Coretan politik,sosial,ekonomi,agama dan lain lain lagi di Malaysia dan seluruh dunia. Sumber dari semua capaian internet. email greenblacks8@gmail.com
Followers
Saturday, July 16, 2011
Fullamak banyaknya duit Big Mama
Ahli Parlimen Pokok Sena mempertikai di mana Rosmah Mansor dapat wang untuk memiliki cincin dan gelang tangan bertatahkan berlian.
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak supaya menyiasat sumber kewangan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hingga beliau mampu untuk memiliki cincin dan gelang tangan bertatahkan berlian.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar berkata, SPRM harus menjalankan siasatan segera bagaimana, Rosmah sebagai seorang suri rumah mampu memakai cincin dan gelang tangan berlian.
Selepas tersiar dalam laman-laman web mengenai cincin berlian milik Rosmah bernilai RM73 juta yang diimport dari Amerika Syarikat tanpa membayar cukai, tersebar pula gambar Rosmah juga memakai gelang tangan berlian seberat 65 karat bernilai RM1.65 juta.
“SPRM mesti telus dalam siasatannya. Di mana Rosmah dapat wang, pada hal beliau hanya seorang suri rumah sahaja,” kata Mahfuz ketika dihubungi FMT hari ini.
Beliau yang juga Naib Presiden PAS menegaskan bahawa sudah tentu Rosmah tidak mampu. Begitu juga suaminya (Datuk Seri) Najib Tun Razak tidak akan mampu membelinya dengan gaji sebagai seorang perdana menteri.
“Kita bimbang berlaku penyelewengan. Kemungkinan ada pihak-pihak yang berkepentingan yang ‘memberi’ barang-barang mewah itu kepada Rosmah.
“Maka kita pun nak tahu apa yang mereka dapat daripada Rosmah sehingga mereka sanggup menghadiahkan barang-barang yang sangat bernilai itu,” terang beliau.
Mahfuz berkata, sekiranya Rosmah menggunakan wang dari orang ramai (taxpayers’ money) sepertimana yang didakwa oleh setengah- setengah pihak, siapa yang bertanggungjawab melulus dan mengeluarkan wang untuk Rosmah.
“Memandangkan sudah ada pihak yang membuat laporan kepada SPRM, suruhanjaya itu harus menjalankan siasatan segera berhubung cincin dan gelang tangan itu,” katanya.
Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin telah membuat laporan di pejabat SPRM di Pulau Pinang kelmarin berhubung dengan cincin berlian ini.
Najib, Rosmah ada kepentingan
Beliau yakin Najib dan Rosmah ada kepentingan dalam perkara ini, lagi pun kedua-dua item ini tidak dikenakan cukai dari Jabatan Kastam.
“Kita harus ingat bahawa Jabatan Kastam terletak di bawah Kementerian Kewangan dan Najib adalah juga Menteri Kewangan,” tegas beliau.
Mahfuz berkata, kita harus mencari jalan bagaimana untuk mendesak supaya Najib mengambil cuti atau digantung tugasnya sebagai perdana menteri sementara siasatan dijalankan terhadap beliau dan Rosmah.
“Memandangkan Yang DiPertuan Agong tidak mempunyai kuasa untuk memecat Perdana Menteri, maka kita harus mencari jalan supaya beliau (Najib) mengambil cuti atau jawatannya digantung buat sementara,” terang beliau.
Kelmarin, beberapa blogger melaporkan bahawa cincin berlian berharga RM73 juta itu dibawa masuk ke negara ini melalui syarikat Jacob & Co, milik Jacob Arabo, seorang ahli perniagaan berbangsa Yahudi.
Sementara blogger lain, “Semut and Papan Kekunci” menyiarkan gambar Rosmah memakai gelang tangan berlian seberat 65 karat berharga RM1.65 juta.
Dalam perkembangan yang lain, Mahfuz memberitahu bahawa Najib akan mengimpot empat atau lima buah kereta mewah tidak lama lagi dan beliau pasti Najib tidak membanyar duti import yang mencecahkan jutaan ringgit itu.
“Sebagai Menteri Kewangan di mana Jabatan Kastam terletak di bawah kawalseliaannya, saya yakin beliau tidak akan membayar cukai import,” katanya.
Saturday, July 2, 2011
Auu Auuu BERSIH pertubuhan Haram..kah kah
Dia ni menteri ke atau despatch big Mama...kah kah kah
Kalau BERSIH tu satu pertubuhan yang sah, so macam mana pulak jadi haram..oiii hang penin ke? kalau dah tak berani menghadapi kebangkitan rakyat inilah saja alasan maha jijik dari samudin dan pertubuhan haram Umno/Apco.
Gila Bn ni dah sampai ketahap gaban...elok sangatlah kerana sudah pun ada nama timang timangan baru...pandy kutty...
Jika HAK rakyat untuk berkumpul dinafikan oleh pihak pemerintah...adakah salah bagi rakyat untuk mengatakan BN sudah menjadi Parti Komunis?
Hisham isytihar BERSIH 2.0 pertubuhan haram
Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (BERSIH 2.0) telah diisytiharkan sebagai pertubuhan haram berkuatkuasa semalam, menurut Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini.
Dalam satu kenyataan Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman berkata perisytiharaan itu dibuat oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengikut seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966.
Menurut beliau, siasatan Kementerian Dalam Negeri menunjukkan BERSIH 2.0 bukan pertubuhan yang didaftarkan.
