Followers

Showing posts with label big mama. Show all posts
Showing posts with label big mama. Show all posts

Wednesday, October 8, 2014

Siapa Yang Simpan 'Rahsia' Rosmah Di Indonesia ??




Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor baru-baru diberi anugerah tertinggi Minangkabau dan menaiki pesawat rasmi ke Padang, Indonesia.

Putrajaya enggan mendedahkan kos spesifik ‎pesawat rasmi negara yang membawa isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor ke Padang, Indonesia untuk menerima anugerah tertinggi Minangkabau baru-baru ini.

Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke dalam soalannya di Dewan Rakyat mahu Putrajaya mendedahkan tujuan Pesawat NR1 dengan nombor pendaftaran 9M-NAA terbang ke Padang pada 27 Ogos lalu.

Setiausaha pengelola DAP itu juga mahu Putrajaya mendedahkan kos dan penumpang yang bersama dalam penerbangan itu.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, selain Rosmah, senarai penumpang tetamu kehormat dalam pesawat itu adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan serta delegasi kerajaan.

Shahidan juga berkata pesawat tersebut digunakan atas urusan perdana menteri bagi lawatan rasmi ke Singapura.

"Pesawat tersebut merupakan pesawat rasmi kerajaan dan digunakan atas urusan perdana menteri.

"Segala kos yang terlibat dalam penerbangan tersebut adalah dalam anggaran bersesuaian dengan perkhidmatannya," kata Shahidan sepertimana dinyatakan dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini Rosmah pernah mencetuskan kontroversi apabila menggunakan jet rasmi kerajaan bagi persidangan wanita di Doha, Qatar.

Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) pada sidang Dewan Rakyat tahun lepas dan mendapat kritikan hebat daripada orang ramai.

Loke berkata perkara itu diketahui melalui seorang pemberi maklumat pada Ogos lalu apabila data pesawat mi‎lik Tentara Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui laman web 'FlightRadar24.com" mengesan penerbangan pesawat itu pada 27 Ogos lalu.

"Dalam data tersebut menyatakan pada 27 Ogos, pesawat itu berlepas daripada Subang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan kemudiannya membuat penerbangan ke Padang, Indonesia.

"Pada 28 Ogos lalu, pesawat itu terbang dari Padang, Indonesia ke Singapura sebelum ke KLIA dan Subang," katanya.

Beliau berkata penerbangan pada 27 Ogos itu adalah pada hari Rosmah menerima anugerah darjah tertinggi suku Minangkabau di Padang, Indonesia dan pada hari sama menemani perdana menteri merasmikan Agrobazar Malaysia di Singapura.

Loke bagaimanapun kesal apabila Putrajaya bertindak menyembunyikan‎ kos perbelanjaan menggunakan pesawat tersebut.

"Tidak pernah berlaku sebelum ini, apabila saya bertanyakan soalan mengenai angka, mereka selalu akan memberikan butiran terperinci.

"Namun tidak kali ini, seperti mereka mahu berahsia dan ingin menyembunyikan bagi mengelakkan persepsi negatif," katanya.

Beliau berkata, isu kelayakan isteri perdana menteri menggunakan pesawat khas kerajaan sudah berkali-kali dibangkitkan di Dewan Rakyat.

"Saya pernah bertanyakan pada bulan Mac lalu berkenaan kos penerbangan ‎beliau ke Qatar dan jawapan diberikan ialah RM426,489.46," katanya.

Loke membidas Putrajaya kerana menurutnya tidak ada mana-mana menteri tidak boleh menjawab persoalan daripada ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

"Setiap sen dibelanjakan untuk kemudahan rasmi digunakan perdana menteri dan isterinya serta anggota pentadbiran adalah dana awam dan boleh dipersoalkan.

"Sekiranya Parlimen pun tidak dapat memberikan jawapan, bagaimanakah ketelusan perbelanjaan dapat dijamin?" soalnya.

sumber...TMI Diyana Ibrahim

OLEH DIYANA IBRAHIM

Monday, October 31, 2011

WOW ! Anak Najib belanja 180K di Ostolia



KUALA LUMPUR 31 Okt: Akhbar Australia melaporkan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membelanjakan kira-kira RM180,000 atau AU$60000 untuk barangan jenama di David Jones- sebuah gedung terkemuka di negara itu.
Najib dan isterinya minggu lalu berlepas ke Perth mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM).

