Followers

Showing posts with label chegu bard. Show all posts
Showing posts with label chegu bard. Show all posts

Tuesday, October 25, 2011

Najib bubar parlimen 11.11.11, PRU 10 Dis


PM akan mengikut tarikh ini walaupun ada pihak yang menasihatinya agar jangan mengadakan PRU awal dan secara mengejut.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka bubar parlimen pada 11 November depan bagi membuka jalan kepada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) sekembalinya dari Mekah sekitar 6 November, seterusnya 1 Disember akan diumumkan sebagai hari penamaan calon dan 10 Disember (Sabtu) sebagai hari mengundi.Demikian menurut Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard.Mengikut maklumat sumber dalaman yang beliau terima, tahun ini Najib dan isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor akan menunaikan ibadah Haji dan akan pergi ke Mekah dengan penerbangan terakhir.

Pemergian beliau ini juga dikaitkan dengan pembinaan dan pembaikan imej beliau dan isterinya yang teruk tercalar dengan beberapa isu.“Diyakini telah disusun liputan media yang akan menyiarkan imej dan visual pasangan suami isteri ini mengerjakan ibadah Haji untuk memberikan satu persepsi baru kepada orang ramai khususnya dalam usaha mengepung undi orang Melayu.
“Jangan terkejut nanti kalau imej atau klip video Najib dan Rosmah memasuki Kaabah akan dimainkan tiap malam.

“Najib dan Rosmah dijadualkan balik dengan pesawat penerbangan khas sekitar 6 November. Selepas itu dia akan mengukur kejayaan misi hajinya selain dari membuat beberapa keputusan akhir menjelang tarikh penting 11 November”, katanya.

Nombor bertuah

CheguBard yang juga Ketua PKR Cabang Rembau memberitahu bahawa beliau difahamkan Najib memilih tarikh 11, 01 dan 10 kerana angka berkaitan 1 ini sengaja dipilih kerana mengikut nasihat paranormal dan tukang tilik yang menyatakan nombor berkaitan 1 merupakan nombor bertuah bagi Najib dan Rosmah.Diyakini sehingga hari ini dari maklumat dalaman bahawa sah Najib akan mengikut tarikh ini walaupun ada pihak yang menasihatinya agar jangan mengadakan PRU awal dan secara mengejut.

“Pilihan raya awal ini dipercayai juga kerana krisis dalaman Umno yang semakin meruncing. Sudah ada pihak yang mahu menjatuhkan Najib dalam Umno sendiri. Najib tidak boleh membiarkan gejala ini merebak. Mereka yang terlibat perlu disingkirkan.
Namun sebelum itu Najib perlu mendapat mandat baru dan memastikan majoriti yang dinamakan sebagai calon PRU perlulah individu yang boleh menyokong beliau tanpa belah bagi”, ujar CheguBard.

Sementara itu, CheguBard turut menyatakan kebimbangan beliau bahawa Najib akan adakan PRU tanpa menunggu proses penambahbaikan pilihanraya.
Pada 9 Julai lalu, ribuan rakyat turun ke jalan raya sekitar di ibu kota bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil walaupun pihak berkuasa membuat berbagai sekatan dan halangan.Najib sendiri akhirnya terpaksa mengakui bahawa kepincangan wujud dan proses pilihan raya memerlukan reformasi. Sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen diwujudkan untuk maksud tersebut.

Malangnya usaha Najib hanya pada kulit. Dalam mengumumkan langkah pemerkasaan demokrasi dalam negara tetapi beliau sendiri terus melakukan banyak kerja jahat dengan membunuh demokrasi ketika proses pilihan raya.

BN kurang ajar

“Isu penganugerahan istimewa orang asing dengan taraf warganegara secara mudah dengan syarat mengundi Barisan Nasional (BN) dilihat antara kemuncak kurang ajar BN ini.
“Justeru itu SAMM memberikan peringatan kepada Najib, Rosmah dan regim BN keseluruhannya, jangan ada sebarang PRU sehingga selesai proses penambahbaikan PRU khususnya melaksanakan lapan tuntutan Bersih 2.0.
“Jika PRU diadakan sebelum proses reformasi maka PRU tersebut bakal menjadi PRU terkotor dalam sejarah negara,” ujar beliau.

Tegas CheguBard, “jika PRU tetap diadakan sebelum proses reformasi pilihan raya selesai maka PRU yang diadakan itu hanyalah penipuan dan hanya proses bohong yang hanya ingin memanjangkan hayat Umno dan BN.
“Najib dan regimnya mungkin boleh terus berdegil memanggil PRU dan jika ini berlaku yakinlah pasti akan ada mobilisasi terbesar rakyat dan SAMM tidak menolak kemungkinan kali ini bukan sekadar demonstrasi protes tetapi ia mobilisasi rakyat benar–benar untuk menumbangkan regim dan mobilisasi rakyat untuk memasuki Putrajaya”, tegas CheguBard.

