Followers

Showing posts with label Perkasa. Show all posts
Showing posts with label Perkasa. Show all posts

Tuesday, December 16, 2014

Kantoi: 'Boss SPR' Penyokong Tegar BN Rupanya


Habis...rahsia siapa sebenarnya bekas boss SPR terserlah jugak..

Inilah kesah dari perbuatan 'tangan tangan licik' untuk memenangkan BN dalam PRU..Sebab itulah NGO dan partai pembangkang menggerakkan BERSIH.BERSIH 2.0 dan mahukan SPR diletakkan dibawah Parlimen.

Wa rasa mamat ni jujur menerangkan siapa dirinya yang sebenar...TAPI

Apakah 'benda' yang dimaksudkan oleh Zahid Hamidi dan mamat ini tidak dapat?

Hahaha...Woooittt luu makan sorang jer ke ? 

Jangan serang, saya juga penyokong kuat BN, kata bekas pengerusi SPR kepada Zahid

Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengingatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar jangan salah anggap dengan kenyataannya semalam menggesa Putrajaya tidak berbohong kepada rakyat.

Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu berkata apa yang dikatakanya dalam mesyuarat agung Perkasa semalam adalah kerana mahu Barisan Nasional (BN) terus berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang.

“Jangan serang saya kerana cuba bangkitkan sesuatu yang boleh menjatuhkan kerajaan.

“Saya penyokong kuat BN. Saya tidak mahu kerajaan ini jatuh kerana tiada kerajaan lain boleh memberikan pentadbiran lebih baik dari kerajaan ini,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Zahid hari ini mempersoalkan gesaan yang dibuat Rashid menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhenti daripada menipu rakyat, yang berkemungkinan terdapat 'benda' yang tidak diperolehi naib presiden Perkasa itu.

Naib presiden Umno itu berkata, Rashid seharusnya membangkitkan perkara itu ketika masih berkhidmat dan bukannya selepas bersara daripada perkhidmatannya.

"Semasa dia pegang jawatan kenapa dia tidak sebut perkara itu? Adalah benda yang dia tidak dapat itu," kata Zahid.

Rashid berkata beliau tidak faham apa yang dimaksudkan Zahid kerana seelok-eloknya penjelasan yang lebih lanjut perlu diberikan.

Katanya, selepas menyertai Perkasa, tiada apa yang harus dibimbangkan untuk mengkritik kerajaan kerana tidak terikat dengan peraturan kakitangan awam.

“Apa sesuatu yang saya tidak dapat itu? Apa ada kaitan dengan benda itu semua? Marah kepada saya kenapa? Jelaskan. Jika kerajaan kamu kerajaan yang baik, jelaskan pada rakyat.

“Saya hanya bercakap mengenai rasuah. Bila rakyat bercakap tentang rasuah, mereka tidak menjelaskan dengan baik. Rakyat berterusan bercakap mengenai perkara ini. Dalam parti dia pun tidak ada bincang tentang ini.

“Ini kelemahan utama menyebabkan kerajaan ini tidak popular. Bila kerajaan tidak popular, mereka jatuh. Saya juga sayang dan salah seorang penyokong kerajaan BN. Saya mahu kerajaan BN kekal,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata Putrajaya perlu segera memperbaiki kelemahan kerana mereka mempunyai masa lebih kurang tiga tahun sebelum pilihan raya umum untuk mendekati rakyat.

Katanya, kritikannya itu tidak boleh dipandang ringan kerana sebagai bekas pengerusi SPR, pelbagai keluhan rakyat sudah didengar mengenai pemerintahan kerajaan semasa.

“Baiki kelemahan, rakyat akan kembali memberi sokongan. Saya buat kajian lapangan juga, bercakap dengan rakyat. Mereka tidak menyokong kerajaan sekarang.

“Najib di peringkat antarabangsa banyak melakukan perkara yang hebat. Kita boleh puji salah seorang perdana menteri yang terbaik dalam soal diplomasi. Tetapi di sini, beliau perlu memberikan perhatian kerana ini yang banyak diperkatakan rakyat.

