Followers

Showing posts with label saiful bukari. Show all posts
Showing posts with label saiful bukari. Show all posts

Tuesday, October 4, 2011

Saksi Misteri Kes Saiful Hadir ke Mahkamah


Seperti dijadulkan, saksi misteri yang menjadi tanda tanya pada perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya tampil.

Mohd Najwan Halimi dipanggil pada jam 11.22 pagi ketika mahkamah bersambung semula selepas rehat sebentar.


Saksi berkenaan ialah Mohd Najwan Halimi, bekas pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dan rakan sekampus kepada Saiful Bukhari.

Beliau juga merupakan aktivis Anwar Ibrahim Club yang pernah menulis secara bersiri mengenai latar belakang Saifuldalam blognya, Riwayathayat.blogspot.com

Beliau memberi amaran mengenai kredibiliti Saiful dalam tiga siri tulisan bertajuk “Awas! Ada Musang Berbulu Ayam“ Siri (1), (2) & (3). Sebelum itu, Pengarah Jabatan Kimia Kuala Lumpur, Lim Kong Boon memberi keterangan sebagai saksi.

9.48am: Mahkamah bermula dengan hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah memulakan prosiding. Pengarah Forensik dari jabatan Kimia, Lim Kong Boon dipanggil sebagai saksi.

Lim, 57 yang menjadi saksi pada fitnah I berkata, pada 2005, beliau mengetuai unit jenayah jabatan kimia. Menjawab soalan peguam Ram karpal Singh, Lim berkata sejak 2005, bahagian berkenaan diletak di bawah Legacy programme of the American Society of Crime Laboratory Directors Laboratory Accreditation Board ASCLD.

10.14 pagi: Ram Karpal bertanya samada Jabatan Forensik Jabatan Kimia mempunyai ekreditasi dalam kelayakan lain. Lim berkata ia diakreditasi dengan program pengurusan. Saksi berkenan kemudian beredar.

Sankara meminta mahkamah berehat sementara menuggu saksi terbaru mereka. Yusof bertanya apakah relevan saksi berkenaan dipanggil, kerana ia tidak ada dalam senarai pendakwaraya.

11.11 pagi: Mohd Najwan muncul di bilik saksi, memakai pakaian kot hitam dan kemeja putih lengan panjang. Saksi berkenaan diiringi pembantu Sankara Nair.

11.22 pagi: Mohd Najwan dipanggil. Beliau berkata beliau bekerja sebagai pembantu Anwar atas kapasiti Anwar sebagai penasihat Ekonomi Selangor.

11.24 pagi: Mohd Najwan berkata beliau mengenali Saiful sejak 2003, dan tinggal di asrama berhampirannya di United.

“Saiful pelajar aktif dan ada kualiti kepimpinan. Saiful dan saya terlibat dalam program Baktisiswa.

“Dia mempunyai kepimpinan, tetapi suka mencari publisiti.

11.30 pagi: Najwan berkata beliau melihat Friendster Saiful, dan ternampak gambar Saiful dengan ramai pemimpin BN, termasuk Syed Hamid ALbar, Mustapa Mohamed dan Azlina Othman

“Pada 2008, Saiful adalah penyokong BN dan mengumumkan Anwar sebagai munafik,” katanya. Najwan juga berkata beliau pernah ternampak Saiful dalam satu ceramah politik.

11.31 pagi: Najwan berkata, Saiful berkempen untuk BN pada 2008.

11.33 pagi: Beliau menafikan Saiful mengagumi Anwar.

“Dia (Saiful) membenci Anwar” katanya.

11.34 pagi: Najwan disoal balas oleh Yusof. Beliau berkata beliau bekerja dengan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

“Sebelum ini saya bekerja dengan menteri pengangkutan dan Uitm,” ujarnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=21209

Monday, October 3, 2011

Dubur Saiful: Najib Penentu Mental Saiful Betul Atau Tidak


Keterangan Najib penting tentukan mental saiful - Karpal

KUALA LUMPUR: Karpal Singh, peguam yang mewakili Anwar menegaskan keterangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor amat penting dalam perbicaraan kes Fitnah II .

