Followers

Showing posts with label Pas Selangor. Show all posts
Showing posts with label Pas Selangor. Show all posts

Tuesday, July 15, 2014

Azmin Dilantik MB Selangor Selepas Raya?



Azmin dilantik sebagai MB Selangor selepas raya ?

Selangor dilihat sudah bersedia untuk melantik Azmin Ali sebagai Menteri Besar yang baharu tidak lama lagi, menggantikan tempat Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah menerima tekanan untuk melepaskan kedudukannya.

Walaupun sebelum ini dilaporkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada gesaan untuk menggantikan Khalid, kini sumber yang rapat dengan Azmin berkata peralihan kuasa itu akan dilakukan selepas Hari Raya.

"Selepas semuanya, pelantikan ini akan dibuat selepas Hari Raya," kata sumber itu, Selasa.

Sumber itu menambah, Azmin kini mendapat sokongan dari PAS, yang sebelum ini dianggap enggan menggantikan Khalid dengan Adun Bukit Antarabangsa itu.

Sumber itu menambah, DAP dan PAS telah memberi sokongan mereka terhadap pelantikan Azmin sebagai Menteri Besar yang baharu pada mesyuarat tertutup Pakatan Rakyat yang diadakan pada Selasa.

"Walau bagaimanapun, keputusan muktamad akan dibuat oleh Anwar dalam masa terdekat nanti," kata sumber itu, sambil menambah satu mesyuarat presiden akan membincangkan mengenai perkara itu sebelum Hari Raya.

Sumber itu juga mendakwa bahawa pihak istana tidak mempunyai isu untuk menggantikan Khalid, 'selagi ia dilakukan mengikut perundangan negeri'.

Walau bagaimanapun, pada Selasa dilaporkan PAS Selangor berpendapat bahawa tugas Khalid hendaklah diteruskan sehingga pilihan raya umum akan datang.

Mereka dikatakan memihak kepada Khalid, termasuk Pesuruhjaya PAS dan Exco negeri Selangor, Iskandar Samad, yang telah dinamakan sebagai pengganti untuk Khalid.

Exco PAS negeri, Dr Halimah Ali, Sallehen Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi, juga mempertahankan Khalid.

DAP, ketika dihubungi, berkata satu perjanjian yang telah dibuat untuk menggantikan Khalid dengan Azmin telah tersebar.

"Tidak, kami langsung tidak pernah membincangkan perkara ini semua," kata Adun Kampung Tunk Lau Weng San.

Khalid telah berada di bawah tekanan untuk melepaskan jawatannya daripada rakan-rakan partinya berikutan beberapa kritikan yang dilemparkan berhubung cara beliau mengendalikan pelbagai isu di negeri ini.

Adun Pelabuhan Klang, yang kalah kepada Azmin dalam jawatan timbalan presiden PKR, juga dikenali sebagai seorang yang tidak berunding dengan parti mengenai dasar negara.

sumber...

  RAHMAH GHAZALI 
 Oleh: RAHMAH GHAZALI

Thursday, May 30, 2013

Lagi Hangat Khalid Samad Tibai "ANAI ANAI" PAS



Adakah Din Ayam menantu Presiden dan konco konconya di Kota Damansara dan lain lain tempat akan dikenakan tindakan disiplin?

 Sebelom ni wa daa tulis..
Wa malas nak panjangkan isu DUN Kota Damansara..
Biar Khalid Samad selaku pemimpin Pas Selangor sendirik yang tibai..

Wa memang respect Khalid Samad punya stand politik..
Sejak isu "pertemuan dalam gelap" dan pertemuan Hasan Ali dengan blogger Umno dulu..
Hanya Khalid sengsorang jer yang berani tibai..
Hinggakan beliau digantung jawatan dalam Pas ..
Tuu pon Khalid masih berjuang habis habisan mempertahankan dakwaan
kerana beliau mempunyai "Bukti"..
Akhirnya terbukti benar dakwaan Khalid..

