Coretan politik,sosial,ekonomi,agama dan lain lain lagi di Malaysia dan seluruh dunia. Sumber dari semua capaian internet. email greenblacks8@gmail.com
Followers
Thursday, December 27, 2018
Kementerian Siasat KFC dan McDonalds
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dilapor akan membuat pemeriksaan terhadap KFC selepas dakwaan tular mendakwa harga makananya naik.
Satu lagi rangkaian restoran makanan segera McDonalds akan turut disiasat selepas Astro Awani melaporkan tinjauannya turut mendapati harga makanan di restoran itu juga meningkat.
Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, bermula hari ini pegawainya telah mulakan pemeriksaan terhadap restoran KFC.
“Kita dah mulakan siasatan dan pagi ini, pegawai saya telah mula mendapatkan maklumat daripada KFC, kenapa naik harga,” beliau dipetik berkata ketika dihubungi Astro Awani hari ini.
Menjawab soalan Malaysiakini, QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemilik KFC, semalam berkata sejak bulan ini, harga yang dipaparkan mereka termasuk enam peratus SST.
KFC juga menjelaskan penyelarasan harga dibuat untuk memastikan mereka terus memberikan kualiti yang sama tanpa perlu berkompromi.
Dalam kenyataan lain hari ini, QSR Brands bagaimanapun berkata kenyataannya berhubung penyelarasan harga produk jualannya telah disalah tafsir.
Kata KFC, penyelarasan harga tidak mempunyai kaitan dengan SST, kerana kadar enam peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebelum ini juga dikenakan pada pelanggan mereka.
sumber...mKini
Tuesday, September 10, 2013
Imam Nawawi Lebih REAL Dari Fathul Bari UMngok
Imam Nawawi dan Fathul Bhari pada sisi rakyat
IMAM Nawawi atau nama penuhnya Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syirfu al-Nawawi (631 -676H) ialah anak kelahiran Damsyik, Syam (Syria). Menghafaz Quran sejak dari kecil, beliau dilapor mempelajari sebanyak 12 mata pelajaran dalam berbagai jurusan ilmu agama. Antara buku karangan ulama terkenal Mazhab Shafie ini adalah Syarah Sahih Muslim dan Riyadus Salihin.
Sepanjang hayatnya, Imam Nawawi telah menyumbangkan tenaga fikiran dan ilmunya kepada agama Islam dan umatnya. Ketegasannya dalam menyampaikan kebenaran Islam tiada tolok banding pada zamannya. Sebagai ulama yang memimpin umat, beliau memfatwakan kebenaran tanpa rasa takut walaupun akibatnya merugikan kedudukan dan mengancam nyawanya.
Terdapat satu kisah masyhur berhubung Imam Nawawi yang menjelaskan lagi kemuliaan peribadi ulama terkemuka ini. Menurut riwayat, Sultan Al-Malik Al-Zahir telah mengadakan persiapan perang untuk memerangi orang-orang Tatar (Monggol) lalu digunakanlah fatwa ulama yang mengharuskan mengambil harta rakyat untuk kepentingan perang melawan musuh.
Keseluruhan ulama fiqh negeri Syam telah menulis menyokong fatwa tersebut, namun baginda belum merasa senang hati kerana Imam Nawawi belum memberikan fatwanya.
Baginda menjemput Imam Nawawi ke istana untuk mendengar sendiri pandangan beliau. Walaupun menerima jemputan sultan, tanpa diduga Imam Nawawi menolak untuk menyokong fatwa itu. Malah dengan berani beliau memberikan alasan penolakannya itu.
"Aku mengetahui bahawa kamu (Sultan Al-Malik Al-Zahir) dahulunya seorang hamba tawanan dan tidak mempunyai sebarang harta benda. Tetapi dengan pertolongan Allah kamu telah menjadi seorang raja. Aku mendengar bahawa kamu ada memiliki seribu orang hamba, tiap seorang mempunyai beberapa ketul emas. Manakala 200 orang khadam wanita milik kamu masing-masing mempunyai barang-barang perhiasan yang bernilai.
"Andai kata kamu membelanjakan kesemua itu untuk keperluan perang sehingga mereka tidak lagi mempunyai barang-barang itu, maka aku bersedia memberikan fatwa untuk membenarkan kamu mengambil harta rakyat."
Kesimpulannya, Imam Nawawi berfatwa tidak membenar Al-Zahir mengambil harta rakyat selama kekayaannya sendiri masih dapat digunakan.
Sultan Al-Malik Al-Zahir begitu murka apabila mendengar fatwa itu sehingga sesetengah riwayat melaporkan, para ulama yang hadir mengangkat jubah masing-masing kerana takutkan percikan darah terkena hujung jubah mereka jika Sultan memancung kepala Imam Nawawi.
Namun Sultan mengeluarkan perintah supaya Imam Nawawi segera keluar dari Damsyik. Akur dengan perintah itu, beliau membawa diri ke Nawa. Para ulama Syam berusaha menjemput Imam Nawawi kembali ke Damsyik namun beliau enggan selagi Al-Zahir memegang tampuk pemerintahan.
