Followers

Showing posts with label lelaki. Show all posts
Showing posts with label lelaki. Show all posts

Tuesday, November 25, 2014

Kacau: Kiyai Kahwinkan Lelaki Dengan Transgender



Kiyai dedah kahwinkan lelaki dengan transgender

Di Malaysia, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bukan sahaja tidak diterima, malah membicarakan subjek itu saja sudah dianggap tabu.

Tetapi di Indonesia, negara umat Islam terbesar di dunia, siapa sangka sudah ada ustaz yang tampil menikahkan seorang lelaki dengan seorang transgender.

Abdul Muiz Ghazali, pensyarah agama di Institut Studi Islam Fahmina (Isif), yang beroperasi di Cirebon, Jawa Barat, tampil membuat pengakuan itu kepada Malaysiakini minggu lalu.

Dalam wawancara di Petaling Jaya, menjawab “ya” dan disusuli ketawa kecil, beliau mengaku menjadi jurunikah untuk seorang lelaki dengan pasangan transgendernya.

Bekas pengasuh di sebuah 'pesantran waria' (wanita pria atau transgender) di Yogyakarta itu mendedahkan, beliau menikahkan pasangan berumur 40 dan 43 tahun, yang datang kepadanya, setelah mereka saling mencintai.

Muiz, lulusan pengajian Islam di Universiti Islam Negeri (UIN) dan sekolah pondok itu berkata, oleh kerana pernikahan itu tidak diiktiraf oleh undang-undang republik itu, beliau menyediakan sendiri surat nikahnya.

“Kita ada catatan pernikahan yang kita buat sendiri, sekiranya ada masalah boleh jumpa saya semula.

“Saya yang akan menceraikannya nanti (jika pernikahan itu gagal mencapai kebahagiaan) disaksikan komuniti (LGBT), kerana soal nikah cerai itu harus ada pengakuan dari masyarakat,” katanya.

'Muslim yang larang'

Mengimbau kenangan pada 2012 itu, Muiz menjelaskan, walimatul urus itu berlangsung sederhana.

“Cuma perlukan selembar kertas (persetujuan) dan juga komuniti kita,” katanya, yang berkali-kali menegaskan bahawa beliau seorang “heteroseksual” (kecenderungan seksual berbeza jantina).

Malah, Muiz berkata, perkahwinan itu berlangsung tanpa ritual setempat seperti acara merenjis tepung tawar dan tanpa mengenakan pakaian tradisi seperti kebiasaannya.

“Kita tidak perlu pakai benda tinggi-tinggi atas kepala, baju-baju budaya,” katanya sambil membuat isyarat tangan di kepala.

“Nikah (cara) itu cuma budaya. Kita tidak perlukan pelbagai ritual, hanya kertas dan komuniti kita. Ia melibatkan sumpah setia. Pernikahan ini kita harus ingat adalah perjanjian.”

Tampil bersongkok dan bersarung seperti kebiasaannya, ustaz muda yang turut memakai rantai kayu itu, sering menegaskan keperluan kasih sayang dalam sesebuah hubungan rumah tangga.

Ditanya berhubung larangan perkahwinan sama jantina, Muiz memilih berbeza pendapat.

“Islam tidak pernah melarang bernikah berlainan jantina. Tetapi umat Islam ya, mereka yang larang, agama tidak,” katanya yakin.

Seks dan gender dalam al-Quran

Beliau memetik ayat ke-14, surah Ali-Imran yang menyebut bahawa Allah menjadikan kecintaan terhadap apa-apa yang diingini sebagai kesenangan hidup.

“Merujuk surah ini, terdapat perkataan manusia yang boleh mencintai apa-apa yang dingini, jika perempuan mencintai perempuan (contohnya), ya, sudah kelihatan sejenis di sini, itu teks Al-Quran.

‘Yang ada dalam al-Quran itu orang yang dianggap lelaki bukan dari jenis kelamin (aspek biologi),” katanya.

Menurut beliau, syarat nikah lelaki dan perempuan dalam Islam bukan daripada aspek biologi semata-mata, tetapi juga gender.

Bahasa Arab, termasuk Al-Quran menggunakan dua perkataan berbeza untuk menggambarkan lelaki dan perempuan – satu daripada segi biologi dan satu lagi gender.

Muiz bagaimanapun menjelaskan permintaan untuk bernikah sama kelamin tidak banyak kerana komuniti transgender sendiri tidak besar di negara seberang itu.

Beliau juga menjelaskan terdapat juga ustaz atau kiyai lain yang menikahkan pasangan gay selainnya.

Menceritakan pengalaman hidupnya, Muiz mengakui tidak menerima kewujudan golongan itu sebelum ini.

Transgender juga bertuhan

Tetapi, tambahnya, beliau berubah fikiran setelah membuat kajian sendiri, bahkan menyamar sebagai orang gelandangan untuk mendekati golongan transgender yang melacur di jalanan.

Membuka baju batik, songkok dan kain sarung, Muiz tampil berseluar pendek dan berbaju koyak rabak supaya golongan itu tidak takut didekati.

“Apa yang dipakai oleh mereka saya akan turut pakai,” katanya yang kemudian menyimpulkan bahawa setiap manusia memerlukan tuhan, termasuk juga golongan transgender.

"Dari situ saya berpendapat bahawa transgender memerlukan tuhan cuma tidak jumpa jalan, misalnya dilarang ke masjid. Jadi saya ingin mendampingi mereka melalui agama," ujarnya.

