Followers

Showing posts with label pak lah. Show all posts
Showing posts with label pak lah. Show all posts

Thursday, August 22, 2013

'Berbalas Pantun' : Mamak Madey Jawab Pak Lah



Menurut pengamat ekonomi ketika itu,Pak Lah sudah memulakan langkah yang tepat.

Pembekuan projek mega perlu dilakukan kerana jumlah hutang luar dan belanjawan defisit Malaysia telah memasuki garis merah.

Perbelanjaan projek mega mamak Madey memungkinkan Malaysia akan bankrup lebih awal lagi.

Beberapa skandal dalam projek mamak Madey telah di 'Bill out' oleh kerajaan pimpinan Pak Lah.

Masih segar dalam memory seperti Perwaja , Petronas Twin Tower dan lain lain lagi.

Ringkasnya Pak Lah tidak diberikan peluang kedua untuk memulihkan keadaan umno/bn setelah  kejayaan islam hadhari pada tahun 2004.

Kerajaan Pak Lah kaya, tapi rakyat tetap tolak BN, kata Dr M


Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008 adalah sebuah kerajaan yang kaya, namun rakyat masih tetap memilih pembangkang, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar).

Dalam blog miliknya hari ini www. chedet.cc, Dr Mahathir berkata, walaupun Abdullah, yang juga dikenali dengan panggilan Pak Lah mampu membuatkan kerajaan menyimpan berbilion ringgit duit kerajaan, rakyat tetap menyerahkan lima negeri kepada pembangkang dan BN hilang majoriti dua pertiga majoriti Parlimen.

"Kerajaan yang melalui Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) adalah kerajaan yang kaya, namun amat menyedihkan rakyat tidak menghargainya.

"Mereka tolak parti kerajaan, memberikan lima negeri dan satu Wilayah Persekutuan kepada pembangkang, dan majoriti kecil kepada parti," kata Dr Mahathir yang berkhidmat selama 22 tahun sebagai perdana menteri sebelum memilih Pak Lah sebagai pengganti.

Pak Lah dalam bukunya, Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia,  sebelum ini berkata, Malaysia akan jatuh muflis sekiranya beliau mengikut jejak langkah berbelanja secara boros seperti Dr Mahathir.

Namun beliau kemudiannya berkata kenyataan itu adalah tafsiran penulis dan bukannya dirinya sendiri.

"Cuba bayangkan berapa bilion ringgit akan dapat diselamatkan jika saya bersara lebih awal," kata Dr Mahathir secara sinis dalam blognya, dan menamakan beberapa projek mega yang telah dilaksanakannya, seperti Lebuh Raya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinang, KLIA, Pelabuhan Barat, Putrajaya, Cyberjaya, dan Menara Berkembar Petronas.

"Kita akan duduk di atas gunung-ganang dipenuhi Ringgit," katanya secara sinis.
Dr Mahathir bagaimanapun turut menjelaskan, perbelanjaan besar juga terpaksa ditanggung kerajaan apabila Pak Lah membatalkan projek yang dirangkanya apabila terpaksa membayar pampasan kepada kontraktor.

"Ya ... saya akui saya berbelanja besar semasa menjadi perdana menteri yang menyiapkan semua projek dengan duit kerajaan.

Abdullah dalam bukunya itu berkata jika beliau mengikut kehendak dan tekanan Dr Mahathir supaya berbelanja tanpa kawalan dan meneruskan projek mega, Malaysia pasti akan bankrup.
Abdullah turut menjelaskan beliau berjumpa Dr Mahathir untuk menjelaskan penangguhan beberapa projek mega disebabkan bajet defisit.

"Beliau bagaimanapun menolak cadangan tersebut, kerana kerajaan jelasnya perlu terus berbelanja. Tapi bagaimana kita nak teruskan apabila defisit kita sangat kritikal? Ia akan menjadi tidak bertanggungjawab jika saya terus berbelanja.

"Jadi kami tiada pilihan untuk mengurangkan defisit dengan menangguhkan beberapa projek mega seperti landasan berkembar dan ia menjadikan Dr Mahathir mengamuk. Saya melihatnya beliau merasakan itu adalah projek angkatnya.

"Boleh bayangkan jika saya teruskan tekanan daripada Dr Mahathir untuk terus berbelanja ketika defisit yang sangat tinggi, bagaimana Malaysia mahu mengatasi krisis kewangan dan minyak pada 2008?

"Defisit kami berjaya turunkan pada kadar 3.2 peratus dan kepada 5 peratus. Jika kita terus berbelanja, saya boleh bayangkan kita sudah bankrup."

Dalam bukunya, yang disunting oleh Bridget Welsh dan James Chin, Abdullah turut berkata ketika beliau meninggalkan pejabat pada 2009, beliau bertekas untuk tidak jadi seperti Dr Mahathir. Beliau mahu Datuk Seri Najib Razak menjadi perdana menteri sendiri.

Abdullah menerima mandat terbesar pada 2004 namun turut membuatkan BN hilang majoriti dua pertiga Parlimen pada 2008.

