Followers

Showing posts with label ISA. Show all posts
Showing posts with label ISA. Show all posts

Monday, July 23, 2012

Mat Sabu: PAS Ganti Perangai Umno Bahaya


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menaruh harapan besar kepada NGO, seperti Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) untuk bekerja kuat bagi membangkitkan kesedaran rakyat tentang hak asasi daripada "belenggu yang menyeksakan".

Bahkan beliau menggesa NGO lain seperti Asal Bukan Umno (ABU) menjadi "kumpulan pendesak" untuk mengkritik dasar kerajaan khusus Pakatan Rakyat jika meneruskan dasar yang zalim dan penyelewengan seperti kerajaan sebelum ini, sekiranya berlaku.

Mohamad berkata jika keberanian itu tidak ditonjolkan, beliau bimbang, kerajaan yang mengambil alih khususnya Pakatan, "akan mencari jalan memperkenalkan undang-undang malah kadang kala lebih teruk daripada kerajaan yang diambil alih" untuk mempertahankan kuasa mereka.

"Sebab itu slogan PAS ganti Umno ini cukup bahaya. Saya bimbang mereka (betul-betul) ganti perangai Umno. Kalau perkara itu timbul, tugas NGO ini (menentangnya).

"Bila orang dapat kuasa, amat susah kuasa itu digugat. Sebab itu kumpulan memperjuang hak asasi (perlu) terus hidup dan kuat , walaupun sesiapa sahaja memerintah.

NONE"Sebab, senang kita cakap apabila dapat kuasa. Bila dapat kuasa, sudah mula kita ugut orang. Aku bongkar ini, aku dakwa (kau) bawah OSA (Akta Rahsia Rasmi), sedangkan kita nak hapuskan OSA itu.

"Penyakit orang berkuasa, dia (buat apa sahaja) nak kekalkan kuasa... Dalam sejarah pemerintah nak serah kuasa memang susah nak berlaku," katanya.

Bahasa pembangunan


Bercakap dalam forum "ISA: Penyeksaan yang sempurna" di Kuala Lumpur malam tadi, Mohamad membangkitkan persoalan sekiranya kerajaan Pakatan mendapat kuasa, apakah akan wujud kecenderungan untuk melakukan penyelewengan seperti yang dilakukan kerajaan sebelum ini.

"Bagaimana rakyat bangun menegur dan menentang kita. Adakah kita mencari jalan untuk menutup mulut mereka supaya menjadi disiplin, rakyat yang berguna (dan) rakyat yang tidak menukar kerajaan.

azlan"Kami menggunakan TV (minta) rakyat supaya bersyukur, (dan) sedia menyokong kerajaan Pakatan yang sentiasa membuat pembangunan. Mungkin itu bahasa yang digunakan," katanya sambil diiiringi tepukan dan gelak ketawa hadirin.

Oleh yang demikian, Mohamad menggesa GMI dan NGO lain dapat bergerak lebih hebat untuk menimbulkan keberanian kepada rakyat dan mendidik serta menonjolkan perjuangan hak asasi.

"Saya harap GMI perlu lebih kuat bukan sahaja ketika kerajaan hari ini, tetapi kerajaan akan datang kerana potensi untuk menyeleweng memang sentiasa ada.

"Hanya rakyat yang berpegang teguh dengan amar makruf nahi mungkar akan menyuburkan nilai kemanusiaan pada hari ini dan masa akan datang," katanya yang pernah ditahan ISA sebanyak dua kali pada 1984 dan 1987.

Arab tiada standard cakap hak asasi
Mohamad yang lebih dikenali sebagai 'Mat Sabu' membuat gesaan itu selepas mendengar pandangan intelektual Prof Tariq Ramadan yang menjawab soalan seorang hadirin dalam satu forum dan beliau membuat perbandingan tentang kebebasan, keadilan serta hak asasi antara negara Arab di Timur Tengah dan Amerika Syarikat.

Mohamad berkata, Tariq (bawah) berpandangan bahawa negara Arab di benua itu "tidak ada standard cakap tentang hak asasi" berbanding Amerika Syarikat yang sering melaungkan keadilan dan hak asasi manusia sekalipun mereka mempunyai pusat tahanan tanpa bicara di Guantanamo Bay.