Puak puak UG (Ustaz Gila kata pak bakaq penarik beca) belom habis lagi agenda mereka.


Khalid Samad hentam pembodek pemimpin Pas

Timbalan Pesuruhjaya PAS III Selangor Khalid Samad menyalahkan kumpulan 'pembodek' pemimpin PAS yang membolehkan calon parti itu bertanding di DUN Kota Damansara sehingga Pakatan Rakyat gagal mempertahankan kerusi itu dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Mengemukakan empat kesan "tidak baik" sebagai bukti kesilapan PAS bertanding di situ, Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam menegaskan perkara itu perlu diakui oleh semua pihak khususnya pemimpin PAS.

NONEMenulis dalam blognya hari ini, Khalid (kanan) menggariskan empat akibat tindakan ahli PAS itu, antaranya hubungan PKR dan PAS menjadi tegang, hubungan sesama ahli parti terjejas dan komitmen PAS dalam Pakatan dipersoal masyarakat.

"Ringkaskan cerita, saya di sini ingin isytiharkan, sekiranya tiada siapa yang lain sanggup memberitahu pimpinan bahawa mereka tersilap, biarlah saya seorang menyatakannya! Dahulu semasa menyanggah Hassan Ali pun saya seorang diri, maka biarlah kali ini juga saya seorang diri.

"Yang lain boleh terus menyatakan ‘sayang’ mereka terhadap pimpinan dan terus ‘membodek’ mereka. Sedangkan sayang pimpinan bukan isunya di sini.

"Dan sekiranya benar sayang sekalipun, betulkan mereka apabila mereka tersilap bukan terus membodek mereka. Itu sayang yang sebenar... Saya tidak sanggup khianat," tegas Khalid dalam blognya itu.

Beliau mengulas banyak tulisan dalam internet membincangkan isu tindakan PAS bertanding di Kota Damansara dalam pilihan raya umum lalu.

NONEDalam pilihan raya umum itu penyandang kerusi itu Dr Nasir Hashim (kiri) kecundang dalam pertembungan enam penjuru selepas hanya memperolehi 14,860 undi.

Pengerusi PSM itu yang bertanding atas tiket PKR berdepan calon PAS Ridzuan Ismail, calon BN Halimaton Saadiah dan tiga calon Bebas. Ridzuan mendapat 7,312 undi, manakala Halimaton mendapat 16,387 undi.

Jumlah undi yang diperolehi Dr Nasir (14,860) dan Ridzuan (7,312) jika dicampur, akan berjumlah 22,172 undi, yang jelas jauh dapat mengatasi undi calon bn yang memperolehi 16,387 undi.

Menyifatkan tindakan PAS bertanding di DUN itu sebagai "tidak berbaloi", Khalid menegaskan sekiranya tindakan sebaliknya diambil pada masa tersebut, semua kesan buruk tersebut dapat dielakkan.

"Lainlah kalau memang terbuku di hati ingin Umno menang, supaya hubungan PAS/PKR tegang, PAS/PAS bergaduh dan masyarakat sangsi akan komitmen PAS terhadap PR!... Oleh itu dari sudut strategi ianya perlu diakui sebagai satu kesilapan dan ditolak," katanya.

Walaupun seorang pemimpin mendapat kebaikan sekalipun dengan ijtihad silap yang dilakukannya, Khalid berkata ia tidak bererti perkara itu "perlu dipertahankan setelah kesilapannya jelas kelihatan".

"Mempertahankan ijtihad yang salah, setelah sudah jelas kesilapannya adalah kerja-kerja membodek pemimpin yang dikutuk Allah!

Khalid mengakhiri tulisannya dengan memetik pesanan Khalifah Abu Bakar (RA) yang bermaksud: "Cakap benar adalah amanah dan berdusta adalah khianat!".

sumber...malaysiakini

Sunday, May 26, 2013

Saekor Timbalan Pengerusi SPR Yang Kantoi Mantoi

(Gambar ini asli dan berlaku di Sekolah Kebangsaan Serdang di Saluran 3, kata Adun Seri Serdang)

Elok penyangak penyangak  SPR semua tuu LETAK JAWATAN jer..
Apa barang beb...Luu punya kotak kertas undi pon tak kenal..
Baju kelabu Luu punya pegawai pon Luu tak TAU ke ?