Kenyataan itu berkata BERSIH 2.0 telah bergerak aktif dan mencetuskan suasana gelisah dan kebimbangan masyarakat pelbagai kaum negara ini.
Selain itu, katanya BERSIH 2.0 juga telah menyebarkan propaganda menghasut rakyat bagi menjatuhkan kerajaan persekutuan sekarang.
Aktiviti-aktiviti BERSIH 2.0 juga dikatakan memberi kesan buruk kepada imej negara, bahkan boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan negara.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri itu, BERSIH 2.0 juga bukan sebuah persatuan berdaftar.
“Walau bagaimanapun, BERSIH 2.0 memenuhi takrifan pertubuhan yang berdaftar di bawah Jadual 1, Akta Pertubuhan 1966.”
Namun kementerian mendapati BERSIH telah:
Bergerak aktif dan mencetuskan suasana gelisah dan kebimbangan masyarakat pelbagai kaum negara ini;
Menyebarkan propaganda menghasut rakyat bagi tujuan menjatuhkan Kerajaan dengan mengedarkan risalah-risalah tertentu; dan Melalui aktiviti-aktivitinya telah memberi kesan buruk kepada imej negara, bahkan boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan negara malahan menjejaskan keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum.
“Oleh itu, YB Menteri Dalam Negeri telah mengisytiharkan bahawa pertubuhan BERSIH 2.0 sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 berkuatkuasa pada 1 Julai 2011,” kata Abdul Rahman.
BERSIH 2.0 sebelum ini merancang mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak pada 9 Julai bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini supaya lebih adil dan telus.
Antaranya, menuntut daftar pengundi yang bersih, pembaharuan dalam sistem undi pos dan penggunaan dakwat yang tidak boleh dipadamkan.
BERSIH 2.0 juga memohon tempoh berkempen sekurang-kurangnya 21 hari dan semua parti politik tang bertanding diberi akses kepada media secara adil dan bebas.
Ia juga menuntut supaya amalan membeli undi dan 'politik kotor' yang diamalkan sebelum ini dihentikan.
Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berjanji sedang melakukan sesuatu, termasuk kononnya sistem baru online yang diperkenalkan semalam mampu mengesan pengundi hantu yang didaftarkan di sesuatu alamat, namun ia hanya tinggal janji.
Semakan Malaysiakini mendapati sistem baru yang dicanang oleh SPR itu hanya membolehkan lebih daripada satu pengundi memeriksa butiran pendaftaran mereka dengan menggunakan nombor kad pengenalan mereka.
Begitu juga dengan kenyataan Timbalan pengerusi suruhanjaya itu, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang berkata SPR hanya boleh menasihati pihak media supaya memberi akses yang adil kepada parti politik yang bertanding tetapi tidak boleh memaksa mereka supaya berbuat demikian, termasuk di stesen-stesen kepunyaan kerajaan.
Friday, July 1, 2011
Najib letak jawatan,3 juta ahli Umno tak mahu turun demo
Pas nak tengok bolehkah najib seru 3 juta ahli UmnoKUALA LUMPUR, 1 Julai: PAS mengalu-alukan kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang dengan penuh bangga untuk menghimpunkan seramai 3 juta ahli Umno.
“Persoalannya bolehkah beliau mengumpul ahli sebanyak itu?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Katanya, sedangkan untuk menghimpunkan 1 juta belia pada 27 hingga 28 Mei lalu pun gagal, yang hanya dihadiri lebih kurang 10 ribu orang sahaja.
Najib selaku Presiden Umno, berkata jika ia mahu, Umno mampu mengerahkan tiga juta anggotanya untuk menentang habis-habisan hasrat golongan yang mahu mewujudkan kekacauan melalui demonstrasi jalanan.
"Kita (Umno) ada tiga juta ahli, tidak termasuk parti komponen (Barisan Nasional)...kita boleh kumpulkan tiga juta orang yang tunggu isyarat. Kalau semboyan dibunyi, mereka juga akan berjuang habis-habisan... tetapi apakah itu satu cara yang bertanggungjawab," katanya ketika berucap pada satu majlis di Sipitang, Sabah, semalam.
Idris berkata, pengalaman Umno dalam siri-siri himpunan mereka berakhir dengan kegagalan, seperti program Semarak, himpunan untuk membuang kekebalan Raja-Raja Melayu dan pemimpin bersama rakyat walaupun mereka membuat kerahan kepada pegawai-pegawai kerajaan.
Baginya, apabila Presiden Umno mengaku boleh mengumpulkan 3 juta ahli hanya merupakan satu ilusi semata-semata kerana Umno di era ini bukan ada ruh perjuangan sebaliknya menyertai Umno hanya untuk mendapat benda.
Menurutnya, bertempit sorak marah kepada kerajaan Pakatan Rakyat bukan kerana rakyat ditindas, tetapi kerana saluran pernafasan pemimpin Umno semakin sempit kerana projek tidak diperolehi dengan mudah seperti zaman pemerintahan Umno BN.
Mereka, ujarnya tidak sanggup berhimpun jika tidak dibayar tambang dan nasi bungkus.
Ini, ujarnya boleh dilihat ketika hari penamaan calon pilihan raya, mereka tidak tahan lama untuk berhimpun, kadang- kadang beredar sebelum pengumuman dibuat.
