Coretan politik,sosial,ekonomi,agama dan lain lain lagi di Malaysia dan seluruh dunia. Sumber dari semua capaian internet. email greenblacks8@gmail.com
Followers
Showing posts with label mamak. Show all posts
Showing posts with label mamak. Show all posts
Monday, January 19, 2015
MPPP Serbu dan Rampas Peralatan Nasik Kandaq Line Clear
Seorang pekerja gerai nasi kandar Line Clear menyediakan makanan untuk seorang pelanggan walaupun premis itu diserbu Majlis Perbandaran Pulau Pinang, pagi tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain.
MPPP serbu restoran nasi kandar Line Clear, peralatan berniaga dirampas
Restoran nasi kandar terkenal Pulau Pinang, Line Clear hari ini diserbu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan beberapa kerusi, meja serta peralatan dapur turut dirampas.
Bagaimanapun, restoran itu dilihat masih menjalankan aktiviti perniagaannya dan menghidangkan makanan kepada pelanggan yang beratur untuk menikmati masakan nasi campur berasal dari Selatan India itu.
Line Clear memulakan operasinya pada 1947, diusahakan secara tradisi oleh keluarga pemiliknya sejak turun temurun dan perniagaannya terkenal di kalangan penduduk tempatan dan pelancong asing.
MPPP berkata, pihaknya bertindak jam 4 pagi tadi selepas mendapati restoran itu menjalankan perniagaan tanpa lesen pada sejak awal tahun ini.
"Tindakan penguatkuasaan selari mengikut peruntukan Undang-undang Kecil Peniaga 1979," kata MPPP dalam kenyataan hari ini.
Katanya, MPPP sudah mengeluarkan surat arahan pelesenan kepada pengurusan baharu susulan keputusan yang dibuat majlis pada 8 Oktober tahun lalu.
Memulakan perniagaannya dengan kereta tolak pada 1950-an, restoran Line Clear menjadi terkenal dan mendapat perhatian chef selebriti Anthony Bourdain semasa lawatannya ke Pulau Pinang pada 2012 untuk dijadikan dokumentari dalam program televisyen.
MPPP yang mengeluarkan arahan Lesen Penjaja Gerai Lorong Belakang, pada Jun tahun lalu mengumumkan untuk mengambil tindakan terhadap restoran itu selepas berlakunya pertelagahan antara saudara yang mahu menuntut waris perniagaan daripada keluarga asas.
sumber...TMI
Label:
Malaysia,
mamak,
Penang,
Pulau Pinang
Friday, November 15, 2013
"Nasi Ganja" Ipoh Kantoi
INILAH restoran Nasi Kandar Ayam Merah di Jalan Yang Kalsom, Ipoh yang diarah tutup kerana kotor semalam.
IPOH – Sebuah restoran terkenal di Jalan Yang Kalsom di sini yang sering menjadi tumpuan orang ramai kerana hidangan nasi kandar diarah tutup selama dua minggu.
Restoran Nasi Kandar Ayam Merah yang mendapat jolokan ‘nasi ganja' itu diarahkan tutup selepas kira-kira 20 pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Perak melakukan pemeriksaan mengejut ke atas premis berkenaan petang semalam.
Menurut jurucakap Pejabat Kesihatan Kinta, notis tersebut dibuat di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 selepas mendapati premis tersebut tidak bersih.
“Premis terbabit diarahkan ditutup bermula pukul 5 petang ini (semalam) sehingga 28 November depan.
“Penutupan selama 14 hari dibuat atas alasan ia tidak bersih dan disucikan keadaannya sehingga mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang awam,” katanya.
sumber...kosmo OL
Label:
mamak,
nasi ganja.ipoh
Subscribe to:
Posts (Atom)