Followers

Sunday, May 8, 2011

Bahaya Pembohongan Utusan Meloya

Kristian dan Islam, pembohongan Utusan bahaya: Lim Guan Eng
KUALA LUMPUR, 7 Mei – DAP menolak laporan Utusan Malaysia yang mendakwa parti itu berkonspirasi dengan pemimpin-pemimpin Kristian untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Parti komponen Pakatan Rakyat itu juga mendakwa laporan akhbar milik Umno itu satu pembohongan yang bahaya kepada negara.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (gambar) menegaskan, pembohongan sedemikian bercanggah dengan konsep 1 Malaysia yang dibawa oleh Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno.

“Utusan mahu meletakkan (gagasan) 1 Malaysia di atas api... ia elemen paling jahat dan bahaya di negara kita pada masa sekarang,” kata beliau hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, beliau telah meminta pemimpin-pemimpin partinya agar membuat aduan polis berhubung laporan tersebut.

Difahamkan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng akan membuat laporan polis di Kuala Lumpur esok.

“Bagaimana satu pembohongan macam ini boleh tersiar di muka depan akhbar (Utusan Malaysia)?” kata Lim lagi.

“Ini adalah permainan politik pihak-pihak yang sudah terdesak,” kata beliau sambil menambah, dalam usaha mahu meningkatkan sokongan, “mereka (Umno) bersedia untuk melakukan apa sahaja.”

Kata Lim, dakwaan terhadap DAP juga bukan sesuatu yang baru memandangkan beliau sendiri telah banyak kali menjadi sasaran serangan Utusan.

“Satu hari mereka menuduh saya bukan rakyat Malaysia, seolah-olah saya lahir di luar negara... seperti sesetengah pihak menuduh (Presiden Amerika Syarikat) Obama,” katanya.

“Mereka pernah menuduh saya mahu menggantikan Yang di-Pertuan Agong. Bagaimana saya boleh menjadi Agong... mereka tidak pernah memohon maaf atas pembohongan mereka,” kata Lim.

Dalam pada itu, Adun Komtar dari DAP, Ng Wei Aik menekankan bahawa parti itu sentiasa mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara dan juga mengiktiraf hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

“Ini petanda jelas bahawa Utusan Malaysia dan juga Barisan Nasional sudah muflis idea dan kini memfitnah, memutar belit dan memecahbelahkan rakyat Malaysia,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

“Utusan, dalam muka depannya bertarikh 7 Mei 2011, dengan jelas menulis ‘Kristian agama rasmi?’ untuk mencapai objekifnya, untuk mencetuskan kebimbangan di kalangan masyarakat Melayu-Muslim untuk mendapatkan balik sokongan, bukan dengan menjana sokongan, tetapi dengan menakut-nakutkan orang ramai,” kata Ng.

Kata Ng lagi, pendekatan fitnah seumpama itu bukan sesuatu yang baru dan cara yang sedemikian pernah digunakan oleh Umno ketika pilihan raya umum 1990.

Ketika pilihan raya umum 1990, aura Kristian akan mengambil alih negara pernah digunakan untuk mencemar nama Tengku Razaleigh Hamzah yang ketika itu mengetuai Semangat 46.

sumber: the malaysian insider