Followers

Showing posts with label khairy jamaluddin. Show all posts
Showing posts with label khairy jamaluddin. Show all posts

Friday, March 22, 2019

KJ Pulak Tibai 'Samseng' Umno



KJ: Umno mesti kecam perangai samseng

Bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata Umno mesti mengecam tindakan sekumpulan penyokong Najib Razak terhadap pelajar di Kuala Lumpur hari ini.

“Setuju.

“Umno mesti kecam tindakan samseng ini,” kata anggota parlimen Rembau.

Khairy berkata demikian ketika mengulas di Twitter ketika mengulas pendapat seorang pengguna maya bernama Ali Amir Razali.
 Ali berkata walaupun beliau tidak setuju dengan tindakan pelajar yang memegang karikatur Najib dalam lakaran kartun, “Lokman Adam dan gengnya” tidak harus menyerang mereka.

Dalam insiden dekat Universiti Malaysia (UM) hari ini, seorang pelajar dikasari seorang lelaki dipercayai penyokong Najib.

Najib bagaimanapun memberitahu Malaysiakini bahawa lelaki itu bukan anggota Umno dan tidak terlibat dengan ceramahnya petang tadi.

Lokman, anggota Majlis Tertinggi Umno berada di situ ketika kejadian.

Pelajar: Kamu tidak popular najib,jangan angkuh
 
Pelajar Universiti Malaya (UM) yang diserang penyokong bekas perdana menteri mendakwa niatnya bukan untuk memprovokasi tetapi untuk mengingatkan Najib Razak bahawa dia tidak popular seperti yang difikirkannya.

"Kami memegang kadbod untuk menunjukkan bahawa kami masih peka dengan skandal 1MDB," kata Wong Yang Ke kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

"Kami ingin beritahu Najib bahawa dia tidak popular dan tidak dialu-alukan seperti yang difikirkannya. Kami nak dia tahu yang ada orang menentangnya dan dia tidak sepatutnya angkuh. Jika tidak, dia nampak begitu sombong dan berpuas hati, seperti dia tidak tahu mengenai salahlakunya, "tambahnya.

Wong ditahan berhampiran pintu masuk UM ketika memegang plakad berupa gambar badut menyerupai Najib ketika bekas perdana menteri itu berucap dalam program santai di Restoran Amjal yang terletak di hadapan universiti berkenaan.

Wong dan enam ahli Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany) kemudian dibawa oleh polis ke balai polis Pantai Dalam untuk 'dilindungi'.

Sementara itu, presiden Umany menyifatkan Najib sebagai "munafik" kerana peruntukan untuk universiti itu sebenarnya dikurangkan di bawah kerajaan BN sebelum ini.

Namun katanya, Najib kini menyatakan rasa 'sedih' tentang nasib pelajar universiti berkenaan yang kelaparan.

"Ada perbincangan mengenai pelajar universiti yang kelaparan dan Najib kata dia sedih. Kami ingin mengatakan kepadanya bahawa dia seorang munafik, kenapa tidak kamu menyatakan kesedihan kamu apabila peruntukan untuk UM dikurangkan ketika kamu berkuasa? "

"Juga, apabila pelajar-pelajar mencadangkan untuk menubuhkan bank makanan, dia adalah orang yang tidak mengendahkan permintaan pelajar. Ya, kamu (Najib) mempunyai hak kamu untuk mengkritik Pakatan Harapan, tetapi kami ingin beritahu kamu bahawa kamu begitu munafik dan berpura-pura," kata Wong.

Isu pelajar universiti yang kelaparan dibawa ke perhatian kabinet selepas laporan media baru-baru ini mendedahkan perkara itu.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memutuskan untuk memperluaskan program Bank Makanan Malaysia ke kampus-kampus universiti dalam usaha untuk membantu pelajar yang kelaparan.
Sementara itu, Wong menegaskan mereka hanya memegang plakad untuk "membantah secara senyap" dan tidak ada tindakan provokasi dilakukan oleh ahli Umany yang diserang petang ini.

