Followers

Thursday, June 2, 2011

Kumpulan ulama dalam Muslimat Pas tewas


siti Zailah mendapat sokongan majoriti 358 undi daripada 650 perwakilan Muslimat manakala Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud memenangi jawatan timbalan.

Laporan Muktamar Muslimat PAS ke 51

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Yusoff hari ini diisytiharkan sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) sesi 2011-2013 sekaligus mengenepikan penyandang selama dua penggal berturut-turut ustazah Nuridah Mohd Salleh.

Siti Zailah yang juga sebelum ini Timbalan Ketua Muslimat PAS mendapat sokongan majoriti 358 undi daripada 650 perwakilan Muslimat yang hadir membuat pengundian tengahari tadi.
Manakala jawatan yang disandang Siti Zailah kini dimenangi oleh Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud dengan mendapat 437 undi sekaligus mengenepikan pesaingnya Wan Hasrina Wan Hassan.

Bagi Naib Presiden pula, jawatan itu dimenangi Senator Mumtaz Md Nawi apabila memperoleh 377 jumlah undi menewaskan tiga calon lain Mastura Mohamad, Dr Najihatussalehah Ahmad, dan bekas calon Dun Tenang Normala Sudirman
Perkara itu diumumkan Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat Datuk Wan Mutalib Embong selepas sesi penggulungan DMPP lewat petang tadi, namun mengambil keputusan untuk tidak mengumumkan jumlah undi yang diperoleh bagi calon yang tewas.

Sementara itu, Siti Zailah ketika ditemui pemberita berkata keputusan itu membuktikan Muslimat tidak ketandusan barisan kepimpinan yang berkaliber untuk menerajui PAS.
Beliau juga menolak spekulasi wujudnya pergeseran antara penyokongnya dengan Nuridah.
“Tiada siapa yang tewas, ini pertandingan adik beradik dan kami tiada sebarang pergaduhan,” katanya sambil mengucapkan penghargaan terhadap kepimpinan Nuridah sebelum ini.

Selain itu, 12 Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat sesi 2011-2013 yang baru ialah:

1) Aiman Athirah Al-Jundi
2) Aida@Nurul Huda Yusof Rawa
3) Dr Asiah Ali
4) Azizzah Khatib Mat
5) Dr Halimah Ali
6) Kartini Ahmad
7) Mastura Mohamad
8) Dr Najihatussalehah Ahmad
9) Normala Sudirman
10) Siti Ashah Ghazali
11) Wan Ubaidah Omar
12) Dr Rosni Adam

sumber...free malaysia today