Ini kerana jika mereka enggan memberi keterangan, kredibiliti saksi utama pendakwa iaitu Mohd Saiful Bukhari Mohd Azlan akan dipertikaikan di mahkamah.
Karpal berkata demikian sewaktu pembentangan hujah dalam perbicaraan hari ini yang mendengar permohonan Najib dan Rosmah mengenepikan perintah sepina terhadap mereka supaya hadir memberi keterangan.

“PM berada pada kedudukan yang menjadikan keterangan beliau relevan dan penting, dan jika perkara yang dinyatakan dalam afidavitnya benar, ia akan menimbulkan persoalan tentang kredibiliti saksi utama pendakwa.
“Walaupun PM menasihatkan Saiful untuk membuat laporan polis dalam pertemuan pada 24 Jun 2008 itu, Saiful tidak membuat laporan polis sebaliknya membiarkan dirinya diliwat seperti yang didakwanya, dua hari kemudian pada 26 Jun 2008,” kata Karpal.
Menurutnya lagi, keterangan Najib penting dan relevan untuk menentukan keadaan mental Saiful sewaktu beliau menemui Najib.

“Ia penting untuk kita dapatkan bukti daripada Najib berkenaan keadaan mental Saiful samada beliau kelihatan takut atau samada Najib menjangkakan Saiful akan mengikut nasihat beliau,” kata Karpal.
Keterangan Najib juga, katanya lagi, penting kerana ia datang daripada personaliti penting yang dikenali ramai di peringkat antarabangsa dan ia juga akan membantu mahkamah dan Anwar dalam perbicaraan ini.

“Bukti daripada beliau pastinya akan membantu Anwar dan mahkamah (dalam perbicaraan ini),” kata Karpal.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=21182

Thursday, August 11, 2011

Fitnah II: Najib, Rosmah lambatkan perbicaraan

Fitnah II: Najib, Rosmah lambatkan perbicaraan; peguam

(Oleh: Ahmad Fadli)

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Fitnah II yang melibatkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terpaksa ditangguhkan lagi jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor masih enggan ditemubual peguambela Anwar.

Peguam Anwar, Sankara Nair berkata, perkara itu secara tidak langsung akan terus melambat-lambatkan lagi bicara kes itu yang sepatutnya memasuki peringkat pembelaan minggu hadapan.

“Jika mereka (pendakwa raya) tidak menyediakan semua saksi seperti dipersetujui sebelum hari Jumaat ini maka, perbicaraan tidak boleh diteruskan pada hari Isnin (depan),” kata Sankara Nair dalam satu Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada Keadilandaily.

Najib dan Rosmah termasuk dalam senarai saksi-saksi yang mahu ditemubual pasukan peguam Anwar sebelum perbicaraan bersambung Isnin depan.

Isnin lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan semua saksi yang ditawarkan pendakwa raya kepada peguam Anwar perlu hadir untuk ditemubual peguam Anwar.

Termasuk di dalam senarai itu adalah Najib dan Rosmah serta bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Rodhwan Yusof.

Selasa lalu merupakan percubaan pertama pendakwa raya untuk melengah-lengahkan perbicaraan apabila enggan meneruskan sesi temubual peguam Anwar bersama Musa Hassan dan Rodhwan Yusof atas alasan Anwar turut sama hadir.

Hakim Zabidin pada hari Rabu kemudian memutuskan Anwar berhak hadir dalam temubual yang berlangsung namun tidak dibenarkan bertanya soalan kepada saksi-saksi. Sehingga ke hari ini, Najib dan Rosmah masih lagi belum muncul untuk ditemubual peguam.

Peguam mahu memanggil Najib sebagai saksi kerana penglibatannya dalam kes tersebut, apabila mengaku berjumpa dengan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan sebelum pemuda itu membuat laporan polis terhadap Anwar.

Saiful juga bertemu dengan pembantu khas Rosmah, Datuk Mumtaz Jaafar dan beberapa tokoh lain.

Pegawai Penyiasat kes itu, DSP Jude Pereira dalam keterangan di mahkamah pada Mac lalu mengaku mengambil keterangan Najib dan Rosmah berhubung kes berkenaan. Ia sekaligus mewajarkan Najib dan Rosmah untuk ditemubual sebagai saksi dalam kes itu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=18689