Followers

Showing posts with label doktor mahathir. Show all posts
Showing posts with label doktor mahathir. Show all posts

Wednesday, April 4, 2018

PRU14: Anwar Hargai Pengorbanan Mahathir



PRU14 | Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menyatakan pujian terhadap bekas seteru politiknya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam satu kenyataan media hari ini tokoh yang disebut-sebut sepatutnya menjadi perdana menteri ketujuh Malaysia itu berkata, Dr Mahathir kini sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk bersama sebahagian besar pembangkang demi menjala perubahan dalam negara.

"Saya ulangi penghargaan saya terhadap kesediaan Tun Dr Mahathir mengorbankan masa dan tenaga bersama Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk menjana perubahan di dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14," katanya yang membuat kenyataan itu semasa hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Bekas timbalan perdana menteri dan orang kepercayaan Dr Mahathir itu berada di mahkamah bagi menghadiri saman beliau terhadap TV3.

Anwar menyaman stesen televisyen berkenaan berhubung laporan mereka mengenai insiden pencerobohan rakyat asing di Lahad Datu pada 2013.

HARAPAN menamakan Dr Mahathir, 92, sebagai calon perdana menteri jika mereka dapat mengetepikan BN daripada kerajaan pada PRU akan datang.

Untuk tempoh berbelas tahun Dr Mahathir dan Anwar menjadi seteru ketat ekoran penyingkiran tokoh dari Cheruk Tok Kun, Pulau Pinang itu pada 1998.

Bersama selamatkan negara

Bagaimanapun kedua-dua mereka kembali berdamai atas dasar pakatan politik bagi menghadapi BN.Dr Mahathir ialah pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang baru ditubuhkan pada Sept 2016 dan menjadi pertubuhan paling bongsu dalam HARAPAN.

Sebelum ini Anwar adalah calon perdana menteri di kalangan hampir semua parti pembangkang. Ekoran pemilihan Dr Mahathir, HARAPAN turut menamakan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon timbalan perdana menteri.

Kata Anwar HARAPAN menonjolkan Dr Mahathir sebagai pemimpin selepas mengambil kira pengalaman dan sumbangan beliau kepada negara.

Lebih daripada itu kata Anwar Dr Mahathir dipilih kerana kesediaan beliau menerima agenda perubahan yang dibawa HARAPAN.

"Selamatkan Malaysia daripada cengkaman pemerintahan autoktratik Umno dan BN," katanya.Anwar juga menjelaskan peluang yang ada kini adalah ruang paling baik untuk semua pihak bergabung dengan rakyat bagi mengubah kerajaan.

"PRU ke-14 adalah kesempatan terbaik untuk semua kekuatan rakyat digabung bagi meletakkan pemerintahan yang komited menentang rasuah, penyelewangan dan meletakkan Malaysia sebagai negara demokratik dan adil," katanya.

sumber...mKini

Tuesday, July 14, 2015

Usaha Mahathir Jatuhkan Najib Sia-Sia - kata Anwar



Usaha menukar kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dianggap sia-sia jika tidak disusuli proses perubahan yang menyeluruh, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas Anwar, beliau yakin gerakan yang diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Najib gagal membawa perubahan yang sebenar.

"Usaha menukar Datuk Seri Najib yang dikepalai Tun Mahathir tanpa reformasi sebenar, hanya akan memuaskan kelompok-kelompok kroni mereka. Ia tidak akan membawa perubahan sebenar buat rakyat.

"Perubahan yang menyeluruh dalam kerajaan dan pentadbiran negara amat diperlukan. Kita pernah lalui proses yang sia-sia di mana pimpinan ditukar, tetapi sistem yang korup dan usang masih tidak berubah.

"Kita tidak perlukan penyelesaian sedikit demi sedikit, tetapi komitmen serius kepada reformasi dan penghapusan rasuah," katanya.

Melalui perutusan melalui peguamnya pada Selasa, Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun berkata perubahan menyeluruh perlu dilaksanakan di agensi utama seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara dan polis bagi membanteras amalan rasuah.

"Dari sebalik tembok besi ini, saya berasa amat bimbang dan risau buat tanah air kita.

