Followers

Friday, August 15, 2014

Husam: Jangan Biarkan PAS Terima Hubungan "Liwat" MB Selangor




Reaksi terkini dari Naib Presiden PAS , Datuk Husam Musa sangat bernas dan membawa pencerahan kepada persoalan dalam konflik MB Selangor.

Beliau memberikan pencerahan seperti berikut...


"Memasukkan perkongsian kuasa PAS dan Umno melanggar banyak prinsip yang dipegang oleh PAS selama ini... Jika itu dilakukan oleh PAS, bermakna PAS menerima hubungan 'sodomy'," katanya.

 Menurutnya lagi, membawa Umno dalam kerajaan bersama PAS dan menolak dua lagi parti gabungan Pakatan yang dipilih secara sah adalah perbuatan terkutuk yang tidak dizinkan oleh Islam.

Husam "serang" Khalid desak letak jawatan

 Kurang 48 jam untuk mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat membincangkan berkaitan sokongan parti itu kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, naib presidennya melancarkan serangan pertama terhadap bekas tokoh korporat itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Datuk Husam Musa berkata adalah mulia bagi Khalid melepaskan jawatannya sebagai menteri besar (MB) secara "bermaruah" .

"Apa lagi yang ditunggu? Tidakkah mulia untuk Tan Sri bermaruah melepaskan jawatan MB?" soal Husam yang juga bekas exco kerajaan Kelantan.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Husam yang juga ADUN Salor berkata kenyataan beliau itu "selari dengan pendirian parti" tetapi enggan mengulas lanjut.

Ini mengesahkan kepercayaan bahawa parti itu tidak ragu-ragu supaya Khalid mengosongkan jawatan tetapi mempunyai isu mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB.

Sementara itu, Husam menyoal sama ada Khalid berfikir untuk membubarkan DUN Selangor dengan menganggapnya sebagai satu tindakan yang akan menyusahkan Sultan Selangor.

"Kenapa tidak pada tarikh Tan Sri mengadap Sultan Selangor baru ini Tan Sri mencadangkan DUN dibubarkan?" kata Husam.

Beliau turut berkata Khalid boleh mendapatkan perlindungan sementara dan sokongan PAS dalam lingkungan semangat Pakatan Rakyat.

"Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) telah menghulurkan ranting zaitun untuk beliau. Episod itu telah berlalu.

K'jaan S'gor milik Pakatan

"Tan Sri telah dipecat sebagai ahli PKR. Oleh kerana beliau belum diterima menjadi ahli mana-mana parti gabungan Pakatan Rakyat, ia bukan mewakili Pakatan lagi," katanya.

Husam juga mengingatkan Khalid bahawa kerajaan Selangor dimiliki kerajaan Pakatan Rakyat dan bukan milik Khalid.

"Bagaimana seorang ADUN bukan anggota Pakatan boleh terus menjadi MB Pakatan Rakyat? soal Husam.

Beliau kemudiannya berkata walaupun Sultan menitahkan Khalid kekal sebagai menteri besar, tetapi beliau mempunyai pilihan untuk menolak perkenan baginda atas pilihannya sendiri.

"Itu sangat tidak bermoral. Itu meniru gaya Umno di Perak. Perbuatan tersebut amat terkutuk dan ditolak oleh amalan demokrasi yang mulia.

"Memasukkan perkongsian kuasa PAS dan Umno melanggar banyak prinsip yang dipegang oleh PAS selama ini... Jika itu dilakukan oleh PAS, bermakna PAS menerima hubungan 'sodomy'," katanya.

Menurutnya lagi, membawa Umno dalam kerajaan bersama PAS dan menolak dua lagi parti gabungan Pakatan yang dipilih secara sah adalah perbuatan terkutuk yang tidak dizinkan oleh Islam.

"Islam tidak mengizinkan pengkhianatan. Islam tidak mengizinkan pecah amanah. Dalam hal ini, amanah majoriti pengundi Selangor memilih Pakatan sebagai kerajaan dan menolak Umno," katanya. 


sumber...malaysiaKini