Followers

Showing posts with label daim zainuddin. Show all posts
Showing posts with label daim zainuddin. Show all posts

Monday, April 15, 2019

Menteri Penerangan Kerajaan PH Tidur Lagi Ke?



Pak Menteri Multimedia dan Komunikasi kerajaan PH sedap tido lagi ke ?

Kenapa berpuluh program kerajaan dan fokus utama untuk meningkatkan pendapatan golongan B40 dan wanita tidak di highlights di saluran TV?

Ini bukan macam tukul dan paku, ini dah macam tukul dan kayu masih dalam plastik yang dibeli di kedai hardware lagi.

Satu tahun telah disia siakan ,kenapalah ada Pak Menteri yang tidak dapat melihat isu dan keadaan semasa,ini satu kerugian besar kepada kerajaan PH.

Susah sangat ke nak buat program di TV dengan menjemput ahli akedemik, orang politik ,asatizah dan lain lain lagi ?

PH perlukan 6 bulan lagi pulihkan negara kata Daim

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerlukan enam bulan lagi untuk memulihkan negara selepas mengambil alih pentadbiran Mei tahun lalu, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin.

Beliau berkata dalam tempoh itu PH perlu berdepan dengan rakyat dan memberi penerangan yang tepat terutama dalam hal ekonomi agar mereka faham situasi semasa.

Katanya kekalahan PH dalam pilihan raya kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Negeri Sembilan semalam juga adalah cabaran yang harus ditangani memandangkan rakyat tidak mampu bersabar dengan situasi semasa.

"Saya rasa kerajaan perlu tempoh masa enam bulan lagi untuk membetulkan keadaan bukan sahaja tumpu kepada pembangunan ekonomi, tetapi pelbagai isu. Ini rakyat perlu faham,” katanya kepada pemberita selepas Program Bicara Darul Iman yang turut dihadiri Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, di Kuala Terengganu hari ini.

Daim berkata walaupun memahami rakyat mahu melihat perubahan, namun kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk meneliti dan menimbang sebaik mungkin sesuatu isu termasuk berhubung kedudukan ekonomi dan kewangan negara.

"Kerajaan banyak masalah… fikir tentang keselamatan, hubungan luar dan pertahanan… esok (kemudian nanti) kalau jadi apa-apa, rakyat marah kerajaan juga. Nak turunkan harga barang tu memang boleh… kita buat kajian macam mana nak turunkan harga. Insyaallah tak lama lagi akan turun, saya ingat dalam masa enam bulan lagi banyak perkara akan jadi lebih stabil," katanya.

Beliau turut mengaitkan kekalahan Pakatan Harapan (PH) di Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau semalam mungkin sebahagian manifestasi kemarahan rakyat terhadap kerajaan disebabkan kenaikan harga barang yang puncanya tidak diketahui oleh rakyat.

Ditanya sama ada persepsi rakyat terhadap prestasi kerajaan akan bertambah baik pada masa akan datang, beliau berkata ia akan berlaku sebaik sahaja kerajaan dapat menyelesaikan permasalahan rakyat seperti kenaikan kos sara hidup dan melaksanakan janji-janji manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke14 yang lalu.

"Bukannya susah hendak terangkan kepada rakyat. Kalau tak boleh buat cakap tak boleh buat. Bagi tahu kepada rakyat apa sebab tak boleh buat (sesuatu perkara), mesti ada sebab. Takkan kalau boleh buat tapi kerajaan tak nak buat, itu yang penting untuk dijelaskan kepada rakyat," katanya.

sumber- Bernama

Sunday, October 7, 2018

Adakah Anwar Adalah PM Ke8 ?


Banyak desas desus politik kedengaran berkenaan hidden agenda politik Tun M,paling menarik ada mengatakan Tun M tidak akan memberikan peluang kepada Anwar.

Namun perjalanan Anwar dan janji Tun M membenamkan syak wasangka tersebut,sesuatu yg tidak pernah dibuat oleh Tun M semasa berada dalam kerajaan BN dahulu kini akan dilakukannya.Inilah langkah politik Tun M yang tidak dapat diduga oleh sesiapa pun.

