Followers

Monday, August 12, 2013

Surau Resort Jadi 'Tokong' Pulak...Kecoh



Noh Gadut: Kes upacara dalam surau 'hina Islam'



Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan siasatan ke atas satu kejadian melibatkan penganut Buddha yang didakwa melakukan upacara keagamaan di sebuah surau di sebuah resort di Kota Tinggi.

Exco hal ehwal agama negeri Abd Mutalib Abd Rahim dalam laporan Berita Harian hari ini menyebut, peguatkuasa JAJ diarah menyiasat dan mengunjungi lokasi kejadian, di Sedili Besar, sebelum melakukan tindakan.

JAJ bersama penduduk kampung menutup dan mengosongkan surau terbabit untuk memberi ruang bagi siasatan, katanya dalam laporan itu.

Laporan itu turut memetik kenyataan penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Noh Gadut yang  menyifatkan kegiatan kontroversi itu sebagai “mengguris perasaan” dan “menghina Islam”.

“Kita perlu lebih tegas dfengan menggunakan undang-undang yang ada termasuk menyenarai hitam kumpulan terbabit daripada memasuki negara ini semula.

“Perkara ini tidak sewajarnya berlaku. Mereka perlu faham undang-undang Malaysia kerana tindakan itu bukan saja mengguris perasaan, malah menghina Islam,” katanya.

malaysiakini

sumber dari BH...

Umat Islam semalam dikejutkan dengan penyebaran video memaparkan surau dijadikan tempat penganut Buddha menjalankan upacara keagamaan mereka di sebuah resort di sini.

Kegiatan itu dirakam di surau resort berkenaan dekat Sedili Besar, Kota Tinggi di sini, tengah hari kelmarin.
 
Letak lambang agama Buddha


Video bertajuk 'Surau dijadikan tokong Buddha di Johor', selama 85 saat itu, memperlihatkan sekumpulan individu, termasuk seorang sami Buddha sedang menjalankan upacara keagamaandi dalam surau berkenaan.

Lebih mengejutkan, kumpulan keagamaan dari Singapura itu turut meletakkan lambang agama mereka di atas sebuah meja di ruang imam surau.