Rombongan berkenaan turut disertai Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M.Kayveas.


Menurut laporan akhbar West Australian, kesempatan menghadiri persidangan Komanwel itu memberi peluang kepada rombongan berkenaan berbelanja.
“Beberapa peniaga di bandar, memperoleh untung besar, apabila seorang wanita pertama diketahui membeli $150,000 untuk mutiara di West Australia, sementara anak perempuan perdana menteri Najib Razak dipercayai membelanjakan & $60,000 di David Jones,” petik akhbar itu.

Richard Muirheand, State Director bagi CHOGM 2011 berkata, masa berbelanja dan aktiviti lapang telah diatur untuk delegasi di luar jadual CHOGM.

sumber...Keadilandaily

Thursday, September 15, 2011

First Lady yang kukenali sejak dulu


Pening Malaysia dibuat Najib, Rosmah, seboros Bonnie dan Clyde?

Bertahun lamanya dia telah dikritik oleh orang awam, mukanya yang disolek sempurna, bulu keningnya yang tiada cacat celanya, gaya rambutnya yang ala 80 an dan juga beg tangannya yang selalu sahaja dikemukan pada ruang blog Malaysia.

Ya, kami sedan bercakap tidak lain dan tidak bukan mengenai Wanita Pertama Malaysia Rosmah Mansor atau kadang kala lebih dikenali sebagai FLOM, nama singkatan untuk unit enam orang yang ditubuhkan khas untuk melayan segala kerenah Rosmah. Gaya hidup mewahnya telah mencuri tumpuan rakyat dan ada ketikanya dikatakan mengaburi status politik suaminya.

Perbandingan Antara Michelle Obama

Memang, rasa tidak puas hati lahir apabila Rosmah dipercayai telah membeli sebentuk cincin bernilai USD 24.4 juta daripada Jacob & Co dan koleksi beg Birkinnya telah pun mendominasi dunia media Malaysia untk berbulan lamanya, kemungkinan Najib untuk keluar dari UMNO dalam pilihan raya umum ini kian jelas namun gaya hidup mewah dan terkenal lebih diberi tumpuan berbanding kisah politik yang suram.

Michelle Obama Wanita Pertama America juga menerima kritikan yang dia lebih menyerlah daripada suaminya namun populariti Michelle adalah kerana dia berjaya mendapatkan lebih banyak dana dan sokongan untuk Parti Demokratik. Rosmah pula hanya membuat kontroversi dan mengurangkankan rasa hormat untuk Perdana Menteri Najib Razak dan kabinetnya.

Rosmah kononya dikatakan sebagai slauran untuk menyokong Najib, namun ramai yang melihat Rosmahlah yang mengawal hubugan suami isteri mereka di rumah dan lebih mengeruhkan lagi untuk Malaysia di Kabinet. Dengan alas an mememani Najib dalam acara antarabangsa, Rosmah telah mmengambil kesempatan untuk menikmati pervcutian mewah diseluruh negara, setiap kali ditemani oleh rombangan yang boleh disamakan bintang terkenal remaja dan bukan seorany wanita yang dihormati FLOM, yang selalu dikatakan.

Percutian extravagant tidak salah kerana kita perlu dimanjakan sekali sekala. Apa yang menimbulkan rasa marah rakyat Malaysia ialah percutian beliau dibayar oleh duit kerajaan, a.k.a duit pembaya cukai, a.k.a duit saya, duit kamu, duit kita.

Kebajikan Wanita tidak banyak Dipedulikan

Walaupun beliau kononya mengatakan yang beliau komited dalam kemajuan manusia namun tidak banyak yang Rosmah lakukan untuk membantu wanita yang berjuang untuk disama tarafkan dengan pekerja lelaki. Sebuah report oleh UNDP menganggarkan yang tenaga buruh wanita telah meningkat sebanyak 70% dan ini adalah dua kali ganda Gross Domestic Product (GDP) dari 2% kepada 4% setahun. Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin pernah persoalkan kenyataan UMNO yang bilangan wanita yang bekerja adalah 43, pada tahap apa?