"BN mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas keadaan yang kita hadapi sekarang ini. Amalan rasuah, salahguna kuasa, keangkuhan dan tatakelola yang teramat teruk telah menyebabkan Malaysia jadi begini," katanya.

Selain itu bekas Ketua Pembangkang tersebut turut menggesa supaya kerajaan melakukan reformasi terhadap sistem pilihanraya dan memansuhkan Akta Hasutan.

sumber...Mstar

Wednesday, July 8, 2015

Kes Rembat Duit: Najib Akan Dedahkan Akaun Peribadi ??



Tunjuk akaun bank kamu, kata Dr M pada Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak boleh menangani segala dakwaan kontroversi bahawa beliau telah mengambil AS$700 juta (RM2.6 bilion) dana kerajaan, dengan hanya perlu menunjukkan akaun banknya, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Apabila orang buat dakwaan terhadapnya tentang sesuatu, beliau berkata ia adalah satu komplot, karut, ia tidak benar.

"Buktikan bahawa ia tidak benar. Sangat mudah untuk beliau membuktikan ia tidak benar.

"Beliau mempunyai akaun-akaun bank, apa yang beliau perlu buat ialah berkata: 'Anda periksa akaun saya, anda lihatlah," kata Dr Mahathir dalam temu bual dengan BBC UK yang disiarkan hari ini.

Jumaat lalu, Wall Street Journal (WSJ) melaporkan dakwaan bahawa AS$700 juta dana 1MDB telah didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib di Ambank.

Najib telah menafikan bahawa beliau telah mengambil dana kerajaan untuk kepentingan peribadi dan menuduh Mahathir "bekerjasama" dengan pihak asing untuk mewujudkan satu krisis politik.

Beliau juga menuduh Mahathir mahu menjatuhkannya kerana beliau tidak memenuhi kehendak bekas perdana menteri itu.

Bagaimanapun, Mahathir berkata penafian semata-mata adalah tidak mencukupi.

"... Anda kata anda menafikannya, tapi marilah kita tengok akaun-akaun tu," katanya.

[Baca berita penuh/asal]


Saturday, December 10, 2011

Kesah MAMU Menghalau MAMI Keluar Rumah

Pada suatu ketika keluarga DKK hidup senang lenang dengan menglembukan sekalian pengikut mereka.

Tetapi keadaan itu tidaklah lama berpanjangan kerana sekalian pengikut mereka yang taat lagi taksub telah sedar siapakah gerangan Mamu dalam istilah india muslim(Pakcik) dan Mami (Makcik).

Kisah bermula setelah satu modal berkapasiti RM250 Juta telah disalahgunakan oleh Mami.Mami tidaklah gunakan duit itu membeli Cincin Yahudi tetapi mami hanya menggunakan duit itu untuk membeli kereta lembu berlambangkan 3 kaki atau orang kampung kata cap Bintang.

Selain itu Mami gunakan untuk pergi menunaikan Umrah, melancong sikit sikit ke negara lain dan membeli sebuah Condo untuk menempatkan lembu lembu yang baru katanya.
Tembelang Mami akhirnya bocor apabila pihak Audit Syarikat merekodkan pembelian yang dibuat oleh Mami adalah Tidak Munasabah .

Akhirnya Mamu yang sudah lanjut usia menghalau Mami keluar dari rumah mereka lantas tembelang Mami telah memalukan keluarga mereka di kampung yang amat seronok itu.

NFC: Shahrizat patut undur sebelum dihalau, kata Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sewajarnya berundur daripada politik berhubung kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarganya, jika ia perlu bagi membantu partinya.

Bekas perdana menteri berkata, Ketua Wanita Umno (gambar) itu perlu meninggalkan sebelum “dihalau” keluar oleh partinya.

“Jika kita merasakan ia adalah penting demi parti, kita berundur. Ketika saya hendak berundur, saya tidak bertanya sesiapa.

“Saya berharap yang lain akan berbuat begitu. Jangan tunggu orang menghalau anda keluar. Ya, ukur baju di badan sendiri,” kata beliau ketika ditanya sama ada menteri bertaraf senator itu wajar berundur ekoran isu berkenaan.

