Followers

Showing posts with label berlakon. Show all posts
Showing posts with label berlakon. Show all posts

Wednesday, October 23, 2013

Khairy Jamaluddin Berlakon Filem, Jual Ayam Percik Pulak ..



Khairy Jamaluddin. - Foto Instagram milik Khairy.

 PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mempunyai bakat sebagai bintang filem selepas berjaya melakonkan watak sebagai penjual ayam percik menerusi filem pendek berjudul Inspektor Mastura.

Pengarahnya Elaine Daly berkata, dalam filem itu Khairy menjual ayam percik di pasar malam.

"Saya terjumpa Khairy di sebuah acara pada Oktober tahun lalu dan terus bertanya sama ada dia berminat untuk berlakon dalam filem pendek saya atau tidak kerana saya mahu watak penjual ayam percik lakonan seorang lelaki yang tiada kaitan dengan industri hiburan.

"Tak sangka pula beliau mahu menerima tawaran tersebut," katanya kepada mStar Online.
Filem pendek berkenaan dihasilkan sempena projek Ikal Mayang: Telling Women Stories cetusan idea daripada organisasi bukan kerajaan (NGO), Women: Girls.
Elaine Daly

Ia merupakan salah satu daripada 15 filem pendek yang dihasilkan oleh pengarah filem wanita dan bakal disiarkan menerusi saluran Astro First bermula 7 November depan.

Bagaimanapun hanya enam buah filem sahaja yang dipilih untuk ditayangkan menerusi saluran berkenaan termasuklah filem arahan Sofia Jane iaitu 1-800-Baby, Vanidah Imran (Pantang), Dira Abu Zahar (Jerat Suami), Aida Fitri Buyung (Nawar) dan Junaidah M. Nor (Odah).

Dalam pada itu Elaine berkata, ketika penggambaran, Khairy hadir dengan persiapan menghafal skrip dan berlatih bersama pelakon Sharifah Aleya.

Katanya, Khairy juga berjaya melakonkan wataknya dengan baik iaitu hanya dua kali ‘take’.
Ditanya adakah Khairy bakal ditawarkan lagi untuk projek filem seterusnya, Elaine masih belum merancang mengenai perkara tersebut.

"Saya memang ada merancang untuk menghasilkan filem pada masa akan datang, tetapi saya tak rasa Khairy mempunyai masa untuk berlakon lagi. Maklumlah sekarang ini dia sibuk dengan pelbagai urusan berkaitan negara," tuturnya.

Inspektor Mastura lakonan Sharifah Aleya memaparkan dilema seorang wanita yang cuba menjauhkan hatinya terhadap perasaan cinta.

Pelakon Beto Kusyairy memegang watak Inspektor Tahir menyimpan perasaan terhadap rakan setugasnya, namun ia tidak berbalas.

Turut membintangi filem ini alah penyampai radio Suria FM, Adibah Noor.

sumber...

Friday, July 27, 2012

Ning Baizura Dah Masuk PAS Ke ???


 Sebelum ini pun ramai jugak artis pompuan Malaysia menafikan untuk joint parti PAS, tetapi akhirnya masuk menjadi ahli seumur hidup pulak tu.

Apa pun wa doakan yang terbaek untuk Ning.

Teringat pulak kesah Mat Sabu mengajak penyanyi Aishah masuk PAS lebih kureng 15 tahun yang lalu.Kini Aishah dah real menjadi ahli PAS.

Hanya kerana gambarnya mengenakan tudung tersiar di laman sosial Twitter miliknya, tidak semena-mena nama Ning Baizura Hamzah dikaitkan bakal menyertai parti pembangkang, PAS.

Bukan saja hanya berpandukan gambar berkenaan, malah kenyataan dikeluarkan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, dalam sebuah akhbar sebelum ini seolah olah penyanyi terkenal itu memang berhasrat menyertai parti terbabit.

Kenyataan itu tentunya mengejutkan ramai pihak, termasuk Ning sendiri. Kecewa dengan pengumuman yang dianggap sebagai fitnah, Ning terpaksa bersuara di Twitter menafikan khabar itu.

Bertemu si empunya diri pada majlis buka puasa dan pengagihan royalti oleh Performers & Artistes Rights Malaysia (PRISM) di ibu kota, kelmarin, Ning berkata, meskipun luahan itu mendapat pelbagai reaksi negatif, dia terpaksa bertindak begitu kerana tidak mahu orang ramai keliru dengan pendirian politiknya.

Sebelum ini saya tidak pernah bercerita secara terbuka mengenai pendirian politik saya.

Justeru, apabila terbaca kenyataan berbaur fitnah itu di sebuah akhbar, saya memang terkejut.

Terus terang, fitnah itu boleh menjejaskan kerjaya seni saya.
Bagi mengelakkan kekeliruan, saya ingin memberikan penjelasan, saya menyokong pemerintahan kerajaan sedia ada, kata Ning yang hadir ditemani suami, Omar Dalton.

Apa yang dikesalkan Ning, mengapa mereka tergamak menipu khalayak semata-mata bersandarkan kepada gambarnya mengenakan tudung?

Gambar itu diambil ketika saya menjalani penggambaran drama terbitan Erma Fatima tahun lalu. Saya muat turun di Twitter sebagai koleksi peribadi. Tak sangka pula ia disebarkan di blog dan terus dijadikan isu kononnya saya berhijab kerana mahu menyertai PAS, seperti yang berlaku ke atas beberapa artis sebelum ini, ujar Ning yang sudah pun menyerahkan perkara itu kepada peguamnya.

Tak daftar ahli PRISM

Ning turut mendedahkan, sejak bergelar artis hampir dua dekad lalu, dia belum pernah mendaftar sebagai ahli PRISM, yang membolehkannya mendapat royalti hasil nyanyiannya selama ini.

Memang terkejut apabila mendapat tahu nama saya tidak didaftarkan sebagai ahli oleh syarikat rakaman sebelum ini. Malah, saya langsung tidak diberitahu mengenai proses ini.

Maklum sajalah, saya masih baru dan mentah, manalah tahu mengenai hal ehwal royalti.

Bayangkan, saya ada 120 lagu dan ia masih diputarkan sehingga kini. Kalaulah saya didaftarkan awal, tentunya saya dapat kutip jumlah royalti yang sangat banyak. Taklah macam hari ini, sikit saja, katanya dalam nada sedikit kecewa.

Ning berkata, buat masa ini dia belum memutuskan untuk menjadi ahli kepada mana-mana badan pengutip dan pengagihan royalti yang ada ketika ini, iaitu Recording Performers Malaysia Berhad (RPM) ataupun PRISM Berhad.

Mana-mana badan yang saya lihat mampu membantu artis macam saya dengan visi dan misi mereka, dan saya yakin dengan kesungguhan perjuangan mereka, badan itulah yang akan saya sertai, ujarnya ringkas tapi penuh makna.

sumber... Bhairan