Followers

Showing posts with label majlis syura. Show all posts
Showing posts with label majlis syura. Show all posts

Thursday, October 30, 2014

Kenapa PasMa Berkembang Pesat di Terengganu ??



PasMa semakin berkembang dalam PAS walau diharamkan Majlis Syura

Ketika rasa tidak puashati terhadap konservatif dalam PAS semakin merebak, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) kini berkembang pesat dengan penubuhan cawangan di semua negeri walaupun Majlis Syura Ulama parti itu melarang ahlinya terlibat dengan kumpulan itu.

The Malaysian Insider diberitahu, PasMa kini telah melantik pemimpin di setiap negeri dan sedang merancang membuka pejabat tetap dan melantik kakitangan sepenuh masa mengendalikan perkembangannya.

Di Terengganu, negeri presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di mana kumpulan ini berdepan dengan tekanan paling hebat, hampir kesemua daerah di negeri itu telah mempunyai pemimpin PasMa, begitu juga Kedah di mana terdapat pemimpin PasMa di semua daerah.

"Kita bukan pertikai Majlis Syura. Apa yang berlaku ada kenyataan bercanggah antara kenyataan Setiausaha Agung PAS dengan Syura.

"Setiausaha Agung kata tak salah sertai PasMa kerana hanya sebuah NGO, MSU pula nasihatkan jangan," kata Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi, merujuk kepada kenyataan Datuk Mustapha Ali yang berkata PasMa hanya sebuah NGO.

Phahrolrazi berkata, terserah kepada pemimpin PAS menguruskan percanggahan arahan ini, sambil menambah pihak yang berhak mentafsirkan perlembagaan parti adalah Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS.
Sementara itu, AJK PAS Pusat, Khalid Samad akan menyertai program PasMa di Ipoh 8 November ini manakala rakannya, Dr Dzulkefly Ahmad akan menyertai program di Temerloh 15 November ini bersama Tengku Puji Tengku Abdul Hamid, bekas pemimpin PAS yang kini dilantik mengetuai PasMa Pahang.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, setiap ahli berhak menyertai mana-mana pertubuhan bukan kerajaan, dan PAS tidak boleh menghalang sekiranya ada ahli mahu sertai program PasMa.

"Namun, Majlis Syura sudah mengeluarkan arahan atau mungkin disebut sebagai nasihat melarang untuk ahli sertainya. Maka keadaan ini mungkin mencetuskan keraguan dan keresahan ahli-ahli PAS.

"Oleh itu elok diadakan diskusi antara kedua-dua pihak bagi mencari jalan penyelesaian," kata Salahudin sebagaimana dilaporkan Sinar Harian.

Pada 12 Oktober lalu, Majlis Syura, menasihatkan semua ahli PAS jangan terlibat dengan kumpulan ini.

Setiausahanya, Nik Zawawi Salleh berkata larangan ini selari dengan peringatan Hadi dalam ucapan penutup di Muktamar PAS ke 60 di Batu Pahat, Johor, bulan lalu.

Dalam ucapan yang sangat berbeza dengan ucapan pemimpin utama PAS sebelumnya, Hadi memberikan amaran keras terhadap perpecahan yang semakin teruk dalam PAS yang disifatkannya sebagai "jemaah dalam jemaah" di dalam parti itu.

Beliau kemudiannya mempertahankan keputusan Majlis Syura melarang penglibatan ahli PAS dalam PasMa, dan berkata ia berasaskan aduan di peringkat negeri mendakwa salah laku ahli PasMa.

Tetapi Setiausaha Agung PasMa, Mohd Taib Ahmad menafikan dakwaan PasMa adalah parasit kepada PAS dan tuduhan bahawa mereka mendaftar sebuah parti baharu.

"Itu merupakan sesuatu yang dikehendaki musuh supaya dapat pecahbelah PAS, supaya Barisan Nasional kekal. Ia strategi yang ditunggu-tunggu oleh BN supaya PAS pecah," katanya kepada The Malaysian Insider.

Phahrolrazi pula menegaskan, PasMa akan terus kekal sebagai NGO dan menjadi pemerhati dan pengkritik kepada Pakatan Rakyat atau Pakatan Watch.

"Kita akan kekalkan PasMa. Jika jadi parti, akan berlaku kekosongan peranan itu," katanya merujuk kepada peranan yang mahu dimainkan PasMa iaitu memantau Pakatan Rakyat khasnya PAS agar sentiasa berada di landasan betul.

Pertemuan pertama PasMa dibuat pada Hari Merdeka lalu di kemuncak krisis menteri besar Selangor bagi memastikan PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat.

Lebih 100 ahli PAS bertemu di Kota Bharu hari itu dan menubuhkan PasMa di kala spekulasi bertiup kencang PAS akan bersama Umno membentuk kerajaan di Selangor bagi menyelesaikan krisis itu.