Memang, pada tahun lepas 10.8% yang diundi adalah wanita. Selain itu Malaysia telah jatuh sebanyak 29 tangga dari 72 to 101 diantara 130 negara dalam Global Gender Gap Index dalam hanya tiga tahun. Daripada mengajar wanita Malaysia mengenai beg tangan dan cincin berlian, beliau harus mengajar mereka betapa bernilainya negara mereka.

Semuanya Melalui Dia

Selain sikapnya yang boros dan beg tangan Birkin, Rosmah dikatakan terlibat dalam pembunuhan seorang wrganegara Mongolia Altantuya Shariibuu. Walaupun pasangan suami isteri ini menafikan bahawa mereka mempunyai pengetahuan mengenai Altantuya, ia telah menjadi buah mulut orang kerana cubaan untuk menutupi kes ini dan kesangsian bahawa Rosmah tidak bersalah belem lagi terhenti.

Gelaran Wanita Pertama yang diberi pada dirinya juga tidak diterima oleh rakyat Malaysia yang lebih suka gelaran itu dimiliki hanya oleh Ratu,kerana Rosmah tidak mempunyai rekod yang membanggakan. Tetapi lebih kepada bagaimana beliau sedang mepengaruhi kerjaya Najib yang sudah dipenuhi dengan scandal korupsi.

Bukankah Perdana Menteri perlu bertanggungjawab terhadap sikap isterinya yang pemboros? Kerana bukan dia yang sedang berjalan dengan bag bernilai RM 1 million, atau diliaht dengan cincin berlian yang bernilai dua kali ganda GDP negara pulau Niue( walaupun beliau dipercayai disebalik pembunuhan Altantuya. Misteri itu hanya layak diselesaikan oleh Sherloc Holmes)

Ada juga desas desus yang meghantui dirinya sejak Najib mengambil alih sebagai Ketua UMNO. Sesiapa sahaja, walaupun ketua bahagian dari pendalaman atau kontractor berkelas F, memerlukan persetujuan beliau sebelum mendapat paa yang dikehendaki. Dan tiada siapa tahu apa yang diperlukan untuk membayarnya.

Peminat atau musuh tiada yang dapat menyangkalkan yang NAjib adalah ketua negara ini, sama ada dia bebas rasuah atau dipenuhi rasuah. Jika Najib gagal memimpin isterinya bagaimana pula beliau ingin memimpin negara ini? Ini la tema dalam spekulasi mengenai masa depan Najib dalam arena politik. Tindakan Rosmah bukan sahaja rasa tidak puas hati ornag awam terhadap dirinya tetapi juga telah megakibatkan kebolehan Najib dipertaikaikan.

Beg tangan, cincin berlian dan percutian yang mewah bukan sahaja akan bernilai berjauta ringgit, tetapi juga can mengugat kerjaya dan juga kedudukan beliau.

Bonnie Dan Clyde

Pembelian cincin berlian yang bernilai RM 24.4 juta hanya boleh dikatakan sebagai fitnah kerana Rosmah enggan memeberi sebarang pendapat mengenai isu terbabit. Tetapi “manakan pokok bergoyang jika tiada angin” dan jika betulah Rosmah difitnah, adalah sesuatu langkah yang bijak jika Najib menangani isu salah guna wang rakyat secara rasmi dan terhormat. Sebaliknya Rosmah mengatakan terus yang “ Dia tidak mempunyai masa melayan isu sebegini,”

Adalah menimbulkan rasa hairan siapa Rosmah Mansor sebelum menjadi FLOM? Sebelum beg tangan Birkin, tuduhan membunuh dan fitnah yang beliau menghabiskan duit rakyay untuk gaya hidup yang mewah dan cincin berlian. Rosmah hanya seorang gadis dari Seremban dan seperti gadis Seremban yang lain beliau menghadiri sekolah menengah beliau di Kolej Tuku Kursiah, Kuala Pilah. Sebuah sekolah asrama untuk perempuan. Tidak seperti gadis Seremban yang lain Rosmah sangat berbeza.

