Followers

Showing posts with label dakwat kekal. Show all posts
Showing posts with label dakwat kekal. Show all posts

Sunday, May 12, 2013

Pengerusi SPR Makan Duit HARAM !!


Penipuan SPR..
Dibincangkan bukan sahaja di Parlimen Kedai Kopi..
Malah, beberapa akhbar terkemuka luar negara juga memberikan komen..

Tipu dakwat kekal yang tak kekal !

Pengerusi SPR sudah dikenal pasti telah makan duit @ wang haram..
Malaon ini telah melakukan jenayah secara terang terangan kepada rakyat Malaysia..
Malaon ini jika di negara luar sudah pasti ditendang keluar..
Jika spesis kegagalan ini di negara luar , sudah pasti resign..

Maka , wa berdoa terhadap Keadilan Ilahi..
Wahai Tuhan yang memiliki Ara'sh dan Kursi..
Tolonglah Tamatkan Penipuan SPR dan gerombolan Umnobn..
Humbankan mereka semua kedalam lembah kehinaan di dunia dan akhirat.


Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun Pakatan Rakyat mendapat undi popular lebih daripada BN, justeru ia menimbulkan tanda tanya kepada rakyat dan pemerhati.

“SPR cuai. Penipuan mereka menyebabkan Pakatan Rakyat yang mendapat undi popular dikira sebagai kalah. BN yang ternyata tidak berjaya mengatasi Pakatan Rakyat diisytiharkan sebagai pemenang.

“Bagi mengekalkan kemenangan, BN dan SPR sanggup menipu sehingga ada pengundi diragui berani masuk ke pusat pengundian.

“SPR mesti jawab segera segala pembohongan yang mereka lakukan,” kata Anwar Ibrahim di hadapan lebih 100,000 hadirin dalam himpunan ‘Tolak Penipuan PRU-13 di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang semalam.
SONY DSCTegas Anwar, hak rakyat memilih pemerintah bukan saja dicabul oleh SPR dan BN, malah ditipu dengan cara jijik dan kotor termasuk menyerang Pakatan Rakyat melalui media arus perdana untuk mengekalkan kuasa

“Selepas pembubaran Parlimen, semua media yang ada dalam negara tidak lagi mendapat kebebasan. Semuanya diperkuda oleh mereka untuk mengikut telunjuk BN supaya rakyat yakin perbuatan mereka.

“Himpunan ini mesej jelas kepada BN dan SPR bahawa rakyat tidak setuju dengan penipuan yang mereka lakukan.

“Oleh kerana itu, rakyat negara ini akan terus bangkit membuktikan hak mereka ternyata ditipu dan dinafikan oleh BN dan SPR dalam pilhan raya umum 5 Mei lalu,” kata Anwar.

sumber...
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=51954

Friday, May 3, 2013

Inilah Wajah Wira PRU-13,Berani Menongkah Arus !!


Itulah wajah perwira negara ..
Tabik Tuan..
Teruskan perjuangan , rakyat Malaysia bangga dengan keberanian Tuan.
Biarkan semua orang tahu tuan berkhidmat dengan berani dan benar benar menjunjung
sumpah setia kesatria perwira negara..
Percayalah fenomemena ini Tidak akan berhenti disini saja..
Semoga Allah memberikan kekuatan kepada tuan sekeluarga untuk hari hari mendatang..

Mejar ditukar serta merta,turun pangkat akibat lapor kes dakwat kekal

PULAU PINANG 3 MEI: Pegawai Pemerintah Skuadron No 12 Pengkalan Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Butterworth, Mejar Zaidi Ahmad ditukarkan serta merta ke Kuala Lumpur bermula hari ini kerana membuat laporan polis isu dakwat kekal yang tidak kekal.


