Followers

Showing posts with label imam. Show all posts
Showing posts with label imam. Show all posts

Friday, January 4, 2019

'Kami Dipecat Mungkin Kerana Qunut, Yasin malam Jumaat'



Pemecatan imam-iman di Perlis dispekulasi mempunyai kaitan dengan amalan agama negeri itu yang berbeza dengan negeri-negeri lain.

Katanya, pemecatan tersebut mungkin disebabkan mereka mengamalkan bacaan zikir selepas solat, doa qunut, bacaan Yasin pada malam Jumaat serta selawat ketika solat tarawih” menurut laporan Utusan Malaysia.

Akhbar itu memetik salah seorang imam dari Masjid Batu Dua, Kangar yang enggan namanya didedahkan.

Perlis satu-satunya negeri yang tidak terikat secara khusus dengan salah satu mazhab fikah. Negeri-negeri lain di Malaysia mengikuti Mazhab Shafie.

Perbezaan itu sering membuatkan negeri Perlis digelar sebagai Wahabi. Gelaran ini bagaimanapun ditolak oleh raja dan alim ulama negeri.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (Jaips) hari ini dilapor menamatkan perkhidmatan 25 imam dan menukarkan 10 lagi iman ke kariah lain berkuat kuasa 1 Januari.

Tiada alasan diberikan dalam surat pemecatan itu, yang turut dilihat Malaysiakini.

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau akan menjawab perkara itu malam ini secara langsung.

Pada 25 Julai tahun lalu, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah sekiranya masjid-masjid merasakan ajaran yang dipraktikkan mereka selama ini benar, mereka boleh berjumpa dengan mufti serta merujuk al-Quran mengenai perkara itu.

Sementara itu, salah seorang imam yang dipecat juga berkata mereka tidak dipanggil atau diberikan amaran terlebih dahulu.

“Amalan seperti selawat, surah Yasin sememangnya menjadi amalan jemaah sejak dahulu dan kita mengikut kemahuan mereka.

“Di Perlis ini, kira-kira 10 daripada keseluruhan 100 buah masjid di negeri ini dikatakan tidak sealiran dengan jabatan agama daripada sesetengah perkara seperti doa qunut, zikir dan bacaan Yasin.

“Yang lain kita ikut cara yang ditetapkan jabatan agama ini termasuk menggunakan teks khutbah Jumaat yang disediakan mereka,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sementara itu, seorang lagi imam di masjid lain pula berkata, dia juga terkilan dengan tindakan yang disifatkan terburu-buru itu.

“Tengah elok-elok di masjid, tiba-tiba jadi kelam kabut dengan tindakan ini. Kebanyakan jemaah juga merasakan tidak puas hati dengan tindakan pemecatan tersebut,” beliau dipetik sebagai berkata.

sumber...mKini

Tuesday, September 10, 2013

Imam Nawawi Lebih REAL Dari Fathul Bari UMngok




Imam Nawawi dan Fathul Bhari pada sisi rakyat

IMAM Nawawi atau nama penuhnya Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syirfu al-Nawawi (631 -676H) ialah anak kelahiran Damsyik, Syam (Syria). Menghafaz Quran sejak dari kecil,  beliau dilapor mempelajari sebanyak 12 mata pelajaran dalam berbagai jurusan ilmu  agama. Antara buku karangan ulama terkenal Mazhab Shafie ini adalah Syarah Sahih  Muslim dan Riyadus Salihin.

Sepanjang hayatnya, Imam Nawawi telah menyumbangkan tenaga fikiran dan ilmunya kepada  agama Islam dan umatnya. Ketegasannya dalam menyampaikan kebenaran Islam tiada tolok  banding pada zamannya. Sebagai ulama yang memimpin umat, beliau memfatwakan kebenaran  tanpa rasa takut walaupun akibatnya merugikan kedudukan dan mengancam nyawanya.

Terdapat satu kisah masyhur berhubung Imam Nawawi yang menjelaskan lagi kemuliaan  peribadi ulama terkemuka ini. Menurut riwayat, Sultan Al-Malik Al-Zahir telah  mengadakan persiapan perang untuk memerangi orang-orang Tatar (Monggol) lalu  digunakanlah fatwa ulama yang mengharuskan mengambil harta rakyat untuk kepentingan  perang melawan musuh.

Keseluruhan ulama fiqh negeri Syam telah menulis menyokong fatwa tersebut, namun  baginda belum merasa senang hati kerana Imam Nawawi belum memberikan fatwanya.

Baginda menjemput Imam Nawawi ke istana untuk mendengar sendiri pandangan beliau.  Walaupun menerima jemputan sultan, tanpa diduga Imam Nawawi menolak untuk menyokong  fatwa itu. Malah dengan berani beliau memberikan alasan penolakannya itu.