Shahrizat, bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai mendapat sokongan daripada kedua-dua sayap Pemuda dan Wanita Umno ketika perhimpunan agung tahunan minggu lalu selepas menafikan wujud salah guna kuasa dalam projek berkenaan yang menggunakan dana awam RM250 juta.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin dua kali menggesa Shahrizat agar meletakkan jawatan.

Ketua Umno Cheras juga menggesa beliau berundur.

sumber...TMi

Thursday, December 1, 2011

Siapa Pemimpin Umno Nak "Main Belakang" Najib Rosmah ??

Adakah komplot Muhyiddin-Mahathir seperti yang diperkatakan orang

Di sebalik spekulasi mengenai pilihan raya umum ke-13, Datuk Seri Najib Razak mengingatkan ahli-ahli Umno agar taat dan setia kepada parti, dan sama sekali “jangan tikam dari belakang dan jangan pulak main belakang.”

Berucap menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno 2011 hari ini, Presiden Umno berkata, ahli-ahli Umno adalah mereka yang taat dan setia kepada parti dan tidak akan sekali-sekali mengkhianati parti.

“Kita faham, adalah lumrah dalam sesebuah parti, mesti timbul perbezaan pendapat. Apa yang penting, kelainan pandangan itu, seharusnya membawa rahmat dan bukannya mengundang mudarat. Dalam berijtihad pula, orang Umno harus mencipta kebaikan untuk parti,” kata beliau dalam ucapannya dilihat mahu mempersiapkan ahlinya menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Najib (gambar) berkata beliau mahu ahli-ahli Umno menjadi pengikut seperti Khalid al-Walid yang taat mengundur diri sebagai panglima perang apabila diarahkan oleh Khalifah dan hanya ikut serta sebagai soldadu biasa.

“Sekalipun sedang berada dikemuncak karier, menurut sejarahnya tidak pernah kalah perang,” katanya lagi.

“Seterusnya, Usamah bin Zaid, seorang anak muda belasan tahun yang setia menurut arahan mengepalai pasukan tentera Islam walaupun bukanlah seorang panglima yang berpengalaman di medan perang.

“Inilah dia, watak, dan keperibadian pejuang sejati yang kita inginkan dalam susuk diri orang-orang Umno,” kata beliau sambil menambah, “bercakap tentang taat setia juga, kita tak mau, bila depan kita disuruh angguk, dia angguk, disuruh geleng, dia geleng. Tapi di belakang lain pulak halnya.”

sumber...TMi

Friday, September 16, 2011

‘Mahathir ‘mastermind’ jatuhkan Najib’


Tun Mahathir memberi mesej bahawa Najib Tun Razak juga bukan merupakan 'calon boleh menang' dan secara tidak langsung merupakan liabiliti kepada Umno-BN.

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Dato’ Mahfuz Omar menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘mastermind’ yang berperanan untuk menjatuhkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau merujuk kepada kenyataan mantan perdana menteri itu semalam yang menasihati Najib agar pilihan raya umum (PRU) ke-13 dilewatkan bagi meneliti semula senarai ‘calon-calon yang boleh menang’.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata nasihat Mahathir itu memberi mesej bahawa Najib juga bukan merupakan ‘calon boleh menang’ dan secara tidak langsung merupakan liabiliti kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).
“Umno-BN berhadapan isu calon dan parti…..malah semalam Mahathir bagi mesej jelas bahawa Najib juga bukan calon yang dilihat boleh menang apabila menasihatkan Perdana Menteri itu untuk melewatkan PRU ke-13.

“Najib liabiliti bagi BN. Ini diakui golongan dalaman Umno yang cuba memberi tekanan kepada Najib untuk berundur sebelum PRU.
“Mahathir ‘mastermind’ Umno. Saya bimbang ada kumpulan yang menjadi telunjuk Mahathir ini seperti gerakan yang dilakukan ke atas Tun Abdullah Ahmad Badawi dulu,” katanya dalam sidang media di Ibu pejabat PAS di sini hari ini.
Panel bebas
Dalam perkembangan lain, Mahfuz turut mencadangkan penubuhan sebuah panel bebas untuk mengkaji semula sejarah. Ini berikutan tercetusnya kekeliruan berhubung pandangan mengenai sejarah Malaya baru-baru ini.