Bagaimanapun, beliau memohon perpindahan itu ditangguhkan sehingga Isnin, 6 Mei minggu depan ekoran beliau sedang disiasat oleh Lembaga Siasatan TUDM di sini.
“Surat arahan telah dikeluarkan oleh TUDM di mana saya ditukarkan ke Kuala Lumpur hari ini. Tetapi saya minta tangguh ke Isnin kerana di sini pun sedang diadakan satu Lembaga Siasatan berhubung kes saya,” katanya dipetik Harakah Daily.
Kata Zaidi lagi, bukan sahaja pertukaran dibuat akibat arahan tersebut, malahan secara rasminya telah dilucutkan dari jawatan Pegawai Pemerintah No 12 Skuadron Pengkalan Udara Butterworth dan terlepas peluang dinaikan pangkat ke Leftenan Kolonel TUDM.
Dua hari lepas, Zaidi, isterinya Shafinah Abdul Hamid dan Juruteknik TUDM, Jamal Ibrahim membuat lapuran polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di Kepala Batas.
Laporan itu dibuat kerana dakwat kekal yang dicalit di jari telunjuk tangan kirinya semasa pembuangan undi awal luntur apabila dibasuh dengan sabun dan pencuci tangan.
Mereka antara pengundi awal yang menyangkal kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) kononnya dakwat yang digunakan boleh bertahan seminggu.

sumber...Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=51499

Thursday, December 8, 2011

Majlis Fatwa: PRU-13 Boleh Guna Dakwat Kekal

KUALA LUMPUR, 8 Dis — Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat dakwat kekal yang pernah diuji dan diluluskan bagi pilihan raya umum 2008 boleh digunakan ketika pilihan raya umum ke-13 jika kandungan bahannya masih sama.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, selagi dakwat itu menggunakan bahan sama seperti pernah diuji, ia boleh digunakan kerana kandungannya mematuhi syarak dan tidak menimbulkan sebarang kemudaratan atau masalah kepada umat Islam melakukan ibadat.

Semalam, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar (gambar) berkata penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum kali ini kini hanya memerlukan kelulusan Majlis Fatwa Kebangsaan dari segi kandungan dalam bahan tersebut kelak.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Wan Ahmad berkata, seiring dengan keputusan jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang memutuskan untuk menggunakannya, dakwat kekal yang akan dibeli akan dikemukakan kepada majlis itu untuk penilaian dan ujian tentang kandungannya supaya ia tidak bertentangan dengan Islam.

“Bagaimanapun, jika jenis dakwat yang akan digunakan nanti (pilihan raya umum ke-13) berbeza dengan dakwat yang sudah diputus dan diuji sebelum ini (pilihan raya umum ke-12), maka ia perlu dianalisis terlebih dulu Jabatan Kimia sebelum diserah kepada Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan Majlis Fatwa bagi diputuskan sama ada ia boleh digunakan atau tidak kerana dikhuatiri mengandungi bahan terlarang,” katan Abdul Shukor dipetik Berita Harian hari ini.

Keputusan penggunaan dakwat kekal diputuskan oleh jawatankuasa pilihan khas Parlimen minggu lalu.

Dakwat kekal yang dicadangkan untuk digunakan ketika pilihan raya umum ke-12 telah diuji dan keputusan muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 2007 mendapati dakwat itu tidak mengandungi bahan najis diharamkan syarak, tidak mendatangkan mudarat kepada kesihatan serta tidak menghalang air sampai ke kulit apabila digunakan.

Uji kaji dijalankan Jabatan Kimia Malaysia juga mendapati dakwat kekal itu yang mengandungi alkohol etanol juga tidak menimbul masalah ibadat bagi orang Islam.

Bagaimanapun, dakwat itu dilupuskan menerusi proses pembakaran pada November 2009 berikutan faktor keselamatan dan perundangan.

Difahamkan kerajaan mengimort dakwat hitam bernilai hampir RM2.4 juta dari India. Negara berkenaan menggunakan dakwat kekal sejak 1951 dan memperoleh bekalan dari Mysore Paints dan Varnishes Ltd (MPVL), milik kerajaan negeri Karnataka sejak 1959. Penggunaan dakwat itu dikatakan cukup berkesan bagi mengelak pengundian berganda.

Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan memberi kelulusan untuk digunakan tetapi penggunaannya telah dibatalkan beberapa hari sebelum hari pengundian.

sumber...TMi

Thursday, October 27, 2011

Lawak Besar: Siapa halang guna dakwat kekal?

KUALA LUMPUR, 27 Okt: Pengakuan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman bahawa dakwaan badan itu yang sedang mengkaji penggunaan dakwat kekal sebagai "lawak besar" menimbulkan penuh tanda tanya kepada pelbagai pihak.

Sehubungan itu, persoalan selanjutnya yang timbul dan ingin diketahui oleh orang ramai tentunya mengenai pihak sebenarnya yang menghalang penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya di negara kita sejak dulu hingga sekarang.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata, pengakuan Rashid perlu disusuli pendedahan itu kerana jika tidak bekas pengerusi SPR itu sendirilah yang membuat lawak.

Menurut beliau, penggunaan dakwat kekal sememangnya sesuatu yang praktikal bagi pilihanraya dan ia turut diakui oleh SPR, tetapi gagal dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak tertentu.

Katanya, realiti itu terserlah dengan pengakuan Rashid sendiri kepada pihak media hari itu sehingga jelas memperlihatkan cengkaman yang dialami oleh badan tersebut untuk melaksanakan peranannya dengan sempurna.

"Jika sudah begitu realitinya, siapakah sebenarnya yang bersalah? Siapakah sebenarnya yang menghalang penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya di negara kita?

"Inilah persoalannnya sekarang yang perlu dijawab oleh Tan Sri Abdul Rashid sendiri selaku pihak yang berpengalaman dan terbabit secara langsung dalam hal itu," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman seperti pengakuannya kepada pihak media hari ini berkata, beliau sememangnya menyokong penggunaan dakwat kekal, tetapi beliau dibidas teruk kerana menarik balik keputusan untuk menggunakan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 tahun 2008 lalu.

Katanya, tamparan akibat penarikan keputusan itu beberapa hari sebelum pilihan raya umum 2008 sebegitu hebat, sehingga beliau menganggapnya sebagai kegagalan terbesar dalam tempoh 26 tahun perkhidmatannya.

"Saya juga menimbangkan kemungkinan meletakkan jawatan, tetapi dinasihatkan oleh banyak kawan-kawan yang rapat supaya tidak berbuat demikian bagi mengelakkan krisis perlembagaan,” katanya.

Menurut Abdul Rashid, belia menyokong penggunaan dakwat bukan kerana terdapat bukti penipuan berlaku tetapi untuk meyakinkan orang ramai dengan integriti badan tersebut bagi pengendalian pilihan raya di negara ini.

Lebih jauh dari itu, beliau mengakui dakwaan SPR sekarang yang mengaku sedang mengkaji penggunaan dakwat kekal sebagai "lawak besar", namun enggan mencari musuh terutama setelah menjadi pesara sekarang.

Beliau juga berkata, sikap beberapa sektor kerajaan yang menyumbang kepada keputusan penggunaan dakwat kekal ditarik balik sebagai "tidak bertamadun dan bodoh" dan sedikit sebanyak menyumbang kepada bantahan yang merebak ke jalanan pada Julai lalu.

Menurut Suhaizan, penggunaan dakwat kekal sememangnya sesuatu yang praktikal bagi pilihanraya bagi mengelakkan pertindihan pengundian dan pembuangan undi dua kali.

"Kaedah tersebut ternyata jauh lebih berkesan berbanding penggunaan sistem biometrik yang memerlukan perbelanjaan jauh lebih besar.

"Sekiranya dakwah kekal tidak boleh digunakan, apakah kaedah yang boleh dipakai untuk pilihan raya yang telus dan adil di negara kita?" katanya yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Johor.

sumber...Harakahdaily