Coretan politik,sosial,ekonomi,agama dan lain lain lagi di Malaysia dan seluruh dunia. Sumber dari semua capaian internet. email greenblacks8@gmail.com
Followers
Thursday, June 2, 2011
Ikut langkah Malaysia, Arab Saudi rancang bina 16 reaktor nuklear
2011/06/02
JEDDAH: Arab Saudi merancang membina 16 reaktor nuklear dalam tempoh 20 tahun yang menelan belanja lebih AS$300 bilion (RM901 bilion).
Akhbar Arabnews melaporkan Penyelaras Kerjasama Saintifik di Bandar Raja Abdullah untuk Tenaga Yang Diperbaharui dan Atomik, Abdul Ghani Melaibari, berkata urusan dibuat untuk menawarkan projek itu bagi bidaan antarabangsa dan syarikat yang berjaya perlu memenuhi kehendak negara itu dalam menyediakan teknologi moden.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Forum Alam Sekitar Teluk, yang berakhir di Jeddah semalam.
Setiap reaktor menelan belanja AS$7 bilion (RM21 bilion), katanya.
Melaibari berkata negara itu merancang untuk membina projek nuklear itu secara berperingkat dan koordinasi dengan syarikat pakar masih dalam perbincangan.
Beliau berkata syarikat dari mana-mana negara boleh membida untuk projek itu.
“Kami akan menimbangkan kepakaran yang boleh diperoleh,” jelasnya.
sumber...Agensi