Beliau berpendapat mana-mana pihak perlu bersikap terbuka berhubung kenyataan daripada Majlis Profesor Negara (MPN) bahawa Malaya tidak pernah dijajah.
“Saya tidak kata MPN itu benar tapi mungkin mereka ada fakta tertentu untuk menyokong hujah bahawa Malaya tidak pernah dijajah British.
“Mungkin betul, mungkin tidak…..maka kita perlu kembali kepada saranan Menteri Pengajian Tinggi (Datuk Seri Khaled Nordin) agar melihat kembali sejarah.
“Kita boleh panggil Mat Sabu (Mohamad Sabu) untuk kemukakan fakta sejarah dan bukannya timbulkan perdebatan politik untuk fitnah orang,” jelasnya.

Sementara itu, menyentuh mengenai cukai perkhidmatan yang dikenakan ke atas rakyat, Mahfuz mahu dasar percukaian kerajaan perlu diperbetulkan dan menurutnya, cukai dari lima peratus kepada enam peratus itu tidak wajar.
“Kenaikan cukai perkhidmatan itu merupakan isu besar yang menyebabkan pengguna menjadi tunggang langgang dan kerajaan perlu mengkaji semula fakta-fakta percukaian tersebut yang membebankan rakyat,” katanya.

sumber...FMT

Wednesday, September 14, 2011

Mamak Madey Lupa ada 4 negeri PR perintah

Tubuh kerajaan jika mahu tetapkan tarikh PRU bersama, Dr M nasihati Pakatan

oleh shanon teoh

PUTRAJAYA, 14 Sept — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hanya kerajaan semasa yang memerintah boleh memutuskan tarikh pembubaran Parlimen sambil menegaskan Pakatan Rakyat sendiri tidak akan berunding dengan Barisan Nasional (BN) mengenainya jikapun mereka membentuk kerajaan pada masa depan.

Bekas perdana menteri (gambar) memberitahu pemberita bahawa tiada di dunia adanya keputusan sedemikian dalam menentukan tarikh pilihan raya umum oleh kerajaan memerintah dan pembangkang secara bersama.

“Ia menjadi prerogatif kerajaan. Jika mereka mahu menentukan tarikh (pilihan raya), maka bentuk kerajaan terlebih dahulu. Apabila ia berlaku, adakah mereka akan berbincang dengan kita?” kata bekas presiden Umno ini di sini hari ini.

Di bawah sistem perlembagaan negara perdana menteri, mengikut kesesuaiannya dan budi bicara beliau, akan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen bagi membuka ruang kepada pilihan raya umum.

sumber...TMI

p/s.....4 negeri itu Selangor,Kelantan,Pulau Pinang dan Kedah Umno/Apco/BN perintah ke?

Monday, September 12, 2011

Bomoh Umno kena tibai

Mahathir merepek, kata Aziz Bari

Bahang polemik kemerdekaan negara kini berpindah kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula selepas beliau hari ini menyokong pendapat Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Zainal Kling bahawa Tanah Melayu tidak pernah terjajah.

Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari (kiri) berkata, sebuah portal berita membuat semakan dan menemui versi berbeza pendiriannya - yang dilapor merujuk zaman prakemerdekaan sebagai "zaman penjajahan British" dan "pemerintahan kolonial British".

"Mahathir merepek; lupa? Buat-buat lupa?" soalnya merujuk kepada ucapan Dr Mahathir ketika membentangkan Rang Undang-undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 .

Sehubungan itu, Dr Abdul Aziz yang juga pakar perlembagaan berkata, persetujuan Dr Mahathir dengan pandangan Dr Zainal menunjukkan bahawa kedua-dua mereka "putar alam".

"Agaknya apa yang TDM (Tun Dr Mahathir) kata hari ini menunjukkan yang mereka semua dalam denial syndrome (sindrom penafian).

"Ini bahaya sebab kalau depa betul-betul kalah nanti depa akan kata itu atas kertas saja. Depa akan terus memerintah," katanya lagi.

sumber...malaysiaKini

Friday, August 26, 2011

Harussani: Politik kotor Umno punca Melayu pecah, bukan kerana Anwar atau Pakatan


PKR: Politik kotor Umno punca Melayu pecah, bukan kerana Anwar atau Pakatan


KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan pendedahan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mengenai perpecahan Melayu membuktikan ia berlaku disebabkan “politik kotor” Umno, bukannya disebabkan faktor-faktor lain.

Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty, berkata, pendedahan Harussani juga membuktikan perpecahan Melayu bukan berpunca daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

“Beliau (Harussani) juga menyatakan bahawa demi menjaga perpaduan Melayu, pernah menasihati (Tun) Dr Mahathir Mohamad agar tidak memecat timbalanya ketika itu iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim serta membuat tuduhan liwat tanpa membawa empat orang saksi.

“Dengan kenyataan di atas, jelaslah bahawa apa yang ditanggapi sebagai perpecahan Melayu-Islam pada masa kini adalah berpunca dari permainan politik kotor para pemimpin Umno sendiri bermula dari Dr Mahathir,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, pendedahan yang dibuat Harussani itu juga membuktikan tuduhan liwat terhadap Anwar pada 1998 adalah fitnah dan konspirasi Dr Mahathir.

“Kenyataan Mufti Perak tersebut juga mengesahkan pendirian kita selama ini bahawa tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak sah dan fitnah semata-mata untuk menjatuhkan beliau sebagai pemimpin politik harapan orang Melayu-Islam.

“Adalah jelas bahawa pemecatan Anwar bukan kerana faktor moral tetapi konspirasi jahat Dr Mahathir dan para pengikutnya,” katanya.

Harussani dalam Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti di Shah Alam kelmarin berkata, beliau pernah cuba untuk bertemu dengan Dr Mahathir agar tidak memecat dan juga tidak mengenakan tuduhan liwat ke atas Anwar.

Beliau berkata pemecatan Anwar akan mengakibatkan perpecahan orang Melayu kerana Anwar mempunyai pengaruh yang besar.

Kata Muhammad, ekoran pendedahan Harussani itu rakyat perlu sedar dan menolak fitnah yang dilemparkan ke atas Anwar.

“Malah, semua yang cintakan keadilan perlulah bersama-sama bertanggungjawab dan bertindak untuk membela beliau dari segala kezaliman dan pembohongan berterusan sejak lebih satu dekad yang lalu.

“Kita menyeru pemimpin Umno supaya melakukan muhasabah diri dan menghentikan kezaliman ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim demi perpaduan seluruh masyarakat Malaysia. Kita berkeyakinan penuh bahawa selagi kezaliman terhadap Datuk Seri Anwar tidak dihentikan, isu perpaduan Melayu-Islam tidak akan dapat diselesaikan secara tuntas,” katanya.

Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno pada September 1998.

Kemudian beliau berhadapan dengan kes salah guna kuasa dan liwat.

Anwar, Ketua Umum PKR, menghadapi tuduhan liwat kali pertama pada 1998 yang dikaitkan dengan beberapa individu yang rapat dengannya seperti Azizan Abu Bakar dan Sukma Darmawan.

Anwar kini berdepan dengan satu lagi tuduhan liwat yang melibatkan pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan - kes masih dalam perbicaraan.

sumber...TMI


Tuesday, June 28, 2011

Minda Tertawan londeh mamak Madey al kutty

Kerakusan PM Mahathir didedahkan

Bukan sahaja dunia politik bergelora apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan Reformasi pada 1998, tetapi pergolakan antara kaum intelektual dan budayawan juga yang tidak kurang hebatnya. Bagaimanapun, dalam tempoh lima tahun kemudiannya - yang dilabelkan sebagai zaman getir dan pahit - golongan inilah yang dilihat sebagai 'tidak berguna', sekali gus mengumpul pelbagai gelaran negatif. Dalam Minda Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa, penulis Raja Ahmad Aminullah mengambil tindakan berani merekodkan semua gelaran itu, termasuklah pengampu, 'pahlawan kesiangan', laih, terkembiri dan terpalit dengan 'sindrom cium tangan'. "Sebenarnya terlalu ramai golongan intelektual apatah lagi yang disebut 'era reformasi' 1998-2003 memilih apa yang dianggap mereka sebagai jalan selamat tapi sebenarnya merupakan suatu penzaliman terhadap ilmu yang mereka miliki," tulisan dalam bab "Ruang Ketiga" itu dipetik. Raja Ahmad - yang terkenal sebagai aktivis budaya dan pemilik galeri seni rupa terkenal di ibu negara - merumuskan, walaupun wujud gelombang subterranean (bawah tanah) melalui muzik, teater dan penulisan, golongan itu dipinggirkan di arus perdana. Malah, tambahnya, bagi sebahagian ahli politik, ia dianggap sebagai "bahan bakar" dan "ramuan" apabila diperlukan. Dalam buku setebal 127 halaman itu, Raja Ahmad bagaimanapun nampak segan-segan menyebut secara langsung pihak yang dikritianya. Oleh yang demikian, membaca koleksi esei-esei budaya ini menyebabkan kita sering terjumpa pihak yang hanya dirujuk sebagai "bekas menteri itu", "seorang teman" dan "penceramah agama dan motivasi itu".

