Followers

Showing posts with label kes dadah. Show all posts
Showing posts with label kes dadah. Show all posts

Monday, February 1, 2021

Isteri Ahli Politik Didakwa Edar 1.58kg, Tanam Ganja di Rumah


 

Isteri seorang ahli politik hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang di Kuala Lumpur, atas tiga pertuduhan mengedar dan menanam dadah jenis kanabis di rumahnya.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Lyiana Roslee, 34, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Farah Nasihah Anuar, kerana kes melibatkan hukuman mati di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Lyiana bersama dengan seorang lagi yang masih belum dituduh, didakwa telah mengedar dadah jenis Kanabis anggaran berat 1,580.4 gram dan mengedar cecair jenis dadah sama berisipadu 7.87 liter di sebuah rumah di Duta Residensi, Ampang, di Kuala Lumpur pada 7.30 malam, 20 Jan.

Bagi kedua-dua kesalahan tersebut, suri rumah itu didakwa mengikut Seksyen 39(B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan ketiga, tertuduh bersama dengan seorang lagi yang masih belum dituduh, didakwa menanam sembilan pokok disyaki pokok kanabis di tempat, tarikh dan masa sama.

Dia dituduh mengikut Seksyen 6B(1)(a) akta sama yang boleh dihukum mengikut Seksyen 6(A)(3) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Shazwani Abdullah, manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali dan Nur Mustanir Md Nor.

Mahkamah menetapkan 16 Feb untuk sebutan semula kes. Tertuduh ditahan di Penjara Kajang.

Bernama sebelum ini melaporkan, seorang ahli politik yang juga ahli perniagaan ditahan, kerana disyaki memproses dan mengedar dadah di Pudu, selain menyerbu rumah suspek di Ampang.

Turut ditahan di dalam serbuan tersebut adalah, isteri serta pembantu rumah suspek.

sumber-  Bernama

Friday, January 22, 2021

Ahli Biro Armada Ditangkap Miliki Ganja dalam Jumlah Besar

 


Seorang ahli sebuah biro dalam Pemuda Bersatu (Armada) telah ditangkap polis pada 20 Jan lalu atas dakwaan memiliki dadah dalam jumlah yang besar.

Perkara itu dimaklumkan oleh sumber dalaman polis yang enggan dinamakan memandangkan ia masih dalam siasatan.

Bercakap dengan Malaysiakini, dia berkata polis merampas 1.5 kilogram leraian daun kering disyaki ganja, sembilan pokok ganja, dan sejumlah besar cecair disyaki memiliki kandungan dadah jenis itu.

Dia berkata polis bertindak setelah menerima maklumat dan menangkap suspek yang berusia 35 tahun di Fraser Business Park di Kuala Lumpur pada tengah hari Rabu lalu, atas kesalahan memiliki barang terlarang.

Susulan tangkapan, polis menyerbu kondominium suspek di Ampang, Selangor pada hari sama.

"Ketika pemeriksaan, polis menemui tujuh pokok dan dua anak pokok ganja. Ada beberapa lagi botol ditemui yang disyaki mengandungi ekstrak ganja.

"Kami juga menemui leraian daun kering disyaki ganja dalam beberapa beg plastik dan bekas," kata sumber lagi.

Nilai rampasan dianggarkan kira-kira RM60,000.

Polis turut menahan isteri suspek, 34 tahun, dan seorang warga asing yang disyaki pembantu rumah pasangan itu.

Ketiga-tiganya disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Malaysiakini tidak mendedahkan nama ahli politik ini selagi dia tidak didakwa. Dia masih suspek dan tidak memegang apa-apa jawatan kerajaan.

Suspek juga tidak memegang apa-apa jawatan yang diraih secara undian dalam Bersatu. Dia merupakan ahli lantikan dalam sebuah biro dalam Armada.

Ketika PRU 2018, dia menjadi calon Bersatu di kerusi Parlimen di Perak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan kes ini dan ia di bawah siasatan polis Kuala Lumpur.

Malaysiakini telah menghubungi Ketua Polis Kuala Lumpur Saiful Azly Kamaruddin dan sedang menunggu maklum balasnya.

Ini bukan kali pertama seorang individu daripada Bersatu disiasat atas kes berkaitan dadah.

