Followers

Showing posts with label hoogland. Show all posts
Showing posts with label hoogland. Show all posts

Tuesday, October 18, 2011

Anwar Ada Peluang Menang? 4 Saksi Pendakwa Gagal Cabar Keterangan Pakar



KUALA LUMPUR, 18 Okt- Empat saksi balas yang dikemukakan pendakwaraya hari ini gagal mencabar keterangan pakar tulang belakang yang merawat kecederaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendengar keterangan Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Zaninah Mohd Zin, pegawai penyiasat ASP Jude Pereira, Sarjan Ahmad Abdullah dan pakar runding HKL Dr Jayaindran Sinadorai.

Mereka dipanggil pendakwa untuk mencabar keterangan saksi ketujuh peguam bela, Dr Thomas Hoogland bahawa Anwar tidak mungkin meliwat pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan ekoran kecederaan tulang belakang yang dialaminya.

Keterangan Dr Zaninah, Jude Pereira dan Sarjan Ahmad Abdullah dibuat secara terbuka manakala Dr Jayaindran pula menerusi rakaman kamera.
Dr Hoogland sebelum ini berkata, Anwar tidak mungkin melakukan perbuatan itu terhadap Saiful akibat stenosis leher, artritis teruk dan kerosakan saraf yang dialami Ketua Pembangkang itu.

Beliau yang menjalankan pembedahan terhadap Anwar di Munich Jerman pada 2004 berkata, Anwar akan berhadapan dengan kesakitan yang teruk jika beliau berada dalam posisi membongkok dan berlutut.

Hari ini, tiga saksi iaitu Dr Zaninah, Jude pereira dan Sarjan Ahmad Abdullah turut memberi keterangan berhubung salinan laporan perubatan bertarikh 16 Julai 2008.
Mahkamah diberitahu terdapat dua laporan perubatan iaitu yang pertama ditandatangani Dr Jayaindran dan kedua ditandatangani bersama oleh doktor Hospital Kuala Lumpur, Dr Ee Boon Leong.“Bukti ini tidak boleh menyangkal keterangan Dr Thomas Hoogland. Ia tidak mencabar penilaian Hoogland,” kata peguam pembela Sankara Nair kepada pemberita selepas mahkamah ditangguhkan.

Ketika ditanya mengenai butiran rakaman Dr Jayaindran yang dibuat menerusi rakaman kamera, Sankara enggan mengulas mengenainya.
“Saya tidak boleh kata banyak sebab sesi dijalankan menggunakan kamera. Tetapi, apa yang boleh saya katakan sekarang ialah bukti dikemukakan hari ini tidak boleh sangkal Hoogland,” kata Sankara.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=21877

Friday, October 7, 2011

Pakar: Mustahil Bagi Anwar Meliwat Kerana Keadaannya


Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim diberitahu, berdasarkan ujian ke atas ketua pembangkang itu dan keputusan imbasan MRI (Pengimejan Resonans Magnetik), adalah tidak mungkin bagi tertuduh meliwat.
 Menurut pakar bedah orthopaedik Dr Thomas Hoogland yang menyambung keterangannya hari ini, penilaiannya dibuat dengan mengambil kira usia Anwar.

"Bekalan darah adalah masalah utama apabila berlaku kerosakan kepada saraf...

"Apabila kita andaikan hubungan seksual, ia tidak mungkin boleh dilakukan.

"Berdasarkan pemeriksaan ke atas Anwar dan keputusan MRI, ini mustahil dilakukan (tindakan meliwat) kerana usianya," kata Hoogland.Menjawab soalan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Hoogland berkata meskipun pembedahan dijalankan dan terdapat perubahaan, namun ia tidak sembuh sepenuhnya.

sumber...malaysiaKini

'Mampukah Anwar Melakukannya' ??



'Mampukah Anwar lakukannya?' tinggal misteri
Persoalan sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim "boleh melakukannya" terhadap pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, tinggal misteri, apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan pihak pembelaan supaya prosiding itu didengar secara tertutup selama kira-kira 10 minit, dalam perbicaraan kes liwat Anwar hari ini.

NONEBagaimanapun, dari keterangan pakar bedah ortopedik Belanda dan pakar sakit belakang, Dr Thomas Hoogland sejak pagi tadi, pihak
pembelaan telah menegaskan bahawa secara logik ataupun fizikal, aksi sedemikian tidak mampu dilakukan.

Galeri awam mahkamah telah dikosongkan sebelum Hoogland memberi keterangan selama 10 minit, dan selepas itu prosiding hari ini tamat, dan akan disambung pagi esok.

Malah, Presiden PKR dan isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, beredar dari galeri itu selepas polis mengarahkan ia dikosongkan.

Saiful juga telah memberikan keterangan secara tertutup mengenai dakwaan tersebut apabila dia menjadi saksi pendakwa tahun lepas.

Hoogland, 66, yang melakukan pembedahan ke atas Anwar pada September 2004 dan memeriksanya sekali lagi pada bulan lepas, berkata Anwar mengalami masalah untuk melutut dan tidak boleh melakukan aktiviti yang lasak.

Pakar sakit belakang itu juga menyenaraikan tiga masalah dalam diagnosis ke atas Anwar bulan lalu dalam jawapan kepada soalan-soalan dari peguam Sankara Nair.

sumber...malaysiaKini