NONETurut menjadi panelis dalam forum tersebut adalah aktivis Hishamuddin Rais, isteri bekas tahanan ISA Norlaila Othman dan pendakwah Wan Ji Wan Husain.

Sementara itu, Hishamuddin mendakwa ISA digunakan bertujuan menakut-nakutkan orang yang berada di sekeliling individu yang ditahan atau parti politik supaya dapat melumpuhkan gerakan mereka.

Beliau yang pernah ditahan ISA berkata akta tersebut turut dijadikan "senjata politik" untuk mematahkan pergerakan musuh khususnya terhadap mahasiswa, kesatuan sekerja dan agamawan bagi mematahkan "pertentangan dalam politik".

"Ia instrumen efektif supaya orang ditakut-takutkan dengan ISA. Sebenarnya yang takut itu dalam diri kita, bukan ISA. Takut itu yang harus kita lawan," katanya.

sumber...malaysiaKini

Sunday, December 25, 2011

Selamat Menyambut Hari Kelahiran Nabi Isa Alaihi Salaam



Sesungguhnya Isa itu tidak wafat seperti sangkaan musuh musuh baginda sejak dulu,kini dan selamanya..

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi ‘Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya. (Ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai ‘Isa! Sesungguhnya Aku akan mewafatkan kamu (merehatkan kamu dengan sempurna: mutawaffika), dan akan mengangkatmu (rafi‘uka) ke sisi-Ku. [Surah Ali ‘Imran 3:54-55]

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam sebuah ayat yang lain:
 “Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi ‘Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi ‘Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin. Bahkan Allah telah mengangkat (rafa‘ahuLlah) Nabi ‘Isa kepada-Nya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” [Surah al-Nisa’ 4:157-158]

Kedua, Nabi ‘Isa ‘alaihissalam akan diturunkan semula pada akhir zaman sebagai isyarat  akan hampirnya Hari Kiamat. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
“Dan sesungguhnya Nabi ‘Isa menjadi tanda kedatangan Hari Kiamat, maka janganlah kamu ragu-ragu tentang (Hari Kiamat) itu, dan turutlah (petunjuk-Ku); inilah jalan yang lurus.” [Surah al-Zukhruf 43:61]

Ketiga, setelah diturunkan pada akhir zaman, kaum Ahli Kitab akan beriman kepada Nabi ‘Isa ‘alaihissalam. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
“Dan tidak ada seorang pun daripada kalangan Ahli Kitab melainkan dia akan beriman kepada Nabi ‘Isa sebelum matinya dan pada Hari Kiamat kelak Nabi ‘Isa akan menjadi saksi terhadap mereka.” [Surah al-Nisa’ 4:159]

Ayat di atas menjadi dalil bahawa Nabi ‘Isa ‘alaihissalam belum wafat. Ini kerana sehingga saat ini kaum Ahli Kitab belum beriman kepada Nabi ‘Isa ‘alaihissalam dengan iktikad yang benar melainkan ianya tersasar seperti iktikad trinity dan sebagainya (rujuk surah al-Nisa’, ayat 171). Hanya pada akhir zaman apabila Nabi ‘Isa ‘alaihissalam diturunkan semula kaum Ahli Kitab seluruhnya akan beriman kepada beliau dengan iktikad yang benar. Setelah itu barulah Nabi ‘Isa ‘alaihissalam diwafatkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Golongan yang menolak penurunan Nabi ‘Isa ‘alaihissalam mungkin berhujah kembali bahawa ayat-ayat di atas hanya bersifat umum tanpa menyebut penurunan Nabi ‘Isa ‘alaihissalam secara langsung dan jelas. Kita menjawab, inilah faktor yang membezakan antara aliran Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah dan aliran-aliran lain yang menyelisihinya. Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah tidak memandang al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih sebagai dua sumber yang berpisah melainkan kedua-duanya saling melengkap, menjelas dan memperinci antara satu sama lain. [lebih lanjut rujuk buku Manhaj al-Istidlal ‘ala Masa’il al-‘Itiqad ‘inda Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah oleh Syaikh ‘Utsman bin ‘Ali Hasan (Maktabah al-Rusyd, Riyadh 1997)]

Oleh itu seandainya benar ayat-ayat di atas hanya bersifat umum, maka kita akan dapati hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam yang sahih lagi mutawatir yang memperjelaskannya. Inilah antara peranan hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
“Dan kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya.” [Surah al-Nahl 16:44] [lebih lanjut rujuk buku penulis 20 Hujah Golongan Anti Hadis dan Jawapannya (Jahabersa, Johor Bahru 2000)].

