Followers

Showing posts with label Sabah. Show all posts
Showing posts with label Sabah. Show all posts

Tuesday, February 2, 2021

Ebit Lew Henti Bantuan di Semporna, Dakwa Dihalang ke Pulau


 

Pendakwah bebas, Ebit Lew hari ini memaklumkan dia terpaksa menghentikan segala bentuk bantuan kepada penduduk di pulau-pulau Semporna, Sabah.

Dalam catatan di Facebooknya, Ebit berkata ia termasuk ikhtiarnya untuk membina sekolah serta menyediakan ustaz untuk mengajar mereka yang diIslamkannya semalam.

"Sayu hati. Saya minta maaf pada penduduk di pulau-pulau di Semporna yang saya Islamkan. Saya tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan. Saya tangguhkan niat bina sekolah.

"Pagi ini, saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan untuk ke pulau-pulau di Semporna minta diberhentikan bantuan di sekitar sini.

"Saya diberitahu antara hukuman boleh dikenakan didenda RM100,000 atau penjara tiga tahun," katanya. 

Ebit semalam dilapor membawa satu kampung berjumlah 157 orang dari suku Bajau Laut di Sabah memeluk Islam.

Dalam catatan di Facebooknya, Ebit menceritakan beliau ke Pulau Tatagan di Semporna dalam misi bantuan kemanusiaannya ke Negeri Di Bawah Bayu.

Katanya, kesemua penduduk di kawasan tersebut tinggal dalam bot atau pondok kecil atas laut dan lebih menyedihkan mereka dalam kesusahan, terputus bekalan makanan.

Mengulas lanjut, Ebit berkata pihaknya telah menyediakan barang keperluan bagi pembinaan sekolah yang dijanjikan.

Namun, katanya ia tidak dapat diteruskan.

"Saya minta maaf. Saya terpaksa menangguhkan pembinaan sekolah kecil atau pusat kegunaan masyarakat setempat yang saya rancang.

"Saya dah beli kayu-kayu. Saya dah kumpul tujuh orang guru. Semangat mereka nak mendidik dan menjadi sumber pendapatan mereka. Saya minta maaf ya ustaz dan ustazah semua," katanya.

Bagaimanapun, kata Ebit dia menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.

"Tadi ramai menangis sedih termasuk anggota yang patutnya bawa kami ke pulau-pulau.

"Saya terharu sifat baik dan kasih sayang orang Sabah. Macam keluarga sendiri. Sayang semua seperti mereka sayang saya. Saya sayang semua. Saya maafkan semua. Saya tidak berkecil hati, perjuangan diteruskan.

"Saya serahkan segala urusan kepada Allah SWT. Cukuplah kepada Allah SWT orang mukmin itu berserah," tambahnya.

Malaysiakini sedang menghubungi Ebit untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai pihak yang didakwa menghalangnya ke pulau-pulau berkenaan.

sumber...mKini

Wednesday, December 12, 2018

Hishammuddin DALANG MP Keluar Umno, kata sumber parti



Beberapa sumber parti mendakwa bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein adalah dalang di sebalik tindakan beberapa wakil rakyat parti itu yang berpaling tadah.

Sumber berkenaan memberitahu Malaysiakini demikian selepas diminta menerangkan kenyataan

bekas Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin di laman sosial Twitter ketika mengulas tindakan puluhan pemimpin dan wakil rakyat yang meninggalkan parti itu.

Khairy sebelum itu ditanya oleh seorang pengguna Twitter mengapa beliau tidak berusaha menghalang tindakan mereka keluar parti.

"Dah cuba tapi ada puak 'bangsawan' yang mendorong kepada tindakan keluar beramai-ramai," ciap Khairy di laman sosial itu.
Meskipun tidak menyebutkan nama, sumber memberitahu ia merujuk kepada Hishammuddin.

"Pastinya dia, tapi dia (Hishamuddin) sendiri tidak berani untuk melakukannya (keluar Umno).

"Sama seperti dia tidak berani bertanding semasa pemilihan parti. Dia lebih suka berada di tepi seperti beberapa 'Yoda' yang berunding dengan kerajaan hari ini," kata seorang pemimpin parti itu yang enggan namanya disiarkan.

Pemimpin Umno itu mendakwa Hishammuddin mungkin "diperkudakan" oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Hishammuddin untuk mendapatkan respon beliau.

