Coretan politik,sosial,ekonomi,agama dan lain lain lagi di Malaysia dan seluruh dunia. Sumber dari semua capaian internet. email greenblacks8@gmail.com
Followers
Showing posts with label wardina. Show all posts
Showing posts with label wardina. Show all posts
Tuesday, April 10, 2018
Saya Tak Sokong BN,kata Wardina Safiyyah
Saya tak sokong BN, kata Wardina Safiyyah
Personaliti televisyen Wardina Safiyyah tampil membuat kenyataan berani mengenai pendiriannya terhadap kerajaan sementara BN menjelang pilihan raya umum ke-14.
“Tidak, saya tidak takut untuk menyatakan sokongan saya bukan kepada BN. Saya tidak perlu menjilat sesiapa untuk kerjaya atau berada di televisyen lagi.
“BN tidak memiliki negara ini dan mereka sudah berkuasa terlalu lama,” kata selebriti 38 tahun itu, seperti dilaporkan Roketkini.
Akhbar web DAP yang memetik status di media sosialnya itu melaporkan Wardina menggesa rakyat bangun membuat keputusan terbaik untuk kerajaan baru yang bakal memimpin Malaysia tidak lama lagi.
“Saya mengakui terdapat orang yang baik dan jahat dalam parti. Terdapat juga orang yang begitu hebat dalam BN walaupun cuma sedikit….
“saya juga mengagumi beberapa individu daripada BN dan terdapat beberapa karakter yang saya sangsi dalam Pakatan (Harapan).
“Malaysia, kita memerlukan pemimpin jujur. Mereka yang benar-benar mengambil berat...mereka yang mempunyai kelayakan.
“Saya sudah penat dengan pemimpin bodoh. Dan cukup...cukuplah dengan korupsi dan menjadikan diri kamu kaya-raya. Menyampah,” kata pelakon yang terkenal dengan sitkom Spanar Jaya.
'Letih'
Sementara itu, gesaan Wardina itu turut ditujukan kepada penjawat awam yang baru-baru ini menerima kenaikan satu tangga gaji tahunan baru-baru ini.
“Kepada penjawat awam, bantu kami melakukan perubahan, jangan ditakutkan. Semoga Allah mempermudahkan.
“Harap tidak ada taktik kotor seperti membakar sentimen agama dan kaum serta fitnah melampau masa kempen.
"Letih,” katanya.
Thursday, January 19, 2012
Gelojoh : Wardina Tibai Wartawan Mstar
Kalo yer pon nak sibuk jadi wartawan carik ler berita yang benar..
Kang owang cakap mung pon buat keje macam blogger UMno, amacam ?...kah kah kah
Tahu ler nak wat sensasi cerita samun rumah wardina...jangan wat ikut suker mung jer...kah kah kah
Any way mung pon dah mintak maaf sama wardina kire ok ler tu...kah kah kah
...wa cilok dari milosuam ( sapu dulu baru mintak izin)...kah kah kah
Ini dia punya cerita bro...
MOHD AL QAYUM AZIZI
Pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah menjemput penulis blog Ruang Bicara Faisal (RBJ) menemuinya jika ingin mengetahui sama ada kejadian samun yang berlaku terhadapnya baru-baru ini adakah lakonan atau
pun kisah benar.
Wardina berkata, dia tidak mempunyai sebarang keperluan untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh penulis blog tersebut seperti yang diminta.
"Jika dia mahu jawapan kepada semua persoalan yang bermain di dalam mindanya sila datang berjumpa saya. Tidak ada sebab mengapa saya perlu membalas dengan menulis kenyataan saya untuk dia meletakkan jawapan saya itu di dalam blognya.
"Biarlah orang ramai sendiri yang membuat penilaian terhadap semua perkara yang ditimbulkan kerana saya sudah penat untuk bercakap mengenai hal tersebut," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Rabu.
Wardina diminta mengulas tulisan RBJ menerusi ruangbicarafaisal.blogspot.com yang mempersoalkan kononnya dia memperbesar-besarkan kejadian rompakan yang berlaku di rumahnya semata-mata untuk menagih simpati orang ramai bagi mendapatkan publisiti.
Penulis blog itu juga mempertikaikan tindakan Wardina yang mendakwa berada dalam keadaan trauma tetapi sempat meminjam komputer milik jiran untuk menulis kejadian yang berlaku menerusi Twitter miliknya.
Dalam pada itu, Wardina berkata, dia tidak berasa terkesan dengan tulisan tersebut sebaliknya menganggap penulis blog itu terlalu mempunyai banyak masa untuk menulis pelbagai cerita mengenai orang lain.
Wardina berkata, dia juga tidak risau dengan pandangan masyarakat yang membaca entri tersebut kerana percaya mentaliti masyarakat di negara ini sudah cukup bijak untuk menilai sama ada kejadian tersebut benar atau tidak.
"Mungkin ada segelintir pihak akan terpengaruh dengan entri tersebut dan memikirkan perkara negatif mengenai diri saya, tetapi saya percaya itu hanya mewakili segelintir pihak sahaja.
"Rakan-rakan dan keluarga tahu apa yang sebenarnya yang berlaku dan pada tahap ini itu sudah memadai," ujarnya.
Sementara itu, Wardina berkata, penulis blog tersebut sepatutnya menulis sesuatu yang lebih bermanfaat dan berfaedah sebagai bahan bacaan supaya dapat mengembangkan minda masyarakat.
Katanya, walaupun kejadian samun yang berlaku terhadapnya mendapat liputan luas tetapi ia telah membuka mata banyak pihak supaya menjadi lebih berhati-hati dalam menjaga keselamatan keluarga.
"Ada perkara yang lebih penting untuk saya fikirkan daripada melayan karenah orang sebegini yang nyata hanya membuang masa," ujarnya.
Pada 12 Januari lalu, Wardina mengalami kerugian kira-kira RM20,000 apabila rumahnya dimasuki tiga lelaki bersenjata di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, dekat sini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, tiga penjenayah terbabit memasuki rumah Wardina setelah mengumpil pintu belakang rumah teres tepi dua tingkat milik beliau sebelum mengarahkan semua anggota keluarga Wardina berkumpul.
Mohon Maaf
Sementara itu pihak mStar Online memohon maaf kepada Wardina terhadap kesilapan informasi berhubung pemilik blog berkenaan dan ia bukannya ditulis oleh Tun Faisal Ismail Aziz seperti laporan awal artikel ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)