Golongan yang menolak penurunan Nabi ‘Isa ‘alaihissalam mungkin berhujah kembali bahawa ayat 55 surah Ali ‘Imran menyebut perkataan “mewafatkan kamu”, yakni pada firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
“Sesungguhnya Aku akan mewafatkan kamu (merehatkan kamu dengan sempurna: mutawaffika), dan akan mengangkatmu (rafi‘uka) ke sisi-Ku.” [surah Ali ‘Imran 3:55]

Perkataan “mewafatkan kamu” tidak lain bererti mematikan atau mencabut nyawa daripada jasad Nabi ‘Isa ‘alaihissalam. Demikian dakwa golongan yang menolak penurunan Nabi ‘Isa ‘alaihissalam.

Dakwaan ini dapat kita tolak dengan penjelasan bahawa perkataan mutawaffika memiliki dua erti, pertama ialah mematikan manakala kedua ialah merehatkan atau menidurkan. Malah kata akarnya memiliki pengertian “sempurna”. [Syaikh Muhammad Quraish Shihab – Tafsir al-Mishbah (Lentera Hati, Djuanda 2000), jld 2, ms. 97] Sebagai contoh sila rujuk ayat 60 surah al-An‘aam:
“Dan Dia-lah yang menidurkan kamu (yatawaffakum) pada waktu malam, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Ia bangunkan kamu daripadanya (daripada tidur).”

Oleh kerana perkataan mutawaffika memiliki beberapa pengertian, maka lahirlah beberapa tafsiran daripada pelbagai aliran terhadap ayat 55 surah Ali ‘Imran. Al-Imam al-Alusi rahimahullahu (1275H) telah mencatitkan sebanyak tujuh pendapat. [Ruh al-Ma‘ani fi Tafsir al-Qur’an al-‘Azhim wa al-Sabi‘a al-Mutsani (Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut 1994), jld. 2, ms. 172]. Salah satu daripadanya adalah dengan erti kematian dan ini menjadi pilihan aliran yang menolak penurunan Nabi ‘Isa pada akhir zaman.

Namun manhaj Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah dalam menghadapi perbezaan tafsiran seperti ini adalah merujuk kepada hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam sebagai penentu tafsiran manakah yang paling benar. Dengan melakukan rujukan dan kajian terhadap pelbagai hadis yang sahih lagi mutawatir dalam bab ini, jelas bahawa Nabi ‘Isa ‘alaihissalam tidak mati tetapi diangkat dan “direhatkan” dengan cara yang hanya layak di sisi pengetahuan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Demikian ini menjadi tafsiran yang dipilih oleh Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah terhadap erti perkataan mutawaffika dalam ayat 55 surah Ali ‘Imran.

Golongan yang menolak penurunan Nabi ‘Isa ‘alaihissalam mungkin juga berhujah bahawa perkataan rafa‘ahuLlah dalam ayat 158 surah al-Nisa’ yang bermaksud “Allah telah mengangkat” Nabi ‘Isa ‘alaihissalam sebenarnya bererti “mengangkat darjat Nabi ‘Isa” dan bukannya mengangkat jasad Nabi ‘Isa ‘alaihissalam sehingga terselamat daripada disalib dan dibunuh.

Hujah ini dapat kita jawab dengan penjelasan bahawa perkataan rafa‘ahuLlah sememangnya juga dapat diertikan dari dua sudut: pertama ialah mengangkat jasad manakala kedua ialah mengangkat darjat. Antara dua pengertian ini manakah yang benar? Sekali lagi untuk mencari jawapannya, manhaj kita sebagai Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah ialah merujuk kembali kepada hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam yang bertindak sebagai penjelas al-Qur’an. Dalam bab ini terdapat pelbagai hadis yang sahih lagi mutawatir bahawa yang dimaksudkan ialah mengangkat jasad Nabi ‘Isa ‘alaihissalam sehingga beliau terselamat daripada disalib dan dibunuh.

Bahkan penafsiran ini juga telah dibenarkan oleh permulaan ayat 157 surah al-Nisa’ sebagaimana yang telah dikemukakan di atas:
“Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka……”.