Satu lagi sumber parti, yang juga enggan namanya didedahkan menyebut mengenai dua senario yang mungkin dalam perancangan Hishamuddin.

"Dia mahu menunjukkan kepada Mahathir bahawa dia boleh membawa anggota parlimen melompat dan lepas itu boleh menuntut jawatan kanan dalam kabinet malah sebagai timbalan perdana menteri sekalipun.

"Selain itu untuk meneruskan agenda anti-Anwar Ibrahim sementara mendapatkan keuntungan untuk dirinya sendiri. Dia betul-betul melihat dirinya sebagai bakal perdana menteri.

"Pilihan lain adalah dengan menjadi anak jantan dan bertanding untuk jawatan presiden Umno nanti. Kedua-dua pilihan itu menjelaskan mengapa dia berdiam selama ini.

"Dia tidak mahu dilihat membahayakan dengan menyatakan perkara-perkara yang sukar mengenai pembaharuan parti. Dia juga tidak mahu menyerang kerajaan sama sekali, "katanya.

Pemimpin parti itu menuduh Hishammuddin sengaja mengalihkan perhatian kepada kelemahan kepimpinan Ahmad Zahid Hamidi dalam Umno.

"Jadi orang tahu tapi tak nak cakap mengenainya. Itulah yang dia mahukan dengan membawa orang-orang ini menyeberang demi memenuhi cita-cita sendiri," katanya.

Sementara itu, seorang lagi ahli Umno menolak dakwaan terhadap Hishammuddin dengan mengatakan sesetengah pihak termasuk mereka yang bersekutu dengan Zahid, mempunyai agenda sendiri.

"Hishammuddin tak akan keluar Umno. Dia jumpa MP Umno sebab nak kasi semangat dan redakan (keadaan).

"Melarat orang-orang presiden cakap Hisham nak bawa (MP) keluar (Umno) dan ada cluster lain cuba nak bawa keluar walhal dia bantu presiden agar MP semua jangan keluar," katanya.

sumber...Zikri Kamarulzaman mKini

Saturday, June 1, 2013

Bung Mokhtar Sokong Nurul Izzah ??






  Menyifatkan tindakan menghalangnya memasuki Sabah sebagai “penahanan anti demokratik”, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar akan mengambil tindakan perundangan terhadap kerajaan negeri barisan nasional (BN) Sabah atas tindakan mereka di mahkamah .


 KUALA LUMPUR, 31 Mei — Sekatan ke atas Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar daripada memasuki Sabah perlu ditarik balik kerana beliau bukan ancaman kepada negeri, kata pemimpin Barisan Nasional (BN) yang lantang, Datuk Bung Moktar Radin.

Beliau menggesa kerajaan negeri Sabah memberikan alasan kukuh terhadap langkah yang dianggapnya sebagai “kesilapan” besar dan satu “bencana”.

“Kenapa saya Tweet menyokong Nurul Izzah? Kerana saya lihat tidak ada keperluan untuk halang dia ke Sabah, kerana dia bukan satu ancaman,” kata ahli Parlimen Kinabatangan itu (gambar).

 “Oleh itu saya meminta kerajaan negeri memberi satu penjelasan yang kukuh.

“Kalau sengaja menahan ia adalah suatu tindakan yang tidak relevan, saya berpendapat pihak-pihak tertentu yang membuat larangan tersebut perlu menarik balik,” tambah ahli Majlis Tertinggi Umno tersebut selepas menghadiri mesyuarat di Bangunan Umno, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Semalam, Bung Mokhtar mengutarakan pandangan sama menggesa penjelasan terhadap langkah tersebut.

“Saya percaya ini adalah kesilapan besar dan perlu diperbetulkan,” kata Bung melalui akaun Twitternya @MyKinabatangan turut menyebut akaun Twitter Nurul Izzah dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman semalam.

Semalam, Nurul Izzah telah dihalang daripada masuk ke Sabah sebaik tiba di Kota Kinabalu bagi menghadiri majlis Pesta Kaamatan, atas kapasiti peribadinya.

Hari ini, Musa enggan mengulas tentang penghantaran balik Nurul Izzah daripada negeri Borneo tersebut semalam.

Musa terus ke keretanya secara tergesa-gesa apabila cuba ditemui oleh The Malaysian Insider di PWTC.