Tetapi menurut pengkritik PasMa yang kebanyakan terdiri dari kumpulan pro-ulama, PasMa dipimpin dan disertai oleh ahli PAS yang kecewa dan tidak mendapat tempat dalam parti itu.

Taib menolak dakwaan itu.

"Orang yang kecewa akan duduk diam, tetapi pejuang akan terus berjuang," katanya.

Bagi beliau, ada usaha musuh PAS menarik parti itu keluar Pakatan Rakyat.

"Ada usaha musuh-musuh untuk bawa PAS keluar dari PR, PasMa akan dedahkan usaha jahat musuh ini. Kita ada bukti-bukti kukuh," tambahnya.

sumber...TMI

Monday, October 13, 2014

PasMa Bagi Jawapan Yang Meresahkan MSU ?



Majlis Syura PAS nak pecat ahli yang menyertai PasMa ke ?

Ini berita baek bro...hahahahaha

Lepas ni nak tinggal berapa orang jer lagi yang maseh 'setia' dengan PAS yang asyik nak menghukum ni ?

Nik Zawawi naik bengang kerana PasMa daa buat kempen kat Teganu ke ?

Banyak ler lagi senarai kat Teganu kalau nak kaborkan...

Woit...Datuk Datuk, Datuk Seri dalam PAS sudah sudah ler 'bertelagah' dalam parti..

Jangan ler nanti ada orang tanya... Macam ni ke parti islam ?

Lebih baik tumpukan usaha untuk membaik pulih hubungan sesama komponen Pakatan Rakyat..PRU 14 PAS daa tak mahu dapat sebarang kerusi lagi ke ?


Syura PAS tiada hak larang ahli sertai kami, kata presiden PasMa

Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata terdapat segelintir pemimpin parti yang mahu mengekang kebebasan ahli mengeluarkan pendapat mereka.

Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) mempertikaikan larangan ke atas ahli PAS menyertai kegiatan kumpulan itu, sambil berkata Setiausaha Majlis Syura Ulama Nik Zawawi Salleh tidak berhak membuat keputusan sedemikian.

Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata hanya Jawatankuasa PAS Pusat berhak membuat keputusan membabitkan parti Islam itu. 

"Beliau tidak ada hak untuk mengeluarkan sebarang kenyataan yang melibatkan kuasa eksekutif," kata Phahrolrazi dalam satu kenyataannya hari ini, merujuk kepada Nik Zawawi.

"Jawatankuasa PAS Pusat adalah merupakan badan eksekutif yang diamanahkan oleh parti," kata Phahrolrazi yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah itu.

Semalam, Nik Zawawi mewakili Majlis Syura Ulama mengeluarkan kenyataan yang dikira paling keras dari PAS terhadap badan bukan kerajaan (NGO) pro-Pakatan Rakyat (PR) itu,  apabila meminta semua ahli PAS jangan melibatkan diri dengan sebarang kegiatan PasMa.

Nik Zawawi berkata, langkah itu selaras dengan peringatan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 baru-baru ini, supaya tidak berlaku kewujudan jamaah dalam jamaah, dan parti dalam parti.

"Kawasan dan Badan Perhubungan Negeri juga dinasihatkan membuat laporan bertulis kepada Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura sekiranya tindak-tanduk seumpama itu berlaku di peringkat masing-masing untuk diambil tindakan lanjut," kata Nik Zawawi.

Sebelum ini, PAS Terengganu adalah satu-satunya pihak melarang ahli parti melibatkan diri dalam sebarang kegiatan PasMa.

Bagi Phahrolrazi, PasMa adalah sebuah NGO dan bukan parti politik dan tidak terikat dengan dengan mana-mana  parti politik.

Katanya, tidak menjadi kesalahan kepada mana-mana ahli PAS menyertainya dan mengikuti sebarang aktiviti yang dianjurkan.

Beliau berkata, PasMa menyediakan program pendidikan ke arah melahirkan masyarakat berfikiran terbuka, bersedia menerima pendapat dan pandangan berbeza.

"Ianya bersesuaian dengan ajaran Islam sendiri yang mengajar penganutnya untuk memberikan pandangan terbuka, menerima teguran, mengemukakan hujah.

"Islam mengajar umatnya untuk memberikan peringatan dan nasihat menasihati antara satu sama lain," kata Pharolrazi dalam kenyataannya.

Bekas ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) Kedah itu berkata PasMa berusaha memperkukuhkan PR ke arah menjadi harapan rakyat Malaysia.

"Tindakan beberapa pemimpin yang menyerang parti-parti dalam Pakatan akan menyebabkan penyokong Pakatan hilang keyakinan dan kepercayaan," katanya.

Tambahnya, PasMa mengadakan dialog agar tokoh politik dan akademik serta penyokong diberi peluang memberi pandangan secara bebas.

"Kebebasan itu seolah-olah cuba dinafikan oleh segelintir pemimpin yang merasakan mereka tidak boleh ditegur dan pengikut wajib patuh sepenuhnya," kata Phahrolrazi yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Pengkalan Kundor, Kedah.



sumber...TMI

Monday, October 6, 2014

Siapa Pulak Tibai Nik Abduh Ni ?


