The fact is...
Semua orang ada perasaan..
Semua orang ada otak tapi dalam otak perlu ada akai...hahaha
Presiden Pas terlebih dahulu "menghentam" calon calon PKR..
So, bila Ketua AMK PKR bagi balik respond terime jer lah..
Point disini..
Pada PRU 11 tahun 2004..disaat saat akhir kempen Presiden Pas menghentam
Lim Kit Siang dengan melabelkan LKS seperti "Ubat Tamat Tempoh" ..
Secara tidak langsung populariti LKS melonjak dan Pas Terengganu "BUNGKUS"
Presiden Pas GAGAL memberikan bukti diatas tuduhan tuduhan beliau..
(Kata kata hikmat Saidina Ali , jika kamu hendak dakwa sila berikan bukti)
Calon calon Pas di DUN Kota Damansara dan Sungai Acheh tidak mengundurkan diri..
Tak perlu wa besarkan "PERISTIWA MALANG" di kedua dua tempat itu..
Mungkin telah sampai masanya jawatan Presiden diberikan kepada pemimpin Pas yang lain..
Adakah Pas akan "meremajakan" semula partinya?
PAS bersikap terbuka,terima kritikan AMK
Mereka ada hak untuk buat aduan dan kritikan, kata Khalid Samad.
Kongres PKR ke 9
PETALING JAYA: PAS mengambil sikap terbuka dan menerima kritikan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin berhubung isu pertindihan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara dan Sungai Acheh.
“Kenapa nak terasa (dengan AMK) kerana perkara yang tak sepatutnya berlaku sudah berlaku. Mereka ada hak untuk buat aduan dan kritikan.
“Kalau PAS bertanding dikerusi sendiri tiba-tiba PKR nak juga sudah tentu PAS sakit hati, begitu juga (jika terjadi dengan) DAP,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad ketika ditemui di Kongres PKR ke-9 di Majlid Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini hari ini.
Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata PAS Selangor sudah selesai membuat siasatan mengenai isu kerusi DUN Kota Damansara dan sudah menyerahkan laporan kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.
“Perlu ada siasatan dan bagi orang yang bertindak salah kalau ada kesalahan maka tindakan perlu diambil.
“Apa yang ditimbulkan Shamsul dalam konteks nak jaga setia kawan dalam PAS, PKR, DAP untuk memperkukuh Pakatan dan PAS mampu menerimanya dengan baik,” katanya.
Shamsul semalam dalam ucapan dasar AMK membidas ‘parti rakan’ dalam Pakatan Rakyat yang melakukan sabotaj dan mencerca calon parti lain semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 semata-mata demi kepentingan peribadi.
“Kita mencela tindakan mencerca calon parti rakan tanpa membawa sebarang bukti kukuh.
“Apakah kita mahu membiarkan amalan tuduh menuduh dan fitnah memfitnah menular dalam Pakatan Rakyat? Apakah kita rela makan daging sendiri?
“Seharusnya sebarang pertikaian atau dakwaan diselesaikan secara dalaman melalui paltform yang sedia wujud.
“Tidak ada kewajaran malah tak masuk akal untuk sebarang pertikaian diluahkan melalui media massa,” katanya.
Ahli Parlimen Bukit Katil itu turut memberi amaran supaya tindakan mengeluarkan watikah menjadi calon dikawasan yang sudah disepakati untuk ditandingi parti rakan tidak lagi berulang pada masa akan datang.
“Kita tidak boleh takut untuk memecat anggota bermasalah. Jika tidak masalah akan menular dan membarah seterusnya merosakkan parti dan Pakatan Rakyat.
“Ini sekaligus akan menafikan keinginan rakyat untuk melihat BN ditumbangkan,” katanya lagi.
oleh Jamilah Kamarudin FMT