Begitulah keberanian jiwa seorang ulama yang tidak mahu mengejar pangkat dan kedudukan kerana tidak rela mengorbankan kebenaran Islam.
Kisah di atas turut menjelaskan tentang kewajipan kerajaan yang sedang berhadapan dengan krisis dan setakat mana kepentingan rakyat perlu dikorbankan semasa negara mengalami krisis. Pemerintah yang adil, amanah dan bertanggung jawab sudah pasti mengutamakan rakyat dan tidak mengorbankan kepentingan rakyat.
Dalam menghadapi kemelesetan ekonomi sebagai contoh, kerajaan perlulah mencari kaedah terbaik bagi mengelak rakyat menghadapi kepayahan hidup dan tidak mencari jalan pintas dengan membebankan rakyat. Apatah lagi jika kemelesetan ekonomi itu berpunca daripada amalan berbelanja kerajaan (yang boros), rasuah, penyelewengan dan kegagalan mengurus tadbir negara dengan baik.
Sehubungan itu saranan bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah supaya kerajaan menanggung sendiri beban kewangan yang meningkat dan bukan melepaskannya ke bahu rakyat perlu diberi perhatian serius.
Mengulas langkah kerajaan BN menaikkan harga runcit Ron95 dan diesel, Ku Li menggesa agar gejala rasuah yang menjadi masalah terbesar dalam pentadbiran negara diatasi segera kerana ia menjejaskan kesejahteraan hidup rakyat.
"Amalan rasuah begitu berleluasa di peringkat tertinggi dan melibatkan jumlah wang yang banyak. Akhirnya rakyat yang terpaksa menanggung beban akibat daripadanya," tegas beliau.
Bagi Ku Li, kerajaan telah membiarkan rakyat bawahan membayar kos tambahan akibat daripada kos projek yang terlalu mahal (akibat rasuah).
"Kerajaan sepatutnya menanggung sendiri beban kewangan yang meningkat, bukan melepaskannya ke bahu rakyat," tegas bekas Presiden Parti Melayu Semangat 46 itu.
Ahli Parlimen Gua Musang itu juga menyarankan supaya semua pemimpin kerajaan termasuk menteri dan bekas menteri mengisytiharkan harta masing-masing sebagai salah satu langkah membanteras amalan rasuah.
"Ini termasuk juga isytihar duit (wang simpanan). Saya sendiri akan isytihar (walaupun sudah lama tidak jadi menteri)," lapor Sinar Harian, 7 September lalu.
Lain pula kisahnya dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya yang mahu rakyat menerima kenaikan harga barangan (akibat kenaikan harga minyak) sebagai takdir dan ketetapan daripada Allah SWT.
Mengulas pandangan Fathul Bari itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Islam menitikberatkan konsep adil kepada semua pihak - peniaga dan pembeli.
Menurut Ustaz Tuan Ibrahim, tidak wajar mengajak rakyat menerima kenaikan harga barangan sebagai takdir sedangkan pada masa yang sama ada pemimpin negara, ahli korporat dan syarikat kroni terus-menerus mengambil kesempatan untuk hidup bermewah.
"Memang hakikat naik turun, ajal maut semua ketentuan Allah tetapi bukan bermakna pemerintah boleh sesuka hati meletakkan kesalahan kepada takdir.
"Demikian juga kalau kita tengok kerajaan memotong subsidi untuk rakyat tetapi dalam waktu sama golongan korporat dan bangsawan dilihat hidup melampau-lampau mewah," katanya dipetik TV Selangor.
Kenyataan Fathul Bari itu juga, tegas beliau berbahaya kerana boleh memberi gambaran bahawa peniaga boleh bebas menaikkan harga barangan dan pengguna harus menerimanya sebagai takdir.
Kesimpulannya, negara perlukan pemerintah yang adil dan ulama yang amanah dengan ilmunya untuk terus kekal makmur dan harmoni. Tanpa dua syarat itu, hasrat mewujudkan sebuah negara yang baik dan mendapat keampunan Allah SWT tidak akan tercapai.
Oleh Ahmad Tajdid
Monday, October 10, 2011
Tuah Bajet 2012: Harga Barang Akan Naik Lagi

Bersedia Dengan Kemungkinan Kenaikan Harga Barangan!!!
KUALA LUMPUR – Orang ramai dan pengguna di negara ini perlu bersedia dengan kemungkinan berlaku peningkatan harga barangan harian secara mendadak dalam masa terdekat.
Ini berikutan pembentangan Bajet 2012 yang antaranya melibatkan kenaikan gaji, imbuhan serta bonus tambahan kepada kakitangan awam di seluruh negara, pada 7 Oktober lalu dijangka akan mendorong peniaga tamak mengambil kesempatan menaikan harga barangan.
Bagi menghadapi kemungkinan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengambil langkah mewujudkan Jawatankuasa Pemantauan Harga bagi mengekang kenaikan harga oleh sebilangan peniaga yang tidak bertanggungjawab.