Kita tidak tahu apakah perjanjian sebenar antara Tun M dan Anwar.Mereka berdua ini adalah lagenda politik Malaysia terpopular.Semoga Allah azzawajal menganugerahkan kemakmurandan kesejahteraan kepada rakyat Malaysia dengan dipimpin oleh dua insan itu.

Mahathir dan saya akan gegarkan Port Sickson

PRK PD | Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu teruja untuk bergandingan semula dengan Tun Dr Mahathir Mohamad di atas satu pentas.

Beliau berkata kehadiran perdana menteri ke Port Dickson yang dijadualkan Isnin ini membolehkan beliau dan bekas ketuanya itu kembali di atas satu pentas selepas 20 tahun.

"Isnin malam Tun Mahathir akan datang ke sini, Insyallah dan ini kali pertama saya nak boleh berucap satu pentas dengan Tun Mahathir setelah 20 tahun.

"Kalau beliau hadir inilah kali pertama saya kembali satu pentas dan kita akan gegarkan Port Dickson setelah 20 tahun," katanya semasa berucap pada majlis minum petang bersama komuniti nelayan di Kampung Telok Kemang di Port Dickson hari ini.

Turut hadir pada majlis itu bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin yang juga pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Pernah bergandingan

Anwar dan Dr Mahathir pernah bergandingan semasa berkhidmat sebagai menteri kewangan dan timbalan perdana menteri sebelum Ketua Umum PKR itu dipecat pada 1998.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, pada
12 September lepas, bagi membolehkan Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal, 68, memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi mengalahkan calon BN Datuk V.S.Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 13 Oktober ini, manakala pengundian awal pada 9 Oktober.

Parlimen Port Dickson memiliki 75,770 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 43 peratus pengundi Melayu, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan lain-lain kaum (dua peratus).

- Bernama

Friday, February 6, 2015

Anwar Ibrahim 'Terlibat' Pertembungan Dalam UMNO ?



Sejauh manakah kebenaran dakwaan mengenai keterlibatan Anwar dalam Umno

Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan penglibatan beliau dalam pertembungan dalaman Umno ekoran daripada kesediaannya bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan salah guna kuasa terhadap Tun Daim Zainuddin.

Menjelaskan situasi itu, Ketua Umum PKR itu berkata, dakwaan salah guna kuasa terhadap bekas menteri kewangan itu sudah lama dibuat iaitu sejak tahun 1999.

"Saya tak terlibat dalam pertembungan dalaman Umno. Saya bukan lagi ahli Umno. Kenyataan saya ketika itu merujuk kepada Daim.

"Ia sudah lama, sejak tahun 1999, saya pernah membuat laporan polis, saya keluar dokumen sebagainya, malah saya pernah serahkan dokumen ke mahkamah," katanya pada sidang media selepas merasmikan peluncuran buku Dr Syed Husin Ali, di Shah Alam hari ini.

Bulan lalu, berlakunya serangan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, di mana Daim terlibat dalam kontroversi apabila dikaitkan dengan tuduhan salah guna kuasa dan berita itu mendapat liputan meluas daripada media arus perdana TV3.

Liputan sebegitu media yang dikawal Umno itu mengejutkan ramai sehingga wartawan veteran Datuk A. Kadir Jasin memberi amaran yang tindakan itu hanya akan menyebabkan pendedahan “menggiurkan” mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

SPRM kemudiannya berkata akan menyiasat Daim dan Anwar pula menyatakan kesediaannya untuk memberi kerjasama sekiranya dipanggil badan tersebut.

Bagaimanapun, Anwar berkata hari ini, beliau kemungkinan akan menangguhkan urusannya dengan SPRM kerana terlalu sibuk dengan halnya sendiri memandangkan kurang lima hari lagi penentuan nasibnya berhubung kes liwat II akan dibuat.