Beliau mencapai keputusan yang cemerlang di sekolah dan melanjutkan pelajaran dalam Sarjana Muda Sociology dan Anthropology sebelum meruskan pelajaran beliau dalam Master’s degree dalam Sociology dan Pertanian. Rosmah telah bekerja di Bank Pertanian sehingga tahun 1987 dimana belaiu berhubungan dengan Najib. Tidak banyak yang tahu pasangan ini bakal manjadi Bonnie dan Clyde arena politic masa kini.

Memang tidak dinafikan yang Rosmah seorang wanita yang berpendirian yang mengalahkan sikap suaminya apabila mereka bertemu. Beliau mempunyai kaliber yang kuat akan tetapi jika tidak dikawal atau tidak diberi panduan, beliau bakal mememusnahkan semua disentuh. Persoalannya adakah kerjaya suaminya, kedudukan dalam Barisan Nasional atau rakyat yang bakal menerima akibatnya?

sumber...Malaysia Chronicle

Thursday, August 11, 2011

Fitnah II: Najib, Rosmah lambatkan perbicaraan

Fitnah II: Najib, Rosmah lambatkan perbicaraan; peguam

(Oleh: Ahmad Fadli)

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Fitnah II yang melibatkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terpaksa ditangguhkan lagi jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor masih enggan ditemubual peguambela Anwar.

Peguam Anwar, Sankara Nair berkata, perkara itu secara tidak langsung akan terus melambat-lambatkan lagi bicara kes itu yang sepatutnya memasuki peringkat pembelaan minggu hadapan.

“Jika mereka (pendakwa raya) tidak menyediakan semua saksi seperti dipersetujui sebelum hari Jumaat ini maka, perbicaraan tidak boleh diteruskan pada hari Isnin (depan),” kata Sankara Nair dalam satu Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada Keadilandaily.

Najib dan Rosmah termasuk dalam senarai saksi-saksi yang mahu ditemubual pasukan peguam Anwar sebelum perbicaraan bersambung Isnin depan.

Isnin lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan semua saksi yang ditawarkan pendakwa raya kepada peguam Anwar perlu hadir untuk ditemubual peguam Anwar.

Termasuk di dalam senarai itu adalah Najib dan Rosmah serta bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Rodhwan Yusof.

Selasa lalu merupakan percubaan pertama pendakwa raya untuk melengah-lengahkan perbicaraan apabila enggan meneruskan sesi temubual peguam Anwar bersama Musa Hassan dan Rodhwan Yusof atas alasan Anwar turut sama hadir.

Hakim Zabidin pada hari Rabu kemudian memutuskan Anwar berhak hadir dalam temubual yang berlangsung namun tidak dibenarkan bertanya soalan kepada saksi-saksi. Sehingga ke hari ini, Najib dan Rosmah masih lagi belum muncul untuk ditemubual peguam.

Peguam mahu memanggil Najib sebagai saksi kerana penglibatannya dalam kes tersebut, apabila mengaku berjumpa dengan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan sebelum pemuda itu membuat laporan polis terhadap Anwar.

Saiful juga bertemu dengan pembantu khas Rosmah, Datuk Mumtaz Jaafar dan beberapa tokoh lain.

Pegawai Penyiasat kes itu, DSP Jude Pereira dalam keterangan di mahkamah pada Mac lalu mengaku mengambil keterangan Najib dan Rosmah berhubung kes berkenaan. Ia sekaligus mewajarkan Najib dan Rosmah untuk ditemubual sebagai saksi dalam kes itu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=18689

Thursday, August 4, 2011

Kehidupan Ro$mah penuh kontroversi.....Kompas.com

Big Mama dari kacamata media serantau

KUALA LUMPUR, 4 Ogos: “Kehidupan Datin Seri Rosmah Mansor memang penuh dengan kontroversi” - Itulah ungkapan yang dilaporkan media Indonesia, KOMPAS.com hari ini dalam satu artikel mengulas mengenai kontroversi isu pembelian cincin berlian bernilai US24 juta yang dinafikan Rosmah minggu lalu.

“Mungkinkah kasus cincin berlian 24 juta dollar AS ini nanti menjadi pintu perubahan dan demokratisasi Malaysia?

