Followers

Showing posts with label nikita mirzani. Show all posts
Showing posts with label nikita mirzani. Show all posts

Monday, January 9, 2012

Nikita Tak Ngaku Bikin Porno



JAKARTA: Sekeping potret telanjang yang dirakam dalam sesi penggambaran profesional biasanya dilihat dari sudut seni dan pornografi.
Tetapi, bagaimana dengan Nikita Mirzani? Baru-baru ini beredar kembali gambar separuh bogel Nikita di Internet bersama seorang lelaki yang mukanya tak kelihatan.

Nikita tidak menganggap ia porno.

“Itu tergantung dari sudut pandangan orang yang melihatnya. Jika yang melihat itu orang biasa ia pasti menganggapnya pornografi,” ujar Nikita ketika dihubungi menerusi telefon.

Menurut Nikita, perkara itu bergantung kepada pada latar belakang orang yang melihat gambarnya. Jika yang melihat itu orang seni, gambar itu sudah pasti sebahagian daripada seni.

“Bagi orang seni seperti saya dan jurugambar, atau orang yang terbabit dalam dunia seni, ia adalah seni,” tegas Nikita.

sumber... Detikhot

Saturday, November 5, 2011

Nikita Mirzani mengaku biseksual


JAKARTA: Ketika diwawancara Detikhot selepas menjalani sesi fotografi di Bali, baru-baru ini, aktres seksi, Nikita Mirzani membuat satu pengakuan mengejutkan.

Bintang filem ‘Perempuan Perempuan Liar’ itu mengakui dirinya seorang biseksual. “Saya mungkin boleh dikatakan seorang yang biseksual. Saya serius dengan pengakuan ini. Selain dengan lelaki, saya juga suka dengan kaum sejenis,” katanya. Menurutnya, semua itu bermula saat dia mengalami trauma apabila rumah tangganya musnah hingga bercerai dengan suaminya. Nikita memberitahu, sepanjang perkahwinan dia berasakan suaminya individu yang terlalu panas baran dan mengongkong. Berikutan tidak tahan dengan sikap suaminya itu, perkahwinan pasangan itu hancur.


“Ketika berkahwin dulu, saya mendapat suami yang panas baran dan terlalu mengongkong. Saya tidak tahan lalu kami bercerai,” kata janda anak satu itu.

Selepas bercerai, Nikita mengaku sering meluahkan kesedihannya kepada seorang rakan wanita. Ekoran hubungan mereka yang amat rapat, maka timbul perasaan suka kepada rakannya itu kerana dia berasa tenang ketika bersama rakan berkenaan. “Disebabkan kerap meluahkan kesedihan dan berkongsi masalah dengan rakan wanita itu, saya rasa tenang. Mungkin kerana kami sama-sama wanita, dia lebih menghargai dan dapat menjaga perasaan saya. Jadi, timbul perasaan suka terhadap rakan itu,” katanya.

sumber...Hmetro