"Aku mengetahui bahawa kamu (Sultan Al-Malik Al-Zahir) dahulunya seorang hamba  tawanan dan tidak mempunyai sebarang harta benda. Tetapi dengan pertolongan Allah  kamu telah menjadi seorang raja. Aku mendengar bahawa kamu ada memiliki seribu orang  hamba, tiap seorang mempunyai beberapa ketul emas. Manakala 200 orang khadam wanita  milik kamu masing-masing mempunyai barang-barang perhiasan yang bernilai.

"Andai kata kamu membelanjakan kesemua itu untuk keperluan perang sehingga mereka  tidak lagi mempunyai barang-barang itu, maka aku bersedia memberikan fatwa untuk  membenarkan kamu mengambil harta rakyat."

Kesimpulannya, Imam Nawawi berfatwa tidak membenar Al-Zahir mengambil harta rakyat  selama kekayaannya sendiri masih dapat digunakan.

Sultan Al-Malik Al-Zahir begitu murka apabila mendengar fatwa itu sehingga sesetengah  riwayat melaporkan, para ulama yang hadir mengangkat jubah masing-masing kerana  takutkan percikan darah terkena hujung jubah mereka jika Sultan memancung kepala Imam  Nawawi.
Namun Sultan mengeluarkan perintah supaya Imam Nawawi segera keluar dari Damsyik.  Akur dengan perintah itu, beliau membawa diri ke Nawa. Para ulama Syam berusaha  menjemput Imam Nawawi kembali ke Damsyik namun beliau enggan selagi Al-Zahir memegang  tampuk pemerintahan.

Begitulah keberanian jiwa seorang ulama yang tidak mahu mengejar pangkat dan  kedudukan kerana tidak rela mengorbankan kebenaran Islam.

Kisah di atas turut menjelaskan tentang kewajipan kerajaan yang sedang berhadapan  dengan krisis dan setakat mana kepentingan rakyat perlu dikorbankan semasa negara  mengalami krisis. Pemerintah yang adil, amanah dan bertanggung jawab sudah pasti  mengutamakan rakyat dan tidak mengorbankan kepentingan rakyat.

Dalam menghadapi kemelesetan ekonomi sebagai contoh, kerajaan perlulah mencari kaedah  terbaik bagi mengelak rakyat menghadapi kepayahan hidup dan tidak mencari jalan  pintas dengan membebankan rakyat. Apatah lagi jika kemelesetan ekonomi itu berpunca  daripada amalan berbelanja kerajaan (yang boros), rasuah, penyelewengan dan kegagalan  mengurus tadbir negara dengan baik.

Sehubungan itu saranan bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah supaya  kerajaan menanggung sendiri beban kewangan yang meningkat dan bukan melepaskannya ke  bahu rakyat perlu diberi perhatian serius.

Mengulas langkah kerajaan BN menaikkan harga runcit Ron95 dan diesel, Ku Li menggesa  agar gejala rasuah yang menjadi masalah terbesar dalam pentadbiran negara diatasi  segera kerana ia menjejaskan kesejahteraan hidup rakyat.

"Amalan rasuah begitu berleluasa di peringkat tertinggi dan melibatkan jumlah wang  yang banyak. Akhirnya rakyat yang terpaksa menanggung beban akibat daripadanya,"  tegas beliau.

Bagi Ku Li, kerajaan telah membiarkan rakyat bawahan membayar kos tambahan akibat  daripada kos projek yang terlalu mahal (akibat rasuah).

"Kerajaan sepatutnya menanggung sendiri beban kewangan yang meningkat, bukan  melepaskannya ke bahu rakyat," tegas bekas Presiden Parti Melayu Semangat 46 itu.

Ahli Parlimen Gua Musang itu juga menyarankan supaya semua pemimpin kerajaan termasuk  menteri dan bekas menteri mengisytiharkan harta masing-masing sebagai salah satu  langkah membanteras amalan rasuah.

"Ini termasuk juga isytihar duit (wang simpanan). Saya sendiri akan isytihar  (walaupun sudah lama tidak jadi menteri)," lapor Sinar Harian, 7 September lalu.

Lain pula kisahnya dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno  (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya yang mahu rakyat menerima kenaikan harga barangan  (akibat kenaikan harga minyak) sebagai takdir dan ketetapan daripada Allah SWT.

Mengulas pandangan Fathul Bari itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim  Tuan Man berkata, Islam menitikberatkan konsep adil kepada semua pihak - peniaga dan  pembeli.

