Coretan politik,sosial,ekonomi,agama dan lain lain lagi di Malaysia dan seluruh dunia. Sumber dari semua capaian internet. email greenblacks8@gmail.com
Followers
Showing posts with label PKR Selangor. Show all posts
Showing posts with label PKR Selangor. Show all posts
Monday, August 4, 2014
PKR 'LONDEH' Kenapa Khalid Ibrahim Perlu Kena Tukar
PKR buka pekung MB Selangor,Hutang RM66.67 juta
Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membuat penerangan secara bertulis kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat berhubung alasan untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, nota penjelasan yang merangkumi fakta kes melibatkan masalah intergriti itu Khalid akan diserahkan kepada semua pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat pada esok (Selasa).
Nota penjelasan sepanjang lebih 50 muka surat itu didakwa akan mendedahkan secara terperinci mengenai salah guna kuasa oleh Khalid sebagai Menteri Besar.
"Antara yang terkandung dalam nota tersebut adalah fakta kes membabitkan hutang Khalid sebanyak AS$18 juta (RM66.67 juta) dengan Bank Islam Malaysia untuk membeli saham syarikat ketika beliau menerajui Kumpulan Guthrie Bhd.
"Turut disenaraikan dalam nota itu adalah penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor oleh Khalid kepada Eco World dengan harga yang lebih murah daripada nilai pasaran untuk projek pembinaan rumah mampu milik," katanya.
Saifuddin berkata, PKR pernah meminta penjelasan Khalid berhubung perkara itu tetapi masih belum mendapat jawapan memuaskan.
Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, Isnin.
Justeru, Saifuddin berkata, PKR akan menulis secara terperinci mengenai kes-kes tersebut dengan harapan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat akan mendapat gambaran lebih jelas mengenai alasan untuk menggugurkan Khalid.
"Kita harap penjelasan tersebut akan dapat membantu menyelesaikan kemelut ini dengan segera," katanya.
Jelas beliau, keputusan untuk membuat penjelasan bertulis itu dibuat selepas pertemuan dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Ibrahim Tuan Man, minggu lalu.
"Dalam pertemuan itu, perkara yang kita sentuh sudah tentunya membabitkan isu yang hangat diperkatakan sekarang. Jadi kita dapati ada keperluan untuk PKR memberikan satu versi (pandangan) yang membawa kepada keputusan untuk meminta Khalid berundur," katanya.
Bagaimanapun, Saifuddin berkata, beliau tidak berkesempatan bertemu dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sebelum ini, Abdul Hadi mempertahankan Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar manakala Nik Aziz mempersoalkan tindakan PKR mahu memecat Khalid.
Pada masa sama, Saifuddin berkata, Wan Azizah tetap menjadi calon pilihan Pakatan Rakyat untuk menggantikan Khalid walaupun timbul pelbagai khabar angin mengenai kemelut tersebut.
"Dalam mesyuarat biro politik PKR pada Ahad, semua anggota bersetuju dengan keputusan tersebut. Malah DAP dan PAS juga setuju calon menteri besar adalah dari PKR.
"Tidak timbul nama lain. Apa saja spekulasi berkaitan calon menteri besar yang tersebar, saya anggap ia sebagai berita sampingan. Keputusan kekal dengan Wan Azizah," katanya.
Ketika ditanya mengenai pandangan penganalisis politik yang beranggapan kemelut ini akan menjejaskan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang, Saifuddin mengakui ia sedikit sebanyak memberi kesan dari segi sokongan rakyat.
"Kita hormati semua pandangan, sebab itu sebagai respons kita terhadap pelbagai maklum balas, kita harus cepat menyelesaikan isu ini. Kita mohon kerjasama Khalid untuk menghormati keputusan parti yang telah dibuat," katanya.
sumber...
Oleh: SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM
Label:
hutang,
PKR Selangor,
Selangor,
Tan Sri Khalid Ibrahim
Tuesday, July 15, 2014
Azmin Dilantik MB Selangor Selepas Raya?
Azmin dilantik sebagai MB Selangor selepas raya ?
Selangor dilihat sudah bersedia untuk melantik Azmin Ali sebagai Menteri Besar yang baharu tidak lama lagi, menggantikan tempat Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah menerima tekanan untuk melepaskan kedudukannya.
Walaupun sebelum ini dilaporkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada gesaan untuk menggantikan Khalid, kini sumber yang rapat dengan Azmin berkata peralihan kuasa itu akan dilakukan selepas Hari Raya.
"Selepas semuanya, pelantikan ini akan dibuat selepas Hari Raya," kata sumber itu, Selasa.
Sumber itu menambah, Azmin kini mendapat sokongan dari PAS, yang sebelum ini dianggap enggan menggantikan Khalid dengan Adun Bukit Antarabangsa itu.
Sumber itu menambah, DAP dan PAS telah memberi sokongan mereka terhadap pelantikan Azmin sebagai Menteri Besar yang baharu pada mesyuarat tertutup Pakatan Rakyat yang diadakan pada Selasa.
"Walau bagaimanapun, keputusan muktamad akan dibuat oleh Anwar dalam masa terdekat nanti," kata sumber itu, sambil menambah satu mesyuarat presiden akan membincangkan mengenai perkara itu sebelum Hari Raya.
