangi negara luar untuk menjatuhkan parti Islam itu dan negara Malaysia.

"Saya rasa kuasa besar dunia pun ada banyak benda lain hendak fikir daripada (rancang) konspirasi," katanya.

Nik Abduh dalam artikelnya 'Islam tanpa syarat' yang disiarkan Harakahdaily semalam mendakwa kuasa besar dunia yang berjaya menjatuhkan negara Islam di Timur Tengah seperti di Syria dan Mesir kini mula mensasarkan serangannya di Malaysia.

Katanya, prinsip PAS yang konsisten berjuang menegakkan agama di dalam negara merimaskan musuh Islam antarabangsa.

Keadaan itu katanya menyebabkan PAS diserang, bermula dengan melemahkan pimpinan utama, sekaligus tidak mahu PAS menjadi parti yang kuat dan mendominasi Pakatan Rakyat (PR).

"Jika anda bertanya, adakah gerakan menjatuhkan Hadi dan memperlekeh Majlis Syura Ulama PAS adalah projek konspirasi musuh Islam antarabangsa? Saya jawab, ya," kata anak Mursyidul Am PAS itu.

Pendapat Hanipa itu turut disokong seorang lagi AJK PAS Pusat, Khalid Samad yang menganggap Nik Abduh membuat andaian tanpa asas kukuh.

Katanya, situasi konflik di negara Timur Tengah tidak boleh diramalkan akan sama terjadi di Malaysia.

"Kena ada asas untuk buat andaian. Asas dia apa? Kalau kata usaha hendak jatuhkan ulama (PAS), siapa yang nak jatuhkan?" kata ahli Parlimen Shah Alam itu.

Khalid berkata, teguran yang dibuat ahli PAS dan pihak luar terhadap Majlis Syura tidak bererti mahu menjatuhkan badan tertinggi PAS itu.

"Kepimpinan ulama dijamin dalam perlembagaan (parti), tetapi janganlah komen dan beri pandangan ada usaha nak jatuhkan... ini dah terlalu melampau," katanya.

Katanya, teguran terhadap Majlis Syura merupakan perkara biasa sejak kepimpinan dahulu.

Bagaimanapun, Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh tidak menafikan wujudnya gerakan antarabangsa yang didalangi kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Israel dan Britain untuk menjatuhkan kepimpinan ulama secara global.

"Ya, memang salah satu daripada sasaran adalah PAS. Itu tidak boleh dinafikan. Mana-mana negara yang ada kebangkitan Islam dilihat sebagai ancaman oleh kuasa besar," katanya.

Katanya, mereka memulakan serangan ideologi dengan cuba mengasingkan isu ekonomi dan politik daripada dikaitkan dengan agama sehingga ada sesetengah alim ulama dan pemimpin agama termakan dengan agenda itu.

"Sesetengah alim ulama, bila jadi mufti, dia tidak berani bercakap benda yang benar," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengaitkan konspirasi itu dengan cubaan melemahkan kedudukan dalam PR, seperti yang didakwa Nik Abduh.

"Itu pandangan dia. Dia mungkin sedar perkara itu terjadi maka dia kena buktikan sendiri," katanya.

sumber...TMI