Followers

Saturday, June 4, 2011

Adik Thaksin bakal PM Thailand

Yingluck (dua dari kiri) bergambar bersama-sama wanita Islam Thai ketika mengadakan kempen di sebuah masjid di Bangkok, semalam. - AFP

Yingluck dalam kedudukan pertama untuk kerusi PM Thailand

BANGKOK 3 Jun - Ketua Parti Pheu Thai, Yongyuth Wichaidit hari ini mengesahkan Yingluck Shinawatra, adik bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra bakal menjawat jawatan Perdana Menteri jika parti mereka menang pada pilihan raya umum negara ini kelak.

Yingluck kini berada di kedudukan pertama dalam senarai untuk Parti Pheu Thai untuk menjawat jawatan itu jika part itu menang, manakala Yongyuth pula di kedudukan kedua.

Namun, Yongyuth berkata, beliau tidak tidak akan menerima jawatan itu jika partinya menang.

Ketika temu bual eksklusif bersama The Nation hari ini, Yongyuth yang merupakan seorang daripada pembantu paling dipercayai Thaksin, menafikan akan menjadi satu lagi calon Perdana Menteri jika Yingluck tidak boleh menjawat jawatan itu.

"Jika kami membiarkan orang lain selain Yingluck menjadi Perdana Menteri, ia sama seperti menipu rakyat," katanya merujuk kepada kempen parti yang mempromosikan ahli perniagaan kaya itu untuk jawatan tertinggi negara ini.

"Saya 100 peratus yakin bahawa jika Parti Pheu Thai menang pada pilihan raya 3 Julai ini, Yingluck akan menjadi Perdana Menteri," tegasnya.

sumber... AGENSI