Senator Husam Musa merupakan antara pemimpin yang menggesa kerajaan
supaya mengiktiraf ganja bagi tujuan perubatan, khususnya spesies hem.
Ketika ditanya sekiranya beliau pernah mencuba produk kesihatan berasaskan hem untuk tujuan perubatan, Husam menjawab:
"
Saya pernah ada pati minyak hem.
"
Hem ini mengaktifkan reseptor. Dalam badan kita ada beratus-ratus reseptor dan ada satu yang boleh dirangsang oleh kanabis.
"Jadi apabila kita ambil minyak hem reseptor itu
akan diaktifkan dan ia adalah kejadian tuhan," katanya kepada
Malaysiakini di Petaling Jaya semalam.
Terdahulu Husam merasmikan seminar tertutup mengenai perubatan hem anjuran Persatuan Perubatan Hemp Malaysia di Kuala Lumpur.
Beliau juga diberi taklimat oleh pakar mengenai manfaat hem untuk perubatan.
Persidangan
itu menghimpunkan sejumlah
pakar perubatan hem tempatan serta
antarabangsa, termasuk dari
Thailand, Belanda, Korea Selatan dan
Indonesia.
Beza dua spesies
Kata
Husam, sistem tubuh dan otak manusia memiliki reseptor endocanabinoid
yang membolehkan seseorang mendapat ketenangan, tidur atau rehat.
Ia
juga katanya menjadikan tubuh seseorang menerima bahan mengandungi
tetrahydrocannabinol (THC) dan cannabidiol (CBD) secara semula jadi.
Diminta
penjelasan lanjut jika Husam memang pernah mencuba minyak hem, bekas
exco kanan Kelantan itu berkata, beliau seorang yang percaya ada produk
ganja boleh membantu dari segi kesihatan.
“Kenapa tidak? Saya percaya dengan apa yang saya pelajari.
“Ia adalah ekstrak minyak hem, bukan kanabis marijuana asli,” katanya kepada
Malaysiakini.
Umumnya terdapat dua spesies tumbuhan ganja, iaitu Cannabis Sativa
(yang dirujuk sebagai hem) dan Cannabis Indica (yang dirujuk sebagai
marijuana).
Kedua-dua spesies mempunyai manfaat perubatan yang berbeza dengan bahan THC dan CBD.
Hem memiliki kandungan THC rendah, manakala marjuana pula mempunyai kadar THC yang tinggi.
Marijuana
dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah kerana kandungan THC yang tinggi
pada bunga tumbuhan betinanya sehingga dapat memberikan kesan khayal dan
boleh digunakan untuk melegakan kesakitan penghidap barah, atau
mengurangkan kesan sampingan rawatan kimoterapi.
Sementara itu,
serat batang pokok hem pula merupakan bahan asas yang digunakan dalam
lebih 25,000 bidang industri, termasuk kain, tali, kertas dan gentian.
Akta Dadah Berbahaya 1952 tidak membezakan dua spesis ganja hem dan marijuana ini.
Bermanfaat cergaskan minda
Husam
turut menjelaskan biji hem (yang tinggi CBD) juga dibuat minyak bagi
tujuan perubatan dan boleh digunakan untuk
penyakit sawan dan epilepsi.
"Mengikut kajian minyak hem berguna dalam
rawatan sakit kanser, sawan, masalah saraf, ketegangan, bahkan jantung," katanya.
Hujung tahun lalu,
Forbes
melaporkan AS meluluskan penanaman, pengedaran dan penggunaan hem,
manakala
China pula merupakan pengeluar 50 peratus produk industri hem
dunia.
Menurut Husam kegunaan minyak hem boleh memberi manfaat dalam beberapa aspek.
“Berdasarkan pada bacaan dan kajian saya sendiri mengenai sejarah
kanabis, bahan ini sangat berguna untuk kecergasan minda, inspirasi
intelektual dan kesihatan badan,” kata lagi.
Husam mencadangkan
supaya kerajaan dan masyarakat lebih aktif mengkaji kegunaan hem dari
segi perubatan dan memahami kegunaan bahan itu
secara lebih adil.
Beliau
berkata cadangannya supaya Malaysia memperkenalkan tanaman ganja
kesihatan bagi tujuan perubatan akan dilihat sebagai langkah terkedepan
jika berjaya direalisasikan.
Diperkenalkan oleh doktor
“Isu
ini telah diputuskan oleh kabinet dua bulan lalu dan ini adalah satu
langkah ke depan, walaupun langkah ini agak terlewat berbanding negara
lain," katanya ketika berucap dalam seminar itu.
Beliau juga
berharap kerajaan lebih terbuka menerima cadangan daripada pihak
profesional mengenai
penanaman ganja kesihatan di Malaysia.
“Sekiranya kerajaan telah berani membuat kajian, saya berharap
kerajaan akan lebih terbuka untuk menerima input profesional dalam baja,
bentuk perladangan serta kegunaan ganja kesihatan dari segi perubatan
secara terkawal," katanya lagi.
Sementara itu, Husam juga mengakui telah menggunakan minyak hem bagi merawat penyakitnya pada 2015.
Menjawab
pertanyaan wartawan jika setakat ini minyak hem boleh dikatakan mujarab
atau sesuai dengan rawatan penyakit yang dihidapinya, Husam berkata:
"
Ya."
"Saya diperkenalkan dengan minyak hem oleh seorang doktor untuk rawatan saraf bagi masalah penyakit bell's palsy saya.
'"
Bell's palsy ialah kegagalan kawalan saraf muka kerana jangkitan pada saraf utama di belakang telinga.
"Caranya,
satu titik minyak ini diletakkan di bawah lidah. Minyak itu
tak ada
rasa apa, pedas atau pahit...
rasa minyak saja, tak ada rasa loya, tak
ada rasa high, tak khayal," katanya.
Bagaimanapun, kata
Husam harga minyak ekstrak hem itu agak mahal iaitu RM550 untuk 100ml
kerana faktor kesulitan perundangan yang menyukarkan kelulusan bekalan
dan penggunaan ubat berkenaan.
sumber...
Ramieza Wahid dan Rahmat Haron mKini