Followers

Showing posts with label Haji. Show all posts
Showing posts with label Haji. Show all posts

Thursday, November 17, 2011

Tangkapan ISA bukti Haji Najib ‘PM kaki bohong’

(Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR: Berbohong dan mungkir janji menjadi amalan Datuk Seri Najib Razak sepanjang mentadbir negara ini, kata Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Ignatius Darell Leiking.

Merujuk penahanan 10 lelaki di Sabah mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), beliau berkata tindakan itu mengesahkan sandiwara politik Najib selama ini, sekaligus memanjangkan senarai pembohongan Presiden Umno itu.
“Ini membuktikan Perdana Menteri mengkhianati janji yang dibuatnya sendiri selain tidak konsisten dengan dasarnya,” kata beliau kepada Keadilan Daily, hari ini.

Beliau mengulas tangkapan terbaru terhadap sekumpulan lelaki di Sabah mengikut ISA walaupun Najib pada 16 September lalu berkata akta itu sudah dimansuh.
Sekurang-kurangnya 10 lelaki di Sabah ditahan ISA yang dilaksanakan pasukan khas Bukit Aman hasil maklumat risikan, lapor Berita Harian dan The New Straits Times.

Mereka ditahan mengikut ISA kerana akta berkenaan belum dimansuh bagi membantu siasatan,” sumber kedua-dua akhbar itu dipetik sebagai berkata.
“Sepatutnya mangsa terbaru ISA diberi peluang membela diri kerana seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan di mahkamah,” kata Ignatius lagi.
Najib sepanjang mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Tun Abdullah Badawi kerap menjanjikan pelbagai dasar baru bagi meraih populariti politik sedangkan pelaksaaannya kosong.

Antaranya, pentadbiran Najib mendakwa hanya RM181.9 juta pinjaman bagi ternakan lembu kebangsaan diberi kepada syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil, sebaliknya KEADILAN membuktikan pinjaman RM250juta sudah pun diberi.
Najib berbohong apabila menafikan Datin Seri Rosmah Mansor tiada pejabat di Putrajaya sedangkan laman sesawang rasmi kerajaan membuktikan wujud Pejabat First Lady of Malaysia (FLOM)/

Pada 7 Jun 2010, Najib berbohong kononnya tidak melulus lesen judi sukan kepada syarikat Ascott Sport dan Berjaya Group tetapi kedua-dua syarikat pada 11 Jun 2010 mengesahkan mereka sudah mendapat kebenaran dari Kementerian Kewangan.
Pada Ogos 2011, Najib menubuh Jawatankuasa Penambahbaikan Parlimen (PSC) bertujuan mengkaji peraturan pilihan raya termasuk penggunaan dakwat kekal tetapi kemudian menyarakan PSC tidak terikat dengan pembubaran Parlimen.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=23079

Tuesday, November 8, 2011

Wakaka, Tok Mufti Terperanjat Berok Najib Rosmah Tamat Ibadah Haji

Mufti terkejut PM, Rosmah selesai tunai ibadah haji

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.
Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

“Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 November. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah.

“Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.
Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.

Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.

“Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.

“Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” katanya lagi.

sumber...malaysiaKini

komen terbaek..

Haji Mabrur ke? Haji Marlboro? Hanya Allah Maha Mengetahui..... Semoga Najib & Rosmah insaf dgn pergi mengadap rumah Allah... Laksana hukum ALLAH Di Malaysia... Jgn SOMBONG dgn Allah swt.... Kita hamba Allah yg hina saja... kita kerdil saja... Jgn engkau sombong bila jadi Pemimpin Negara...

Monday, September 19, 2011

Simpan 30 sen sebulan tunai haji

Keazaman sejak tahun 1950

KUCHING: Dengan berpegang kepada pepatah Melayu ‘sedikit sedikit, lama-lama jadi bukit’, seorang warga emas, Mail Brahim, 77, yang menyimpan 30 sen sebulan bermula 1950, akhirnya mempunyai simpanan mencukupi untuk menunaikan fardu haji, tahun ini.
Ketika memulakan tabungan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu pada awal 1950-an, Mail, yang ketika itu bekerja sebagai kelasi kapal dengan gaji kurang RM40 sebulan, memasukkan 30 sen ke dalam tabung botolnya.
Kesempitan hidup menyebabkan beliau yang perlu membantu keluarga, cuma dapat menabung 30 sen sebulan dengan keazaman suatu hari nanti wang itu dapat digunakan untuk menunaikan fardu haji.

“Alhamdulillah berkat niat baik, sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit. Apabila gaji bertambah, jumlah wang yang saya simpan juga saya tambah.

“Akhirnya saya dapat menggunakan wang itu untuk ke Tanah Suci tahun ini,” katanya ketika ditemui Berita Harian sewaktu menghadiri Kursus Perdana Haji 1432H di Pusat Penerangan Islam (IIC) di sini, semalam.

Mail adalah antara 421 bakal jemaah haji dari Bahagian Kuching dan Samarahan yang menghadiri kursus dua hari itu, yang berakhir semalam.
Bapa kepada empat anak itu berkata, beliau mendaftar untuk menunaikan fardu haji pada 2005 selepas jumlah dikumpul mencukupi dan bersyukur kerana disenaraikan ke Tanah Suci pada tahun ini.

Sementara itu, seorang tukang perahu, pembuat batu nisan dan napur, Zulkipli Madon, 64, dari Kampung Tanjung Bundong, Samarahan, berkata beliau mula menyimpan dengan Tabung Haji pada 2004 selepas mendapat hidayah untuk menunaikan fardu haji.

Setiap bulan beliau menyimpan antara RM400 hingga RM500 hasil daripada kerja membuat perahu, batu nisan dan napur penduduk kampung.

“Pada 2005 saya mendaftar untuk menunaikan haji bersama isteri, Rosiah Bujang, 57. Namun isteri saya yang turut menjual sayur dan telur masin di kampung, bertekad untuk mengumpul wang sendiri,” katanya.

Rosiah yang turut menyimpan RM400 hingga RM500 sebulan akhirnya berjaya mencukupkan wang haji, dengan pasangan suami isteri itu akan ke Makkah, dengan hasil pendapatan masing-masing.

Pasangan yang mempunyai 12 anak itu bersyukur kerana walaupun mereka hanya bekerja sendiri di kampung, namun hasilnya berkat dan boleh digunakan untuk menunaikan ibadah haji.

sumber...BH