Sumber itu juga mendakwa bahawa pihak istana tidak mempunyai isu untuk menggantikan Khalid, 'selagi ia dilakukan mengikut perundangan negeri'.
Walau bagaimanapun, pada Selasa dilaporkan PAS Selangor berpendapat bahawa tugas Khalid hendaklah diteruskan sehingga pilihan raya umum akan datang.
Mereka dikatakan memihak kepada Khalid, termasuk Pesuruhjaya PAS dan Exco negeri Selangor, Iskandar Samad, yang telah dinamakan sebagai pengganti untuk Khalid.
Exco PAS negeri, Dr Halimah Ali, Sallehen Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi, juga mempertahankan Khalid.
DAP, ketika dihubungi, berkata satu perjanjian yang telah dibuat untuk menggantikan Khalid dengan Azmin telah tersebar.
"Tidak, kami langsung tidak pernah membincangkan perkara ini semua," kata Adun Kampung Tunk Lau Weng San.
Khalid telah berada di bawah tekanan untuk melepaskan jawatannya daripada rakan-rakan partinya berikutan beberapa kritikan yang dilemparkan berhubung cara beliau mengendalikan pelbagai isu di negeri ini.
Adun Pelabuhan Klang, yang kalah kepada Azmin dalam jawatan timbalan presiden PKR, juga dikenali sebagai seorang yang tidak berunding dengan parti mengenai dasar negara.
sumber...
Oleh: RAHMAH GHAZALI
Saturday, June 21, 2014
Inikah Langkah Terakhir Khalid Ibrahim Di Selangor ??
Pimpinan PR perlu bincang pilih MB Selangor baru
Pas Selangor menyifatkan barisan pimpinan PR wajar bertemu untuk berbincang bagi mencari pengganti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, calon menteri besar baru itu perlu diterima ketiga-tiga parti dalam PR.
“Pokoknya dia bermasalah. Partinya sendiri pun menolak dia. Semestinya sukar untuk beliau bertahan. Kalau dia sudah tidak mendapat sokongan daripada dua parti dan ahli badan perhubungan Pas pun telah melihat dia bermasalah, maka saya rasa, kita mesti bersedialah membawa satu pertukaran kerana kita tak boleh la hanya menganggap seorang saja yang mampu (menjawat jawatan MB).
“Jadi, apa yang perlu dilakukan sekarang ini ialah pimpinan daripada ketiga-tiga parti wajar bertemu dan berbincang untuk mencari calon lain yang boleh diterima. Nyatakan syarat-syarat baru yang mahu dikenakan oleh setiap parti ke atas calon yang akan dipilih dan disokong bersama itu,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Hari ini, media melaporkan Pas Selangor menolak Abdul Khalid ekoran tindakannya yang sering membelakangkan parti dalam membuat keputusan.
Perkara itu disuarakan Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Jaafar Sulaiman yang menyebut mesyuarat Badan Perhubungan Pas Selangor bersetuju agar Abdul Khalid ditukar kerana dianggap membawa masalah.
“Saya rasa untuk kerajaan PKR ini betul-betul mencapai kejayaan dan menunjukkan prestasi yang sebaik mungkin, kita mesti ada MB yang diterima ketiga-tiga parti.
“Sekarang ini, PKR dan DAP sendiri sudah tidak berpuas hati dengan kepimpinan Tan Sri Khalid, maka bagaimana beliau boleh bertahan atas sokongan satu daripada tiga parti itu saja. Jadi, Pas pun kena fikirkanlah tentang keadaan yang sebegini rupa,” katanya.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad mengambil sikap menyokong keputusan mesyuarat Badan Perhubungan Pas Selangor tersebut.
“Saya hanya menyokong keputusan dalam mesyuarat Badan Perhubungan Pas Selangor. Apa pun keputusannya saya terima dan kalau begitulah yang diputuskan bersama, maka saya tentunya bersama dengan keputusan itu.
Namun saya sendiri bukan dari Badan Perhubungan Negeri Selangor, saya tidak terlibat dalam keputusan itu. Saya tidak mempunyai sebarang pandangan peribadi kerana prestasi MB ini memang sudah kita maklum mengalami beberapa masalah dalam PR,” katanya.
Menurutnya, dakwaan yang dibuat Jaafar itu benar bukan sekadar rekaan.
Malah beliau berpendapat, Abdul Khalid perlu dipertanggungjawabkan segera atas tindakan-tindakannya sebelum ini.
“Saya sendiri adalah ahli jawatankuasa air bersama Tony Pua dan Rafizi diangkat oleh Majlis Presiden PR. Kami ini langsung tidak diambil apa-apa pandangan atau perhatian langsung. Malah sehingga ke hari ini, kami tidak dapat berjumpa dengan MB. Kami tidak dirujuk seolah-olah kami ini tidak wujud.