“Ia berlainan dengan penyokong Pakatan Rakyat ia hadir dengan jiwa yang tulus dan suci sanggup berjemur dan berpanas semata-mata untuk menuntut pilihan raya yang adil,” katanya.
sumber...harakahdaily
Thursday, June 30, 2011
Gempaq; Ahli Umno makan paku di stadium Melawati
Siapa makan cili dialah terasa pedasnyaSHAH ALAM: Paku ditabur sekitar kawasan tempat letak kereta program solat hajat dan pidato khas sempena Himpunan Bersih 2.0 di Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam yang berakhir tengah malam tadi,
Seorang aktivis PAS Shah Alam, Mohd Khairul Afandi Ibrahim memberitahuKeadilanDaily, mereka menemui ratusan paku dan benda tajam yang ditabur selepas aduan orang ramai.
Menganggapnya sebagai sabotaj, beliau berkata, mereka menghabiskan lebih sejam untuk membersihkan kawasan itu dan menempatkan Unit Amal supaya gangguan tidak berlanjutan.
Ribuan hadir program yang menampilkan antaranya Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam); Charles Santiago (Ahli Parlimen Klang) dan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan Tantawi serta wakil sekrertariat Bersih, Arumugam.
Malaysiakini pula melaporkan, cubaan merampas baju Bersih oleh beberapa oleh pihak yang disyaki sebagai polis mencetuskan kekecohan dalam ceramah itu.
Pada kejadian di pintu masuk Stadium Melawati, beberapa orang dipercayai polis berpakaian biasa bertindak merampas baju Bersih yang dijual.
Tindakan itu menyebabkan kira-kira 100 penyokong Pakatan naik angin dan mengerumuni sambil menolak lelaki itu sedikit demi sedikit ke jalan raya.
“Jangan bagi mereka masuk,” kedengaran beberapa orang menjerit sesama mereka.
Kelihatan dua van peronda polis diletakkan sekitar kawasan kejadian sambil menyalakan lampunya.
Keadaan hampir 10 minit itu mula reda dengan sebahagian besar orang ramai tadi kembali masuk mendengar ceramah.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=16250
Wednesday, June 29, 2011
Zahid Hamidi nak jawab pun gagap
Perbelanjaan PLKN tertinggi dalam sejarah MalaysiaKUALA LUMPUR – Jumlah perbelanjaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diluluskan bagi tahun ini mencecah RM752,922,000.00, meningkat RM252 juta berbanding had asal RM500 juta.
Pecahan perbelanjaan meliputi RM21,328,00.00 bagi kos emolument, RM723,893,530.00 untuk perkhidmatan dan perbekalan, RM6,220,000.00 bagi aset dan RM1,480,470.00 untuk pembayaran dan kenaan bayar tetap termasuk ganjaran kepada kakitangan awam.
Jumlah itu, dikemukakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi menjawab persoalan Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook yang memintanya menyatakan jumlah perbelanjaan untuk program itu bagi tahun ini.
Ahmad Zahid berkata, buat masa ini, kerajaan tidak bercadang mengkaji semula pelaksanaan PLKN kerana program itu terbukti berjaya dalam mencapai misi dan visi penubuhannya.
Bagaimanapun, Siew Fook berkata, timbul pelbagai persoalan mengenai kos itu dikatakan tidak masuk akal dan timbul kebimbangan sama ada jumlah itu boleh dikekalkan atau semakin meningkat serta menggalakkan pembaziran wang rakyat.
“Ketika ia mula dilaksanakan pada 2004, semasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Pertahanan, beliau mengumumkan kerajaan menetapkan satu had perbelanjaan maksimum, RM500 juta setahun.
“Apa yang berlaku sekarang sebaliknya, belum sampai 10 tahun, ia meningkat 50 peratus kepada RM750 juta,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan jaminan tiada sebarang peningkatan perbelanjaan PLKN sekiranya tempoh PLKN pelajar dilanjutkan lebih tiga bulan sebagaimana dicadangkan Ahmad Zahid sebelum ini.
“Saya rasa tidak mustahil belanja PLKN sahaja cecah RM1 bilion memandangkan tahun ini baru ada tujuh bulan, belanja hampir cecah RM750 juta dalam tempoh setahun.
“Apa yang kita persoalkan, banyak mana dibelanjakan untuk pakaian seragam, pembekal makanan? Jadi, kerajaan patut kaji pelaksanaan ini kerana kita khuatir matlamatnya tidak tercapai,” katanya.
Berikutan itu, beliau mencadangkan supaya modul PLKN diterapkan ketika pelajar di sekolah menengah bagi menjimatkan perbelanjaan.
“Memandangkan ia tidak telus, saya menyeru Ketua Audit Negara supaya mengaudit perbelanjaan PLKN, kita manu tahu berapa jumlah belanja diperuntukkan untuk setiap peserta,” katanya.
sumber...sinar
p/s...PLKN tempat umno dan kroni buat duit ke?
Tuesday, June 28, 2011
Minda Tertawan londeh mamak Madey al kutty
Kerakusan PM Mahathir didedahkanSunday, June 26, 2011
Botak: Bapa Hizyati tidak maafkan Menteri Chor Chee Heung
Tolak permohonan maaf menteriBapa Hizyaty, Othman Long, 63, berkata, dia tidak dapat menerima permohonan maaf itu yang hanya disuarakan pada sidang media tanpa kehadiran semua pihak yang terlibat, termasuk keluarganya.
“Bukan saya tak hormati permohonan maaf beliau sebagai menteri, saya hormat tapi bukan begitu caranya. Saya tak dapat terima permohonan maaf yang dibuat dengan cara itu (sidang media),” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Othman berkata, dia dan keluarganya tidak mempunyai masalah untuk menghadiri sidang media itu jika diminta berbuat demikian lebih awal.