“Maaf kalau orang tidak suka apa yang saya kata tetapi saya kata ini supaya pemimpin ini sedar apa yang tidak betul, dibetulkan. Tolonglah orang miskin di bawah, tengok rakyat hidup. Bukan suap-suap duit,” katanya.

sumber...TMI

Tuesday, November 19, 2013

Ibrahim Ali Kena Jel Sehari , Denda RM 20,000



Hina mahkamah: Penjara, denda untuk Ibrahim Ali

 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan penulis blog Zainuddin Salleh bersalah atas kesalahan menghina mahkamah.

Kesalahan itu merujuk kepada penerbitan satu tulisan Zainuddin di laman web PERKASA pada 7 Januari lalu yang dianggap mencalar imej Hakim Mahkamah Tinggi Datuk VT Singham.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sehari ke atas Ibrahim, berkuatkuasa hari ini dan juga denda RM20,000.

Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara empat minggu ke atas Zainuddin, berkuatkuasa hari ini.

Zainuddin dalam tulisannya mendakwa Singham, yang mendengar kes saman difailkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Utusan Malaysia pada masa itu, sebagai pro-pembangkang.

Zainuddin juga mempersoalkan orientasi seksual hakim berkenaan dan menyatakan bahawa hakim tersebut masih bujang.

Hukuman dijatuhkan oleh Hakim Datuk John Louis O'Hara.

Susulan itu, Ibrahim diperintahkan ditahan di lokap kompleks mahkamah Kuala Lumpur sehingga jam 5 petang ini.

Dalam penghakimannya, Hakim O'Hara berkata tindakan oleh kedua-dua defendan merupakan serangan ke atas Hakim Singham dan turut mempersoalkan integriti dan kesaksamaan hakim tersebut.

Tambahnya, tulisan di laman web tersebut juga sub judice kerana Hakim Singham pada waktu itu mendengar kes saman oleh Anwar ke atas Utusan Melayu (M) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak.

"Penghakiman yang sesuai perlu dibuat. Saya berharap ini menjadi penghalang kepada sesiapa yang menghina mahkamah," kata O'Hara.

Sementara itu, peguam Ibrahim, Adnan Seman @Abdullah berkata hakim enggan membenarkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman, yang menyebabkan Ibrahim terpaksa dipenjara selama sehari hari ini.

"Saya akan failkan rayuan ke atas hukuman itu esok... dengan asas bahawa laman web tersebut tidak dimiliki oleh PERKASA," kata Adnan kepada pemberita.

[Baca berita penuh]

Tuesday, April 16, 2013

Inna Lillah Habis Umur ... Ibrahim Ali


Inna Lillah hingga akhir Ayat...
Tahlil panjang wa punya kawan baek...
Bila dengar berita "kematian" Ibrahim Ali jaguh Lompat...

Kah Kah Kah...
Ini kali luu kena brahem..
Luu punya tempek silat sudah tak laku...
Walau mahadeath kutty sudah support sama luu..
Kah Kah Kah 'kematian' langkah dan tapak politik brahem telah berakhir..

Hari hari mendatang pasti membawa beribu makna dan nostalgia..
Jeneral PERKASAm telah wafat bersama syahdunya hembusan rosemah..
Najib seperti jugak Pak Lah bijak mentelaah langkah brahem..
Tiada lagi teriak dari hulubalang ultra...

Ibrahim Ali Kena "Bungkus" di Parlimen Pasir Mas

Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali tidak terpilih sebagai calon BN untuk mempertahankan Parlimen Pasir Mas yang dimenanginya dalam pilihan raya umum lalu atas tiket PAS.

BN sebaliknya meletakkan Timbalan Ketua Bahagian Umno kawasan itu Che Johan Che Pa walaupun Ibrahim disebut-sebut bakal bertanding sebelum ini. 

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir sendiri secara terbuka berharap Ibrahim dipilih sebagai calon BN. 

Beliau malah sanggup turun berkempen di Pasir Mas sekiranya langkah itu diambil.

Bagaimanapun, seorang lagi pemimpin PERKASA Zulkufli Noordin dengan tidak disangka-sangka dipilih sebagai calon BN di Shah Alam menentang penyandangnya Khalid Samad.