Beliau kemudian membawa golongan itu ke pasentren waria bagi membolehkan mereka mendapat pendidikan agama.

“LGBT adalah golongan yang terbuka, jika ada masyarakat boleh membuka ruang untuk mereka mengapa kita tidak boleh.

“Tergantung kepada kita terlebih dahulu, adakah kita mahu membuka diri atau tidak,” ujarnya sambil ketawa.

Thursday, June 12, 2014

Kantoi: 'Anu' Terlekat Dalam Batang Paip



Pasukan bomba berusaha untuk mengeluarkan kemaluan Lian Tien yang tersekat dari sebatang paip. Foto mirror.co.uk

 Lelaki Beri Alasan Paling Pelik Punca Kemaluannya Tersekat Pada Paip

 SEORANG lelaki warga China terpaksa menahan malu apabila kemaluannya tersekat pada sebatang paip selama dua hari.

Bagaimana pun yang menarik perhatian apabila lelaki itu yang dikenali sebagai Lian Tien memberikan alasan yang mungkin paling pelik di dunia mengenai punca insiden itu dengan mengatakan dia sedang mengecat dinding dalam keadaan berbogel dan kemudiannya tergelincir menyebabkan kemaluannya termasuk ke dalam paip.

"Cuaca agak panas, jadi saya mengecat dinding dalam keadaan berbogel, dan saya tergelincir di lantai menyebabkan kemaluan saya terjatuh ke dalam paip."

Lelaki berusia 61 tahun itu berkata, kemaluannya tersekat di dalam sebatang paip yang digunakan untuk mengambil air dari unit penyaman udara bangunan itu.

Tetapi dia merasakan tiada sesiapa pun yang akan percaya ceritanya itu, menyebabkan dia membiarkan "keadaan" itu selama dua hari sehingga dia mengalami demam panas dan menghubungi doktor.

Doktor itu kemudiannya mencadangkan untuk mendapatkan bantuan daripada pihak bomba.
Doktor Dewei Yuan berkata: "Lelaki itu terpaksa berhadapan dengan perkara tersebut dan tidak apa yang boleh kita lakukan, dan kita terpaksa meminta bantuan."

Pasukan bomba di bandar Quanzhou mengambil masa empat jam untuk memotong paip di bahagian kemaluan lelaki itu tersekat.

Kata lelaki itu, "Saya fikir tiada seorang pun yang akan mempercayai saya dan saya cuba semua cara yang saya fikirkan untuk mengeluarkan kemaluan saya yang tersekat.

"Saya cuba memotong paip itu dari dinding dan cuba untuk meletakkan minyak dan cecair sabun di bahagian dalam paip itu tetapi kemaluan saya begitu ketat tersekat menyebabkan tiada sebarang perubahan.

"Saya tidur dan fikir sekiranya saya berehat dan bertenang, ia mungkin akan tertanggal dari paip. Saya kemudiannya berasa panas seperti hendak demam. Saya begitu bimbang yang saya mungkin akan mendapat jangkitan yang teruk.

Thursday, August 23, 2012

Rozita Che Wan Nak "Mambang" Kacak Pulak

  
Rozita Che Wan Mahu Lelaki Kacak Tak Banyak Kerenah

Biarpun sudah berulang kali dikaitkan dengan lelaki muda, aktres Rozita Che Wan tidak keberatan mengakui dia sebenarnya mencari jejaka kacak, berkemampuan dan tidak banyak kerenah.

Rozita berkata, ciri-ciri itu adalah kriteria utama yang ditekankannya dalam membuat penilaian terhadap mana-mana lelaki muda yang cuba mendekatinya.

“Kalau saya hendak berkawan dengan lelaki muda, biarlah orang itu menepati kriteria yang saya cari.

“Saya suka lelaki yang kacak, tidak banyak kerenah dan matang dalam menangani hubungan, bukannya lelaki yang perlu saya bimbing,” katanya ketika ditemui mStar Online.

Justeru itu, kata pelakon siri Miss Octopus, ini jika dia ditipu atau dipermainkan, ia tidak begitu menyakitkan kerana menyedari hakikat dia menjalin hubungan dengan lelaki yang menjadi idaman ramai wanita.

“Kalau ditakdirkan saya dipermainkan oleh golongan itu, ia logik kerana saya sedar hakikat lelaki itu kacak dan berduit, sekali gus dia boleh buat perangai dan diidamkan ramai wanita.

“Apa yang menyakitkan kalau ditipu oleh lelaki biasa yang kekurangan banyak aspek. Sebab itu, saya lebih rela mencari kekasih yang kacak dan berharta,” luahnya.

Mengenai sambutan Aidilfitri pada tahun ini, Rozita berkata, dia bercuti selama 10 hari dan mahu menghabiskan waktu itu dengan bercuti bersama keluarga di pulau Langkawi.

“Ibu saya sangat suka pada Langkawi walaupun sudah berkali-kali kami ke sana. Tahun ini, kami sekeluarga ke sana lagi dan menghabiskan masa tiga hari dua malam untuk berehat dan membeli barangan.

“Selepas cuti tamat, saya akan kembali dengan komitmen duta produk dan pelbagai penggambaran drama bersiri dan filem,” kongsi pelakon telefilem Raya berjudul Lepas Raya Harap Balas ini.