Wong mengkritik kelakuan ganas penyokong Najib yang mencemarkan hak asasi manusia kerana menghalang kebebasan mereka untuk bersuara.

Dia mendakwa semasa kekecohan itu, plakad gambar badut menyerupai Najib telah dirampas dan dikoyakkan, manakala dia dicekik dan mukanya ditampar.

Dia juga mendakwa rambutnya ditarik oleh seseorang dan bibirnya cedera.

Wong menambah rakan mereka dari Angkatan Mahasiswa UM turut merancang untuk menghadiri protes senyap itu tetapi kejadian tersebut berlaku sebelum ketibaan mereka.

sumber...mKini

Wednesday, December 12, 2018

Hishammuddin DALANG MP Keluar Umno, kata sumber parti



Beberapa sumber parti mendakwa bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein adalah dalang di sebalik tindakan beberapa wakil rakyat parti itu yang berpaling tadah.

Sumber berkenaan memberitahu Malaysiakini demikian selepas diminta menerangkan kenyataan

bekas Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin di laman sosial Twitter ketika mengulas tindakan puluhan pemimpin dan wakil rakyat yang meninggalkan parti itu.

Khairy sebelum itu ditanya oleh seorang pengguna Twitter mengapa beliau tidak berusaha menghalang tindakan mereka keluar parti.

"Dah cuba tapi ada puak 'bangsawan' yang mendorong kepada tindakan keluar beramai-ramai," ciap Khairy di laman sosial itu.
Meskipun tidak menyebutkan nama, sumber memberitahu ia merujuk kepada Hishammuddin.

"Pastinya dia, tapi dia (Hishamuddin) sendiri tidak berani untuk melakukannya (keluar Umno).

"Sama seperti dia tidak berani bertanding semasa pemilihan parti. Dia lebih suka berada di tepi seperti beberapa 'Yoda' yang berunding dengan kerajaan hari ini," kata seorang pemimpin parti itu yang enggan namanya disiarkan.

Pemimpin Umno itu mendakwa Hishammuddin mungkin "diperkudakan" oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Hishammuddin untuk mendapatkan respon beliau.

Satu lagi sumber parti, yang juga enggan namanya didedahkan menyebut mengenai dua senario yang mungkin dalam perancangan Hishamuddin.

"Dia mahu menunjukkan kepada Mahathir bahawa dia boleh membawa anggota parlimen melompat dan lepas itu boleh menuntut jawatan kanan dalam kabinet malah sebagai timbalan perdana menteri sekalipun.

"Selain itu untuk meneruskan agenda anti-Anwar Ibrahim sementara mendapatkan keuntungan untuk dirinya sendiri. Dia betul-betul melihat dirinya sebagai bakal perdana menteri.

"Pilihan lain adalah dengan menjadi anak jantan dan bertanding untuk jawatan presiden Umno nanti. Kedua-dua pilihan itu menjelaskan mengapa dia berdiam selama ini.

"Dia tidak mahu dilihat membahayakan dengan menyatakan perkara-perkara yang sukar mengenai pembaharuan parti. Dia juga tidak mahu menyerang kerajaan sama sekali, "katanya.

Pemimpin parti itu menuduh Hishammuddin sengaja mengalihkan perhatian kepada kelemahan kepimpinan Ahmad Zahid Hamidi dalam Umno.

"Jadi orang tahu tapi tak nak cakap mengenainya. Itulah yang dia mahukan dengan membawa orang-orang ini menyeberang demi memenuhi cita-cita sendiri," katanya.

Sementara itu, seorang lagi ahli Umno menolak dakwaan terhadap Hishammuddin dengan mengatakan sesetengah pihak termasuk mereka yang bersekutu dengan Zahid, mempunyai agenda sendiri.

"Hishammuddin tak akan keluar Umno. Dia jumpa MP Umno sebab nak kasi semangat dan redakan (keadaan).