"SPRM turut dimaklumkan mengenai penangguhan ini. Jika saya bebas daripada hukuman mahkamah, saya akan beri ruang kepada SPRM, sebab perjumpaan itu akan mengambil masa yang panjang.

"Jika takdir buruk berlaku kepada saya, saya persilakan SPRM ke penjara Sungai Buloh atau Kajang. Tapi saya rasa mereka tak banyak masalah, SPRM boleh rujuk rekod Perbendaharaan Negara," katanya.

Sebelum ini, Anwar mendakwa mempunyai "bukti" salah guna kuasa Daim selain berharap SPRM tidak hanya menumpukan siasatan perniagaan perbankan Daim semata-mata.

15 tahun lepas, Anwar penah membuat laporan yang menuduh Daim mengaut berbilion ringgit melalui Bank Africa dan Eropah Timur menggunakan proksi.


sumber...TMI

Thursday, January 22, 2015

Review: Tak Mustahil Anwar Kerjasama Dengan Najib


The 'King Maker' is writing something that could make it happen !

Politik dan politician....tiada musuh yang selamanya bermusuhan, dan tiada sahabat yang selamanya setia.

'Game' baru ini lebih menarik lagi sempena Muktamar PAS pada tahun ini dan PAU Umno pada tahun hadapan.

Anwar masih lagi pemain utama dan penanda aras politik Malaysia.

Tak mustahil Anwar 'bercumbu' dengan Najib pula

Adakah mustahil untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bekerjasama dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menangani kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin?

Bagi wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin, jawapannya tidak.

Kadir berkata kritikan Dr Mahathir dan Daim terhadap pentadbiran Najib dianggap "ancaman" yang boleh menggugat kedudukannya dan perlu disegerakan berbanding ancaman Anwar.

"Kemungkinan wujud hasrat tersirat dan persefahaman belakang tabir berbentuk quid pro quo (timbal balas) antara Mohd Najib dan Anwar memandangkan kedua-dua mereka mempunyai 'isu-isu' yang mungkin boleh dirungkaikan atau, setidak-tidaknya pun, dikurangkan impaknya kalau mereka saling bantu membantu.

"Kata ungkapan Inggeris birds of a feather stick together (dua pihak dengan kepentingan sama boleh bekerjasama)," tulis Kadir dalam blognya hari ini.

Sebelum ini Anwar dilaporkan sedia mengemukakan "bukti" kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna kedudukan bagi mendapatkan kekayaan melibatkan Daim.

Langkah PKR membangkitkan isu itu juga mendapat liputan media arus perdana seperti TV3.

Kadir, bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP) berkata dalam politik tiada musuh yang kekal.

Sebaliknya. Katanya lagi, yang kekal hanya kepentingan bersama.

"Kalau Anwar boleh berkasih-kasihan dengan Dr Mahathir selama 16 tahun dalam Umno dan kerajaan, tidaklah mustahil bagi Anwar bercumbu-cumbuan dengan Mohd Najib.

"Kalau ini permainan catur, Anwar pasti tahu Mohd Najib lebih mudah dimakan berbanding Dr Mahathir dan Daim," kata Kadir lagi.

Anwar masuk perangkap

Dalam tulisannya juga, Kadir berkata langkah menjadikan Anwar sebagai "protagonis utama" untuk menyerang kedua-dua tokoh itu dilihat secara tidak langsung mempertahankan diri Najib.

Kadir berkata Najib sedar bahawa Dr Mahathir, Daim dan Anwar adalah trio yang sangat berpengaruh dalam kerajaan.

"Jadi melaga-lagakan bekas 'tiga sahabat' itu adalah strategi bijak.

"Hatta Anwar sendiri tidak sedar dan termasuk perangkap perang saraf Mohd Najib.

"Selain isu kredibiliti dan audiens, MAP (media arus perdana) tidak rugi apa-apa dengan memberi pentas kepada Anwar kerana apabila (atau sekiranya) Dr Mahathir dan Daim berjaya difitnah dan dilenyapkan, tinggallah Anwar sebagai musuh tunggal yang mudah diuruskan," katanya.
sumber...mkini

Wednesday, November 12, 2014

Konflik Presiden UMNO: Tun Daim Mula Tibai, Sakan Jugak !


Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mengkritik Putrajaya yang menginginkan status negara berpendapatan tinggit tetapi rakyat sendiri tidak mampu membeli rumah

Tak guna jadi negara pendapatan tinggi kalau rakyat tak mampu beli rumah, kata Daim

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin membidas usaha Putrajaya ke arah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi sehingga mengabaikan kedudukan ekonomi majoriti rakyat.

Beliau mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang bercita-cita mahu menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi tetapi dalam masa sama, rakyatnya masih tidak mampu memiliki sebuah rumah sendiri.

"Tidak ada maknanya kerajaan mendabik dada mengatakan kita sedang menuju ke arah negara berpendapatan tinggi jika masih ramai rakyat tidak mampu memiliki sebuah rumah biasa," katanya hari ini.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan buku berjudul “The Colour of Inequality” di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac), Kuala Lumpur hari ini.

Lebih membimbangkan Daim adalah hartanah kini sukar untuk dimiliki khususnya mereka yang berumur bawah 40 tahun kerana nilai yang melambung naik akibat spekulasi.
"Hakmilik hartanah antara yang membimbangkan di kalangan rakyat Malaysia, khususnya mereka bawah umur 40 tahun, berdepan kesukaran untuk memiliki aset penting ini.

"Perumahan menjadi kelas aset kewangan, malah ia menjadi alat spekulasi daripada menjadi tempat untuk kita tinggal," katanya.

Daim menegaskan rakyat Malaysia masih tidak mencapai tahap pendapatan yang baik dan ramai yang masih berpendapatan di bawah tahap kemiskinan.

"Tiada maknanya kita ke arah negara berpendapatan tinggi, pada ketika rakyat, anak-anak kita, jiran dan rakan kita masih berpendapatan bawah tahap kemiskinan," katanya.

Walaupun negara memiliki pengguna barangan mewah terbesar di rantau Asia, Daim berkata masih ramai rakyat yang masih terpaksa bergelut dengan kehidupan.

"Masih ramai pakcik dan makcik di kampung dan bandar yang masih bergelut untuk mendapat sesuap nasi dan menghantar anak mereka ke sekolah setiap hari."

Pentadbiran Najib menyasarkan negara beralih kepada ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Bagaimanapun, usaha tersebut dilihat tidak memberi gambaran sebenar terhadap situasi kewangan dan ekonomi rakyat Malaysia, malah satu kajian bersama Universiti Malaya dan Institut Penyelidikan Khazanah mendapati jurang semakin melebar di kalangan rakyat Malaysia dari segi pendapatan dan pemilikan rumah.

Menurut data daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, dana persaraan terbesar di Malaysia, pekali Gini daripada akaun simpanan meningkat daripada 0,643 pada 2004 kepada 0.661 pada 2013.

Gaji pekerja berumur 26-35 juga berkembang pada kadar lebih perlahan daripada 2004 hingga 2013, dan tertinggal di belakang pendapatan yang berumur 40 tahun ke atas, kata mereka.

Sementara itu dalam sektor awam, pangkat pengurus dan profesional berkembang lebih cepat secara tidak seimbang sejak 1999 hingga 2012, menurut kompilasi mereka daripada Senarai Pekerjaan Kementerian dan Jabatan dalam Anggaran Belanjawan Persekutuan.

Kaji selidik itu juga mengatakan pekali Gini Malaysia berkaitan hartanah kediaman dijual tahun meningkat daripada 0.51 pada 1996 kepada 0.53 pada 2011, menurut perkiraan mereka berdasarkan data daripada Napic.

"Nilai harta yang dibeli pembeli atasan berkembang lebih cepat daripada harta yang dibeli pembeli ‘low-end’ sepanjang tahun," kata kajian tersebut.

