Followers

Thursday, June 23, 2011

Jamil Khir dan Mashitah sama sama kelentong


Zakat: Jamil cakap lain Mashitah cakap lain

PUTRAJAYA, 23 Jun – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menafikan laporan Harakahdaily yang kononnya wang zakat digunakan untuk membiayai yuran guaman beliau dan Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Ali.

Beliau berkata setiap kementerian mempunyai peruntukan bagi yuran guaman untuk kes-kes tertentu.

“Tidak timbul isu kononnya wang berjumlah RM32,000 yang didakwa wang zakat digunakan untuk membiayai yuran guaman bagi kes Qazaf membabitkan Jawi dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dipetik Bernama Online.

Semalam, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution mempersoal salah guna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sebanyak RM32,000.

Jumlah itu dikatakan dikeluarkan bagi membiayai yuran guaman Jamil Khir dan Che Mat.
Suara Keadilan Online pula melaporkan perkara itu didedahkan sendiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim mengakui yuran guaman Jamil Khir dan Che Mat dibayar dengan wang peruntukan berkenaan.

Kedua individu itu sebelum ini diambil tindakan mahkamah kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari Mohd Azlan dalam kes qazaf membabitkan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menyifatkannya sebagai pengkhianatan kepada amanah rakyat, Saifuddin berkata, Che Mat Ali yang juga merangkap Setiusaha Jawi telah memohon dan meluluskan sendiri penggunaan wang zakat berkenaan.

Justeru, beliau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dan Ketua Audit Negara menyiasat salahguna wang itu kerana individu yang sama memohon dan meluluskan peruntukan wang itu.

apa cerita pak menteri dan makcik timbalan menteri ni? mana satu yang betul!