Coretan politik,sosial,ekonomi,agama dan lain lain lagi di Malaysia dan seluruh dunia. Sumber dari semua capaian internet. email greenblacks8@gmail.com
Followers
Showing posts with label khir toyo. Show all posts
Showing posts with label khir toyo. Show all posts
Wednesday, December 10, 2014
Mungkinkah Khir Toyo Terlepas Hukuman Penjara ?
Pertuduhan terhadap Dr Khir Toyo ada kecacatan, kata peguam bela
Mahkamah Rayuan tersalah arah apabila mengekalkan sabitan bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo bagi pertuduhan peroleh hartanah, kata peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di Mahkamah Persekutuan, hari ini.
Mahkamah Rayuan tersalah arah apabila mengekalkan sabitan bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo bagi pertuduhan memperoleh barangan berharga iaitu dua bidang tanah dan satu unit banglo untuk diri sendiri dan isterinya, Mahkamah Persekutuan diberitahu hari ini.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, mewakili Dr Mohamad Khir, berkata ini kerana pertuduhan itu ada kecacatan.
Beliau berkata ini kerana pertuduhan itu menyatakan Dr Mohamad Khir melakukan kesalahan itu atas kapasiti rasminya sebagai menteri besar Selangor, manakala Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan Dr Mohamad Khir atas kapasitinya sebagai pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
"Pihak pendakwa raya tidak meminda pertuduhan itu sehingga hari ini. Kami dipandu oleh pertuduhan itu. Pertuduhan terhadap perayu (Dr Mohamad Khir) ada kecacatan," kata Muhammad Shafee pada pendengaran rayuan terakhir Dr Mohamad Khir untuk membatalkan sabitan dan hukuman penjara 12 bulan.
Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin mempengerusikan pendengaran rayuan itu bersama-sama empat hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Ramly Ali.
Muhammad Shafee berkata anak guamnya dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang terpakai bagi kakitangan awam dan hujahnya Dr Mohamad Khir, adalah menteri besar dan anggota lembaga dan pengerusi PKNS pada masa itu, tidak termasuk di bawah definisi kakitangan awam.
Beliau berhujah perkara utama dalam kes pihak pendakwaan ialah Dr Mohamad Khir membeli satu hartanah pada harga tidak wajar RM3.5 juta pada 2007 dan menegaskan pihak pendakwaan berhujah tidak relevan untuk bergantung pada nilai pasaran.
Bagaimanapun, katanya, pihak pendakwaan bergantung pada laporan penilaian oleh Trans Asia Properties, yang dilantik oleh saksi kedua pihak pendakwaan, Shamsuddin Hayroni, yang merupakan pengarah Ditamas Sdn Bhd, dan pada masa sama mengabaikan sepenuhnya laporan penilaian dibuat Rahim & Co, penilai yang dilantik oleh sebuah bank.
Penilaian Rahim & Co terhadap hartanah itu pada harga RM3.5 juta, selepas melakukan pemeriksaan terhadap keadaan sebenar hartanah itu pada 2007, langsung tidak dicabar oleh pihak pendakwaan, katanya.
Beliau juga berhujah Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan langsung tidak mempertimbangkan pertukaran barangan bernilai atas hartanah itu pada 2004 dan 2007.
Pada 2004, terdapat bangunan dengan reka bentuk Itali berserta sijil layak menduduki manakala pada 2007, hanya tinggal struktur bangunan itu tanpa sijil layak menduduki, katanya.
Pada 23 Disember, 2011, Mahkamah Tinggi di Shah Alam mendapati Dr Mohamad Khir, 49, bersalah terhadap pertuduhan memperoleh untuk diri sendiri dan isterinya Zahrah Kechik, 47, dua bidang tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, dan menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadapnya.
Hartanah itu diperoleh empat tahun lepas daripada Shamsuddin.
Dr Mohamad Khir dituduh melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.
Mahkamah Tinggi juga memerintahkan hartanah berkenaan dirampas dan diserahkan kepada kerajaan.
Pada 30 Mei tahun lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan itu dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi. Dr Mohamad Khir kemudiannya memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan,
Perbicaraan bersambung 19 Januari.
sumber...TMI
Tuesday, September 27, 2011
Isu nilai pasaran sebenar rumah Khir Toyo jadi pertikaian
SHAH ALAM: Isu nilai pasaran sebenar dua lot tanah termasuk sebuah rumah di Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7, Shah Alam yang dibeli bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo terus menjadi topik pertikaian pihak pendakwaan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Wahab Mohamad ketika menyoal balas Dr Mohamad Khir, yang menjadi saksi pertama pihak pembelaan yang memberi keterangan dari kandang saksi, menuduh beliau berpakat dengan penilai profesional Rahim & Co yang dilantik pihak bank dalam menentukan harga rumah berkenaan.
Dr Mohamad Khir turut menafikan dakwaan Abdul Wahab yang menyatakan Shamsuddin bersetuju menjual rumahnya kepada beliau kerana beliau adalah Menteri Besar ketika itu.
Dr Mohamad Khir berkata demikian ketika membela diri atas pertuduhan mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin.
Hartanah yang terletak di Seksyen 7 itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember, 2004, pada harga RM6.5 juta.
Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu.
Dr Mohamad Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei, 2007.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki disambung petang ini.
sumber...BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)
