Followers

Showing posts with label fitnah liwat 2. Show all posts
Showing posts with label fitnah liwat 2. Show all posts

Friday, October 31, 2014

Seluar Dalam Saifool Jadi Penyelamat Anwar



Seluar dalam Saiful peningkan pendakwa?

Saya ditanya oleh Sasterawan Negara, Pak Samad Said di kantin Mahkamah tentang peluang Anwar dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan. Saya jawab agak sukar untuk diramalkan. Secara berjenaka saya kata kepada Pak Samad mungkin Anwar akan dibebaskan kerana seluar dalam Saiful dan saya jelaskan kepada beliau mengapa saya berpendapat begitu. Setelah mendengar ulasan saya, Pak Samad secara berjenaka berkata "nampaknya seluar dalam Saiful boleh menjadi alibi Anwar!"

Saya akan jelaskan di sini mengapa seluar dalam Saiful tidak mustahil boleh membebaskan Anwar. Bagaimanapun sebelum itu saya ingin berkongsi dengan pembaca antara intipati hujah para peguam Anwar dalam rayuan ini. Banyak isu yang dibangkitkan oleh para peguambela Anwar namun saya akan berkongsi hanya beberapa isu yang dibangkitkan. Kita tahu Anwar dituduh melakukan sodomi ke atas Saiful dan bagi pertuduhan sodomi , sepertimana tuduhan dalam kes rogol, pendakwa perlu buktikan elemen paling penting iaitu tusukan (penetration) ke dalam anus Saiful.

Peguam Anwar berhujah mahkamah rayuan tersilap apabila mengatakan pendakwa telah berjaya membuktikan tusukan dalam keadaan keterangan yang dikemukakan oleh pendakwa penuh dengan aneka keraguan. Antaranya peguam Anwar berhujah Saiful mengatakan dia diliwat secara kasar dan menyakitkan dalam keadaan dikatakan jelly KY digunakan. Ini suatu yang tidak munasabah.

Peguam juga berhujah bagaimanakah dalam keadaan Saiful menyatakan dia diliwat secara kasar dan menyakitkan, tapi tidak ada sebarang atau sedikitpun kecederaan atau koyakan kepada anus beliau di mana fakta tersebut diakui oleh semua doktor yang melakukan pemeriksaan fizikal ke atas anus beliau. Semua tahu 4 orang doktor, satu dari Pusrawi dan 3 dari Hospital Kuala Lumpur telah memeriksa Saiful.

Peguam Anwar juga berhujah wujudnya percanggahan keterangan Saiful semasa di Mahkamah dan keterangan beliau kepada Pegawai Penyiasat, Jude Pareira dan doktor di mana di Mahkamah beliau katakan beliau diliwat selama 5 minit manakala dalam keterangannya kepada Jude Pariera dan doktor beliau memberitahu ia diliwat selama 30 minit. Jika sekalipun diandaikan benar Saiful diliwat secara kasar dan menyakitkan selama 30 minit, mengapakah tiada kecederaan atau koyakan ke atas anus Saiful.

Peguam Anwar juga berhujah yang lebih pelik lagi meskipun Saiful menyatakan dia telah diliwat dengan secara kasar dan menyakitkan dan tanpa kerelaannya namun sehari selepas tarikh kejadian yang dikatakan itu beliau masih boleh berada di rumah Anwar. Peguam tunjukkan kepada Mahkamah gambar Saiful di rumah Anwar dalam keadaan wajah, menurut peguam, yang tidak menunjukkan beliau adalah mangsa liwat!

Sebagai peguam yang ada pengalaman mengendalikan kes rogol saya rasa mana mana peguam atau orang awam sekalipun pasti akan rasa aneh jika seorang mangsa yang dikatakan diliwat atau dirogol tanpa kerelaannya masih boleh hadir ke rumah peliwat atau perogol tersebut apakah lagi sehari selepas kejadian. Apapun kita lihatlah nanti bagaimana Mahkamah Persekutuan menilai dan memutuskan hujah peguam Anwar tersebut.

Mengenai hujah tentang seluar dalam Saiful peguam Anwar berhujah begini. Bagi membuktikan Anwar meliwat Saiful pendakwa mengemukakan dua seluar dalam yang dipakai oleh Saiful di mana kedua dua seluar dalam itu ditandakan sebagai eksibit P14 dan P15. Eksibit P14 merujuk kepada seluar dalam yang dipakai oleh Saiful semasa hari kejadian iaitu hari yang Saiful katakan Anwar meliwat beliau.