Bahagian daripada jumlah nilai harta dengan bahagian bawah 20% dari 2006 hingga 2011 kekal tidak berubah pada 5%, manakala 10% menikmati pertumbuhan daripada 35% kepada 40% dalam tempoh yang sama, menurut data.

sumber...TMI

Monday, May 27, 2013

Persidangan Umno 2013 : "Alamat Tidak Baik" Najib Sudah Bermula..


The Leader of  Umno veterans is starting "back-fire"..
Kah Kah Kah...Najib Rosmah perlu menghidu hari hari 'panas' yang bakal menjelma

Ini adalah  alert...
Siapakah Tuan Penasihat 25% Najib ?

Siapa Tuan Penasihat Pak Lah tido 25 % dulu ?

Skrip cantas mencantas dalam Umno (Baru) kini bermula..

Muyiddin, How do you do ?
Ayam patok itek menyudu..
Kroni dan macai dah mula ke pekan baru..
Buat persiapan untuk Presiden yang baru...kah kah kah

Wa hanya rakyat marhaen yang suka mengikuti perkembangan politik
tanah air dengan cukop minat..


Daim: BN kalah kerana salah strategi, pergaduhan dalaman


KUALA LUMPUR, 27 Mei — Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya 5 Mei kerana kesilapan strategi digunakan oleh penasihat Datuk Seri Najib Razak dan pergaduhan dalaman parti, kata bekas menteri Umno Tun Daim Zainuddin.

Menjelang pilihan raya, pemerhati mendapati Najib telah menggunakan populariti peribadinya untuk membantu BN mendapatkan semula majoriti dua pertiga di Parlimen — mereka hilang pada 2008, yang mana Daim mengatakan sebagai pendekatan salah.

“Betul, anda perlu tanya BN. Tetapi pada pandangan saya, ia adalah strategi salah. Seperti yang saya katakan sebelum ini, ini adalah pilihan raya Parlimen dan bukannya pilihan raya presiden.
 “Penasihat PM kena dipecat.Jika anda menyamakan undi untuk BN sama dengan undi untuk dia, kelemahan keputusan BN berkait dengan dia juga,” kata Daim dipetik dari transkrip temuramah dengan China Press, yang disiarkan dalam blog wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.


 “Saya sentiasa mengingatkan kepada mereka, angka besar menghadiri ceramah BN tidak diterjemahkan kepada undi. Jangan cuba melawan angka dia (Anwar) dengan angka lebih besar hadirin yang kamu dapat. Biar Anwar jadi penghibur (meminjam istilah Financial Times). Kita bukan penghibur, kita tak tahu macam mana nak menyanyi, menari dan buat lawak. Memilih kerajaan adalah urusan serius, jadi tinggalkan strategi pelawak ini dan jangan main permainannya.”

Daim juga menyalahkan kegagalan BN untuk menang majoriti dua pertiga mengenai salah peruntukan sumber dalam usaha untuk menguasai kerusi bandar serta kerusi majoriti Cina.

“Jika saya tahu, sudah tentu BN tahu yang kawasan majoriti Cina sudah kalah. Kenapa buang masa dan wang? Sebagai strategi, anda seharusnya tumpukan di kawasan yang BN kalah dengan tipis pada 2008. Terdapat juga persoalan pemilihan calon, contohnya Pandan, mengapa ambil mudah?”

“Mari terima hakikat tiada tempat dalam dunia ini mudah untuk dapatkan majoriti dua pertiga. Pengundi bandar di seluruh dunia adalah anti kerajaan. Kekuatan BN terletak di kawasan luar bandar. Tapi tetap banyak masa dan wang dibazirkan di kawasan bandar dimana keputusannya hampir pasti,” kata beliau kemudian.

Daim diminta untuk memberi komen tentang Pulau Pinang, dimana NGO politik Kelab Kebajikan 1Malaysia Pulau Pinang yang berbelanja banyak menyediakan makan malam percuma dan konsert dengan bintang besar beberapa minggu menjelang hari mengundi.

“Orang-orang ini adalah amatur. Mereka adalah orang gila. Mereka fikir mereka pandai dan buang duit merata. Lebih baik beri kepada kebajikan.