“Tapi apa yang berlaku, saya tidak tahu apa-apa, tidak dijemput hinggalah pagi tadi (semalam), saya terkejut apabila dihubungi seseorang dari pejabat MCA Kedah yang bertanya, mengapa saya belum hadir ke sidang media yang akan diadakan pada jam 11 pagi.
“Saya nak hadir macam mana sedangkan saya tak tahu apa-apa mengenai sidang media itu,” katanya.
Menurut Othman, rasa tidak puas hati ahli keluarganya berkaitan isu itu mungkin reda jika pihaknya berpeluang bersemuka dengan menteri berkenaan serta meluahkan apa yang terbuku di hati.
“Tapi malangnya, pertemuan ini diatur secara tergesa-gesa sehingga menyangka mereka sendiri sudah menjemput saya sedangkan mereka tidak pun berbuat demikian,” katanya.
Othman, seorang pesara kastam berkata, dia berasa sangat kecewa kerana arahan seumpama itu tidak pula dinyatakan dalam surat tawaran.
“Saya juga pernah kerja beruniform namun setahu saya, setiap pelatih wanita hanya diarahkan berambut pendek, bukan sehingga botak,” katanya.
Thursday, June 23, 2011
Jamil Khir dan Mashitah sama sama kelentong
Zakat: Jamil cakap lain Mashitah cakap lain
PUTRAJAYA, 23 Jun – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menafikan laporan Harakahdaily yang kononnya wang zakat digunakan untuk membiayai yuran guaman beliau dan Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Ali.
Beliau berkata setiap kementerian mempunyai peruntukan bagi yuran guaman untuk kes-kes tertentu.
“Tidak timbul isu kononnya wang berjumlah RM32,000 yang didakwa wang zakat digunakan untuk membiayai yuran guaman bagi kes Qazaf membabitkan Jawi dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dipetik Bernama Online.
Semalam, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution mempersoal salah guna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sebanyak RM32,000.
Jumlah itu dikatakan dikeluarkan bagi membiayai yuran guaman Jamil Khir dan Che Mat.
Suara Keadilan Online pula melaporkan perkara itu didedahkan sendiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim mengakui yuran guaman Jamil Khir dan Che Mat dibayar dengan wang peruntukan berkenaan.
Kedua individu itu sebelum ini diambil tindakan mahkamah kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari Mohd Azlan dalam kes qazaf membabitkan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menyifatkannya sebagai pengkhianatan kepada amanah rakyat, Saifuddin berkata, Che Mat Ali yang juga merangkap Setiusaha Jawi telah memohon dan meluluskan sendiri penggunaan wang zakat berkenaan.
Justeru, beliau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dan Ketua Audit Negara menyiasat salahguna wang itu kerana individu yang sama memohon dan meluluskan peruntukan wang itu.
apa cerita pak menteri dan makcik timbalan menteri ni? mana satu yang betul!
PDRM akan sertai Raja Lawak?

Raja Lawak akan lebih meriah
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahuz Omar menganggap tindakan polis yang menghalang penjualan t-shirt Bersih merupakan satu lagi lawak jenaka terbaru kerajaan Malaysia.
Semalam, seorang ahli KEADILAN ditangkap polis dan diminta memberi kenyataan berhubung penjualan baju berkenaan.
“Belum pun perhimpunan Bersih diadakan, penjualan t-shirt telah menjadi kesalahan. Ini satu lawak jenaka. Apakah penjualan t-shirt satu jenayah?,” soal Mahfuz mengulas tindakan pihak berkuasa tersebut.
Menurut Mahfuz, polis sebenarnya melakukan provokasi dengan menggambarkan perhimpunan Pada 9 Julai ini sebagai ancaman kepada rakyat dan keselamatan negara.
“Begitu juga dengan sikap media arus perdana yang menggembar-gemburkan berita.
“Kemudian mereka mahu mengambil tindakan terhadap penjual t-shirt Bersih. Ini tak masuk akal,” katanya kepada Keadilandaily.
Sementara itu Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam berkata, beliau sendiri akan memakai T-shirt Bersih sebagai tanda sokongan kepada himpunan itu 9 Julai ini.
“Ancaman polis termasuk menakut-menakutkan dan tidak membenarkan orang ramai memakai baju kuning memang lucu,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.
Kira-kira jam 10 malam tadi, seorang ahli Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Razali Abd Ghafar ditahan polis kerana menjual T-shirt Bersih ketika program ceramah Pakatan Rakyat di Kampung Sungai Merab, Bangi.
Beliau dibawa oleh dua orang polis ke Balai Polis Abu Bakar Baginda, namun dilepaskan tidak berapa lama kemudian.
Ketika dihubungi Keadilandaily, Razali memaklumkan bahawa polis hanya mengambil keterangan dengan bertanyakan maklumat mengenai pencetak dan pengedar baju diperolehi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=15770
Tuesday, June 21, 2011
Bancian 'Star' - 99% sokong himpunan BERSIH
fakta yang menggemparkan
Sejumlah 99 peratus daripada lebih sejuta responden menyokong perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini dalam bancian yang dijalankan oleh The Star Online.
Jumlah sebenar bilangan responden tidak dapat disahkan apabila portal berita berkenaan menghentikan banciannya kira-kira tengahari tadi.