Walaupun kerajaan Sabah mempunyai hak undang-undang melarang sesiapapun daripada memasuki negeri tersebut, tiga badan-badan profesional peguam di negara ini yang terdiri daripada Persatuan Undang-Undang Sabah, Persatuan Peguam Bela Sarawak dan Majlis Peguam Malaysia — mengingatkan kerajaan negeri untuk “berhenti” daripada menyenarai hitam rakyat Malaysia yang diragui tanpa sebab.

“Dengan melaksanakan langkah drastik ini, kerajaan negeri Sabah melanggar jaminan kebebasan untuk bergerak yang termaktub dalam Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan, yang memperuntukkan bahawa “setiap warganegara mempunyai hak untuk bergerak bebas di seluruh Persekutuan”, kata mereka dalam satu kenyataan bersama awal hari ini.

Malah, Nurul Izzah hari ini juga berkata akan mengambil tindakan perundangan terhadap kerajaan negeri BN Sabah atas tindakan mereka di mahkamah.

Seorang lagi Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang, turut dihalang masuk ke Sabah pada April lepas.

oleh Mohd Izwan TMI

Thursday, August 9, 2012

Dosa Tun Razak Hantui Najib


Najib terus memburu bayang-bayang di Sabah. Bayang-bayang itu ialah sokongan kaum Kadazandusun(KDM)   kepada Barisan Nasional.



Pada tahun 1974, setelah Akta Pembangunan Petroleum di luluskan, KM Sabah Tun Mustapha Sabah berkeras  tidak bersetuju cadangan kerajaan Persekutuan memberi royalti sebanyak 5%. Tun Mustapha menuntut 45% (The Asia Magazine).

Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memanggil salah seorang menteri kanan kabinet Sabah, Harris Salleh (Tan Sri) ke Kuala Lumpur. Tun Razak merancang menjatuhkan Tun Mustapha dan USNO.

Parti BERJAYA ditubuhkan. Harris beritahu Tun Razak, dia tidak boleh mempengaruhi pengundi Kadazandusun. Harris tahu kaum KDM akan memihak kepada USNO jika tahu Tun Mustapha mahu royalti yang tinggi kepada Sabah.

Harris mencadangkan supaya Tun Mohd Fuad yang pada ketika itu TYT Yang Di Pertua Negeri Sabah, mengetuai BERJAYA. Harris juga cadangkan supaya isu royalti minyak jangan disentuh sama sekali.

Tun Razak kurang setuju cadangan Harris  itu. Razak kenal dan  tahu  Tun Fuad dan Tun Mustapha sejak awal penubuhan Malaysia. Tun Razak tahu kedua-dua pemimpin itu tidak mudah menyerah kalah dalam isu royalti minyak.

Jika BERJAYA menang dan Tun Mohd Fuad jadi KM Sabah, masalah yang sama dengan Tun Mustapha juga akan dihadapi kerajaan Persekutuan dalam perundingan royalti minyak dengan kerajaan Sabah.

Apapun, Tun Mustapha mesti ditumbangkan terlebih dahulu dan jika timbul masalah dengan Tun Fuad, ia boleh ditangani  kemudian. Atau jika ada peluang kenapa tidak bunuh dua ekor burung dengan satu peluru!?

Sejak awal, pemimpin-pemimpin KDM terutama Tun Mohd Fuad, GS Sundang, Sedomon, Ghani Gilong dan  Peter Mojuntin kurang senang dengan dasar pecah dan perintah Kuala Lumpur.

Pada pilihan raya umum pertama 1967, UMNO secara langsung campurtangan menyokong parti USNO dan MCA menyokong parti SCA. Sedangkan pada pilihan raya itu parti USNO, UPKO dan SCA  menganggap pilihan raya tersebut sebagai ‘friendly contest’ kerana ketiga-tiga parti adalah anggota Sabah Alliance.

Pilihan raya 1967 adalah titik tolak perpecahan rakyat Sabah kepada dua kumpulan: Bumiputera Islam dan Bumiputera bukan Islam.

Dalang disebalik perpecahan itu ialah Tun Razak!

Pada pilihan raya tahun 1976, Tun Razak juga yg menjadi okestera penubuhan BERJAYA dan menjadi punca terpisahnya dua pemimpin yang Sabah yang telah bersumpah dihadapan Kaabah sebagai saudara kandung, Tun Mustapha dan Tun Mohd Fuad Stephens.

Hari ini Najib menjejaki nostalgia Tun Razak di Sabah….Terus mengejar bayang-bayang….

sumber... http://www.rontogdaily.com/wp/?p=3438