Pooorah...Cakap pandai jer kat TV3suku..
Meh ler berdebat kalau berani...Kah Kah Kah
  
Gambar Blackout asli. Wan ahmad buat kenyataan palsu

 SERDANG: Adun Seri Serdang yang baru dipilih, Noor Hanim Ismail mengecam Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana membuat kenyataan palsu dan menipu.

Ini ekoran kenyataan Wan Ahmad yang mendakwa bahawa kejadian Blackout 505 yang tersebar di internet dan akhbar adalah fitnah dan lakonan yang dirakam sebelum PRU 13. "Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.

"Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR," kata Wan Ahmad kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini. Noor Hanim, calon PAS dalam pilihan raya ini menang dengan majoriti 16,251 undi dalam pilihan raya ini un tuk kerusi Seri Serdang. Beliau mendapat 39,373 undi mengalahkan calon BN Mohamed Yusof Mohamed Yassin yang mendapat 23, 486 undi,

 Menurut Noor Hanim (gambar), gambar itu adalah asli yang berlaku di Sekolah Kebangsaan Serdang, di bilik pengiraan undi Saluran 3. "Counting Agent kami telah mengambil beberapa gambar sebelum dan selepas kejadian blackout tersebut itu berlaku," kata Noor Hanim dalam kenyataannya.

 "Saya menyarankan agar pihak SPR khususnya Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian yang mendalam dan mengambil ringan isu yang dibangkitkan oleh rakyat.

 "SPR sebagai badan rasmi yang menguruskan pilihanraya ini mesti dilihat profesional, adil dan telus serta tidak berpihak kepada mana-mana parti," kata Noor Hanim dalam kenyataannya. Katanya, ternyata hasil penelitian dan siasatan awal yang dilakukan beliau (Wan Ahmad) bersama pegawai-pegawainya adalah sangat lemah dan hanya sekadar ingin menutup kelemahan sistem pilihanraya yang ada dan menafikan kejadian blackout yang benar-benar berlaku.

 "Saya juga melihat beberapa kelemahan Timbalan Pengerusi SPR dalam menilai beberapa aspek dikatakan Prosedur Operasi Standard (SOP) SPR sewaktu hari mengundi pada 5 Mei 2013 yang lalu. "Bagaimana beliau sendiri tidak tahu pakaian rasmi petugas-petugas SPR berwarna kelabu pada hari tersebut," katanya.

 Noor Hanim juga berasa hairan kerana beliau juga tidak kenal kotak bekas kiraan undi yang digunakan oleh pihak SPR sendiri. "Gambar tersebut dengan jelas menampakkan logo SPR di tepi kotak kiraan undi yang digunakan," katanya.

 Sewaktu kejadian itu berlaku, wakil calon beliau juga telah berusaha membekalkan lampu suluh ke bilik kiraan undi tersebut bagi memastikan proses kiraan undi berjalan dengan lancar. "Saya menafikan bahawa terdapat wartawan di lokasi kejadian kerana yang ada hanya Ketua Tempat Mengundi (KTM), petugas SPR, wakil calon dan anggota polis yang bertugas," katanya.

 sumber...harakahdaily

Friday, December 9, 2011

Hasan Ali Bukanlah "Winnable Candidate"

Hasan Ali mungkin digugurkan sebagai calon

PAS Selangor telah mengesahkan bahawa bekas pesuruhjayanya, Datuk Hasan Ali tidak menerima pencalonan yang mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.

Dalam satu temubual melalui telefon, Ketua Penerangan PAS negeri, Saari Sungib berkata, cawangan di setiap kawasan akan mengemukakan nama tiga calon, yang akan dipertimbangkan oleh kepimpinan pusat parti.