Chegu Bard turut menegaskan mobilisasi rakyat kali ini akan benar–benar berwajah Malaysia dengan menolak sebarang sentimen perkauman.
“Dari pengamatan SAMM yang sama bergelumang di bawah, majoriti rakyat yang sedang terhimpit dengan kehidupan mereka, tidak redha BN terus mendapat mandat dengan cara menipu dan terus menghancurkan negara,” katanya.

sumber...Che'gu Bard

Saturday, October 15, 2011

Che'gu Bard Londeh Rosmah Lagi Kaw


Chegubard mahu terbit brosur cincin RM24juta

Tidak puas hati dengan penjelasan mengenai kontroversi cincin berlian bernilai RM24 juta, aktivis akar umbi, Badrul Hisham Shaharin memutuskan untuk menerbitkan brosur 16 muka bagi mendedahkan kebenaran di sebalik perkara tersebut.

Badrul, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, menerajui kumpulan anak muda yang dikenali sebagai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Katanya, selain menerbitkan bukti asal mengenai cincin
tersebut, brosur itu juga akan turut memuatkan jumlah pembaziran dan gaya hidup mewah orang yang didakwanya "bergaya sebagai wanita pertama Malaysia."

Majlis pelancaran brosur tersebut akan diadakan di pejabat PKR di Rantau, Negeri Sembilan dan akan dihadiri pemimpin tinggi PKR, termasuk naib presiden Datuk Chua Jui Meng dan Fuziah Salleh serta setiausaha Pemuda DAP kebangsaan, Anthony Loke .

Julai lalu, Badrul mendakwa cincin itu - 'Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond' berharga RM24,458,400 - diterbangkan ke negara ini melalui Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Pulau Pinang pada 13 Julai, mendakwa cincin tersebut dibeli oleh isteri perdana menteri - Datin Seri Rosmah Mansor.

sumber...malaysiakini

Wednesday, September 14, 2011

Apa hukum syarikat judi anjur rumah terbuka Aidilfitri?

Bolehkah orang Islam menghadiri majlis jamuan raya yang dianjurkan secara bersama atau ditaja bersama oleh syarikat judi?

PETALING JAYA: Wajarkah syarikat judi berlesen seperti Magnum Corporation menganjurkan Majlis Hari Raya Aidilfitri? Adakah ini dikira menghina Islam atau menghormati Islam atau tak ada apa-apa?

“Bolehkah orang Islam menghadiri majlis jamuan raya yang dianjurkan secara bersama atau ditaja bersama oleh syarikat judi tersebut?,” demikian dipersoalkan oleh sebuah laman blog, http://chegubard.blogspot.com

Laman blog itu menyoal, “apakah hukumnya jamuan raya anjuran syarikat judi berkenaan dan tetamu khasnya adalah merupakan pembesar negeri yang beragama Islam dan juga merupakan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri yang membawa gelaran Haji?

“Apakah kain rentang untuk mempromosi program ini yang ditaja oleh syarikat judi berkenaan perlu kelulusan atau permit Majlis Perbandaran?,” soalnya lagi.

Kata laman blog itu, mungkin ini perkara remeh temeh. Tapi untuk mengelakkan kekeliruan, eloklah diperjelaskan oleh pihak yang berwajib, sebelum pihak yang tidak berwajib mengeluarkan pendapat atau fatwa sendiri.

“Kalau boleh mengikut syara’ syarikat judi tersebut berbuat perkara di atas, mungkin selepas ini umat Islam bolehlah hantar surat mohon sumbangan kepada syarikat judi berlesen untuk memberi sumbangan membina surau dan masjid, membantu anak yatim dan sebagainya.

Menurut laman blog itu, di Rembau contohnya lebih dari sekali syarikat judi menganjurkan program penyampaian bantuan untuk fakir miskin sempena perayaan, jelas kehadiran ‘pemuka-pemuka’ Umno dalam program tersebut untuk bersama-sama mengagihkan sumbangan.

“Jelas tiket judi tak ada cukai kepada pelanggan ditetapkan dan resit wayang, restoran dan pelbagai lagi pelanggan kena cukai.

“Mungkin satu fakta yang kita tidak perasan dan ketahui. Hampir semua ruang perkhidmatan dan jualan dikenakan cukai pengguna. Kita pergi tonton wayang, kita pergi ke restoran, bil astro, bil telefon post paid semua kena cukai (GST atau VAT).

“Ini ditentukan oleh Menteri Kewangan dan disebut dalam pembentangan bajet. Adakah kerana kaitan rapat syarikat-syarikat judi ini dengan parti pemerintah?

“Maka tak hairanlah jika ada yang mengaku parti Melayu perjuang Islam tetapi ketika DAP membantah judi sukan maka mereka bersungguh menyokongnya,” ujar laman blog itu.