P15 pula merujuk kepada seluar dalam yang dipakai oleh Saiful semasa beliau membuat laporan polis iaitu tarikh yang berbeza dengan tarikh kejadian. Maknanya seluar dalam yang dipakai semasa hari kejadian dan hari Saiful membuat laporan polis adalah dua seluar dalam yang berbeza.

Peguam Anwar berhujah jika benar Anwar meliwat Saiful sudah tentu ada kesan air mani di seluar dalam yang dipakai oleh Saiful di eksibit P14, iaitu dipakai masa hari kejadian.Tapi seluar dalam di P14 , menurut peguam Anwar, telah dibasuh oleh ibu tunang Saiful. Oleh itu menurut peguam Anwar P14 secara forensiknya tidak berguna (forensically useless) kerana sebarang kesan air mani, jika ada, akan hilang kerana bahan bukti telah dibasuh!
Yang lebih pelik hujah peguam Anwar seluar dalam yang dipakai Saiful semasa beliau membuat laporan polis iaitu P15 tiba tiba mengandungi kesan air mani!

Peguam Anwar berhujah bagaimanakah Anwar boleh disabitkan melakukan liwat ke atas Saiful berdasarkan kesan air mani yang terdapat di seluar dalam yang dipakai di hari yang bukan hari kejadian!!!

Adakah Anwar akan dibebaskan kerana misteri keterangan seluar dalam Saiful kita sama samalah tunggu dan lihat nanti apabila Mahkamah memberikan keputusannya nanti.


Mohamad Hanipa Maidin

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Wednesday, October 29, 2014

Saifool Beli K-Y Jelly Pulak Dahh ??



Mahkamah silap tangani bahan bukti K-Y Jelly, kata peguam Anwar

Perbicaraan rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap sabitan kes liwatnya mula didengari di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pagi ini.

Pasukan pembelaan Anwar, diketuai bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, memulakan penghujahan dengan menghuraikan kes pendakwaan terhadap Ketua Pembangkang itu.

Seramai 14 peguam mewakili beliau, termasuk Ramkarpal Singh, Sangeet Kaur Deo, Zaleha Al-Hayat, Latheefa Koya, N. Surendran, R. Sivarasa dan Eric Paulsen.

Pasukan pendakwaan pula diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

Anwar membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan mensabitkan beliau bersalah kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Antara hujah dibangkitkan Sri Ram ialah laporan perubatan menunjukkan tiada bukti penembusan seksual (sexual penetration) dan air mani ditemui pada seluar dalam pengadu yang tidak dipakai pada tarikh kejadian.

Sri Ram menyatakan Saiful mengadakan pertemuan dengan timbalan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak, dan beberapa pegawai polis sebelum mendakwa diliwat.

Beliau memberitahu mahkamah, Saiful mendakwa beliau "takut" membuat laporan polis, tetapi pada masa sama beliau sudah bertemu ketua polis negara.

Ini "tidak konsisten dengan kemungkinan" yang dia takut, kata Sri Ram.

Pihak pembela kemudiannya menghuraikan masalah yang terdapat pada senarai bahan bukti yang dikemukakan semasa perbicaraan, menunjukkan ketiadaan pelincir "K-Y Jelly" yang didakwa digunakan semasa penetrasi.

Laporan polis Saiful juga tidak menyebut tentang pelincir itu, dan Saiful hanya menyebutnya buat kali pertama semasa memberikan testimoni.

Sri Ram berkata sesuatu yang "sukar dipercayai" apabila Saiful dengan sengaja membeli K-Y Jelly tetapi kemudiannya mendakwa beliau diliwat dengan paksaan (forcefully sodomised).

Katanya, hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah, melakukan kesalahan semasa menguruskan pelincir sebagai bahan bukti dan ini menimbulkan keraguan terhadap integriti bukti itu.

Sri Ram cuba membuktikan Saiful bukan saksi yang boleh dipercayai.

"Sekiranya gel digunakan, sudah tentu ia akan disebut dalam eksibit," hujahnya.

Jika pelincir digunakan, Saiful juga tidak akan mengadu sakit, beliau menambah.