Jelas bahawa yang diangkat oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala ialah Nabi ‘Isa dan bukan darjatnya kerana jika yang diangkat adalah darjatnya sahaja pasti Nabi ‘Isa telah mati dibunuh di kayu palang (salib).

Susunan oleh Hafiz Firdaus Abdullah

Thursday, November 24, 2011

Ada "Ulat Bodoh" Dalam Kepala Hishamuddin Keris ?

Hisham dan ISA: Permainan semata atau sememangnya bodoh?

Seperti yang sudah kita agak, Perdana Menteri Najib Tun Razak sememangnya seorang penipu yang telah menarik balik janjinya untuk menghapuskan ISA. Isu besar yang menjadi kegusaran rakyat adalah ISA membolehkan mana-mana rakyat Malaysia ditahan tanpa perbicaraan oleh Kerajaan, iaitu Menteri dalam Negeri. ISA “baru” masih sebenarnya membenarkan keadaan ini. Ia sama saja dengan ISA lama.

Sepupu Najib yang juga merupakan Menteri dalam Negeri, Hishamuddin Hussein telah dengan bodohnya membandingkan ISA baru dengan akta-akta yang digunapakai di AS, UK dan Australia. Hishamuddin ini sama ada seorang yang amat bodoh atau beliau fikir rakyat bodoh.

Inilah sebabnya beliau adalah pelawak dan rakyat tidak ketawa

Yang pertama, tidak dapat dibandingkan undang-undang tersebut dengan yang digunapakai di negara-negara itu. AS, UK dan Australia mempunyai kebebasan media dan Malaysia tidak kecualilah beliau mengambil kira ‘The Star’ yang dimiliki MCA, sebuah parti yang tiada kuasa dan diterajui oleh Chua Soi Lek seorang ikon tidak bermoral untuk Malaysia. The Star sebenarnya adalah propaganda yang tidak bermaruah. Dan sudah tentulah akhbar-akhbar lain seperti NST dan Utusan adalah lebih teruk daripada itu.

Semestinya juga tidak akan berlaku seorang timbalan seperti Joe Biden akan ditangkap oleh polis SWAT, dipukul oleh Ketua FBI Robert S. Mueller dan disimpan di dalam kandang seperti kangaroo. Perkara itu hanya berlaku di Malaysia.

Juga tidak akan berlaku seorang bekas presiden seperti George Bush dibenarkan menyebarkan semangat perkauman seperti rakyat kulit putih akan diancam oleh rakyat kulit hitam, Latinos dan Asian. Tidak sama sekali, kerana hanya di Malaysia sahaja Mahathir bias melakukan apa yang dia sedang lakukan sekarang.

Juga tidak akan berlaku kumpulan ektrimis seperi Klu Klux Klan yang diterajui mereka-mereka yang sering melompat parti, menyuarakan apa juga yang mereka suka dan merasa selamat bahawa mereka didukung oleh parti pemerintah. Hanya di Malaysia Perkasa yang diterajui Ibrahim Ali boleh melakukan apa saja yang mereka suka dengan sokongan Umno.

Perbezaannnya adalah rakyat Malaysia tiada institusi yang menjaga mereka

Untuk pengetahuan Hishamuddin, pilihan raya di UK adalah adil dan bebas tidak seperti yang dilaksanakan tanpa malu di Malaysia. Suruhanjaya Pilihanraya di sana bukanlah dibawah telunjuk parti pemerintah seperti yang ada di Malaysia.

Juga ada pemisah di antara kuasa eksekutif dan badan kehakiman di negara-negara tersebut.

Jadi, apakah yang dibandingkan oleh Hishamuddin? Rakyat Malaysia tidak mempunyai institusi untuk menjaga mereka daripada orang yang bodoh, berkepentingan dan tidak layak seperti Menteri Dalam Negeri seperti Hishamuddin Hussein. Orang seperti ini tidak sepatutnya dibiarkan berkuasa seperti sekarang!

sumber...Malaysia Chronicle

Thursday, November 17, 2011

Tangkapan ISA bukti Haji Najib ‘PM kaki bohong’

(Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR: Berbohong dan mungkir janji menjadi amalan Datuk Seri Najib Razak sepanjang mentadbir negara ini, kata Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Ignatius Darell Leiking.