Nik Abduh masih merengek seperti budak budak..

Hahaha...Woit... sudah sudah la..

Teori konspirasi ni siapa pulak yang bikin? Nik Zawawi jentik lagi ke? ...hahaha

Baik lu jaga kawasan parlimen lu lagi baik dari lu membebel tak ketahuan arah !

Konspirasi antarabangsa jatuhkan Hadi, Ulama mengarut, kata pemimpin PAS

AJK PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin (gambar) dan Khalid Samad kedua-duanya menyangkal teori Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tentang konspirasi antarabangsa terhadap PAS.

Dakwaan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengatakan wujud konspirasi antarabangsa untuk menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama disangkal hari ini oleh dua rakan sejawatnya yang mengatakan ia mengarut dan tidak berasas.

Bagaimanapun, seorang pemimpin Majlis Syura mengatakan gerakan untuk menekan kebangkitan Islam memang wujud di peringkat antarabangsa, dan PAS sebagai salah satu pertubuhan Islam tidak terlepas dari menjadi sasaran.

Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin ketika dihubungi The Malaysian Insider, menepis dakwaan rakan sejawatnya Nik Abduh, dan menganggapnya sebagai pandangan peribadi semata-mata.

"Bagi saya itu teori mengarut. Tidak ada konspirasi. Adakah dengan melantik Hadi sebagai Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia juga merupakan satu konspirasi antarabangsa?" kata ahli Parlimen Sepang itu.

Katanya, walaupun pihaknya mengakui sayap ulama parti itu sering menerima 'serangan' dan kritikan sejak kebelakangan ini, itu tidak bermakna ia didalangi negara luar untuk menjatuhkan parti Islam itu dan negara Malaysia.

"Saya rasa kuasa besar dunia pun ada banyak benda lain hendak fikir daripada (rancang) konspirasi," katanya.

Nik Abduh dalam artikelnya 'Islam tanpa syarat' yang disiarkan Harakahdaily semalam mendakwa kuasa besar dunia yang berjaya menjatuhkan negara Islam di Timur Tengah seperti di Syria dan Mesir kini mula mensasarkan serangannya di Malaysia.

Katanya, prinsip PAS yang konsisten berjuang menegakkan agama di dalam negara merimaskan musuh Islam antarabangsa.

Keadaan itu katanya menyebabkan PAS diserang, bermula dengan melemahkan pimpinan utama, sekaligus tidak mahu PAS menjadi parti yang kuat dan mendominasi Pakatan Rakyat (PR).

"Jika anda bertanya, adakah gerakan menjatuhkan Hadi dan memperlekeh Majlis Syura Ulama PAS adalah projek konspirasi musuh Islam antarabangsa? Saya jawab, ya," kata anak Mursyidul Am PAS itu.

Pendapat Hanipa itu turut disokong seorang lagi AJK PAS Pusat, Khalid Samad yang menganggap Nik Abduh membuat andaian tanpa asas kukuh.

Katanya, situasi konflik di negara Timur Tengah tidak boleh diramalkan akan sama terjadi di Malaysia.

"Kena ada asas untuk buat andaian. Asas dia apa? Kalau kata usaha hendak jatuhkan ulama (PAS), siapa yang nak jatuhkan?" kata ahli Parlimen Shah Alam itu.

Khalid berkata, teguran yang dibuat ahli PAS dan pihak luar terhadap Majlis Syura tidak bererti mahu menjatuhkan badan tertinggi PAS itu.

"Kepimpinan ulama dijamin dalam perlembagaan (parti), tetapi janganlah komen dan beri pandangan ada usaha nak jatuhkan... ini dah terlalu melampau," katanya.

Katanya, teguran terhadap Majlis Syura merupakan perkara biasa sejak kepimpinan dahulu.

Bagaimanapun, Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh tidak menafikan wujudnya gerakan antarabangsa yang didalangi kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Israel dan Britain untuk menjatuhkan kepimpinan ulama secara global.

"Ya, memang salah satu daripada sasaran adalah PAS. Itu tidak boleh dinafikan. Mana-mana negara yang ada kebangkitan Islam dilihat sebagai ancaman oleh kuasa besar," katanya.

Katanya, mereka memulakan serangan ideologi dengan cuba mengasingkan isu ekonomi dan politik daripada dikaitkan dengan agama sehingga ada sesetengah alim ulama dan pemimpin agama termakan dengan agenda itu.

"Sesetengah alim ulama, bila jadi mufti, dia tidak berani bercakap benda yang benar," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengaitkan konspirasi itu dengan cubaan melemahkan kedudukan dalam PR, seperti yang didakwa Nik Abduh.

"Itu pandangan dia. Dia mungkin sedar perkara itu terjadi maka dia kena buktikan sendiri," katanya.

sumber...TMI