Pada Januari tahun lalu, Adun Dengkil Adhif Syan Abdullah merupakan antara yang ditahan dalam satu serbuan berkaitan dadah di Kuala Lumpur.

Ketika itu, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador pada mulanya berkata 16 (daripada 17) yang ditahan di sebuah unit kondominium setelah mereka diuji positif dadah. Dadah jenis ketamine dan ganja turut ditemui di unit tersebut, katanya.

Dua bulan kemudian, pihak berkuasa memaklumkan laporan patologi Adhif mendapati keputusan ujian air kencingnya negatif dan Pejabat Peguam Negara mengarahkan semua siasatan diklasifikasikan sebagai "tiada tindakan lanjut" (NFA).

sumber ...mKini

[Baca berita asal]

Tuesday, August 27, 2013

Patutah Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Dikatakan BANGANG ??



 Kat atas tuu gambo escape dari lokap Balai Polis Jinjang..Luu orang jumpa tibai jer...hahaha

Luu orang suka ke kalau berjiran dengan mamat Negro ?

Wa mintak simpang malaikat 44 ler...

Dalam laporan media mau pon di Malaysia dan negara lain, sorry to say mamat negro ni banyak menimbulkan masalah kepada warga tempatan.

Kes gadoh, tibai pak Polisi pon ada bro...

Kes 'bapa ayam' dan dadah serta kes penipuan di internet di Malaysia saja menjangkau BILLION ringgit..

Kenapa kerajaan Malaysia tidak copy jer peraturan Imigresen seperti Australia..Bukan senang beb Luu orang nak 'melepasi' pemeriksaan imigresen Australia ..Luu orang kena interview terlebih dulu , contohnya kenapa Luu datang ke Australia. Banyak mana Luu punya duet ada bawak ?dan bla bla lagi...pendek kata Luu kena ada reason yang kuat baru ler boleh 'enter'...




Menteri: Larang warga Afrika menyewa perbuatan 'gila'

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan tindakan badan pengurusan sebuah kondominium di Sunway, Subang Jaya yang dilaporkan mengeluarkan perintah melarang pemilik menyewakan rumah kepada warga Afrika merupakan satu perbuatan "gila".

Tambahnya, ia akan menghantar isyarat yang salah kepada masyarakat antarabangsa tentang industri hartanah Malaysia.

"Anda tidak boleh nafikan sesiapa untuk membeli hartanah berdasarkan kaum. Ia gila dan tidak betul.

"Jika anda mahu kata sesetengah penyewa bermasalah, jangan kaitkannya dengan latar belakang kaum mereka," katanya.
Menurutnya, urusniaga pembelian rumah juga perlu ditangani secara satu persatu dan bukannya dikelaskan berdasarkan latar belakang kaum atau negara asal mereka.

"Menuduh setiap orang Afrika itu pembawa masalah, itu sangat tidak adil," katanya lagi.
Beliau ditanya mengenai laporan Malay Mail Online semalam berhubung keputusan Badan Pengurusan Bersama (JMB) kondomonium tersebut yang memberi notis tiga bulan kepada penyewa warga Afrika untuk mengosongkan unit masing-masing.


BEST komen :
 Kroul Yoey
saya sarankan agar datuk tinggal berjiran dgn mereka dulu sebelum menuduh org lain 'gila'. manatau datuk yg akan naik 'gila' dulu. tq
Balas · 114 · Tidak suka · I

[Berita penuh menyusul]

Thursday, June 27, 2013

Benji Kantoi 'Lalok' Sekali Lagi



Benjy pernah ditahan atas tuduhan memiliki 0.24 gram syabu di rumahnya pada tahun 2010.

PETALING JAYA: Pelakon Khaeryyl Benjamin Ibrahim, atau Benjy sekali lagi ditahan pada pagi Rabu atas kesalahan menyalahguna dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini.

Utusan Maloya melaporkan, anak kepada pelakon, Azean Irdawaty itu ditangkap pada kira-kira pukul 11.30 pagi semalam selepas ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis syabu.

Menurut jurucakap, polis akan memohon perintah reman terhadap pelakon itu hari ini di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya.

"Hasil pemeriksaan polis ke atas pelakon tersebut ketika serbuan bagaimanapun tidak menemui dadah yang dibawa bersamanya," katanya.

sumber...mstar OL