Menurut Ustaz Tuan Ibrahim, tidak wajar mengajak rakyat menerima kenaikan harga  barangan sebagai takdir sedangkan pada masa yang sama ada pemimpin negara, ahli  korporat dan syarikat kroni terus-menerus mengambil kesempatan untuk hidup bermewah.

"Memang hakikat naik turun, ajal maut semua ketentuan Allah tetapi bukan bermakna  pemerintah boleh sesuka hati meletakkan kesalahan kepada takdir.

"Demikian juga kalau kita tengok kerajaan memotong subsidi untuk rakyat tetapi dalam  waktu sama golongan korporat dan bangsawan dilihat hidup melampau-lampau mewah,"  katanya dipetik TV Selangor.

Kenyataan Fathul Bari itu juga, tegas beliau berbahaya kerana boleh memberi gambaran  bahawa peniaga boleh bebas menaikkan harga barangan dan pengguna harus menerimanya  sebagai takdir.

Kesimpulannya, negara perlukan pemerintah yang adil dan ulama yang amanah dengan  ilmunya untuk terus kekal makmur dan harmoni. Tanpa dua syarat itu, hasrat mewujudkan  sebuah negara yang baik dan mendapat keampunan Allah SWT tidak akan tercapai.

Oleh Ahmad Tajdid

Tuesday, September 4, 2012

Gempaq: Puak "Haru Biru" Buat Haru Dalam Masjid Pulak !!

Kah kah kah...ini keje puak puak haru BIRU haram jadah Puak puak Hijau takde buat keje macam ni ler... Ini keje macam badwi yang ngaku beriman bila ditanya oleh Baginda Rasul SAW...(boleh rujuk pada pak ostad)..wa qoolatil aa'rob aamanna. Ini keje puak puak yang runtuh masjid kat Teganu tu ler...nak nafi ke?  Ini ler keje puak puak yang kencing pada gambo alim ulamak! Dan bermacam lagi keje durjana puak Haru BIRU laknatullah . Wa nak senaraikan pun panjang lebor pulak...kah kah kah
Tahniah wa ucapkan pada yang terlibat kerana berjaya handle keje gila puak puak haru BIRU dalam insiden tu.. Woi puak loqlaq PERKASAm..  Ha sekarang da nampak your true color..i see ..hahaha macam gambo kat bawah ni Da tengok lu orang sendirik paham ler kan...hahaha Amacam tauke JATI ?
 Jangan jadi orang yang 'Perkosa' masjid Usaha menghalang masjid daripada disuburkan dengan risalah-risalah Allah merupakan satu usaha yang zalim dan tidak bertamadun. Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Shamsudin, berkata jika seseorang itu melakukan usaha bagi menghalang dakwah Allah, maka ia akan berdepan dengan tindakan Allah itu sendiri d akhirat kelak.  Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian serangan di sebuah masjid, di Alor Setar, ketika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan tazkirah Maghrib, baru-baru ini. "Umat Islam sepatutnya menyedari segala perkara dalam dunia ini berkaitan, orang yang tidak berilmu akan menjadi jahat, dan begitu sebaliknya.  Dalam Islam, siapa yang ingin perkasa, perlu dengan Allah, kalau tidak jadi pekasam," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini. Tambah beliau, setiap seorang yang ingin memperkasakan diri ia perlu bersama Allah, kerana hanya dengan Allah ia akan jadi perkasa. Sambil menyatakan kekesalan terhadap insiden berkenaan,  Ustaz Ghani yang juga Ahli Majlis Syura Ulama PAS, gangguan terhadap rumah Allah itu satu perbuatan yang biadap, lebih-lebih lagi ketika tazkirah dijalankan. "Kalau mereka tidak mahu mendengar tazkirah tersebut, keluarlah dengan baik.  Ini tidak, setelah membuat bising di dalam dan setelah diminta keluar, berterusan membuat bising.   Ini tidak bertamadun," kata beliau yang turut berada di masjid berkenaan. Sedangkan, tambah beliau ketika itu tazkirah dijalankan oleh seorang yang dikenali dan pernah menjadi pemimpin negara suatu ketika dahulu yang begitu dikenali ramai. Menurutnya lagi, mengganggu majlis dengan membuat andaian dan tuduhan yang bermacam-macam tanpa sebarang bukti hanya menunjukkan sikap yang tidak bertanggungjawab. Justeru, beliau menasihatkan mana-mana pihak yang gemar 'memperkosa' majlis agama ini agar menghentikan perbuatan tersebut memandangkan perbuatan tersebut akan berdepan dengan tindakan Allah SWT di akhirat kelak. "Nasihat saya, jangan jadi orang yang perkosa masjid.  Kalau nak jadi perkasa, kena bersama-sama dengan Allah, baru perkasa.  Bukan jadi perkosa," tegas beliau. sumber...harakahdaily