Coretan politik,sosial,ekonomi,agama dan lain lain lagi di Malaysia dan seluruh dunia. Sumber dari semua capaian internet. email greenblacks8@gmail.com
Followers
Wednesday, June 8, 2011
Nenek sakit atuk khalwat dengan janda muda
Pasangan warga emas ditangkap khalwat sama janda muda
Seorang datuk bercucu enam dan rakannya dicekup berkhalwat dengan seorang janda beranak dua di sebuah rumah sewa di Kampung Melung, Jalan Datuk Kumbar, di sini, awal pagi kelmarin.
Warga emas berusia 60 tahun yang juga anggota RELA dan rakannya berusia 50-an itu dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) kira-kira 1.30 pagi berdasarkan maklumat orang awam.
Rumah itu didiami keluarga dipercayai adik ipar kepada rakan anggota RELA berkenaan dan kesempatan itu digunakan dua lelaki terbabit untuk memadu asmara dengan wanita berusia 25 tahun itu dalam sebuah bilik.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIK, Syeikh Muhammad Suhaimi Salleh, berkata hasil pemeriksaan mendapati rumah itu didiami satu keluarga dan selepas diketuk berkali-kali, pintu rumah itu dibuka seorang penghuni yang membenarkan anggota penguat kuasa masuk membuat pemeriksaan.
Katanya, ketika pemeriksaan di sebuah bilik, seorang lelaki berusia 50-an yang hanya berkain pelekat tanpa baju membuka pintu dan terkejut melihat kehadiran anggota JAIK, tetapi dia memberi kerjasama membenarkan pemeriksaan lanjut dijalankan.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut menemui lelaki warga emas yang mendakwa dia anggota RELA yang bertugas di sekitar bandar raya ini dan seorang wanita yang hanya berkemban sedang nyenyak tidur di atas tilam.
“Hasil soal siasat mendapati warga emas terbabit dan rakannya mengaku baru mengenali wanita itu ketika bersiar-siar di Dataran Paris, Lebuh Raya Darulaman, di sini, malam kelmarin sebelum membawa janda itu pulang ke rumah berkenaan untuk melakukan maksiat,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Syeikh Muhammad berkata, berdasarkan rekod, JAIK pernah menahan wanita itu kerana disyaki berkhalwat dengan lelaki lain kira-kira dua tahun lalu di sebuah motel murah di bandar raya ini, tetapi dia masih tidak serik melakukan maksiat.
“Dia turut mendakwa pernah bekerja sebagai pelacur untuk menyara kehidupannya yang terbiar tanpa suami tetapi kita masih menyiasat berhubung kenyataannya itu.
“Warga emas itu pula mendakwa masih mempunyai isteri yang berusia lewat 50-an dan terlantar sakit sejak 20 tahun lalu dan kini menetap di kampung, manakala rakannya pula baru kematian isterinya yang juga orang kurang upaya (OKU) beberapa bulan lalu,” katanya.
Ketiga-tiga suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk dibuat laporan tangkapan dan dibawa ke pejabat agama untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan keluarga masing-masing.
sumber...Bernama
Label:
kes khalwat