Followers

Showing posts with label Kampung Melayu. Show all posts
Showing posts with label Kampung Melayu. Show all posts

Friday, August 26, 2011

DAP: Calon Melayu satu kepastian


Bagaimanapun calon dan kerusi yang ditanding hanya akan diputuskan selepas rundingan pembahagian kerusi

PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberi jaminan bahawa parti itu akan meletakkan calon Melayu dalam pilihan raya umum ke 13.
“Kita pasti mempunyai calon Melayu untuk pilihan raya umum,” kata Lim ketika ditemui di dalam majlis iftar DAP yang diadakan di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur semalam.
Walau bagaimanapun, jumlah calon Melayu tidak didedahkan.

Mengulas lanjut perkara ini hari ini, setiausaha publisiti DAP dan ahli parlimen Petaling Jaya (Utara) Tony Pua berkata, “Calon Melayu akan dipilih berdasarkan merit dan kebolehan individu.”
Tony turut ditanya samada calon Melayu akan dicalonkan di negeri pimpinan Pakatan Rakyat – Selangor dan Pulau Pinang “Perkara ini belum diputuskan kerana rundingan pembahagian kerusi belum dimulakan.”

Bertukar kerusi

Sementara itu dalam perkembangan lain, pemimpin DAP veteran, Lim Kit Siang mengaku tidak tahu-menahu berkenaan ura-ura bahawa DAP akan bertukaran kerusi untuk membolehkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bertanding di Kuala Lumpur.

“Ini kali pertama saya dengar ura-ura ini,” kata Lim yang juga ahli parlimen Ipoh Timor.
Timbul ura-ura bahawa DAP mahu menawarkan kerusinya kepada tokoh popular PAS itu.
Peningkatan sokongan orang Melayu untuk DAP turut disambut baik PAS.

Mohamad dipetik berkata oleh Harakah Daily pada hari Selasa bahawa sokongan masyarakat Melayu kepada DAP akan menamatkan kempen perkauman yang didalangi Umno.

sumber...FMT

Monday, August 15, 2011

Singapura rancang bangun semula Perkampungan Melayu Geylang

SINGAPURA, 15 Ogos — Kerajaan Singapura bercadang untuk membangunkan semula perkampungan Melayu di Geylang sebagai pusat sivik baru dan plaza, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Rancangan pembangunan semula itu akan dilakukan selepas tempoh pajakan perkampungan Melayu itu berakhir bulan depan.

“Pusat sivik itu dinamakan sebagai Wisma Geylang Serai. Ia akan menempatkan Pusat Sivik Geylang Serai dan sebuah galeri warisan bagi mengingatkan kita Geylang Serai yang lama,” katanya semasa berucap pada perhimpunan Hari Kebangsaan di Universiti Kebangsaan Singapura semalam.

Masyarakat Melayu mempunyai sentimen kuat terhadap Geylang yang membawa kenangan manis kepada generasi lama yang tinggal dan membesar di kawasan itu, kata Lee dipetik Bernama Online.

Kawasan persekitaran akan dibangunkan dengan seni bina Melayu khususnya Geyland Road dengan mengekalkan sentuhan dan keunikan masyarakat itu.

Lee menambah Setiausaha Parlimen Kanan bagi Kementerian Pembangunan Negara, Dr Mohamad Maliki Osman akan menyelia keseluruhan projek pembangunan semula perkampungan Melayu itu.