Merujuk penahanan 10 lelaki di Sabah mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), beliau berkata tindakan itu mengesahkan sandiwara politik Najib selama ini, sekaligus memanjangkan senarai pembohongan Presiden Umno itu.
“Ini membuktikan Perdana Menteri mengkhianati janji yang dibuatnya sendiri selain tidak konsisten dengan dasarnya,” kata beliau kepada Keadilan Daily, hari ini.

Beliau mengulas tangkapan terbaru terhadap sekumpulan lelaki di Sabah mengikut ISA walaupun Najib pada 16 September lalu berkata akta itu sudah dimansuh.
Sekurang-kurangnya 10 lelaki di Sabah ditahan ISA yang dilaksanakan pasukan khas Bukit Aman hasil maklumat risikan, lapor Berita Harian dan The New Straits Times.

Mereka ditahan mengikut ISA kerana akta berkenaan belum dimansuh bagi membantu siasatan,” sumber kedua-dua akhbar itu dipetik sebagai berkata.
“Sepatutnya mangsa terbaru ISA diberi peluang membela diri kerana seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan di mahkamah,” kata Ignatius lagi.
Najib sepanjang mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Tun Abdullah Badawi kerap menjanjikan pelbagai dasar baru bagi meraih populariti politik sedangkan pelaksaaannya kosong.

Antaranya, pentadbiran Najib mendakwa hanya RM181.9 juta pinjaman bagi ternakan lembu kebangsaan diberi kepada syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil, sebaliknya KEADILAN membuktikan pinjaman RM250juta sudah pun diberi.
Najib berbohong apabila menafikan Datin Seri Rosmah Mansor tiada pejabat di Putrajaya sedangkan laman sesawang rasmi kerajaan membuktikan wujud Pejabat First Lady of Malaysia (FLOM)/

Pada 7 Jun 2010, Najib berbohong kononnya tidak melulus lesen judi sukan kepada syarikat Ascott Sport dan Berjaya Group tetapi kedua-dua syarikat pada 11 Jun 2010 mengesahkan mereka sudah mendapat kebenaran dari Kementerian Kewangan.
Pada Ogos 2011, Najib menubuh Jawatankuasa Penambahbaikan Parlimen (PSC) bertujuan mengkaji peraturan pilihan raya termasuk penggunaan dakwat kekal tetapi kemudian menyarakan PSC tidak terikat dengan pembubaran Parlimen.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=23079

Monday, September 19, 2011

Siapa Bilang PM Najib Bersandiwara Sekali Lagi...

Ketakutan di Putrajaya, lakonan Najib dan Hishammuddin

Leher Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan tegang, dan dia betul-betul kelihatan gementar dan tidak selesa sebelum beliau memulakan ucapannya.Semestinya dia telah dinasihatkan oleh orang-orangnya untuk melihat penonton tepat pada mata, namun dia rupanya seperti berhati-hati melakukannya. Bahasa tubuhnya telah menceritakan apa yang sebenarnya dia rasakan dan bukan bibit-bibit perkataan yang keluar dari mulutnya. Nampaknya, Encik Najib adalah seorang lelaki yang sedang bimbang dan takut akan masa depannya.

Dia tidak dapat meningkatkan prestasi BN tahun 2008, ini yang pasti, dan pada hakikatnya BN akan bertambah tenat. Maksudnya di sini, Encik Najib akan dipecat selepas pilihan raya oleh partinya sendiri. Kerjaya yang pendek dan tidak menyerlahnya akan berakhir. Jadi dia telah membuat keputusan untuk menjalankan strategi baru yang radikal, untuk menjadi reformis sepantas kilat!

Beliau memulakan ucapannya dengan pelajaran sejarah yang membosankan, memberi tumpuan kepada hakikat bahawa rakyat Malaysia (Tanah Melayu) telah dapat mengundi dalam pilihan raya buat kali pertama pada tahun 1952, dan sebagai sebuah negara yang bebas pada tahun 1959. Ini menjadikan Malaysia sama dengan setiap negara lain yang pernah bebas daripada kuasa penjajah (termasuk AS), harapan ramai agar dia berhenti di situ kerana pada hakikatnya Najib sudah tidak mampu melakukan satu lagi ucapan yang sia-sia.