Sementara itu, veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah akan mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa pula di Ketereh.

Datuk Seri Dr Awang Adek Husin sekali lagi dicalonkan di Parlimen Bachok.

sumber...malaysiakini

Sunday, September 9, 2012

VIDEO Versi Penuh Kejadian Serangan Oleh Perkasa Di Masjid Seberang Pumpong

   Adakah ini juga menghasut,Polis ?
Untuk pertama kalinya pihak berkuasa memburu individu yang didakwa menunjukkan aksi tidak hormat kepada tokoh awam, termasuk memijak menunjukkan punggung kepada gambar mereka. . . NONESetakat ini, 11 individu didakwa terbabit dalam perhimpunan ambang merdeka di ibu negara pada 30 Ogos sehingga mendorong sebahagiannya tampil menyerah diri dan dalam satu kes seorang gadis digari. Bagaimanapun, terdapat dakwaan bahawa tindakan terhadap 11 individu itu adalah pendakwaan terpilih. Ia malah diburukkan lagi dengan tindakan yang dilihat tergesa-gesa. Pihak berkuasa bagaimanapun menafikan pilih kasih dan akan menyiasat insiden sama walaupun melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat sekiranya laporan polis dibuat. Malaysiakini bagaimanapun mendapati tindakan tidak konsisten yang dianggap sebagai jenayah bawah Akta Hasutan 1949, seperti berikut: .   Lim Guan Eng NONEKetua Menteri Pulau Pinang selalu menjadi mangsa demonstrasi walaupun dalam tempoh pemerintahan singkat, antaranya posternya dibakar dan dipijak, dihadiahkan kek berbentuk najis dan upacara kematian olok-olok di hadapan rumahnya. Datuk Ambiga Sreenevasan NONEBekas presiden Majlis Peguam yang kemudiannya mengepali gabungan proreformasi sistem pilihan raya juga menarik perhatian "musuh", antaranya melalui protes burger dan 'senaman punggung; di depan rumahnya dekat ibu negara. Pada April, dalam perhimpunan antihomoseksual di Universiti Putra Malaysia (UPM) pula menyaksikan gambar Ambiga dipijak dan dipijak. Datuk Nik Aziz Nik Mat & Datuk Seri Abdul Hadi Awang shah alam nik aziz hadi awang 060912 urinating peeingTerdapat juga gambar menyaksikan gambar kain rentang yang digantung di Shah Alam menunjukkan kedua-dua pemimpin kanan PAS ini dikencing dengan jelas. Seorang daripadanya kelihatan memakai kemeja-T BN. Lim Kit Siang Gambar pemimpin veteran popular DAP juga pernah menjadi mangsa insiden sama pada 2009 di luar mahkamah Shah Alam ketika 12 orang yang terlibat dalam 'perhimpunan kepala lembu' didakwa. sumber...Mkini

Wednesday, October 26, 2011

Bila Bapa Gangster Berfatwa

Bekas IGP: Awas gelombang hak asasi

Bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor hari ini memberi amaran berhubung kebangkitan gelombang hak asasi manusia yang dibimbanginya akan "merombak dan menghakis dasar yang dipersetujui bersama."

Katanya, penyokong kepada "agama baru human right" ini akan mengemukakan pandangan yang liberal sehingga mempersoalkan institusi raja.
"Banyak yang persoal hal-hal yang telah diterima, kontrak sosial ini, seolah-olah dia pandang remeh soal yang dipersetujui itu," tambahnya.

Katanya, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi gelombang ini, seperti juga pengalamannya ketika berdepan dengan gelombang Marxist dan komunisme sebelum ini.

Satu contoh yang dapat dilihat dalam kebangkitan gelombang hak asasi manusia ini ialah gerakan BERSIH yang mengadakan perhimpunan kedua pada 9 Julai lalu, dakwa Rahim.

Beliau yang juga bekas pengarah cawangan khas PDRM juga berkata, satu-satunya cara untuk menghadapi perkembangan itu adalah dengan memainkan peranan untuk kesepaduan dan perpaduan Melayu.