“Hanya rakyat Malaysia sendiri yang menentukan,” tanya KOMPAS dalam laporannya hari ini.

Memetik laporan-laporan dalam negeri dalam kontroversi isu pembelian cincin berlian, KOMPAS melaporkan bahawa Rosmah telah menyatakan bahawa kontroversi tersebut hanyalah satu fitnah dan ‘menduga ada pihak yang memanfaatkan namanya (untuk) dikaitkan dengan cincin berlian yang harganya selangit itu’.

Namun, penafian tersebut tidak menghalang artikel tersebut untuk menyifatkan kehidupan isteri Perdana Menteri Najib Razak ini sememangnya penuh dengan kontroversi.

“Perimekar Sendirian Berhad diketahui Parlimen Malaysia telah menerima wang komisyen sebanyak 100 juta euro (sekitar Rp 1.2 trilion) atas pembelian kapa selam Scorpenen buatan Perancis.

Pada pertengahan Julai, seorang peguam Perancis, William Bourdon yang mewakili sejumlah aktivis pro-Demokrasi Malaysia yang mengugat Perimekar Sdn Bhd atas dakwaan suap dan korupsi dalam kes pembelian kapal selam Scorpene telah ditahan Imigresen Malaysia lalu dihantar pulang ke negara beliau. Tindakan itu telah memicu protes daripada pergerakan hak asasi di Malaysia seperti Suara Rakyat Malaysia (Suaram),” tulis artikel tersebut.

Pada 23 Julai yang lepas., William yang berada di negara untuk bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit kepada pegawai kerajaan Malaysia, telah dihantar pulang setelah memberikan taklimat kes tersebut di satu makan malam anjuran Suaram di Pulau Pinang.

Kementerian Dalam Negeri telah memberikan alasan bahawa William telah menyalahi kegunaan visa beliau ketika dalam negara, walaupun umum mengetahui bahawa rakyat Perancis tidak memerlukan sebarang visa untuk memasuki negara Malaysia.

Menurut laporan KOMPAS lagi, krisis pembelian kapal selam Perancis, pesawat tempur jet Rusia dan senjata-senjata pertahanan yang lain didakwa telah mengakibatkan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaarribuu pada bulan April 2006.

“Altantuya, puteri seorang profesor di Ulan Bator, diketahui mempunyai hubungan khusus dengan Abdul Razak Baginda, penasihat peribadi Perdana Menteri Najib Razak.

Altantuya yang fasih berbahasa Rusia dan beberapa bahasa asing, menurut pihak pembangkang, juga memahami betul selok-belok pembelian senjata yang digunakan oleh Angkatan Tentera Diraja Malaysia.

“Kerana menuntut terlalu banyak (komisen), akhirnya dia ditembak mati, lalu tubuhnya diletupkan,” tulis laporan itu lagi, sambil menambah bahawa dua orang, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar telah dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh Altantuya.

“Namun, auktor intelektualis dan dakwaan korupsi pembelian senjata tidak pernah disidangkan (di mahkamah) sehingga pihak pembangkang Malaysia mengemukakan tuntutan di Mahkamah Paris, Perancis (kes Suaram),” tambah laporan itu lagi.

Kontroversi lain yang melingkupi Rosmah, kata laporan tersebut adalah hubungannya dengan calon besan bernama Maira Nazarbayev yang berasal dari Kazakhstan.

“Maira Nazarbayev yang mempunyai gaya hidup ala Imelda Marcos didakwa mempunyai kaitan dengan Organisatziya atau mafia Rusia. Maira Nazarbayev kerap keluar bersama Datin Rosmah,” tambah laporan itu lagi.

Akibat kontroversi-kontroversi tersebut, kini terdapat sumber yang menyatakan bahawa satu gerakan yang kuat dan serius telah berlangsung di dalam Umno untuk menyingkir Najib dan Rosmah kerana mereka berpandangan bahawa suami-isteri tersebut telah menjadi liabiliti terbesar kepada Barisan Nasional menjelang pilihanraya ke 13.

"Ada gerakan serius yang meminta supaya Najib berundur daripada (jawatan) perdana menteri.

"Najib dan Rosmah dilihat liabiliti kepada BN kerana pada waktu ini ia memberi kesan negatif kepada pilihan umum akan datang," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam satu sidang akhbar hari ini.