Pihak pembela terus membawa hujah bagi membuktikan wujud kesalahan dalam cara polis menguruskan bahan bukti, merujuk kepada Pegawai Penyiasat Jude Pereira mengambil gel itu dari Saiful pada 29 Jun, tiga hari selepas kejadian liwat didakwa berlaku pada 26 Jun.

Saiful memberi keterangan yang dia pertama kali menyerahkan pelincir itu sebagai bahan bukti kepada Jude pada 28 Jun, tetapi ia dikembalikan kepadanya.

Tabiat tandas Saiful juga ditimbulkan, apabila Sri Ram mempersoalkan sama ada Saiful tidak ke tandas selama 2 hari bagi mengekalkan air mani sebagai bahan bukti.

Sri Ram berkata, Saiful juga dilihat berada di rumah Anwar sehari selepas kejadian didakwa berlaku, dan menyerahkan foto menunjukkan Saiful berada di sana.

Bagaimanapun, mahkamah berkata gambar itu tidak dikemukakan sebagai bahan bukti dan meminta Sri Ram membuat permohonan sebelum mahkamah menerimanya sebagai bukti.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mengetuai panel lima hakim hari ini, yang turut dianggotai Tan Sri Raus Sharif, Tan Sri Abdul Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Anwar, 67, dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan tetapi berjaya menangguhkan hukuman sehingga Mahkamah Persekutuan mendengar rayuannya hari ini dan esok.

‎Pada Januari 2012, selepas perbicaraan panjang, Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar selepas memanggilnya mengemukakan hujah pembelaan.

Pihak pendakwa juga sudah memohon rayuan balas untuk memanjangkan hukuman penjara yang boleh menjangkau 20 tahun.

Ketua pembangkang itu dituduh meliwat Saiful di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun, 2008. Ia merupakan pertuduhan liwat kedua terhadapnya.

Kali pertama adalah pada 1998, selepas beliau dipecat daripada kerajaan, dan dituduh meliwat bekas pemandunya. Mahkamah Persekutuan membebaskan beliau pada 2004.

Kali ini, karier politik Anwar mungkin berakhir jika Mahkamah Persekutuan membuat keputusan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan Mac lalu.

Anwar memberitahu wartawan di mahkamah bahawa peguam Datuk Sulaiman Abdullah yang mengetuai pihak pembelaan sebelum ini masih tidak sihat dan menggunakan kerusi roda.

Sebelum itu, ketibaan Anwar disambut penyokong yang bersorak di luar Istana Kehakiman di Putrajaya. Penyokong berkumpul seawal pukul 7 pagi .

Keselamatan dikawal ketat dengan anggota polis memeriksa dan menapis wakil media membuat liputan perbicaraan.

Ini kali pertama pihak polis, dan bukannya pegawai mahkamah, menentukan pertubuhan media yang dibenarkan membuat liputan, sehingga menimbulkan ketegangan. Beberapa wartawan cuba berunding dengan polis, tetapi tidak berjaya.

Hanya 18 organisasi media setiap satu diwakili seorang wartawan mendapat tempat di dalam mahkamah yang penuh sesak dengan pemerhati dan penyokong.

Anwar, yang dilihat berbual dengan Timbalan Presiden PKR dan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali, bergurau mengatakan jika tidak cukup kerusi di bilik itu, orang ramai boleh menyertainya di kandang tertuduh. – 28 Oktober, 2014.



sumber...TMI
* Laporan ini dibantu Tarani Palani dari The Edge Financial Daily.

Tuesday, December 13, 2011

Dubur Saiful : "Cap Jari" Najib Dimana Mana

Nkorang tengok video dulu supaya mudah paham sikit..