"Melarat orang-orang presiden cakap Hisham nak bawa (MP) keluar (Umno) dan ada cluster lain cuba nak bawa keluar walhal dia bantu presiden agar MP semua jangan keluar," katanya.

sumber...Zikri Kamarulzaman mKini

Sunday, August 24, 2014

KJ Tibai Siapa Pulak Hari Ini ?




Teringat sorang cikgu besar kat kampong nenek wa ..

Cikgu tu penyokong tegar PAS tetapi dia bagi warning kepada satu ostad..

Kata cikgu besar tuuu...

Hang nak kempen PAS dan Pakatan Rakyat setakat pintu pagar sekolah saja..

Kalau hang buat perangai aku tak segan segan nak sokong supaya hang kena pindah..

Terkedu semua cikgu, ostad ostazah di sekolah tu..

Semua kena paham kata cikgu besar tu...sekolah bukan pentas politik.

KJ tak setuju paksa penjawat awam sokong BN

Tidak adil membekukan laluan kerjaya penjawat awam yang tidak menyokong “parti kita”, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Menteri belia dan sukan itu juga berkata, prinsip berkecuali penjawat awam mesti dihormati kerana tugas mereka berbeza dengan pegangan politik yang dipercayai.

“Saya tidak paksa sesiapa sokong parti saya. Sudah pasti saya mahu mereka sokong parti saya, tetapi lebih baik mereka sokong secara sukarela.

“Apa guna kita paksa mereka bersorak dan mengangkat banner (kain rentang) sokongan kalau itu cuma satu lakonan?” katanya.

Beliau menulis demikian dalam Facebook bagi menjelaskan sebuah laporan yang menurutnya boleh menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan menuduhnya mempromosi musuh musuh dalam selimut.

Laporan Astro Awani itu memetiknya sebagai berkata, beliau tiada masalah mengambil penyokong Pakatan Rakyat bekerja dengannya jika terbukti individu itu berkebolehan tinggi.

Bagaimanapun, katanya pada Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia (MSLS) kelapan di Kuala Lumpur, satu-satunya perkara dirisaukan berkaitan isu maklumat sulit.

Dinilai melalui teladan

Sementara itu, Khairy di Facebook turut menjelaskan, hubungan mesra dengan profesional yang memberi kerjasama baik dan menyokong dasar kerajaan semasa serta tidak membawa unsur politik dalam tugasan perlu dikekalkan.

“Mungkin ada yang berfikiran konservatif yang tidak boleh terima pandangan saya ini. Bagi mereka, apa yang penting adalah kesetiaan total.

“Saya rasa pandangan sedemikian agak kuno pada zaman sekarang,” katanya.

Menurut Khairy lagi, tindakan hanya boleh diambil terhadap pembocor maklumat kerajaan dan membawa pegangan politik ke pejabat.

“Tetapi bagi mereka yang profesional dan hanya mahu buat kerja berkhidmat untuk negara, janganlah kita ada sangkaan yang buruk pada mereka atau cepat label mereka,” katanya.

Beliau juga menjelaskan “hanya melalui teladan kita sebagai pemimpin akan orang menilai kita”. 


sumber...malaysiaKini

Monday, July 14, 2014

Khairy Jamaluddin Kena Belasah Cow Cow !



Ambik ko KJ ...kah kah kah

Argentina kalah Khairy kena 'belasah' di twitter

Bahang Piala Dunia masih belum berakhir bagi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin apabila beliau 'dibelasah' teruk oleh pengikutnya diTwitter akibat kekalahan pasukan yang disokongnya, Argentina.

Lebih menyakitkan apabila gambarnya sedang menangis disunting dan dikongsi oleh pemilik akaun @ShifterPride.

Gambar yang diulang twit oleh Khairy itu turut diulang twit oleh 4,500 pengguna Twitter lain dan disukai oleh 1,200 pengikutnya.


Pada aksi final Piala Dunia 2014 yang berlangsung awal pagi Isnin menyaksikan Jerman menang 1-0 ke atas Argentina.

"Berapa lama korang nak bash aku ni? Bulan puasa. Tak baik bash orang. Vamos," demikian tulis Khary di Twitternya.