"Ketiga-tiga Pengisyhtiharan Darurat dibatalkan 40 tahun kemudian". Nampaknya lebih baik daripada Gaddafi, tetapi setakat itu sahaja. Senyuman palsu kemudiannya lahir dari mulut Hishamuddin Hussein.

"ISA akan dibatalkan secara keseluruhannya". Lebih banyak isyarat gembira yang palu dari Hishamuddin. Rais Yatim pula layaknya seperti orang bodoh. Ketua Polis Negara mengangguk-angguk kepalanya seperti salah satu anak patung mengangguk-angguk kepala yang sering menjadi ole-ole pelancung. Disambut pula tepukan tangan paksaan dari BN dan kroni-kroninya.

Dan satu lagi bonus, "tiada lagi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan ", maka akhbar akan 'bebas'. Mereka masih memerlukan lesen untuk beropersi jadi tidaklan bebas sepenuhnya kerana masih dikawal kuasa eksekutif . Anda boleh lihat akhbar arus perdana dipenuhi sampah biasa. Akhbar-akhbar pembangkang sudah tentu tidak akan diberi lesen.

Jadi, pada akhirnya apakah maksud Encik Najib?

Pasti, BN boleh berubah, tidak ada keraguan tentang hal itu!

Encik Najib ingin anda percaya bahawa, bertentangan dengan cara konvensional, BN boleh mengubah tanpa dibuang pada awalnya. Dia ingin golongan atas pagar untuk mengundi beliau. Dia ingin untuk memperlihatkan dirinya sebagai seorang individu bukan dari golongan yang tidak popular dalam BN. Dia ingin undi masyarakat bandar yang ia telah telah hilang.

Tetapi dia tidak memberikan apa-apa! Pengumuman 15September adalah sampah yang jeles cetek. ISA adalah undang-undang yang secara politiknya mustahil untuk digunakan lagi, jadi adakah perbezaan sama ada ia dimansuhkan atau tidak selain daripada menjadi satu symbol? Dua undang-undang baru pula akan diwujudkan umum Encik Najib dengan begitu sahaja. Adakan beliau sudah berbincang dengan pihak yang berkepentingan? Badan kehakiman masih berada di bawah telunjuk eksekutif. Pihak polis masih dengan cara lama, IPCMC disekat. SPRM ada sandiwaranya tersendiri. AG akan mempunyai kuasanya tiada batasan dan kita boleh lihat kelak hasilnya pendakwaan yang lebih selektif.

Sudahlah orang di bawahnya seperti Hishamuddin Hussein dan Datuk Seri Nazri Aziz melihat enteng pada perubahan ini. Kumpulan tahanan ISA yang sedia ada masih belum dibebaskan dua hari selepas Encik Najib membuat ucapannya. Hishamuddin Hussein mendakwa bahawa mereka semua sedang ditahan kerana 'keganasan'. Ini merupakan satu perubahan mendadak!

Kebebasan versi Najib

Terdapat mereka yang telah mengalu-alukan ucapan Mr.Najib ', tetapi mereka mungkin sedang menderita sindrom Stockholm, seperti yang di tweet oleh Cik Latheefa Koya. Anda tidak mungkin mengucapkan terima kasih kepada yang menahan anda kerana membebaskan anda kerana kini adalah masa yang sesuai untuk dia berbuat demikian!

Untuk menambah penghinaan, Encik Najib mendakwa bahawa dia telah 'membebaskan' akhbar. Beliau bagaimanapun mempunyai hak untuk menarik lesen mereka pada bila-bila masa dia suka! Ini adalah fahaman Encik Najib mengenai kebebasan. Sangat berbeza daripada Mandela dan yang sewaktu dengannya.

Satu-satunya fakta jelas dari pengumuman ini adalah EncikNajib percaya bahawa rakyat Malaysia mudah ditipu. Ucapannya pada 15 September adalah satu usaha untuk memenangi pengundi. Ada juga yang akan tertipu dan menelan pelawaannya untuk meminum air suam ini.

Encik Najib boleh simpan sahaja langkah-langkah separuh jalannya dan ucapan ini. Atau dia boleh mencanangkannya dari bangku pembangkang selepas Pilihanraya Umum yang akan datang.Apa yang tidak boleh diterima adalah lima tahun lagi rakyat terpaksa mengharungi ketidakcekapan tadbir urus, salah urus ekonomi dan pemerintahan angkuh oleh BN.

sumber...Malaysia Chronicle

Sunday, September 18, 2011

Pak Samad: Pemansuhan ISA 'kemenangan ghaib'

Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menganggap pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diumum Datuk Seri Najib Razak sebagai suatu "kemenangan ghaib".

