Followers

Monday, August 26, 2013

Siapa Nak "CANTAS" Mashitah Ibrahim Dalam Umno Bahagian Baling ??







Itu ler permainan politik Umno (Baru) beb..

Luu tak tau ke?...kah kah kah

Kalau Luu punya Ketua Wanita pon orang daa cabar terang terang..
Nasib Luu pon sama jer dengan Luu punya ketua..

Lagi pon Luu sekarang Laa ni bukan MP Baling lagi..

Kalau Luu nak pertahankan jugak Luu punya jawatan..

Ehem ehem...Luu pon tau kan apa benda kena buat ?...kah kah kah

Pemilihan Umno Baling: Mashitah Dakwa Wujud Senario Tidak Sihat 

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita Umno Bahagian Baling, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim mendedahkan wujudnya gerakan daripada pihak tertentu untuk memecahbelahkan Pergerakan Wanita Umno Bahagian itu menjelang pemilihan parti September ini.

Dakwa Mashitah, usaha berkenaan dikesan apabila wujudnya 'calon tajaan' oleh pihak berkepentingan yang bertujuan menyekat kedudukannya di peringkat Bahagian.

Jelasnya, kehadiran 'calon tajaan' itu semata-mata mahu mewujudkan pertandingan di peringkat Wanita Bahagian walaupun sebelum ini pergerakan itu secara dasarnya bersetuju mengekalkan kepimpinan sedia ada.

"Saya terpaksa jelaskan kerana perkara ini seperti rahsia terbuka. Mana-mana bahagian ada rasa tidak puas hati kepada wanita. Perkara ini kadang kala ditonjolkan dengan cara menaja pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan wanita bahagian.

"Ini memang berlaku di bahagian (Baling). Sepatutnya tidak ada pertandingan (jawatan Ketua Wanita Bahagian) tapi ada pihak yang masuk menaja untuk lihat adanya pertandingan. Ini isunya...ia dibuat untuk pecahkan undi, pecahkan suara," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Pada sidang media itu Mashitah mengumumkan untuk bertanding jawatan Exco Wanita Umno Malaysia selain menyatakan hasrat untuk mempertahankan kedudukannya di Umno Bahagian Baling.

Mashitah menyandang jawatan Ketua Wanita Umno Bahagian Baling selama sepenggal sejak menang buat kali pertama pada pemilihan parti 2008.

Mengulas lanjut mengenai dakwaannya, Mashitah berkata, beliau kesal dengan senario tersebut kerana kehadiran 'calon tajaan' hanya akan merosakkan perpaduan dalam parti khususnya sayap Wanita Umno.

"Saya kesal wujud perkara ini kerana tajaan itu semata-mata untuk pecah belahkan Wanita Umno sendiri. Ini pengakuan individu berkenaan. Calon itu sendiri memaklumkan bahawa beliau tidak mahu bertanding, tapi apabila ditaja...beliau kena bertanding juga," katanya.

Ditanya mengenai jumlah calon yang akan menentangnya, Mashitah berkata sehingga kini beliau mendapat maklumat bahawa hanya seorang calon akan menawarkan diri bertanding merebut kerusi Ketua Wanita Umno Bahagian Baling itu.

Berhubung 'calon tajaan' yang dimaksudkannya itu, Mashitah secara terbuka berkata: "Tanpa menuduh mana-mana pihak dan berdasarkan pengakuan individu terbabit, tajaan itu datang dari Umno Bahagian sendiri."