“Kenapa BN benarkan acara bodoh seperti ini? Rakyat rasa diperbodohkan kerana mereka tahu anda fikir mereka boleh dibeli dengan wang, konsert dan makan malam. Jadi mereka datang untuk bersantai, makan free dan dihiburkan. Ini adalah pilihan raya. Ini perkara serius. Biarkan
 Anwar jadi penghibur.

Di Pulau Pinang, BN hanya menang 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas Pakatan Rakyat (PR) menang besar apabila mendapat 30 kerusi DUN.

Dalam respon kepada soalan lain, beliau mengatakan BN seharusnya memberikan tumpuan untuk memperjuangkan isu yang dekat dengan hati rakyat seperti rasuah, pentadbiran baik, keselamatan, pendidikan, inflasi, miskin kota dan graduan muda.

“Kerajaan sebaliknya memfokuskan tentang memberi bantuan. Anda beri makan malam sekali, rakyat akan berterima kasih. Beri mereka lima kali mereka fikir anda mahu membeli undi,” katanya.

Daim mengatakan kekalahan BN di Selangor disebabkan oleh pergaduhan dalaman, mengatakan ini disebabkan gabungan itu memilih calon yang salah dalam pilihan raya 5 Mei.
BN menang 12 daripada 56 kerusi DUN di Selangor, kurang daripada 20 kerusi yang mereka perolehi semasa 2008, akan tetapi mempertahankan lima daripada 22 kerusi Parlimen.

Beliau juga menyalahkan keputusan Selangor kepada pengarah pilihan raya negeri Datuk Seri Mohd Zin Mohamed yang beliau katakan telah tidak menghiraukan tindak balas dari bawah dengan memberikan jaminan kepada Daim kemenangan BN di kerusi di sana.

“Saya rasa Zain adalah pilihan yang salah. Dia digugurkan dari Kabinet oleh Najib kerana jelas dia tidak memikirkan beliau berkebolehan dan kemudian lantik dia sebagai setiausaha Umno Selangor. Saya tidak faham logik Najib,” kata Daim membangkitkan Ketua Pemuda Umno Sepang Datuk Suhaimi Mohd Ghazali telah melawan Mohd Zin dan ramai pemimpin Umno bahagian dikatakan berkempen menentangnya.

“Apabila anda bertanya kepada saya dalam wawancara lepas, saya kata terdapat masalah kesilapan calon. Ketua bahagian tidak gembira. Di kalangan (ahli) Umno sabotaj di mana-mana. Saya beritahu Zain senarai kerusi DUN bermasalah. Zain kata ya terdapat masalah tetapi BN boleh menang. Semua kerusi yang berada ditangan saya, BN kalah.

“Dengan calon salah yang tidak turun ke bawah, tidak menghiraukan ketua bahagian, tidak melawat ahli dan pengundi, anda tidak boleh menang,” kata Daim.

Daim mengaitkan pandangannya dengan bagaimana BN kalah di kerusi DUN Bukit Selambau dalam Parlimen Merbok, Kedah dimana dikatakan terdapat pergaduhan dalam BN berhubung dengan pemilihan calon.

“Mereka masih lagi bergaduh tentang kerusi DUN itu walaupun sehari sebelum pengundian. Saya kata kepada mereka mereka gila. Hanya undi BN. Beritahu mereka mereka hanya tinggal separuh hari untuk berkempen dan mesti dilihat bersatu.

“Mereka kalah dengan 500 undi kerana mereka tutup pondok panas mereka menjelang 4 petang, yakin mereka sudah menang. Saya SMS anda pada tengah hari bahawa BN telah menang Merbok akan tetapi masyarakat India di sana perlu bergaduh sehingga saat akhir mengenai calon dan kita kalah. Kita adalah musuh kita paling bahaya.”