Beliau berkata, perdana menteri itu tentunya tidak akan mengakui hal berkenaan tetapi pastinya ada usaha yang menggerak dan mendesak ke arah itu.

"Selama 54 tahun tidak terfikir ISA harus dihakis, tiba-tiba sahaja dapat ilham dan (mereka) harus mengakui kelompok anak muda tidak tahan lagi (dengan ISA).

Beliau juga tidak terkejut berikutan keengganan kerajaan mengakui pemansuhan ISA itu disebabkan tekanan berterusan dari pelbagai pihak khususnya anak muda.

"Tidak pula diceritakan bahawasanya desakan itulah yang mendorongnya untuk berubah. Kalau tidak ada desakan, saya tidak fikir ia akan mansuh kerana ISA sangat mujarab untuk menekan," katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran antologi sajak Puisi Jadi Senjata yang diterbitkan sehari sebelum himpunan BERSIH 2.0 sebagai tanda sokongan anak muda kepada sasterawan itu.

Perubahan regim


Sinonim dengan gelaran sasterawan rakyat, beliau berharap antalogi puisi itu turut disebar di pedalaman di semua negeri dan tidak hanya berlegar di kawasan kota.

Pada majlis pelancaran itu, beliau mengingatkan betapa perubahan regim hanya mampu dilakukan golongan anak muda.

"Saya sangat yakin hanya suara muda boleh merubah. Orang tua kebanyakannya sudah bersikap (mengambil pendirian), maksudnya mereka tidak mahu diganggu," katanya.

Mengulas lanjut, beliau yakin penerbitan antologi sususan penggiat seni, Fazallah Pit, membuktikan seni bukan hanya hiburan kerana di tangan anak muda, puisi menjadi senjata.

"Selama ini seni hanya dianggap hiburan tapi di tangan anak muda, puisi jadi senjata.

"Yang berjuang orang lain, yang menyambut kemerdekaan orang lain. Yang berjuang, yang berkuasa orang lain dan kuasa itu berlanjutan sampai 54 tahun.

"Sudah waktunya, setidak-tidaknya untuk satu term (penggal) kita berikan kelainan," katanya yang sering berkempen supaya ditumbangkan BN dalam pilihan raya akhir-akhir ini.

sumber...malaysiaKini

Saturday, September 17, 2011

ISA: Sandiwara atau Tipu Helah BN

ISA diganti baru tapi amalan penahanan tanpa bicara kekal

(Ahmad Fadli )

KUALA LUMPUR: Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak memberi makna kerana pentadbiran Datuk Seri Najib Razak akan terus mengekalkan amalan penahanan tanpa bicara.

Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa melabel Perdana Menteri itu cuma bermain silap mata apabila bercadang menghapuskan ISA dan menggantikannya dengan dua akta baru.

Pada kenyataan media hari ini, beliau berkata, Najib langsung tidak memperinci dua undang-undang baru itu sekali gus menunjukkan amalan tahanan tanpa bicara terus kekal.

“Jika janji Najib diteliti, beliau sememangnya berazam untuk terus berbuat demikian,” katanya.

Sivarasa berkata, Pakatan Rakyat tetap tidak bersetuju dengan penahanan tanpa bicara yang sepatutnya tiada tempat dalam era politik baru, sebaliknya mahu memastikan reformasi menyeluruh polis dan agensi penguatkuasa lain.

Beliau mengingatkan, dua akta baru itu terus mengekalkan kuasa menteri yang bebas mengecop sesiapa termasuk ahli politik Pakatan Rakyat sebagai pengganas dan menahan mereka di bawah undang-undang baru itu nanti.

Beliau memberi contoh penahanan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Saari Sungib dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan lapan orang lain, kononnya ‘mengumpul pelancar grenad dan molotov cocktail’ pada 2001.

Malah, katanya, penahanan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar semata-mata memiliki baju-T bergambar Che Guevara dan Abdullah CD, menunjukkan salah guna kuasa terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.