Beliau bagaimanapun dalam bukunya menerima perkara itu dan tidak memenuhi jangkaan pengundi, namun berkata Dr Mahathir juga tidak boleh melepaskan diri daripada insiden 2008.

"Ketika kita perolehi keputusan baik pada 2004, beliau berkata mandat yang besar tidak bagus untuk negara. Kita dapat keputusan teruk pada 2008 beliau menyalahkan saya. Malah samapi sekarang beliau melakukannya ... Mahathir tidak boleh menafikan beliau menyebabkan perpecahan dalam sokongan BN pada 2008 melalui kritikan dan serangannya."

 OLEH MOHD FARHAN DARWIS TMI

Thursday, August 15, 2013

Adakah TONGKANG Mamak Madey Sudah Pecah ??




Amboi amboi ..
Kalo pasal laen laen bukan maen lantang jer mamak madey nak menjawab..
Cer jawab kritikan Aweking Pak Lah pulak..

Idea tak datang lagi kot...kah kah kah

Atau pon Luu punya tongkang dah uzur...kah kah kah

Sekali sekala nengok kelakuan mamak ni jadi hiburan pulak...kah kah kah

Dr M elak menjawab kritikan Buku 'Awekening' Pak Lah

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini masih mengelak untuk menjawab mengenai kritikan penggantinya,Tun Abdullah Badawi di dalam buku yang menimbulkan kontroversi “Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia".

Dr Mahathir memberi alasan sama "tidak baca" meskipun didesak wartawan bagi mengulas dakwaan Abdullah bahawa Malaysia akan jatuh bankrap sekiranya meneruskan projek mega yang ditinggalkan kepadanya.

"Bankraplah... tidak, saya tidak baca," kata Dr Mahathir apabila ditanya wartawan dakwaan Abdullah di dalam bukunya padad sidang media di majlis perhimpunan NGO membantu Palestin yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PTWC) hari ini.


sumber...TMI

Friday, August 9, 2013

Nurul Izzah Bakal Lancar Buku Pak Lah Di Singapura..Ye Ke ??



Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bersetuju menerima jemputan untuk melancarkan buku oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di Singapura pada 30 Ogos ini.

Nurul Izzah, anak kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau telah bersetuju untuk melancarkan buku berjudul'Awakening- The Abdullah Badawi Years in Malaysia'.


Pelancaran buku ini di Malaysia, juga ditetapkan pada bulan ini, yang mana ia akan dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri itu sendiri.

Abdullah, 73, menjadi Perdana Menteri pada 2003-2009.

Beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno selepas Barisan Nasional gagal untuk mengekalkan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum 2008.

Buku ini merupakan himpunan esei dan disunting bersama oleh penganalisis politik Bridget Welsh dan James Chin.


Thursday, August 8, 2013

Saya Bukan Mahathir, bila bersara, bersaralah, kata Pak Lah

 
 
Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menjawab mengapa beliau tidak bersifat agresif seperti Perdana Menteri sebelumnya Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Perdana Menteri kelima itu berkata beliau tidak berhasrat menggunakan pendekatan Mahathir yang gemar memberi pandangan dalam pelbagai isu atau memberi panduan semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
 
Bagi beliau, bila bersara bersaralah dan tidak perlu mengacau orang yang sedang bekerja.
 
Katanya inilah sebab beliau gemar mendiamkan diri kerana bila sudah bersara maka tidak seharusnya mencampuri urusan pentadbiran politik semasa.
 
 "Jika ada perkara yang tidak berkenan di hati, lebih baik sampaikannya di dalam diam dan tidak perlu meluahkan secara umum yang mungkin menimbulkan perasaan kurang senang," katanya memetik kenyataan di akhbar berbahasa Cina, Nan Yang Siang Pau.
 
Beliau menambah jika kerajaan berhasrat menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Aduan dan Penambahbaikan Polis (IPCMC) maka pastinya ada perkara yang tidak kena berlaku dalam kerajaan mahupun Polis Diraja Malaysia (PDRM).
 
Semalam Perkasa menggesa Abdullah agar segera bangun dari tidur dan melihat realiti dan perjuangan yang dilakukan oleh Perkasa selama ini.
 
Setiausaha agungnya, Syed Hasan Syed Ali berkata Abdullah sebenarnya kecewa kerana Perkasa yang menggesa beliau untuk meletakkan jawatan. 
 
Katanya, Abdullah seharusnya mencermin diri sendiri kerana semasa pemerintahannya BN gagal mengekalkan dua pertiga kerusi di Parlimen selain melihat beliau telah menghampakan bukan sahaja BN malah turut ditolak oleh kaum bukan Melayu,
 
Syed Hasan menambah jika Abdullah seorang Perdana Menteri yang hebat, pastinya beliau kekal sebagai Perdana Menteri hingga ke saat ini malah lebih lama dari Mahathir. - 8 Ogos, 2013.
 
oleh Hasbullah Awang Chik