"Hasan menerima pencalonan, tetapi kurang daripada tiga individu
yang lain. Ia tidak mencukupi, bukan tak dapat langsung,"
katanya.

Oleh itu, di peringkat kepimpinan negeri, nama Hasan tidak ada dalam senarai calon, tetapi Saari berkata kepimpinan pusat boleh memasukkan namanya dalam senarai kemudian.

Ditanya mengenai kemungkinan Hasan diletak bertanding di tempat lain, Saari membayang kemungkinan agak tipis.

"Biasanya bagi kerusi negeri, kami beri keutamaan kepada orang yang tinggal di kawasan berkenaan," jelas Saari yang juga ADUN Hulu Kelang.

Hasan, yang pernah menerajui PAS Selangor, kini merupakan exco kerajaan negeri bagi halehwal agama.

Bagaimanapun, pendiriannya dalam beberapa perkara sering bercanggah keputusan kerajaan Pakatan Selangor.

sumber...Hazlan Zakaria malaysiaKini

Monday, August 8, 2011

Serbuan Gereja Damansara Utama

Peristiwa ini telah banyak mendapat liputan dalam media perdana dan alternatif. Berbagai pandangan telah diberi. Saya hanya mahu menjelaskan dua perkara di sini.

1. Soal menyebar atau mengembang agama lain kepada orang Islam adalah dilarang dalam Perlembagaan. Semua pihak harus terima dan akur dengan peruntukan ini. Peruntukan ini bertujuan untuk menjamin keharmonian masyarakat berbilang agama seperti Malaysia di mana sekiranya dirasakan ada usaha bersungguh-sungguh untuk memurtadkan orang Islam, maka ianya akan menghasilkan ketegangan dan persengketaan.

Dalam soal ini PAS mengutuk sebarang usaha kearah menyebarkan agama lain di kalangan orang Islam dan sesiapa yang melakukannya perlu dihadapkan ke mahkamah untuk dikenakan tindakan yang sewajarnya.

2. Soal menyerbu sebuah rumah ibadat bukan Islam merupakan suatu isu yang serius. Ianya boleh menghasilkan satu imej yang buruk terhadap Islam apabila ianya dilakukan atas nama agama Islam. Ini kerana ianya memberikan gambaran bahawa Islam tidak menghormati rumah ibadat orang bukan Islam. Tindakan yang sebegini ini perlu diluluskan oleh pihak atasan samada Pengarah atau Exco-Kerajaan Negeri yang berkaitan setelah mengambil-kira ketepatan maklumat yang diterima serta kewajaran tindakan tersebut. Apakah matlamat serbuan dan adakah matlamat itu hanya mampu tercapai melalui serbuan? Soal adanya hak dan kuasa satu perkara, tetapi yang lebih penting ialah kebijaksanaan tindakan sedemikian rupa.



Pengalaman kita dengan serbuan Pegawai Penguatkuasa JAIS selama ini semuanya kurang manis. Ustadz terpaksa melarikan diri dengan kehadiran pegawai penguatkuasa yang tiba dengan bengis dan garang. Kadangkala dalam keghairahan mereka hendak menangkap ustadz, kasut pun tidak dibuka semasa memasuki masjid/surau. Peristiwa yang melibatkan Dr. Asri, mantan Mufti Perlis masih segar diingatan. Lengkap bersenjata bagaikan ingin menahan seorang pengganas.

Ada kemungkinan mereka hanya ‘ganas’ dengan orang Islam dan penuh sopan dengan yang bukan Islam? Terserah kepada masing-masing memikirkannya sendiri. Namun yang penting adalah kewajaran tindakan memaksakan kehadiran ke dalam Gereja tersebut perlu dipersoalkan.

SEKIRANYA yang 12 dipaksa hadir dan sedang diseksa oleh yang lain supaya murtad dengan diletakkan ke atas bara api, maka tindakan menyerbu masuk adalah wajar. Ianya bertujuan menyelamatkan orang Islam yang sedang diseksa oleh kerana agama mereka.