Khairy menjadi bahan usikan oleh pengikutnya apabila beliau begitu yakin bahawa Argentina akan menjulang trofi Piala Dunia 2014.

Sebelum ini Khairy menerusi twitnya untuk mengajak orang ramai turun ke Dataran Merdeka bagi menyaksikan siarang langsung Piala Dunia turut menyelitkan komen sinis berbunyi: "World Cup final di Dataran Merdeka. Sahur (lauk Jerman) disediakan. See you there!"

Selepas Argentina dan Jerman mengesahkan layak ke final, Khairy juga pernah membuat kenyataan yang meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak menyokong pasukan Argentina yang disokongnya itu.



Bagaimanapun Khairy terpaksa menanggung malu apabila kata-katanya itu memakan diri sendiri apabila Najib turut 'membelasahnya' kerana pasukan pilihannya tewas.

Beliau turut memuat naik gambar Najib meninggalkan Dataran Merdeka dengan kapsyen: "Yang paling kuat bahan aku tadi kat Dataran Merdeka."

Najib bersama Khairy hadir di Dataran Merdeka bagi menyertai ribuan orang ramai menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2014.

sumber...

 Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK

Wednesday, October 23, 2013

Khairy Jamaluddin Berlakon Filem, Jual Ayam Percik Pulak ..



Khairy Jamaluddin. - Foto Instagram milik Khairy.

 PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mempunyai bakat sebagai bintang filem selepas berjaya melakonkan watak sebagai penjual ayam percik menerusi filem pendek berjudul Inspektor Mastura.

Pengarahnya Elaine Daly berkata, dalam filem itu Khairy menjual ayam percik di pasar malam.

"Saya terjumpa Khairy di sebuah acara pada Oktober tahun lalu dan terus bertanya sama ada dia berminat untuk berlakon dalam filem pendek saya atau tidak kerana saya mahu watak penjual ayam percik lakonan seorang lelaki yang tiada kaitan dengan industri hiburan.

"Tak sangka pula beliau mahu menerima tawaran tersebut," katanya kepada mStar Online.
Filem pendek berkenaan dihasilkan sempena projek Ikal Mayang: Telling Women Stories cetusan idea daripada organisasi bukan kerajaan (NGO), Women: Girls.
Elaine Daly

Ia merupakan salah satu daripada 15 filem pendek yang dihasilkan oleh pengarah filem wanita dan bakal disiarkan menerusi saluran Astro First bermula 7 November depan.

Bagaimanapun hanya enam buah filem sahaja yang dipilih untuk ditayangkan menerusi saluran berkenaan termasuklah filem arahan Sofia Jane iaitu 1-800-Baby, Vanidah Imran (Pantang), Dira Abu Zahar (Jerat Suami), Aida Fitri Buyung (Nawar) dan Junaidah M. Nor (Odah).

Dalam pada itu Elaine berkata, ketika penggambaran, Khairy hadir dengan persiapan menghafal skrip dan berlatih bersama pelakon Sharifah Aleya.

Katanya, Khairy juga berjaya melakonkan wataknya dengan baik iaitu hanya dua kali ‘take’.
Ditanya adakah Khairy bakal ditawarkan lagi untuk projek filem seterusnya, Elaine masih belum merancang mengenai perkara tersebut.

"Saya memang ada merancang untuk menghasilkan filem pada masa akan datang, tetapi saya tak rasa Khairy mempunyai masa untuk berlakon lagi. Maklumlah sekarang ini dia sibuk dengan pelbagai urusan berkaitan negara," tuturnya.

Inspektor Mastura lakonan Sharifah Aleya memaparkan dilema seorang wanita yang cuba menjauhkan hatinya terhadap perasaan cinta.

Pelakon Beto Kusyairy memegang watak Inspektor Tahir menyimpan perasaan terhadap rakan setugasnya, namun ia tidak berbalas.

Turut membintangi filem ini alah penyampai radio Suria FM, Adibah Noor.

sumber...