Followers

Saturday, August 9, 2014

Ulamak Indonesia Tibai ISIS




Majlis Ulama Indonesia (MUI) Jawa Tengah semalam mengeluarkan fatwa mengharamkan gerakan radikal Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) dan tiada sesiapa pun dibenarkan menyertainya atas alasan apa saja.

Ketuanya, Ahmad Darodji berkata, fatwa berkenaan akan diikuti dengan keputusan sama oleh MUI Pusat hari ini.

Keputusan itu diambil selepas MUI Jawa Tengah mengadakan pertemuan tertutup mengenai ISIS semalam.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Informasi Indonesia Tifatul Sembiring mengarahkan supaya tujuh rakaman video pejuang ISIS disekat daripada diakses oleh seluruh penduduk negara berkenaan mulai semalam.

Tindakan berkenaan diambil selepas menteri terbabit mendapat kecaman hebat daripada orang ramai.

Menurut Tifatul, walaupun tujuh klip video itu sudah dibuang masih wujud 20 salinan lain mengenainya.

“Kerajaan sedang berusaha memadamnya,” katanya.

Di samping itu, menurut Tifatul, jika wujud lagi mesej daripada kumpulan bersenjata Sunni berkenaan ia perlu dipantau agar mudah untuk disekat penyiarannya.

Jika ada individu yang bertindak membuat salinan video seumpama itu, katanya, mereka akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk dikenakan tindakan sewajarnya.

“Jika ada mana-mana pihak melakukan kesalahan seperti itu sewajarnya diserahkan kepada Jabatan Jenayah Siber polis,” katanya.

sumber...Agensi