Di samping itu, blogger Mohd Sayuti Omar telah juga melaporkan bahawa beliau menerima maklumat mengenai perkara yang sama bahawa terdapat satu pergerakan untuk menjatuhkan Najib yang didakwa sumbernya diketuai Penawar, Persatuan bekas-bekas Ahli Parlimen Umno.

“Ceritanya Penawar katanya telah mendesak Najib Razak supaya meletakkan jawatan sebagai perdana menteri. Sebabnya mudah, Najib dikatakan lemah dan tidak dapat menyelesaikan beberapa masalah termasuk masalah negara. Isu kelemban ekonomi dan kurang minat pelabor untuk datang melabur ke negara ini juga dijadikan penyebabnya.

“Mesyuarat itu diadakan beberapa hari lepas. Ianya dipengerusikan oleh Abdul Aziz Shamsuddin, bekas menteri pembangunan luar bandar di zaman Abdullah Badawi dan juga bekas setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad, cerita sumber itu,” tulis beliau dalam blognya.

Hari ini, kata Sayuti, Penawar akan mengadakan mesyuarat sekali lagi mengenai isu tersebut, namun dijangkakan persatuan tersebut akan menafikan dakwaan bahawa terdapat satu pergerakan untuk menumbangkan Najib.

“Adalah dipercayai Penawar akan mengambil keputusan dalam mesyuarat berkenaan berhubung apa yang dicatatkan oleh saya dalam posting beberapa hari lepas. Dijangkakan satu kenyataan akhbar selepas mesyuarat itu akan dikeluarkan.

Isi kenyataan itu besar kemungkinan Penawar akan membuat penjelasan apa sebenarnya berlaku dan akan menafikan bahawa persatuan itu hendak mengemukakan apa-apam cadangan khususnya meminta Najib Razak berundur.

“Dalam masa sama Penawar akan menyiasat sumber yang membocorkan maklumat berkenaan,” tambah beliau.

sumber...harakahdaily

Thursday, July 28, 2011

Mak Badak mahu peruntukan untuk Permata lagi


Saya sangat berharap supaya kerajaan dapat menambah peruntukan untuk program Permata ini, kata Rosmah Mansor.

POKOK SENA: Program Permata Negara (PPN) memerlukan peruntukan yang lebih bagi memperluaskan pembangunan pusat berkenaan di kawasan yang memerlukan terutama di luar bandar.
Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Permata Negara berkata penubuhan pusat itu di luar bandar akan memastikan kanak-kanak terutama di bawah usia empat tahun, dapat mengikuti proses pembelajaran terbaik, lebih sistematik dan saintifik.
“Saya sangat berharap supaya kerajaan dapat menambah peruntukan untuk program Permata ini kerana ia mendapat permintaan yang ramai daripada ibu bapa dan sekarang setiap pusat hanya dapat menampung lebih kurang 50 pelajar,” katanya hari ini.
Beliau yang ditemui pemberita selepas melawat Pusat Anak Permata Negara (PAPN) Parlimen Pokok Sena di sini, berkata setakat ini Kedah hanya mempunyai dua PAPN, manakala 41 tabika Kemas, tiga tabika Perpaduan dan satu pusat jagaan di tempat kerja menggunakan sukatan pelajaran PPN.
“Saya berpuas hati dengan perkembangan pusat Permata di Pokok Sena ini dan telah adakan perbualan serta penerangan kepada ibu bapa yang mana anak mereka hadir ke pusat ini,” katanya.
Rosmah berkata satu lagi PAPN bakal ditubuhkan di negeri ini iaitu di Guar Chempedak di Yan dan dijangka beroperasi awal 2012.
PAPN itu antara 28 PAPN yang ditubuhkan di bawah Rancangan Malaysia ke-10, katanya.
Mengenai tenaga pengajar di PAPN, beliau berkata setakat ini ia mencukupi kerana mendapat permohonan terus daripada graduan yang baru menamatkan pengajian sama ada di peringkat diploma atau ijazah.
“Tenaga pengajar tiada masalah sebab kita dapat banyak permohonan terutama daripada mahasiswi yang baru tamat pengajian dalam bidang Early Childhood Education dan mereka diberi kursus khas sebelum mula mengajar,” katanya.
Sementara itu ketika berucap, beliau berkata PPN tidak mempunyai kepentingan politik, sebaliknya penubuhan pusat itu adalah demi masa depan kanak-kanak dalam memastikan mereka mendapat pendidikan yang baik, efektif serta berkualiti tanpa memerlukan belanja yang besar.
“Sesiapa sahaja boleh mendaftar di Permata Negara, tidak kira fahaman politik, bangsa dan agama kerana kita mendidik anak-anak sifat jati diri, sifat mulia seperti bersopan santun dan bijak berinteraksi.
“Kalau kerajaan beri lebih sikit jangan marah sebab itu untuk kebaikan rakyat seluruhnya terutama kanak-kanak,” katanya.