NONEMenurut skrin yang dirakamkan oleh seorang pengguna Facebook, jumlah responden mencecah 1.3 juta pada jam 12.25 tengah hari berbanding 527,330 yang dicatatkan pada jam 6.11 pagi ini, yang dirakamkan menerusi laman Google Cache.
Soalan yang dikemukakan berbunyi 'Apa pandangan anda berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai?, 1,312,917 responden menjawap 'Ia sepatutnya dibenar diteruskan' pada 12.25 tengahhari.
Manakala pilihan satu lagi - 'Ia harus dibatalkan' - hanya dipilih oleh 14,222 responden.
sumber...malaysiaKini
Himpunan Bersih: PAS Selangor beri amaran Perkasa jangan buat provokasi
SHAH ALAM, 21 Jun — PAS Selangor memberi amaran kepada Perkasa agar tidak mewujudkan suasana provokasi pada tiga perhimpunan serentak 9 Julai ini yang turut disertai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).
Selain Bersih dan Perkasa, Pemuda Umno turut akan mengadakan perhimpunan pada hari itu.
“Perkasa jangan cuba buat provokasi, jangan anggap orang yang turun ke jalanan adalah orang tidak bertamadun.
“Berdasarkan sejarah, demonstrasi yang dianjurkan PAS tidak pernah berlaku kekecohan dan pada himpunan Bersih yang lalu ia berjalan dengan aman dan tidak ada satu pasu pun yang pecah,” kata Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman.
Beliau menegaskan Perkasa yang diterajui Datuk Ibrahim Ali harus menjaga tingkah laku dan mendisiplinkan ahli pada perhimpunan itu.
“Perkasa ini tidak ramai, mereka hanya cakap... kita tunggu dan lihat nanti dan saya minta Perkasa jaga ahli dan disiplinkan ahli dulu,” katanya.
Tambah Mohd Khairuddin, pihaknya akan menggerakkan seramai 50,000 ahli untuk sama-sama menyertai himpunan Bersih 2.0.
“Kita ada 72,000 ahli di Selangor, kita telah arahkan 50,000 ahli daripada 72,000 untuk turun.
“Pesuruhjaya PAS Selangor (Dr Abdul Rani Osman) telah arahkan saya keluarkan arahan kepada ahli untuk sama-sama turun pada himpunan Bersih 2.0 nanti,” katanya.
Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakkan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007.
PAS telah berjanji akan menggerakkan 300,000 peserta untuk menyokong perhimpunan itu untuk mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya adil dan bebas pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.
Perkasa juga akan mengadakan perhimpunan balas bagi membantah penganjuran himpunan Bersih 2.0.
Tambah Mohd Khairuddin, ahli PAS yang turun menyertai himpunan Bersih 2.0 tidak perlu bimbang sekiranya ditahan kerana pihaknya akan menyediakan khidmat guaman.
“Mana-mana ahli kita yang ditahan, PAS pusat akan menyediakan khidmat guaman mereka dari hari ditahan sehingga dibawa ke Mahkamah Rayuan secara percuma,” katanya.
Tambah beliau, mana-mana ahli yang akan menyertai himpunan Bersih 2.0 perlu menggunakan perkhidmatan masing-masing kerana pihaknya tidak menyediakan bas.
“Tak pernah jadi strategi kita naik bas. Ahli kita faham bagaimana.
“Nanti kalau ada sekatan jalan raya habis kita,” katanya.
Bersih yang terdiri daripada gabungan 62 badan bukan kerajaan (NGO) yang menuntut keadilan dan pilihan raya adil dan bersih.
sumber...TMinsider
Monday, June 20, 2011
SPR Kambeng Hitam, Siapa tuan kambeng?
kah kah kah..takkanlah tadak tuan kambeng pulak..kalu kambeng 'gurun' yang duduk dalam bukit atau kawasan gunung tu tau lah memang tadak tuan pun.
ini kambeng itam duduk kat putrajaya beb..pasti ada tuanya..kah kah kah..
mamak ke tuan kambeng nie atau pun big mama?
boleh dibuat lauk untuk sambut menantu dari kazakhstan gohead goestan..kah kah kah
Jangan jadikan SPR sebagai kambing hitam: Abdul Aziz
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang bercadang mengadakan demonstrasi jalanan haram pada 9 Julai supaya tidak menjadikan SPR sebagai kambing hitam.Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR bersedia mengadakan pertemuan dengan kumpulan itu dengan syarat perhimpunan haram itu tidak diadakan.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan kumpulan pengacau itu yang tetap berdegil untuk mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini, walaupun dikecam pelbagai pihak.
Kumpulan itu menuntut lapan perkara untuk memastikan pilihan raya telus dan bersih tanpa sebarang penyelewengan, iaitu membersihkan senarai undi, reformasi kepada undi pos, guna dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
Abdul Aziz berkata, jika benar kumpulan itu memperjuangkan demokrasi, ia boleh terus berbincang dengan SPR dan mengemukakan permohonan dengan cara baik.
"Ini bukan caranya, jangan guna SPR sebagai kambing hitam. Ini kata SPR tidak demokrasi, tidak bersih, membantu dan menyokong kerajaan. Tetapi buktinya (keputusan) pilihan raya umum dan pilihan raya kecil tidak begitu.
"Jika pengundi suka pembangkang, menang pembangkang, banyak buktinya. Jadi, apa sebenarnya tujuannya? Saya fikir kami berlaku adil dan saksama," katanya.
Pengerusi SPR itu menjelaskan pihaknya mengadakan pertemuan dengan Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasandan dan ahli-ahlinya pada penghujung tahun lalu dan mereka menerima dengan baik penjelasan SPR berhubung perkara-perkara yang dibangkitkan.