"Saya bukan bercakap kerana mewakili Umno atau PERKASA... Pada saya, bersatulah. Inilah yang jadi teras keamanan," katanya lagi dalam ucapannya ketika merasmikan perhimpunan agung PERKASA di Setiawangsa hari ini.

Turut hadir dalam perhimpunan itu ialah bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin, ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin dan seorang lagi bekas menteri kabinet Datuk Khalid Yunus.

Selain itu, ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu, Datuk Abdul Aziz Ishak dan juga ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah turut hadir di perhimpunan berkenaan.

sumber...malaysiaKini

p/s...Yang menyoal institusi raja tak lain dan tak bukan ialah UMNO. Siapa lagi kalau bukan UMNO yang berarak, berkempen seluruh negara mengaib dan merendah-rendahkan raja-raja dan kemudian melucut kuasa raja? Apa ingat rakyat sudah lupa? Hanya Mahathir yang lupa.

Tuesday, June 21, 2011

Himpunan Bersih: PAS Selangor beri amaran Perkasa jangan buat provokasi

Penyokong Perkasa membakar poster dengan gambar ketua Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan sewaktu pelancaran Gerak Aman menentang Bersih 2.0 di Padang Kelab Sultan Sulaiman 19, Jun 2011.

SHAH ALAM, 21 Jun — PAS Selangor memberi amaran kepada Perkasa agar tidak mewujudkan suasana provokasi pada tiga perhimpunan serentak 9 Julai ini yang turut disertai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Selain Bersih dan Perkasa, Pemuda Umno turut akan mengadakan perhimpunan pada hari itu.

“Perkasa jangan cuba buat provokasi, jangan anggap orang yang turun ke jalanan adalah orang tidak bertamadun.

“Berdasarkan sejarah, demonstrasi yang dianjurkan PAS tidak pernah berlaku kekecohan dan pada himpunan Bersih yang lalu ia berjalan dengan aman dan tidak ada satu pasu pun yang pecah,” kata Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman.

Beliau menegaskan Perkasa yang diterajui Datuk Ibrahim Ali harus menjaga tingkah laku dan mendisiplinkan ahli pada perhimpunan itu.

“Perkasa ini tidak ramai, mereka hanya cakap... kita tunggu dan lihat nanti dan saya minta Perkasa jaga ahli dan disiplinkan ahli dulu,” katanya.

Tambah Mohd Khairuddin, pihaknya akan menggerakkan seramai 50,000 ahli untuk sama-sama menyertai himpunan Bersih 2.0.

“Kita ada 72,000 ahli di Selangor, kita telah arahkan 50,000 ahli daripada 72,000 untuk turun.

“Pesuruhjaya PAS Selangor (Dr Abdul Rani Osman) telah arahkan saya keluarkan arahan kepada ahli untuk sama-sama turun pada himpunan Bersih 2.0 nanti,” katanya.

Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakkan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007.

PAS telah berjanji akan menggerakkan 300,000 peserta untuk menyokong perhimpunan itu untuk mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya adil dan bebas pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

Perkasa juga akan mengadakan perhimpunan balas bagi membantah penganjuran himpunan Bersih 2.0.

Tambah Mohd Khairuddin, ahli PAS yang turun menyertai himpunan Bersih 2.0 tidak perlu bimbang sekiranya ditahan kerana pihaknya akan menyediakan khidmat guaman.

“Mana-mana ahli kita yang ditahan, PAS pusat akan menyediakan khidmat guaman mereka dari hari ditahan sehingga dibawa ke Mahkamah Rayuan secara percuma,” katanya.

Tambah beliau, mana-mana ahli yang akan menyertai himpunan Bersih 2.0 perlu menggunakan perkhidmatan masing-masing kerana pihaknya tidak menyediakan bas.

“Tak pernah jadi strategi kita naik bas. Ahli kita faham bagaimana.

“Nanti kalau ada sekatan jalan raya habis kita,” katanya.

Bersih yang terdiri daripada gabungan 62 badan bukan kerajaan (NGO) yang menuntut keadilan dan pilihan raya adil dan bersih.

sumber...TMinsider