Sivarasa juga menyifatkan cadangan mewujudkan dua akta itu mengikut Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan, menunjukkan undang-undang baru meneruskan amalan penindasan.

“Perkara 149 adalah peruntukan Perlembagaan yang membenarkan ISA dan undang-undang menindas untuk terus wujud sebagai undang-undang sah,” katanya.

Beliau turut membidas Najib yang mendakwa dua undang-undang baru itu menyamai amalan negara demokrasi maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom.

“Amerika peruntukan undang-undang itu untuk Guantanamo Bay hanya kepada warga asing. Pun begitu, mereka dikritik di seluruh dunia sedangkan Malaysia memenjara dan memberi layanan buruk kepada rakyat sendiri,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=20430

NGO Pro ISA Terperanjat Beruk

Gabungan NGO pro-ISA terkejut, buat pendirian Isnin ini

KUALA LUMPUR, 17 Sept — Gabungan NGO Bersama Malaysia, yang dua tahun lalu bertembung dengan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) untuk menyokong Putrajaya agar mengekalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), akan membuat pendirian rasmi Isnin ini — sama ada menyokong inisiatif pentadbiran Najib ataupun sebaliknya.

“Ya betul, kami akan bermesyuarat Isnin ini bagi melihat dan membuat pendirin... tunggu lepas mesyuarat, pandangan ahli jawatankuasa akan diambil kira,” kata Setiausaha Gabungan NGO Bersama Malaysia Mohd. Jurit Ramli ketika ditanya sama ada langkah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bercanggah dengan pendirian mereka dua tahun lalu.

Ketika bercakap kepada The Malaysian Insider hari ini, Mohd Jurit mengakui pihaknya agak terkejut dengan langkah diumumkan oleh Najib kelmarin.

“Pada pandangan kami agak terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri kerana satu tindakan yang berani.

“Kami megambil pendekatan menunggu dan melihat penggubalan undang-undang baru yang akan menggantikan ISA. Kami hanya mengharapkan satu undang-undang yang boleh menjamin keamanan dan kesejahteraan Malaysia yang berbilang kaum terjamin,” kata beliau.

Pada 1 Ogos 2009, penyokong GMI dan Gabungan NGO Bersama Malaysia berhimpun di ibu negara untuk mengetengahkan pendirian masing-masing.

Perhimpunan itu diadakan empat bulan selepas Najib mengambil alih jawatan sebagai perdana menteri keenam dan turut menjanjikan ISA akan dikaji semula.

Bagaimanapun, kehadiran GMI yang mengatasi bilangam peserta perhimpunan Gabungan NGO Bersama Malaysia ketika itu, menggesa Najib memansuhkan terus ISA.

Gabungan NGO Bersama Malaysia pula mahu ISA dikekalkan dan mereka juga memutuskan untuk menyerahkan memorandum kepada Istana Negara meminta ISA terus digunakan.

Lebih 200 penyokong GMI termasuk dua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menyertai himpunan anti-ISA pada hari itu, yang dianggap oleh pihak berkuasa sebagai tidak sah, ditahan.

Malah ketika itu, Mohd Jurit memberitahu kumpulan mereka juga menyifatkan telah mencapai sasaran mereka dengan mesej “tidak semua sokong ISA dimansuhkan.”

Banyak pihak yang menyokong agar ISA dikekalkan dua tahun lalu itu hari ini melahirkan pandangan menyokong pengumuman Najib kelmarin, memutuskan untuk memansuhkan ISA.

Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia kelmarin, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Dua undang-undang baru akan digubal di bawah “semangat serta payung” Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.

Kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

Kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.

sumber...TMI

Thursday, September 15, 2011

ISA dan Akta Buang Negeri dimansuhkan semuanya


Suara rakyat suara keramat

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan perdana menteri pada 3 April 2009, ISA akan dikaji secara komprehensif.

"Suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus," katanya dalam ucapan perutusan khasnya sempena Hari Malaysia malam ini.

Selain memansuhkan ISA, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

"Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan," tambahnya.

Menurut Najib, kerajaan, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, supaya ditamatkan kuatkuasanya.

"Pada hemahnya, sudah tiba waktu rakyat Malaysia menuju masa depan dengan paradigma seterusnya yang berasaskan harapan baru dan bukannya terbelenggu oleh nostalgia kekangan sejarah lampau," tambahnya.

sumber...malaysiaKini