Followers

Thursday, June 23, 2011

PDRM akan sertai Raja Lawak?

Raja Lawak akan lebih meriah

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahuz Omar menganggap tindakan polis yang menghalang penjualan t-shirt Bersih merupakan satu lagi lawak jenaka terbaru kerajaan Malaysia.

Semalam, seorang ahli KEADILAN ditangkap polis dan diminta memberi kenyataan berhubung penjualan baju berkenaan.

“Belum pun perhimpunan Bersih diadakan, penjualan t-shirt telah menjadi kesalahan. Ini satu lawak jenaka. Apakah penjualan t-shirt satu jenayah?,” soal Mahfuz mengulas tindakan pihak berkuasa tersebut.

Menurut Mahfuz, polis sebenarnya melakukan provokasi dengan menggambarkan perhimpunan Pada 9 Julai ini sebagai ancaman kepada rakyat dan keselamatan negara.

“Begitu juga dengan sikap media arus perdana yang menggembar-gemburkan berita.

“Kemudian mereka mahu mengambil tindakan terhadap penjual t-shirt Bersih. Ini tak masuk akal,” katanya kepada Keadilandaily.

Sementara itu Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam berkata, beliau sendiri akan memakai T-shirt Bersih sebagai tanda sokongan kepada himpunan itu 9 Julai ini.

“Ancaman polis termasuk menakut-menakutkan dan tidak membenarkan orang ramai memakai baju kuning memang lucu,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Kira-kira jam 10 malam tadi, seorang ahli Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Razali Abd Ghafar ditahan polis kerana menjual T-shirt Bersih ketika program ceramah Pakatan Rakyat di Kampung Sungai Merab, Bangi.

Beliau dibawa oleh dua orang polis ke Balai Polis Abu Bakar Baginda, namun dilepaskan tidak berapa lama kemudian.

Ketika dihubungi Keadilandaily, Razali memaklumkan bahawa polis hanya mengambil keterangan dengan bertanyakan maklumat mengenai pencetak dan pengedar baju diperolehi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=15770