sumber...BERNAMA

Wednesday, July 20, 2011

Cincin RM24.45 juta, Rosmah masih berdiam diri


Cincin RM24.45 juta, Rosmah masih berdiam diri – Chegu Bard

KUALA LUMPUR: Selepas hampir dua minggu, isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor masih berdiam diri berhubung dakwaan beliau membeli sebentuk cincin berlian bernilai RM24.45 juta.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, Rosmah sebaliknya menggunakan blogger pro Umno untuk menangkis dakwaan itu.

Katanya, selepas menyatakan tuduhan itu sebagai palsu, pihak berkenaan kini mendakwa berlian itu dibawa masuk ke negara ini bagi tujuan pameran.

“Maka muncul pula ‘borang kastam kedua’ kononnya berlian itu dibawa keluar 4 hari selepas itu.
“Kononnya berlian itu untuk satu pameran belian yang diadakan secara sulit, di tempat yang sulit dengan tetamu-tetamu yang sulit. Semua yang sulit itu sedang diusahakan dan disusun skripnya,” katanya yang lebih dikenali Chegu Bard.

Chegubard pada 13 Julai lalu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pulau Pinang berhubung pembelian cincin ‘Natural Fancy Gray Cushion Cut Diomand yang dibeli Rosmah.

Bukti pembelian cincin itu didapatinya melalui skrin sistem maklumat Kastam Diraja Malaysia (KDRM), yang tertera nama Rosmah sebagai pengimport daripada syarikat beralamat di New York, Jacob & Co.
Selain cincin berkenaan, Chegu Bard mendakwa Rosmah juga memakai gelang dan jam ‘zebra’ dari jacob & Co, dianggarkan bernilai RM1.6 juta.

Menurutnya, sebaik sahaja siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilakukan ke atas individu bernama A. Krishnan, sistem kastam di kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur diganggu selama tiga jam.
Beliau mengesyaki kewujudan satu borang yang dikeluarkan KDRM bagi membuktikan cincin itu dibawa keluar ke Singapura, 4 hari selepas itu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=17153

Saturday, July 16, 2011

Fullamak banyaknya duit Big Mama

Di mana Rosmah dapat wang?

Ahli Parlimen Pokok Sena mempertikai di mana Rosmah Mansor dapat wang untuk memiliki cincin dan gelang tangan bertatahkan berlian.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak supaya menyiasat sumber kewangan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hingga beliau mampu untuk memiliki cincin dan gelang tangan bertatahkan berlian.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar berkata, SPRM harus menjalankan siasatan segera bagaimana, Rosmah sebagai seorang suri rumah mampu memakai cincin dan gelang tangan berlian.
Selepas tersiar dalam laman-laman web mengenai cincin berlian milik Rosmah bernilai RM73 juta yang diimport dari Amerika Syarikat tanpa membayar cukai, tersebar pula gambar Rosmah juga memakai gelang tangan berlian seberat 65 karat bernilai RM1.65 juta.

“SPRM mesti telus dalam siasatannya. Di mana Rosmah dapat wang, pada hal beliau hanya seorang suri rumah sahaja,” kata Mahfuz ketika dihubungi FMT hari ini.
Beliau yang juga Naib Presiden PAS menegaskan bahawa sudah tentu Rosmah tidak mampu. Begitu juga suaminya (Datuk Seri) Najib Tun Razak tidak akan mampu membelinya dengan gaji sebagai seorang perdana menteri.