SEKIRANYA yang 12 hadir secara rela dan sedang dipujuk dengan berbagai ucapan yang menyatakan kelebihan agama Kristian dan betapa Islam itu keras dan bersifat memaksa, tanpa adanya keprihatinan dan sebagainya, maka tindakan menyerbu mungkin mendatangkan natijah yang sebaliknya. Adalah lebih baik dipantau, dapatkan nombor kereta serta maklumat lain dan seterusnya didampingi golongan 12 tersebut selepas dari itu. Kalau dalam 12 ini pula ada yang sanggup berkerjasama dan melalui maklumat dari mereka, pihak Gereja boleh ditemui kemudiannya untuk berbincang dan dinasihati. Kalau bukti memadai, mungkin juga boleh dikenakan tindakan undang-undang. Tidak perlu serbu. Matlamat tercapai, nama baik Islam tidak tercemar, yang 12 dapat diuruskan dan dinasihati dan begitu juga pihak Gereja.

Tetapi sekira matlamatnya adalah untuk menghasilkan isu yang mana MCA boleh membantai PR Selangor ‘yang ditunggang PAS’ sehingga JAIS menyerbu Gereja, maka serbuan itu adalah 'wajar'. Sekira matlamatnya juga adalah untuk menghasilkan isu agar UMNO pula boleh serang PR Selangor ‘yang ditunggang DAP’ sehingga adanya kes memurtadkan ummat Islam, maka serbuan itu adalah 'wajar'. Begitulah juga sekiranya serbuan itu bertujuan untuk mengalihkan isu piliharaya BERSIH, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya, maka serbuan tersebut juga adalah 'wajar'. Tetapi sekiranya serbuan tersebut bertujuan untuk menangani masalah murtad dikalangan umat Islam, maka saya kira terdapat banyak cara lain yang jauh lebih baik lagi berhemah.



Video ihsan Malaysiakini

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Saturday, August 6, 2011

Jais serbu Gereja: PAS tentukan pendirian esok

Datuk Dr Hasan Ali dijangka memberi keterangan kerana menyokong tindakan Jais itu.

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kerja PAS Pusat akan bermesyuarat jam 10.00 pagi esok bagi menyatakan pendirian parti berhubung isu ‘serbuan’ ke atas sebuah gereja oleh pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Bandar Utama, di sini malam Rabu lalu.

Ketika dihubungi FMT, AJK PAS Pusat dan juga Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan mesyuarat itu akan di adakan esok di Ibu Pejabat parti, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Exco agama kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, yang menyokong tindakan Jais itu, dijangka akan memberi keterangan dalam mesyuarat itu.

Rabu lalu, sekumpulan pegawai Jais dan beberapa anggota polis telah pergi ke Gereja Methodist Damansara Utama untuk mengambil keterangan dari 12 orang Islam yang menghadiri majlis makan malam muhibbah di gereja itu.

Beberapa akhbar perdana melaporkan bahawa terdapat usaha pihak gereja tersebut untuk membaptiskan (mengkristiankan) masyarakat Islam di sebalik majlis makan malam itu.

“Kami tidak dapat memberi komen atau membuat keputusan sehingga kami mendapat laporan dari Jais dan menemui Hasan Ahli untuk mendapatkan keterangan lanjut daripadanya.

“Kami mahu melihat apa bukti yang beliau (Hasan Ali) hendak kemukakan,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor dan juga Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad semalam.

Kenyataan Hasan dilihat bercanggah dengan kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tidak bersetuju dengan tindakan Jais.

Beliau meminta Jais menyediakan satu laporan berhubung perkara ini dan beliau akan menghadap Sultan Selangor sebelum mengambil sebarang tindakan atau menetapkan pendirian.