Kronologi : 'Cap Jari PM ada dimana mana dalam kes ini ' - Peguam


5.07 petang: Peguam Karpal Singh mohon mahkamah disambung pada jam 1.30 petang esok kerana Ahli Parlimen perlu menghadiri upacara angkat sumpah Yang Di Pertuan Agung yang baru. Hakim Zabidin bersetuju dan mahkamah akan bersidang semula jam 1.30 petang esok.
3.35 petang: Peguam Ramkarpal Singh sekarang mengambil tempat untuk menggulung hujah.
3.25 petang: Sankara percaya Najib terlibat dalam kes Fitnah II dan menyifatkan penglibatan Najib amat jelas kerana ‘cap jari beliau kelihatan di mana-mana sahaja di dalam kes ini.’
“Pertama, pertemuan di antara Najib dan tertuduh. Kedua, kenyataan Najib yang bercanggah sepanjang perbicaraan berlangsung,” kata Sankara yang turut mempertikai keengganan Najib dan Datin Seri Rosmah untuk hadir di mahkamah.
“Jika mereka tiada apa-apa untuk disorok, kenapa ketepi sapina,” kata Sankara yang juga mempertikai penglibatan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Rodhwan Yusof dalam kes ini.
“Atas kapasiti apa Rodhwan berjumpa Saiful? Beliau tidak ada urusan dalam kes ini,” katanya.
3.15 petang:Sankara percaya Saiful tidak pernah berada di dalam kondominium tempat kejadian didakwa berlaku. Malah, pendakwa raya juga gagal membuktikan Saiful berada di tempat kejadian.
“Apa yang pendakwa raya ada cuma rakaman CCTV yang tidak jelas,” kata Sankara yang menyatakan bukti cecair pelincir KY Jelly juga tidak boleh diguna pakai dalam kes ini.
“Bukti KY Jelly tidak boleh digunakan kerana ia tidak pernah langsung diuji,” kata Sankara.
2.44 petang: Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong tiba di galeri awam mahkamah.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=24281

Najib dalangi konspirasi kes liwat Anwar, hujah peguam

KUALA LUMPUR, 12 Dis – Barisan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab atas tuduhan liwat semasa dikenakan ke atas Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana “cap jari” perdana menteri ada di banyak peringkat kes.

Anwar telah berulang kali menuduh Najib terlibat dalam kes liwat kedua dihadapi beliau, malah telah menyifatkannya sebagai satu konspirasi bagi memusnahkan kerjaya politik.
Peguam Sankara Nair menegaskan semula dakwaan Anwar dengan menekankan bahawa pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan pernah mengaku ada mengadakan pertemuan dengan Najib (gambar), yang pada 2008 merupakan timbalan perdana menteri, beberapa hari sebelum kejadian liwat didakwa berlaku.

Sankara juga berhujah bahawa wujud banyak elemen tidak konsisten dalam kes pihak pendakwaan dan bukan sahaja mempersoalkan kredibiliti Saiful, tetapi juga beberapa saksi pendakwa yang lain.

“Adalah jelas cap jari  Datuk Seri Najib Razak ada di semua tempat usaha terdesak pelbagai pihak untuk menyomotkan mereka,” kata Sankara ketika hujah penggulungan kes pihak pembela hari ini.

Peguam itu berkata, pertemuan antara Saiful dan Najib di kediaman rasminya pada Jun 2008 juga menimbulkan keraguan mengenai usaha jahat dalam kes semasa ini.
Justeru menurut Sankara, perdana menteri memberi jawapan-jawapan yang bercanggah kepada media apabila ditanya mengenai perkara berkenaan - pertama mengatakan Saiful bertemu dengan beliau mengenai biasiswa dan kemudian datang untuk mengadu mengenai salah laku Anwar.

“Mengapa tidak Najib datang dengan bersih apabila kali pertama ditanya mengenai perkara ini?

“Apa yang perlu disembunyikan? Mengapa beliau perlu berbohong?” kata Sankara.
Selain itu, Sankara berkata, konspirasi juga melibatkan pembabitan SAC Datuk Rodhwan Ismail dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan.

Peguam itu mempersoalkan sebab Rodhwan mengadakan pertemuan dengan Saiful sebelum dia membuat laporan polis sedangkan beliau bukan pegawai penyiasat ketika itu.
Selain itu, Sankara juga menimbulkan persoalan bagaimana Saiful memperoleh nombor telefon Musa.

“Nampaknya dia terdengar perbualan antara Datuk Khairil Anas atau seorang pembantu dan Najib di mana nombor telefon Musa disebutkan dan dia menyimpan dalam telefon bimbitnya,” katanya lagi.

Sankara juga menekankan hakikat berkenan Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor memohon untuk mengetepiakn sepina meminta mereka hadir di mahkamah sebagai saksi pembela.

Katanya, kedua-dua mereka tidak sewajarnya mengelak jika tiada sebarang perkara untuk disembunyikan.

“Jika perdana menteri dan  Rosmah tidak relevan, maka mengapa pegawai penyiasat DSP Jude Pereira perlu merekodkan kenyataan mereka?