 Oleh Ida Lim TMI

Wednesday, April 10, 2013

Video Proof Sodomi 1 Mahadeath Kutty



Hari hari terakhir mahadeath kutty semakin tiba..
Seorang demi seorang orang kuat beliau tampil memberikan penjelasan..
Fitnah ciptaan mahadeath semakin memakan diri..
Mahadeath akan meracau dalam hayat terakhir beliau..
 You will see what you have done before...
Malaysian will see where you go after G.E 13

Bekas pegawai khas Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Omar Abu Bakar mengakui terlibat secara langsung dalam rancangan konspirasi fitnah kes liwat  pada 1998 mengaitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengakuan itu dibuat secara terbuka di hadapan ribuan rakyat pada ceramah Pakatan Rakyat di Taman Medan, Petaling Jaya Ahad lalu.
dato omar abu bakar“Saya bersumpah saya bertanggungjawab dalam peristiwa sodomi satu (liwat 1).

“Saya bertanggungjawab dengan Aziz Shamsudin membuat surat Umi Hafilda, menghantar kepada Daim (Zainuddin), hantar kepada Mahathir. Itulah punca sebenarnya (fitnah ini).

“Bermula dari situ, Anwar ditangkap, dipenjara enam tahun. Tiba-tiba dia dilepas kerana alasan dibebaskan sebab apartment yang dituduh (Anwar melakukan sodomi) belum ada lagi (masa itu).

“Sebab itu Mahathir persoalkan mengapa Najib ambil tuduhan yang sama untuk peristiwa sodomi kedua…Itu dah nampak tak betul…,” kata Omar disambut sorakan rakyat.

Beliau mendedahkan demikian selepas melihat gambar Mahathir bersama Aziz Shamsudin dan Profesor Sidik Baba pada malam sama bercakap mengenai akhlak Anwar.

“Bekas boss saya ini sekarang jadi kempen manager Ibrahim (Ali) katak,” kata Omar disambut ketawa hadirin.

Tan Sri Aziz Shamsudin merupakan bekas setiausaha politik kepada Mahathir. Tun Daim pula bekas Menteri Kewangan sementara Sidik adalah tokoh akademik.

Umi Hafilda Ali adalah saksi utama dalam perbicaraan kes liwat 1. Antara lain, hasil maklumat yang diberikan beliau kepada mantan Perdana Menteri itu pada 1997, menyebabkan Anwar dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Fitnah I bermula sejak 1998 menyaksikan pentadbiran Mahathir memenjarakan Anwar sebelum dibebaskan pada 2004.

Skrip sama berulang pada 2008 apabila Anwar sekali lagi difitnah terlibat dalam skandal bersama Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantunya.
reformasi1Anwar ditangkap pada malam 20 September 1998, secara salah oleh pasukan khas polis yang menerima arahan kerajaan Umno BN diketuai Mahathir, Perdana Menteri ketika itu.

Tangkapan dan serangan itu sebahagian dari perancangan Umno BN mensabitkan Anwar dengan salah laku seks dan pertuduhan rasuah, selepas beliau dipecat pada 2 September 1998.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan fitnah oleh Saiful.

Dalam wawancara Anwar bersama stesen TV antarabangsa, Al-Jazeera 3 April lalu, Anwar percaya fitnah liwat yang dilempar kepadanya menyedarkan rakyat mengenai penglibatan Pejabat Perdana Menteri dalam kes berkenaan.

“Ketua Pendakwa (Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden) kes Fitnah II, kini bersama saya, (maknanya) seluruh tuduhan tak berasas.

“Malah, sekarang bapa (Azlan Mohd Lazim) kononnya mangsa liwat (Saiful) secara terbuka memohon maaf kepada saya dan keluarga,” kata Anwar.
Azlan
Azlan


Azlan menyertai KEADILAN 11 Mac lalu dan mendedahkan kes Fitnah II didalangi pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak – Khairil Annas Jusoh.

Yusof pula menyertai pasukan peguam Pakatan Rakyat selepas kes Fitnah II berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Anwar.

Terbaru, Omar pula mengaku terlibat dalam konspirasi Mahathir mengaitkan Anwar dalam kes liwat I.

 Oleh Norasikin Samsi



sumber...Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=49758