Pengarah Jais, Marzuki Husin semalam menafikan melakukan ‘serbuan’ terhadap gereja tersebut tetapi menerangkan bahawa mereka membuat beberapa pemeriksaan dan terdapat percubaan untuk menghilangkan bukti-bukti.

“Ia dilakukan untuk memelihara orang-orang Islam dan saya berharap isu ini tidak menjadi kontroversi. Kami tidak melakukan sebarang tangkapan,” kata beliau, dipetik dari sebuah akhbar perdana.

Menurut laporan beberapa portal berita, Hasan dan pegawai Jais mendakwa usaha-usaha untuk memurtadkan umat Islam telah dan sedang berlaku dan aktiviti-aktiviti ini dilakukan di beberapa buah gereja di negeri Selangor ini.

Kesucian Islam dan umatnya terpelihara dalam Perlembagaan Malaysia dan orang-orang bukan Islam dilarang untuk berdakwah kepada orang-orang Islam.

sumber...FMT

Friday, August 5, 2011

Jais serbu gereja: PAS Selangor tuntut penjelasan Hasan Ali


PAS Selangor menuntut penjelasan exco kerajaan Selangor Dr Hasan Ali yang mempertahankan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah gereja di Petaling Jaya.
Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Khalid Samad berkata pihaknya tidak dapat mengulas lanjut buat masa ini sehinggalah laporan berkaitan diperoleh terlebih dahulu.

“Kita harap ada kebijaksanaan dalam isu seperti ini. Kita simpan komen akhir sehinggalah dapat laporan JAIS dan mesyuarat dewan bersama Hasan Ali untuk dapatkan penjelasan lanjut lagi.
“Kita nak tengoklah apa bukti yang dia kata ada itu,” katanya dalam satu sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini.
JAIS sebelum ini memberi alasan terdapat bukti penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Setakat ini, “kecuali satu” pihak, tiada mana-mana pihak yang mengaitkan persoalan pengembangan agama bukan Islam terhadap penganut Islam, tambah Khalid.

Bercakap dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini, Khalid menegaskan, Islam menegaskan bahawa prinsip bahawa rumah ibadat mesti dihormati tidak kira apa agamanya sekali pun.
“Kalau hadir, (Datuk Seri) Najib (Razak) pun pergi ke Vatican bertemu Pope. Itu sebesar-besarnya gereja di dunia,” katanya sambil berhujah tindakan itu tidak boleh dijadikan kesimpulan sebagai proses memurtadkan Islam.

Tindakan tak beretika

Bagaimanapun, tegasnya, tindakan “masuk tanpa waran dan tanpa kebenaran” ke tempat suci tersebut haruslah dielakkan kerana ia juga dikira isu sensitif yang boleh menimbulkan salah faham dan ketegangan antara kaum.
“(Insiden) ini hasil didikan dan pentarbiayahan BN selama ini. Nak tunjuk kuat, ramai, ada kuasa. Tetapi lebih penting tunjuk akhlak dan keperibadian mulia dan mampu hormati satu sama lain,” katanya.
“Saya baru balik dari Gaza. Di Gaza Israel ceroboh masjid ikut suka, kita bantah. Kita ada perasaan begitu. Saya rasa orang agama lain pun ada perasaan, pandangan sama. Pada pandangan PAS, tempat ibadat perlu dihormati,” katanya.

Berhubung serbuan JAIS kelmarin, Khalid berhujah, sekiranya terdapat individu melarikan diri sekali pun ia tidak bermaksud melakukan perbuatan salah.
“Biasalah, bila rempuh orang akan cuba lari. Mungkin dia rasa duduk (situ) pun kesalahan, (jadi) dia takut,” kata Khalid yang juga anggota parlimen Shah Alam.
Sementara itu, Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman pula menyifatkan tindakan JAIS itu sebagai tidak beretika dan kurang sopan.
“Pengalaman dulu JAIS pernah masuk surau dan masjid secara kurang beretika. Tetapi itu zaman dulu, tetapi terbawa (hingga sekarang) mungkin,” katanya.

sumber...malaysiaKini