“Ini bukan hanya rumusan kami. Ia juga rumusan rakyat umum,” katanya. Terdahulu, pihak pembela juga mempersoalkan kredibiliti saksi utama dan mahukan mahkamah menilai semula kredibiliti saksi itu kerana ia menjadi perhatian utama dalam kes ini.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh berkata ia jelas daripada keterangan Saiful yang berbohong walaupun mahkamah mendapati beliau adalah saksi yang boleh dipercayai pada penutup kes pendakwaan.

Anwar menghadapi pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap bekas pembantunya Saiful, 26, di Desa Damansara Condominium di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Karpal juga berkata kredibiliti Saiful terus terhakis kerana dia lambat membuat laporan yang hanya dilakukan dua hari selepas dakwaan insiden itu berlaku dan tidak ada penjelasan yang boleh diterima atas kelewatan itu.

Karpal juga mahu mahkamah itu menangguhkan keputusannya mengenai kes liwat Anwar bagi membolehkan Saiful dipanggil semula dan memanggil Timbalan Pendakwa raya Farah Azlina Latif, anggota pasukan pendakwaan, yang didakwa ada hubungan sulit dengan Saiful, sebagai saksi, untuk menafikan dakwaan itu dengan bersumpah.

Penghujahan itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah disambung esok.

Oleh Shazwan Mustafa Kamal Tmi

Thursday, November 3, 2011

Eksklusif: VIDEO Fitnah Anak Anwar Liwat Saiful baukari



Bahang PRU13 semakin hampir, maka banyaklah cerita-cerita fitnah, manusia bangsat melayu yang mengaku Islam dah tak ada rasa apa-apa lagi dah,

Kalau sebelum ini ia boleh buat lawak finah yang orang PAS boleh kowtim dgn malaikan mungkar nangkir, tetapi kali ini kisah DSAI pula....
Dosa pahala tidak ada dalam fikiran... yang penting dapat habuan... moga-moga bila mamposnya beliau ini akan mendapat balasan yang setimpal...

wa cedok dari bro.....manjongmari

Wednesday, August 17, 2011

Skrip: Bekas IGP juga enggan jadi saksi pembela

Skrip ke 2 selepas Najib Rosmah

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini enggan menjawab soalan yang dikemukakan oleh peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim - apabila mereka mengajukan pertanyaan mengenai merit kes semasa sesi temubual.

Menurut peguam Sankara Nair, pada mulanya Musa sedia bekerjasama dengan mereka, termasuk Anwar dengan menjawab beberapa soalan.
“Bagaimanapun, apabila kita tanya mengenai merit kes itu, Musa jawab beliau tidak mahu menjadi saksi pembela dan tidak mahu ditemubual,” kata Sankara.

Anwar mencelah dan berkata, “ Ia sudah dalam skrip.”

Sankara berkata pertemuan dengan Musa hanya berlangsung kira-kira lima minit apabila beliau muncul pada jam 2.30 petang.

Bersama Sankara yang mengendalikan temubual itu adalah peguam Ram Karpal dan Param Cumaraswamy.

Sankara berkata pihak pembelaan agak kecewa kerana meskipun hakim berkata saksi mempunyai hak untuk tidak menjawap, Musa sepatutnya membantu.

“Namanya secara langsung disebut oleh pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Justeru, beliau patut membantu kita,” katanya.

“Siapa tahu, apa yang diperkatakannya itu mungkin membantu pihak pembelaan. Tetapi Musa memilih untuk tidak berbuat demikian.”
Mohd Saiful dalam keterangannya sebelum ini berkata dia menelefon telefon bimbit ketua polis negara itu selepas mengadu kepada timbalan perdana menteri ketika itu, datuk Seri Najib Razak berhubung perbualan yang didengarnya.

Menurut Sankara, temubual dengan Musa berjalan dengan tenang meskipun beliau pernah disiasat berhubung dakwaan memalsukan bukti pada perbicaran kes liwat pertama yang membabitkan Anwar.

Seorang lagi saksi yang ditemubual oleh pihak pembelaan adalah bekas pembantu Anwar, Mohd Khoharullah Abdul Majid.

Pada 16 Mei lalu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd diah memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bahawa bekas pembantu pemimpin pembangkang itu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang juga pengadu dalam kes berkenaan, adalah saksi yang bercakap benar serta boleh dipercayai.

Anwar, 64, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008 terhadap pertuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.

sumber...malaysiaKini