Katanya, lapan perkara itu juga telah diperjelaskan oleh beliau di media sebelum ini yang antaranya memerlukan pindaan undang-undang dilakukan terlebih dahulu.
"Mereka (BERSIH) mahu berjumpa saya sekali lagi pada Mac atau April lalu, tapi pada masa itu, kita (SPR) sibuk dengan beberapa pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri Sarawak.
"Jadi, saya kata tak boleh kerana saya sibuk sangat, dan mencadangkan mungkin lain kali. Lepas itu, senyap dan tiba-tiba dengar nak buat perhimpunan," katanya.
Abdul Aziz berkata, beliau berpendapat kumpulan itu mempunyai agenda lain dan bukan hanya membabitkan isu ketelusan SPR.
"Saya fikir kumpulan ini bukan bukan seperti pertubuhan bukan kerajaan yang sepatutnya, saya fikir kumpulan itu telah dipengaruhi oleh parti politik (tertentu).
"Mereka tidak lagi berkecuali, tidak lagi bebas, ia dipengaruhi oleh sesuatu kumpulan, tanpa sokongan kumpulan-kumpulan itu, Bersih tidak ada apa-apa," katanya.
sumber...BERNAMA
KJ Belasah Ibrahim Ali panglima jihad
Ibrahim Ali tidak wakili suara orang Melayu: Khairy
KUALA LUMPUR, 20 Jun – Kenyataan bersifat ‘rasis’ dibuat Datuk Ibrahim Ali khususnya terhadap kaum Cina ketika satu majlis anti-Bersih 2.0 semalam tidak menggambarkan keseluruhan pendirian orang Melayu, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini.
“Saya hanya mahu orang ramai mengetahui bahawa ini adalah pandangan seorang Ahli Parlimen yang tidak mewakili majoriti kaum Melayu.
“Kami adalah kaum berhati mulia, kami tidak melanggan pandangan ini,” kata Khairy (gambar) kepada pemberita di sini hari ini.
Sehubungan itu, Khairy menggesa agar dikenakan tindakan ke atas Presiden Perkasa itu.
“Apa yang beliau kata sangat bahaya... sekurang-kurangnya apa yang boleh dilakukan ialah adakan siasatan dari segi hasutan,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau.
Terdahulu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan Umno seolah-olah menunjukkan warna sebenar parti itu bahawa ia hanya berkepentingan untuk satu kaum apabila membenarkan ugutan ala Nazi disampaikan oleh Ibrahim dan Perkasa yang diwakilinya semalam.
“Dengan keengganan parti tersebut untuk mengambil tindakan, Umno bersalah atas sokongan terhadap Perkasa dan pendirian parti itu.
“Malah, ia amat jelas sejak sekian lama, sebagaimana ditunjukkan oleh Umno yang kurang mengambil tindakan terhadap kes-kes seperti demonstrasi seperti protes kepala lembu pada 2009 dan pelbagai ucapan pemimpin mereka yang menyamakan kaum India dengan pengemis dan wanita Cina sebagai pelacur,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Semalam, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas bersama 164 badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan “perang” terhadap Himpunan Bersih 2.0 dengan membakar gambar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Datuk Ambiga Sreenevasan dan memberi amaran kepada kaum Cina agar jangan keluar pada 9 Julai ini atas alasan “apa sahaja boleh berlaku.”
Ibrahim menegaskan, perhimpunan anti-Bersih 2.0 yang bakal diadakan serentak akan diteruskan dan beliau tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insiden tidak diingini.
“Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara... jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan.
“Ya, apa sahaja boleh berlaku. Dan, saya minta agar polis mengambil apa sahaja tindakan dan gunakan kuasa mereka untuk bertindak,” katanya semasa melancarkan Gerak Aman semalam.
Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007.
PAS telah berjanji akan menggerakkan 300,000 peserta untuk menyokong perhimpunan itu untuk mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya adil dan bebas pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.
sumber...TMinsider
Saturday, June 18, 2011
Anak perempuan Najib bertunang tadi malam

Kenapa wisma Putra menafikan sebelum ini?
2011/06/17Majlis pertunangan pasangan itu diserikan dengan kehadiran keluarga serta rakan mereka, selain orang kenamaan dari Malaysia dan luar negara.Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, berkenan menghadiri majlis itu.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Tun Abdullah Badawi, Menteri Kabinet, timbalan menteri serta pegawai kanan Kerajaan Pusat dan negeri.
Hadir sama, ibu Najib, Tun Hajah Rahah Mohamad Noah.
Kenamaan asing yang hadir termasuk Putera Mahkota Abu Dhabi, Jeneral Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan dan isteri, Sheikha Salam Hamdan Al Nahyan, serta Pengerusi Medina Council, Putera Saud Abdulaziz Al-Saud.
Nooryana Najwa, 22, adalah lulusan School of Foreign Service, Universiti Georgetown, Amerika Syarikat, sementara Daniyar, 22, menamatkan pengajian di Universiti Columbia, New York.
Pasangan itu bertemu ketika menuntut di Amerika Syarikat.
Friday, June 17, 2011
Himpunan Pemuda Umno pun haram, kata Hishamuddin

Hishamuddin dah mati akal
KUALA LUMPUR, 17 Jun — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein sekali menegaskan mana-mana perhimpunan tanpa permit dianggap haram termasuk protes yang dirancang oleh Pemuda Umno untuk membantah Himpunan Bersih 2.0.