Pengerusi Majlis Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, pihaknya baru-baru ini menerima satu sistem pesanan ringkas (sms) dari KPDNKK yang memaklumkan tentang rancangan kementerian itu.
“Saya ada menerima sms dari pihak KPDNKK baru-baru ini mengenai penubuhan Jawatankuasa Pemantauan Harga itu dan PPIM komited bekerjasama dengan Jawatankuasa tersebut.
“PPIM juga sudah mewar-warkan kepada semua aktivis-aktivis kami di seluruh negara agar melipat gandakan pemantauan di tempat masing-masing dan melaporkan sekiranya ada peniaga yang berani menaikkan harga sewenang-wenangnya,” katanya ketika dihubungi Mynewshub.my di sini hari ini.
Kenaikan harga barangan pengguna adalah satu isu normal setiap kali kerajaan mengumumkan pemberian bonus atau sebarang bentuk penyelarasan gaji serta elaun di kalangan kakitangan awam.
Di Pahang umpamanya hari ini dilaporkan, peniaga dikesan menaikkan harga daging ayam sehingga RM10 sekilogram.
Tambah Tunku Azwil, sms tersebut yang dihantar oleh Pengarah Bahagian Dasar dan Standard Kepenggunaan, Norashiken Ishak meminta semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan-persatuan pengguna untuk memberikan kerjasama dengan Jawatankuasa yang bakal ditubuhkan itu.
Tunku Azwil memaklumkan bahawa jawatankuasa yang akan dianggotai dari wakil kementerian terbabit, NGO-NGO dan persatuan-persatuan pengguna itu dijangka akan melakukan pemantauan harga di semua lokasi-lokasi strategik yang dikenal pasti sama ada di dalam atau di luar bandar.
Berikut adalah kandungan sms dari KPDNKK yang dihantar kepada NGO-NGO pengguna di seluruh negara:
“Dengan pengumuman Bajet 2012, kenaikan gaji penjawat awam dll dijangka akan mencetuskan kenaikan harga oleh peniaga yang tidak beretika.
“Sebagai tindakan proaktif, KPDNKK akan menubuhkan taskforce untuk pemantauan harga dan pada masa yang sama kerjasama bersama NGO pengguna dan rakan pengguna diperlukan dalam usaha kementerian dalam menangani isu kenaikan harga dan keuntungan melampau.
“Pihak kami akan berhubung dengan persatuan pengguna dari masa ke semasa bagi maksud ini,”.
Presiden Persatuan Pengguna Air Keroh (PPAK), Safina Sulaiman berkata, KPDNKK sewajarnya meningkatkan lagi pemantauan harga di seluruh negara untuk mengekang kenaikan harga barang oleh peniaga-peniaga yang cuba mengambil kesempatan.
“Memanglah KPDNKK seharusnya mempertingkatkan lagi pemantauan, bukan sahaja di bandar malah diluar bandar demi mengelakkan kenaikan harga barangan oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab”, katanya kepada kami melalui sms.
sumber...MNH
Friday, July 22, 2011
Rakyat israel berang harga barang naik,Rakyat Malaysia cool aja
rakyat israel naik berang, rakyat malaysia buat dekkk aja..
semua dah kaya kot, atau rakyat malaysia lebih baik taraf ekonomi dari rakyat israel.....
TEL AVIV - Penduduk di Israel kini marah apabila mereka mendapati taraf kehidupan meningkat termasuk harga rumah dan makanan.
Ekoran itu, sejumlah orang mendirikan khemah di serata Israel untuk membantah kenaikan harga rumah ketika harga hartanah global menurun ekoran masalah ekonomi.
Negara ini mempunyai jurang pendapatan yang meluas manakala harga makanan telah meningkat sejak beberapa bulan lalu termasuk harga minyak.
Mogok juga diadakan baru-baru ini oleh para pekerja sosial dan doktor yang kecewa ekoran perasaan tidak puas hati mengenai kenaikan kos di negara ini.
Harga sebuah apartmen sederhana di negara ini melebihi AS$500,000 (RM1.49 juta).
Seorang wanita, Lital Yitzhak dan suaminya yang merupakan pengurus gudang terpaksa berpindah ke rumah ibu mereka kerana kadar sewa tinggi sebanyak AS$900 (RM2,693) sebulan dikenakan pemilik apartmen dua bilik yang kecil di Baitulmuqaddis lapan bulan lalu.
"Saya tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan oleh satu pasangan muda (ekoran kenaikan kos hidup)," kata Lital yang merupakan seorang guru ganti prasekolah.
Dia dan suaminya hanya memperoleh pendapatan kira-kira AS$1,800 (RM5,386) sebulan.
Harga minyak di Israel ialah AS$8 (RM23.94) bagi setiap 3.78 liter manakala sebuah kereta sedan berharga AS$35,000 (RM104,776) ke atas.
Di Baitulmuqaddis, puluhan pasangan mendirikan khemah di kawasan berdepan tembok Bandar Lama.
"Harga meningkat di serata negara," kata seorang aktivis perumahan dan seorang anggota Majlis Perbandaran Baitulmuqaddis.

