Followers

Showing posts with label pelakon. Show all posts
Showing posts with label pelakon. Show all posts

Thursday, June 27, 2013

Benji Kantoi 'Lalok' Sekali Lagi



Benjy pernah ditahan atas tuduhan memiliki 0.24 gram syabu di rumahnya pada tahun 2010.

PETALING JAYA: Pelakon Khaeryyl Benjamin Ibrahim, atau Benjy sekali lagi ditahan pada pagi Rabu atas kesalahan menyalahguna dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini.

Utusan Maloya melaporkan, anak kepada pelakon, Azean Irdawaty itu ditangkap pada kira-kira pukul 11.30 pagi semalam selepas ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis syabu.

Menurut jurucakap, polis akan memohon perintah reman terhadap pelakon itu hari ini di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya.

"Hasil pemeriksaan polis ke atas pelakon tersebut ketika serbuan bagaimanapun tidak menemui dadah yang dibawa bersamanya," katanya.

sumber...mstar OL

Sunday, July 15, 2012

Kenapa Pelakon Adam Hamid Pulak Joint PAS ?


KUALA LUMPUR - Pelakon Adam Hamid berazam untuk mengubah dunia seni tanah air ke arah yang lebih baik dan berpaksikan syariat lebih-lebih lagi apabila dirinya sudah secara rasminya menjadi ahli Pas seumur hidup bermula malam tadi.

Menurutnya, dunia seni kini semakin lalai dan ramai penggiat seni tidak menghiraukan perintah-Nya ketika berkecimpung dalam dunia seni.

"Ramai yang leka dengan perintah-Nya dan melakukan yang terlarang.

"Jadi saya berasa terpanggil untuk mengajak mereka ke arah yang lebih baik dan berkongsi ilmu yang saya ada walaupun sedikit," ujarnya ketika ditemui selepas sesi ceramah pada majlis Siri Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Wilayah Persekutuan di sini, malam tadi.

Pada mulanya, beliau mahu bersara dalam bidang seni tetapi rakan-rakan artis melarang kerana khidmatnya sebagai pelakon dan pengarah masih lagi diperlukan.

"Saya akan bersara jika ada pihak-pihak tertentu yang menyenaraihitamkan nama saya untuk terlibat dalam mana-mana pihak produksi lakonan.

"Saya juga berharap agar dengan saya menyertai Pas ini tidak disalahertikan oleh mana-mana pihak," tambah beliau.

Beliau menambah, hanya menyerahkan segalanya kepada takdir berhubung statusnya dalam bidang seni tetapi bagi dirinya sendiri, usaha dalam bidang lakonan tetap akan diteruskan kerana ia sudah sebati dalam jiwa.

Ditanya adakah hanya mengikut trend artis kini yang semakin ramai mula menyertai arena politik tanah air, beliau lantas menafikan.

"Tidak. Saya tidak pernah terikut-ikut dengan langkah artis lain menyertai politik. Saya mula bergiat aktif dalam arena politik sudah lama tetapi baru kali ini saya meyerahkan borang keahlian secara rasmi dan saya merupakan pengikut setia Pakatan Rakyat," ujarnya.


NURUL AINI MOHAMED ALI
15 Julai 2012 
sHarian 

Sunday, August 14, 2011

Irma Hasmie Bertudung Masih Laku

Walau bertudung tak menang tangan kata Irma

TUTUR kata Irma Hasmie masih bernada yang sama. Ramah tidak berubah tetapi intonasinya merendah diri dan lembut menutur bait-bait kata.

Ketara berbeza adalah penampilannya yang kini mendapat perhatian dan pujian marhaen. Imej muslimah yang dibawa Irma ternyata memaut setiap pandangan. Dia akur bahawa transformasi itu tidak ditutur ramai tetapi khalayak sentiasa mahukan perubahan positif dalam atmosfera dunia hiburan.

Manis bertudung dengan gaya tersendiri, ucap Irma penuh syukur, perubahan imej dan persona ini membawa juga transformasi dalam pengaliran rezekinya.

“Syukur, makin murah rezeki. Perjalanan hidup saya makin tenang walau sibuk dengan kerjaya. Saya bersyukur walaupun kadangkala rasa penat tetapi rezeki saya makin murah. Saya hanya perlu korbankan masa,” ujar Irma yang tenang bersuara.

Terbaru, wanita muda berusia 29 tahun ini muncul dalam siri Kasih Alia terbitan JS Pictures yang kini ditayangkan di saluran TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 7 malam.

Membawa watak Qistina, Irma memerankan anak sulung yang paling rapat dengan ibunya. “Paling mendengar kata dan sesuai dengan imej diri saya yang bertudung kini,” ujar Irma tentang drama 26 episod tersebut.

“Saya berlakon bersama Sheila Rusly dan Fida dan siri ini menampilkan konflik keluarga tiri yang berlaku dalam masyarakat,” ujarnya yang seronok berlakon bersama pelakon-pelakon lain seperti Sharnaaz, Iqram Dinzly, Erry Putra dan Rafidah Ibrahim.

Seiring pertukaran imej yang berlaku buat pelakon yang mula dikenali melalui filem Kuliah Cinta ini, ada yang menganggap Irma bakal meninggalkan dunia lakonan.

Ujar Irma telus, dia belum terfikir untuk berhenti daripada kerjayanya sebagai pelakon walaupun sudah berubah imej.

“Sampai hari ini, hati saya belum terdetik lagi untuk berhenti bidang lakonan sejak bertudung. Syukur kerana pihak produksi begitu memahami saya,” ujar Irma yang meminta pihak produksi memperuntukkan 30 minit setiap kali waktu solat kerana mahu membuang dan memakai solekan.

Tidak berdepan masalah dengan setiap penggambaran yang dilakukan, Irma turut bersyukur kerana tidak putus-putus diberikan tawaran berlakon dan mengacara.

Terbaru, pelakon comel ini diberi kesempatan mengendalikan program Solehah dan Assalamualaikum yang ditayangkan di saluran TV AlHijrah.

“Saya mahu mencari akhirat. Pernah terfikir kenapa tidak sedar daripada awal lagi dan kenapa ketika berusia saya 26 tahun, baru saya terpanggil untuk berubah? Tapi saya tetap bersyukur kerana Allah buka hati saya,” kata Irma menjadikan lakonan sebagai medium untuk berdakwah ke jalan yang diredai Tuhan.

Selain itu, pelakon ini turut melebarkan kerjayanya dan bergelar usahanita hasil kerjasama dengan pereka fesyen kegemarannya, Ezuwan Ismail.

Irma dan Ezuwan yang juga merupakan rakan baiknya bekerjasama mengeluarkan seleksi jubah yang diberi nama Irma Hasmie by Ezuwan Ismail dikeluarkan dengan sepuluh rekaan eksklusif dalam sepuluh warna.

Menurut Irma, rekaan busana tersebut juga hasil perbincangan dan persetujuan dirinya dan Ezuwan Ismail sendiri.

sumber...kosmoOnline