“Kita bimbang berlaku penyelewengan. Kemungkinan ada pihak-pihak yang berkepentingan yang ‘memberi’ barang-barang mewah itu kepada Rosmah.

“Maka kita pun nak tahu apa yang mereka dapat daripada Rosmah sehingga mereka sanggup menghadiahkan barang-barang yang sangat bernilai itu,” terang beliau.
Mahfuz berkata, sekiranya Rosmah menggunakan wang dari orang ramai (taxpayers’ money) sepertimana yang didakwa oleh setengah- setengah pihak, siapa yang bertanggungjawab melulus dan mengeluarkan wang untuk Rosmah.

“Memandangkan sudah ada pihak yang membuat laporan kepada SPRM, suruhanjaya itu harus menjalankan siasatan segera berhubung cincin dan gelang tangan itu,” katanya.
Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin telah membuat laporan di pejabat SPRM di Pulau Pinang kelmarin berhubung dengan cincin berlian ini.

Najib, Rosmah ada kepentingan

Beliau yakin Najib dan Rosmah ada kepentingan dalam perkara ini, lagi pun kedua-dua item ini tidak dikenakan cukai dari Jabatan Kastam.

“Kita harus ingat bahawa Jabatan Kastam terletak di bawah Kementerian Kewangan dan Najib adalah juga Menteri Kewangan,” tegas beliau.
Mahfuz berkata, kita harus mencari jalan bagaimana untuk mendesak supaya Najib mengambil cuti atau digantung tugasnya sebagai perdana menteri sementara siasatan dijalankan terhadap beliau dan Rosmah.

“Memandangkan Yang DiPertuan Agong tidak mempunyai kuasa untuk memecat Perdana Menteri, maka kita harus mencari jalan supaya beliau (Najib) mengambil cuti atau jawatannya digantung buat sementara,” terang beliau.
Kelmarin, beberapa blogger melaporkan bahawa cincin berlian berharga RM73 juta itu dibawa masuk ke negara ini melalui syarikat Jacob & Co, milik Jacob Arabo, seorang ahli perniagaan berbangsa Yahudi.

Sementara blogger lain, “Semut and Papan Kekunci” menyiarkan gambar Rosmah memakai gelang tangan berlian seberat 65 karat berharga RM1.65 juta.
Dalam perkembangan yang lain, Mahfuz memberitahu bahawa Najib akan mengimpot empat atau lima buah kereta mewah tidak lama lagi dan beliau pasti Najib tidak membanyar duti import yang mencecahkan jutaan ringgit itu.
“Sebagai Menteri Kewangan di mana Jabatan Kastam terletak di bawah kawalseliaannya, saya yakin beliau tidak akan membayar cukai import,” katanya.

Saturday, January 22, 2011

Rosmah’s visits according to the rules, says Rais

KUALA LUMPUR, Jan 21 — Critics of the overseas visits of the prime minister’s wife do not understand government regulations, Information, Communication and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim said today. He said that visits of the kind Datin Seri Rosmah Mansor undertook recently to Saudi Arabia, Oman and Bangladesh were provided for by the Members of the Administration Ethics 1988/1999 decided by the Cabinet.
Rais cited Article 1180A of the ethics, which said that the wife of a member of the administration may represent her husband or make an overseas visit on official business as long as it does not contradict the function and service of the minister or his ministry.
He told reporters here that the criticism from certain quarters over the visits of Rosmah, accompanied by the wives of ministers, “stems from political ill-will” with the opposition belittling whatever the government did and slandering the people involved.
Rais said that Rosmah had visited Oman at the invitation of its government to discharge her duties as a woman who cared about the education of children, for the disabled and the welfare of women.
“She should play a part to help the nation and the prime minister in carrying out supplementary work in the nation’s interest,” he added.
Rais said it was the responsibility of his ministry to explain to the people the importance of the visits in helping the nation.
He said the visits had indirectly helped to foster closer ties with the three countries.
Rosmah was reported to have said yesterday that she was not affected by the negative comments on her visits because they were arranged after she received the invitation of the government or a woman minister of the country concerned.
-Bernama