Semalam, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya memutuskan untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini untuk “memperkukuh sistem demokrasi”.
Himpunan Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang menuntut pilihan raya yang adil dan bebas turut diadakan pada hari sama.
Selain itu, Perkasa juga mahu mengadakan perhimpunan balas menentang himpunan Bersih 2.0.
Hishammuddin (gambar), bekas ketua Pemuda Umno berkata, keputusan sayap pemuda parti Melayu itu tidak mewakili keseluruhan pendirian parti.
“Bila ia tiba tidak kisah sama ada saya bekas ketua Pemuda atau tidak. Mereka harus berdepan dengan akibat daripada tindakan itu... dan ia semata-mata pendirian Pemuda,” kata Naib Presiden Umno kepada pemberita.
“Mereka akan berdepan dengan polis. Saya berharap mereka melakukan perkara sama. Kami melihat ia dari sudut yang sah dan tiada sesiapa yang akan terlepas dari undang-undang,” tambah beliau.
Jika semuanya menjadi kenyataan, maka tiga kumpulan itu akan bertembung pada hari dan berarak ke Istana Negara.
Setakat ini, pihak polis telah menyatakan bahawa tiada permit akan dikeluarkan bagi perhimpunan Bersih 2.0 dan Perkasa.
Pakatan Raktyat dan aktivis parti telah bersedia menggerakkan Himpunan Bersih 2.0, yang mana ia pertama kali diadakan pada 2007 dan dilaporkan kira-kira 50,000 orang telah berkumpul di ibu negara, polis telah menyuraikan perhimpunan itu dengan menyembur gas pemedih mata dan meriam air.
PAS berjanji akan menggerakkan 300,000 peserta tahun ini dan berharap sokongan kepada Pakatan Rakyat pada piliha raya umum ke-13 yang dijangka akan diadakan dalam tahun ini.
sumber...the malaysianinsider
Tuesday, June 7, 2011
Nak tergelak aku Umno sedih pemimpin PAS tak mahu perpaduan Melayu
UMporNO sedih pemimpin PAS tak mahu perpaduan Melayu, kata Mukhriz
kah kah kah..masa hangpa kuat awat tak ajak Pas duduk sekali..
oii..taktik teriak keling hangpa orang dah tau lah...kah kah kah
cukop cukop la dengan taktik lama tu..dah kantoi pun..apa nama apa nama?..Dah Lama Dah..kah kah kah
KUALA LUMPUR, 7 Jun — Datuk Muhkriz Mahathir melahirkan rasa tidak gembira partinya dengan pendirian kepimpinan baru PAS yang tidak berminat dengan idea perpaduan Melayu, sambil menekankan parti itu berdegil “untuk memecahbelahkan orang Melayu demi kepentingan sendiri.”
Bagaimanapun timbalan pengerusi Umno Kedah itu melahirkan keyakinan Barisan Nasional (BN) boleh mengatasi PAS meskipun mereka ada barisan kepimpinan baru khususnya di Kedah.
“Kami gembira kerana kami merasakan ada peluang lebih baik dengan barisan baru ini.
“Keduanya, kami tidak gembira kerana jika mereka tidak mahu perpaduan dan ia tidak akan berlaku... ini kerana mereka degil dalam memecahbelahkan Melayu bagi kepentingan mereka sendiri, dan sedih untuk melihat perkara ini berlaku,” katanya.
“Dari sudut perpaduan, saya merasakan mereka telah mengetepikan idea (perpaduan),” kata Mukhriz (gambar) yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Industri.
Kelmarin, meskipun PAS terus menolak kerjasama dengan Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi bahawa pintu komponen BN itu masih terbuka kepada parti Islam tersebut untuk membentuk kerajaan perpaduan.
Timbalan presiden Umno itu berkata, idea berkenaan adalah demi Islam, bukan kerana kepentingan politik.
Dalam ucapan dasarnya Jumaat lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendirian partinya akan terus bersama Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 meskipun dihujani siri pelawaan dan jemputan daripada kepimpinan Umno sepanjang tiga tahun lalu.
“PAS akan bersama dengan rakan dalam Pakatan Rakyat untuk menggerakkan agenda perubahan sebagaimana yang dipersetujui dalam dokumen Dasar Bersama Pakatan Rakyat, yang sudah diperbahas dan diterima oleh PAS,” kata beliau.
Kata Hadi, ia melibatkan satu paradigma baru pendemokrasian, suatu islah menyeluruh dalam sistem pemerintahan dan urus tadbir negara.
“Perubahan ini tidak memberi sebarang makna sekiranya tidak melibatkan reformasi spiritual dan kesejahteraan fikiran rakyat,” katanya.
Sejak pilihan raya umum 2008, PAS menerima pelawaan demi pelawaan sama ada secara langsung daripada Umno sendiri ataupun daripada pihak-pihak yang pro-Umno termasuk beberapa tokoh agama agar ia meninggalkan Pakatan Rakyat untuk bersama BN atau berganding dengan Umno.
Idea itu termasuk membentuk kerajaan perpaduan bersama Umno.
sumber...the malaysianinsider
Tuesday, May 31, 2011
Najib dan Rosmah mesti hadir ke Mahkamah
Fitnah II: Peguam tetap heret Najib, Rosmah ke mahkamah
Peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor bagi memberi keterangan di mahkamah dalam kes Fitnah II.
Menurut Sankara Nair, kedua-dua individu itu akan dipanggil apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersidang semula pada 6 Jun hingga 30 Jun depan.