Fenomena 'jangan petik saya'

Dengan gaya santai, Raja Ahmad banyak mengungkapkan kebisuan golongan budayawan dan intelektual melalui kisah dan anekdot ringkas bagi menggambarkan budaya takut pada masa itu. Antaranya, beliau merakamkan sifat kritikal golongan itu yang gundah dengan perkembangan politik semasa tetapi ironisnya sering pula mengakhiri perbualannya dengan kata-kata "don't quote me"(jangan petik saya). Bagi Raja Ahmad, kumpulan itu lebih bertindak sebagai "pengumpul rungutan" daripada membentuk dasar, menulis buku atau mengimarahkan wacana. Beliau sampai kepada kesimpulan itu apabila menghadiri sesi perbincangan semasa Pesta Buku Antarangsa Kuala Lumpur pada tahun 2005 yang didominasi pesara penjawat awam. Ketika membincangkan tentang relevansi karya sastera klasik Melayu, bekas pegawai kerajaan yang hadir mengambil peluang "menyenaraikan rungutan" terhadap orang politik, jabatan awam, agensi budaya dan orang muda. "Soalan yang saya rasa mendesak untuk keluar daripada halkum saya ialah: apakah yang telah mereka lakukan sewaktu menjawat jabatan-jabatan kanan di agensi-agensi dan jabatan-jabatan tersebut," Raja Ahmad dipetik sebagai berkata. Bagaimanapun, di sebalik kisah-kisah negatif itu, Raja Ahmad juga tidak lupa menyanjung tokoh akademik, antaranya seorang bekas naib canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dikatakan dituntut letak jawatan kerana menyindir menteri.

Profesor sindir menteri disingkir

Semuanya hanya gara-gara profesor itu Dr Zohadie Bardaie dikatakan membaca pantun Sasterawan Negara Usman Awang dalam majlis makan malam universiti yang berbunyi: "Siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong, lama-lama jadi menteri". Bagaimanapun, membicarakan pergolakan antara 1998 hingga 2003, tidak lengkap tanpa menyentuh tentang Anwar dan perdana menteri pada waktu itu Tun Dr Mahathir Mohamad. Ini kerana, perseteruan dua tokoh penting ini dilihat sebagai pencorak utama kepada keadaan politik pada hari ini. Dalam buku ini, Dr Mahathir nampaknya dirakam sebagai antara penyumbang ke arah wujudnya "budaya takut" yang berpanjangan dalam masyarakat kita. "Selepas berakhir zaman tersebut, sebahagian mereka masih lagi termangu-mangu mengenangkan apa yang berlaku sekitar tahun 1998-2003 tersebut," tulisan dalam bab "Merentas Waktu" itu dipetik. Malah, Anwar yang dikatakan menjadi mangsa "tindakan aib" pula digambarkan mempunyai wilayah pengaruh yang tersendiri, bermula dar zaman gerakan pelajar sekitar tahun 1970-an sehingga jadi "pembantu setia" Dr mahathir sehingga tahun-tahun 90-an. "...pengaruh (Anwar) tetap ada walau tidak semestinya sama dengan pernyataan-pernyataan dan kenyataan politiknya," tulis Raja Ahmad lagi. Sama ada Anwar membuat comeback, Raja Ahmad tidak mampu memberikan jawapan pasti. Bagaimanapun, katanya, terserah kepada pada masa, keupayaan diri sendiri serta kesediaan kawan dan penyokongnya untuk terus percaya pada perjuangannya.

sumber...malaysiaKini