“Itu satu contoh. Apa yang disebut cikgu Jaafar itu punya kebenarannya. Kawan-kawan yang lain juga mempunyai pandangan seperti itu. Mereka bukan mereka-reka cerita ini. Saya kira Abdul Khalid perlu dipertanggungjawabkan segera dengan semua ini,” katanya.
sumber...sharian
Label:
DAP,
Pakatan Rakyat,
PKR Selangor,
Selangor,
Tan Sri Khalid Ibrahim
Friday, May 31, 2013
Pasal Apa Bekas Pengerusi GERAK Mohon Maaf Kepada MB Selangor Pulak ??
Bekas Pengerusi Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak), Mohd Nazree Yunus hari ini membuat permohonan maaf kepada Menteri Besar Selangor atas dua kenyataan media yang dibuatnnya pada 2009.
Nazree membacakan permohonan maaf dalam Mahakamah Tinggi Shah Alam hari ini sebagai penyelesaian dakwaan yang dibawanya terhadap Khalid.
Permohonan maaf pertama bertajuk ‘Kenyataan Media Gerak Malaysia : Tentang Amalan Rasuah dan Salahguna Kuasa Menteri Besar Selangor” bertarikh 21 Januari 2009.
Manakala permohonan maaf kedua berhubung kenyataan media pada 3 Februari 2009 bertajuk ‘Kenyataan Media Gerak Malaysia : Laporan Salahguna Kuasa Menteri Besar Selangor’.
“Saya mengaku bahawa kedua-dua kenyataan media ini telah mencemarkan, menjejaskan serta menjatuhkan nama baik, reputasi, imej dan intergriti beliau sebagai Menteri Besar Selangor.
“Saya mengaku amat menyesal kerana membuat kenyataan akhbar yang tidak benar terhadap beliau. Saya berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan mengeluarkan perkataan berunsur fitnah di masa akan datang,” katanya di hadapan hakim Datuk Dr Badariah Sahamid.
Nazree turut berjanji tidak akan mengulangi perbuatan mengeluarkan perkataan berunsur fitnah terhadap Plaintif (Khalid) pada masa akan datang.
“Dengan itu, saya dengan rendah diri, saya memohon maaf kepada beliau dan menarik balik semua kenyataan yang telah saya keluarkan itu,” katanya.
Sementara itu, Media Selangorku melaporkan, Khalid menerima permohonan maaf Nazree secara terbuka dan tidak akan menuntut sebarang ganti rugi.
“Saya menerima permohonan maaf beliau dan berharap beliau dapat meneruskan usaha sebagai seorang yang minat dalam bidang politik.
“Dengan cara itu, kita telah menunjukkan bahawa keadilan itu adalah satu usaha berterusan dan saya anggap pengajaran ini akan menguatkan lagi kualiti hidup beliau sebagai seorang yang percaya pada keupayaan diri sendiri,” kata Khalid ketika ditemui di luar mahkamah.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52888
Monday, April 15, 2013
Senarai Penuh Calon KEADILAN bagi Parlimen, DUN di Selangor
KUALA LUMPUR 15 APRIL: Depan lebih 10,000 rakyat Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini mengumumkan senarai calon KEADILAN bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Selangor .
Berucap di padang awam AU2 Keramat, Gombak di sini, Ketua Umum KEADILAN itu bagaimanapun berkata, kerusi DUN Kota Damansara tidak diumum berikutan rundingan dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masih berlangsung dan dijangka diumum esok.
Calon Parlimen yang mempertahan jawatan ialah Mohamed Azmin Ali (Gombak), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat), R Sivarasa (Subang), Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan), Zuraida Kamaruddin (Ampang) dan William Leong (Selayang).
Muka baru pula ialah Dr Aziz Bari (Sabak Bernam), Manivanam Govindasamy (Kapar), Wong Chen (Kelana Jaya), Rafizi Ramli (Pandan) manakala Khalid Jaafar di Hulu Selangor.
Calon DUN Selangor yang mempertahan kerusi ialah Mohamed Azmin Ali (Bukit Antarabangsa), Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia), Suhaimi Shafiei (Seri Muda), Dr Xavier Jayakumar (Seri Andalas), Rodziah Ismail (Batu Tiga), Dr Yaakop Sapari (Kota Anggerik), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Haniza Talha (Taman Medan), Amir Shaari (Batu Caves), Gan Pei Nei (Rawang) dan Yahya Sahari (Permatang).
Muka baru ialah Borhan Aman Shah (Dengkil), Lee Chin Cheh (Kajang), Dr Daroyah Alwi (Sementa), Hamidi A Hassan (Semenyih), Tengku Marziah Tengku Sulaiman (Kuang), Ramachandran (Batang Kali) dan Dr Idris Ahmad (Ijok).
Tan Sri Khalid Ibrahim pula berpindah dari DUN Ijok ke DUN Pelabuhan Klang manakala Manickavasagam berpindah dari kerusi Parlimen Kapar ke DUN Bukit Malawati.
Anwar turut berterima kasih kepada Loh Gwo Burne, bekas Ahli Parlimen Kelana Jaya dan Lee Kim Sin, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang atas perkhidmatan mereka selama lima tahun.
(Laporan penuh menyusul)
sumber...Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50376
Label:
calon PRU13,
PKR Selangor
Subscribe to:
Posts (Atom)