Namun, Sankara berkata pihak polis menyukarkan usaha pihaknya untuk memanggil perdana menteri dan isterinya bagi memberi keterangan.
Menurut Sankara, pasukan peguam Anwar sudah memberikan notis untuk memanggil Najib pada 16 Mei lalu tetapi sehingga kini, selepas dua minggu berlalu polis masih lagi tidak membenarkan Najib disoal siasat peguam Anwar.
“Pihak polis belum buat apa-apa persiapan walau pun kami dah beri notis 16 Mei lalu,” kata Sankara kepada keadilandaily.com
Najib Razak adalah antara saksi yang mahu dipanggil ke mahkamah oleh peguam Anwar kerana pernah menemui pengadu, Saiful Bukhari Azlan dua hari sebelum dia membuat laporan polis memfitnah Anwar.
Najib sebelum ini memberikan alasan Saiful bertemunya atas urusan biasiswa sedangkan Saiful sebenarnya adalah pelajar yang gagal menamatkan pengajian di sebuah universiti swasta.
Selain Najib dan Rosmah, peguam juga akan memanggil bekas atlet negara yang juga pembantu peribadi Rosmah, Datuk Mumtaz Jaafar, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional, Ezam Mohd Nor.
Pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mac lalu, Pegawai Penyiasat Jude Pereira membuat kejutan apabila mengaku mengambil keterangan Najib dan isterinya berhubung kes berkenaan.
Saiful Bukhari dalam keterangannya turut mengaku bertemu Najib yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri tetapi menafikan berjumpa Rosmah.
Sebaliknya Saiful mengaku pernah bertemu Mumtaz Jaafar di kediamannya. Beliau juga mengaku bertemu Ezam Mohd Nor antara tengah malam 27 Jun dan awal pagi 28 Jun, sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14411
Monday, May 23, 2011
Khairy pun dah pakai ayat Aduka Taruna kah kah
'Jangan sibuk langgar semua dalam parti'
GEORGETOWN – Ahli UMNO digesa untuk menolak kepentingan pemilihan dalam parti kerana hidup mati UMNO bergantung pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, keutamaan pada masa ini bukan soal pemilihan parti sebaliknya PRU-13.
Menurutnya, jika UMNO tersungkur pada pilihan raya akan datang, beliau sendiri tidak tahu bagaimana parti itu akan bangkit semula daripada kekalahan kedua selepas kalah dalam PRU-12.
“Majlis Tertinggi UMNO menangguhkan pemilihan parti kepada 18 bulan, bagi memastikan kita dapat memberi tumpuan pada PRU-13. Tak guna rebut jawatan dalam parti, kita lawan sesama sendiri malah ada yang anggap ‘perang’ dalam UMNO lebih dahsyat berbanding pilihan raya sebenar.
“Jangan sibuk hendak langgar semua dalam parti,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanjung di sini, semalam.
sinar
p.s.....KJ duk rasa umno dah nak kena bungkus lagi dalam PRU gamaknyer..
Tuesday, May 17, 2011
Buat apa Najib jumpa Ketua Hakim Negara selama 6 jam?
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, didakwa bertemu Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Tun Azmi baru-baru ini, yang dikatakan mempunyai hubungkait dengan keputusan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penulis politik dan juga Ketua Editor akhbar Siasah, Sayuti Omar di dalam blognya memberitahu, pertemuan tersebut didedahkan seorang tokoh dan juga bekas pemimpin kanan negara.
Pertemuan itu tulis sayuti, berlaku selama enam jam dan mempunyai kaitan dengan keputusan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah semalam, yang memutuskan supaya Anwar membela diri dalam kes fitnah liwat yang dihadapinya.
“Bohong dia (tokoh itu) bohonglah saya. Tetapi dengan ketokohan dan kredibiliti yang ada kepada sang tokoh ini saya percaya dia tidak berbohong. Sebelum ini pun banyak maklumat sulit yang beliau perolehi, baik disebut atau tidak ternyata benar.
“Hubungan beliau sebagai bekas pemimpin kanan negara juga meletakkan dirinya sebagai berstatus boleh dipercayai. Berpandukan kepada track rekodnya tahap kebolehpercayaan itu melebihi 90 peratus dan lebih baik dari Dr Mahathir,” tulis beliau.
Tan Sri Zaki Tun Azmi
Tulis Sayuti, menurut tokoh berusia lebih 70 tahun itu, pertemuan itu diatur sebelum Najib berlepas ke luar negara baru-baru ini.
Namun tokoh berkenaan tidak menyebut di mana pertemuan itu berlaku samada di pejabat Perdana Menteri atau di tempat lain.
Sayuti berkata, tokoh itu juga memberitahu adalah menjadi amalan biasa apabila Perdana Menteri bertemu individu penting seperti Ketua Hakim Negara atau Ketua Polis Negara sebelum berlepas ke luar negara.
Namun kata tokoh berkenaan tempoh pertemuan selama enam jam itu terlalu lama dan beliau yakin pertemuan itu membawa tujuan dan maksud yang besar.
Selain itu, Sayuti berkata, beliau juga difahamkan Najib turut berbincang mengenai blogger, Raja Petra Kamaruddin dan beberapa perkara lain.
Ia berhubung kemungkinan Raja Petra tidak dikenakan apa-apa tindakan undang-undang selepas dikatakan berpaling tadah dan ‘menjilat segala ludahnya’ selama ini.
KD










